Halaman

Jumaat, 4 Mei 2012

Berdosa dan Jahat itu sama

“'equate pompuan tak bertudung jahat' Tak pakai tudung berdosa bukann jahat.”

Maaf puan, saya terpanggil untuk memberi tindak balas dalam hal ini. Saya merasakan ada keperluan untuk menjelaskan perkara ini dalam konteks yang lebih tepat. Biar saya mulakan dengan membuat anologi seperti ini...

Lawan perkataan baik ialah jahat. Orang jahat semesti berdosa!

Semua org bersetuju, dalam syurga diamnya orang-orang yang baik-baik. Mankala di dalam neraka sudah pasti tempat tinggal orang-orang yang berdosa. Di dalam neraka juga tempat tinggal orang-orang jahat.

Jadinya, dengan menggunakan teori ilmu mantik kita akan dapati;

orang baik = di syurga
di neraka = org jahat dan berdosa.

Manakala mengikut hukum simple matematik yakni persamaan garis lurus, kita boleh katakan 
Di neraka = Jahat + Berdosa.

Itu mengikut hujah logik.


Manakala hujah mengikut nas pula; . . .  Allah SWT di dalam firmannya menegaskan seorang muslim yang baik ialah muslim yang mengamalkan & mencintai kebaikan (maaruf) serta membenci lalu mencegah mungkar!

Dalam masa sama Allah SWT menegaskan; barangsiapa hendak memasuki syurga, Allah SWT mensyaratkan bahawa mereka harus membuat hubungan baik dengan Allah (melalui amalan syariat dan ibadah) dan juga membuat hubungan baik dengan makhluk yakni termasuklah dengan manusia dan alam. (hablul minallah wahablul minannas!)

Firman Allah: “Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (An Nisaa: 1)

Dalam perihal betudung dan aurat, Allah SWT telah menurunkan ayat khusus tentangnya didalam suruh An Nur: 31:-

“....janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, . . . ”


Katakanlah, ada antara kita tidak menerima tafsiran al Quran yang di atas, namun Rasulullah SAW telah memperkuatkan lagi nas supaya menutup aurat dan bertudung. Contohnya di dalam hadis Nabi SAW selepas Nabi Isyrak Mikraj. Tuan-tuan boleh rujuk di laman disertakan ini; hadisnya panjang, mengisahkan seksaan yang diterima oleh wanita/ibu/kakak/adik perempuan kita di neraka  disebabkan oleh pengabaikan menutup aurat dan bertudung ... nauzubilah minzalik: (http://muslimahberduri.blogspot.com/2011/11/10-seksaan-wanita-diseksa-di-neraka.html)

Kita juga bersetuju bahawa perlakuan jahat itu juga menyamai perlakuan syaitan, Perbuatan dosa juga perlakuan dan perbuatan syaitan. Justeru kita juga boleh mengatakan bahawa perbuatan dosa itu adalah perbuatan jahat dan begitu sebaliknya. 

Kalaulah perihal jahat dan dosa itu berbeza dan terpisah, mengapa pula Allah SWT berfirman seperti ini:- 

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan yang mungkar (perbutan jahat). Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur: 21)

Perbuatan dosa adalah perbuatan khianat. Iaitu khianat pada Allah SWT kerana Allah SWT suruh tutup aurat dengan bertudung rapi tetapi kita tidak melakukannya, bahkan menafikan suruhan perintah Tuhan itu!

Begitu juga halnya perbuatan khianat terhadap manusia! Kerana bila tidak bertudung bukan sahaja khianat pada diri, tetapi khianat kepada keluarga, suami, emak dan ayah; serta kaum muslimin lelaki lainnya .. walhal emak ayah, suami, abang, kakak, adik, jiran, masyarakat nantinya mereka akan disoal di akhirat kelak!?

Bukankah perbuatan khianat ini perbuatan jahat?!

Demikian juga dengan surah berikutnya, di mana Allah SWT membela wanita-wanita yang baik, wanita yg memelihara kehormatannya; yakni termasuklah mereka yg memelihara aurat dan bertudunng:-
 
"Sesungguhnya orang yang menuduh wanita-wanita yang terpelihara kehormatannya, yang tidak memikirkan sebarang kejahatan (dosa), lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di Akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar." (An Nur: 23)

Harus diingat, apa yang dimaksudkan itu bertudung dan menutup aurat cara sebenar seperti digambarkan di dalam ayat An-Nuur 31 itu. Bukannya fesyen muslimah yang boleh menimbulkan kekeliuran dengan pakaian yang penuh  tabaruj dan singkat sana sini, melekat sana sini....

Oleh itu, saya terpanggil untuk memberi pencerahan sedikit iaitu:-

Jahat =berdosa,
Berdosa=jahat...
yakni orang-orang yang melakukan dosa juga dlm kalangan orang-orang yang berbuat jahat.
"Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi." (H.R. Bukhari)

Maka kita boleh gunakan fikiran rasional dalam menilai ini dengan membuat persamaan ringkas; persamaan kuadratik iaitu:-

Tak bertudung = berdosa = jahat
Tak bertudung = berdosa + jahat

Neraka = berdosa
Neraka = jahat

Jadi, Neraka = (berdosa + jahat) khianat

Untuk lebih Nampak gambaran saya sertakan rujukan di sini:-

Selebihnya tuan-tuan lagi maklum. 

Barangkali saya ada khilaf, saya mohon maaf. Saya sekadar berkongsi tentang seruan Illahi sahaja.

Wallahualam

17 ulasan:

  1. lahai..mesti tahu mana naik mana idak hee..pilih  d tangan sndiri..jgn slh pilih nnti sesal mendua ahaksss

    BalasPadam
  2. Kesimpulannya Jangan jadi orang jahat!  :D

    BalasPadam
  3. Mudah saja nak faham
    Berbuat jahat adalah dilarang oleh Islam
    Mendedahkan aurat adalah dilarang oleh Islam
    Melakukan perbuatan yang dilarang adalah berdosa

    BalasPadam
  4.  absolutely right bro! hehehe

    BalasPadam
  5.  betul tu cikgu..
    tapi terpaksalah kita kena jelaskan, sbb ada org tak faham dan jelas konsepnya.. hehehe

    BalasPadam
  6. Susahlah kalau mengunakan logik akal tentulah ia berlawanan. Islam itu jelas.

    BalasPadam
  7. insyallah akan menjadi hamba Allah yg baik...amin...:)

    BalasPadam
  8. Dah ada ayat quran dan hadith..bagi orang yang tak menggunakan akal, lawan tetap lawan.

    BalasPadam
  9.  Gitewlah..
    harap2 kita tak terpesong jua..

    huhuhu

    BalasPadam
  10.  ameeennn ya rabal alaminnnn

    BalasPadam
  11.  gitewlah....
    nak kena gheghet tu.. huhuhu

    BalasPadam
  12. Semasa membaca perenggan-perenggan sebelum dinyatakan hujah atas nas itu, timbul sedikit pandangan tidak bersetuju saya terhadap pandangan Tuan kerana hanya hujah mantik dan matematik yang dipadankan. Pada awal, saya menganggapi bahawa individu yang mengatakan tidak pakai bertudung berdosa dan tidak jahat adalah disebabkan cara pemikiran dalam sosiobudaya Melayu. 

    Pemikiran sosiobudaya dan norma Melayu lazimnya mengasingkan sesuatu yang berdosa dengan yang jahat. Saya kira, mungkin individu yang mengeluarkan penyataan sedemekian tidak bermaksud memperlekeh perintah Tuhan tersebut.Maaf, itu hanya tanggapan pertama saya sebelum membaca secara menyeluruh. Kemudian, apabila Tuan menyebutkan hujah berdasarkan nas itu, barulah saya faham dengan sebaiknya tentang isu yang dikatakan sebagai 'berdosa tidak jahat'. Sesungguhnya setiap perintah Tuhan adalah untuk dipatuhi dan larangan Tuhan adalah untuk dijauhi. Semoga Allah memelihara kita semua. Amin.

    ..dan terima kasih atas perkongsian ilmu dan pandangan dengan kami semua.

    BalasPadam
  13. hmmm...

    x tutup aurat dosa. aku faham, segala dalil aku faham

    tapi aku ada soklan mantik yang mudah

    diketahui anjing=haram dan anjing=binatang, maka adakah betul jika ayam=binatang maka ayam=haram

    yg nyata, kiranya tuan seorang pendakwah, tersentap juga pembaca bila dituduh jahat. dosa diorang faham, tapi bila dikata jahat, mungkin dia akan makin jauh dari dakwah yg dibawa

    berdakwah dengan hikmah. ko pon zaid aku tau dakwah ko ni bg yg tahap tinggi dah ni. bila jumpa kumpulan yg baru kenal islam, ko sure guna teknik lain kan. aku kenal ko zaid. ok bro, aku paham dan mengerti mesej tuan

    BalasPadam
  14. Wah! soalan yg menguji minda, tetapi tentu ada jawapan. Bagi clue sikit aje boleh, hehehe.. ia terjawab melalui keutamaan di dalam bab hukum syariah iatitu perihal lima perkara, halal, sunat, haram, harus dan makruh. Di mana nas aqli (akal) mengatasi melalui jawaban nas naqli (Quran dan hadis)

    Mengikut ilmu matematik dan statistik pula keadaan persamaan mantik itu terungkai bila mana ada pembolehubah yg telah ditetapkan oleh pemilik alam yakni melalui dalil naqli.

    Oleh itu, untuk menyelusuri bahawa ayam itu halal dan bahkan adakalanya haram, perlu menyelusuri ilmu2 syariat dan hakikat...

    Oppss... aku sudah jauh ke tengah, di lautan dalam sana.. hahahah

    well u know me.. hahahaha

    Walau apa pun aku faham maksud ko dan berterima tak terhingga di atas nasihat itu.... sesungguhnya ko betul.. hehehehe

    thanks for dropping by bro!

    BalasPadam
  15. menarik blog ko ni...banyak aku nk berguru ngan ko. aku baru blaja buat blog 9 jun 2012. tunjuk ajar ku sifu...


    biasa la kan, dh di penghujung usia ni, datang la hobi pelik2 macam nk menulis ni.


    neway zaid...aku masih terhutang budi ngan ko. thank you is not enuff. aku doakan ko murah rezeki dan diberkati hidup sepanjang masa

    BalasPadam
  16. hehe.. aku pun masih belajar gak..

    aku berblog untuk suka2 dan cuba berkongsi himpunan kisah silam gitew.. oppss terasa mcam dah separuh abad lah fulaks.. hehehehe

    psst: alamak.. budi aku tak besar mana pun bro, budi ko tabur pada negara, bangsa dan agama itu lagi banyak rasanya.. huhuhu.. hehehhee

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini