Halaman

Isnin, 7 Mei 2012

Jeram Di Kalumpang, Hulu Selangor



Sebelum itu, kebanyakan gambar-gambar di sini menggunakan teknik HDR yang ilhamnya datang dari blog cikgu Naman.  Cikgu itu sekarang ini sedang bercerita tentang teknik HDR (naman0807.blogspot.com/ eksperimen-editing-gambar-hdr.html). 

Untuk melihat gambar ini dengan baik, kengkawan kena beranjak sedikit jauh daripada skrin. Barulah nampak kesan HDR nya.. heheheh, selamat mencuba. (Psst: kalau tak jadi gak, anggap ajelah tonton wayang gambar 3D gitew. oppss.. lalalala)

Sabtu (05.05 2012) - maza mengambil inisiatif untuk  merehatkan badan setelah bertelungkus lumus dengan kuliah dan kerja di pejabat. Mau pitam sudah rasanya. Tengok dan badan-badan mulai rasa sengal.

Kali ini maza pergi bersama-sama dengan dua orang sahabat iaitu Hisyam dan Ashraf. Kami mengembara hingga ke jeram Kalumpang di Hulu Selangor. 


Dari pusat bandar Kuala Lumpur, kami menuju ke Hulu Selangor melalui Ulu Yam. Misi kali ini hendak merakam keindahan alam ciptaan Tuhan. 

Tengah hari yang panas itu kami bertolak menuju ke lokasi. Sampai di Kalumpang sudah jam 4.00 petang. 

Kawasan Kalumpang ini di kelilingi oleh kampung-kampung Melayu tradisi. Sepanjang pemandangan dari Ulu Yam ke Daerah Hulu Selangor begitu mengasyikan. Suasana kampung terasa sungguh. Rumah-rumah tradisi di kiri kanan jalan. 

Kami dapati lokasi tersebut amat sesuai untuk berkelah. Jika mahu bermalam tapak perkhemahan ada disediakan. Cuma kenalah bayar. Tentang harga, maza kurang periksa pula.


Sepanjang pemerhatian kami, kawasan ini dipenuhi oleh resort dan pusat latihan seperti JPA. Resort terkenal di sini ialah Resort Kalumpang. Anda boleh menyewa kemudahan-kemudahan yang disediakan di situ seperti bilik seminar dan sebagainya. 


Kalumpang juga menyediakan 'home stay'. Penginapan seperti ini bukan sahaja diperuntukan untuk pelancong asing, pelancong domestik juga digalakkan. Bukan semua rakyat Malaysia mengetahui budaya setempat, jadinya inilah tempat dan peluang untuk mengenali lebih dekat lagi budaya warisan kita. 


 
Sebaik kami sampai, kami terus memilih salah satu sudut di tepi sungai Kalumpang. Airnya sejuk dan dingin sekali. Sesuai benar untuk menyegarkan badan setelah mengharungi panas terik berjalan.

Rata-rata kawasan ini berbatu-batu besar. Sesetengah tempat laluan airnya agak deras. Untuk orang dewasa, 'kolam-kolam' sungai itu banyak sekali. Tak perlu berebut. 


Sepekara yang maza ingin berkongsi ialah kawasannya terjaga, sampah sarap kemas diuruskan. 

Anda boleh memilih kawasan Kalumpang berbayar dan ada kawasan yang tidak berbayar. Di sesetengah tempat atau resort mengenakan bayaran RM6.00 seorang. Apa-apa hal pun selamat datang ke Hulu Selangor!





Selangor sebenarnya menawarkan banyak tempat pelancongan, cuma harus dicungkil dan diterokai satu persatu.


Selamat berjuang kengkawan...

34 ulasan:

  1. Cantik gambar-gambarnya.. :D

    BalasPadam
  2. Wah, dasat gambar2 tu... Hati2 kamera jatuh dalam air, nangis beb!

    BalasPadam
  3. terpesona daddy dgn ciptaan Allah yang Maha Kaya. sungguh indah. terasa nak gi picnic ke sana dgn yg tersyg.. 

    BalasPadam
  4.  terimak kasih abg anif..
    maza baru belajar juga.. hehehe

    BalasPadam
  5.  hehehe.. jalan pelan2 tu..
    ngeri gak sebenarnya.. hehehe

    BalasPadam
  6.  Jom! kita gi mandi di jeram.. hehehehe

    psst: kat Kelantan pun banyak kawasan seperti ini, kan kan kan...

    BalasPadam
  7. Saya pernah pergi Kalumpang. Airnya dingin dan agak deras.

    BalasPadam
  8. Seriau juga mengambil gambar dengan keadaan air yang agak deras ini.

    BalasPadam
  9. whoo seksinya...skit mata gua

    BalasPadam
  10. kalumpang nama yg cukup unik..

    BalasPadam
  11.  yea betul, dingin dan deras ..
    kena extra careful gitew... hehehe

    BalasPadam
  12. memang seronok main dekat air jernih macam ni
    dapat pula bermalam, lagi la meriah

    BalasPadam
  13. Macam bestjer dapat main air kat tempat ni

    BalasPadam
  14. selamat datang ke hulu selangor....

    BalasPadam
  15. Selalu jugak lalu..tapi lalu kay simpang nak ke kalumpang jer...belum sempat singgah lagi..

    cantej gambar2 ni bang maza....fuh! teruja wooooo

    BalasPadam
  16. terbaiklah slow shutter maza!!

    maza pakai lens apa?

    BalasPadam
  17. shaiful anuar sulaiman15 Mei 2012 pada 8:10 PTG

    very interesting..

    BalasPadam
  18. TE teruskan perjuangan shoot gambar model mainan boleh?hehe

    BalasPadam
  19. Cantik gambar-gambar bro ! Nanti dah ada seketol boleh belajar dari bro :)

    BalasPadam
  20.  oh teirma kasih, saya baru belajar juga.. hehehehe

    BalasPadam
  21.  Welcome to Kalumpang!
    hehehe

    BalasPadam
  22.  baru masuk sekolah aje bro.. huhuhu
    masih terkial2

    BalasPadam
  23.  meh ler singgah, jgn lupa kita kelah sekali.. hehehe

    BalasPadam
  24.  dan maza kutip info Kalumpang dari blog Kak Jie juga.. hehehee

    BalasPadam
  25. tapi kalau dekat2 dgn air, bila maghrib banyak agas dan nyamuk gajah! huhuhu

    BalasPadam
  26.  kasi tutup dgn daun.. hehehe

    BalasPadam
  27.  baru nak belajar kak long..
    gambar kak long pun apa kurangnya, lawa2 juga.. hehehe

    BalasPadam
  28. Salam Blogger,
     
    cantek tempatnya.. Di Hulu Langat juga tak kurang hebatnya bro.. Air sejuk, suasan segar mata memanjang.. adoi, rindu pulak nak mandi air sungai... :) Shot pun menarik, dslr dah beli cuma kurang masa nak shoot.. :)

    BalasPadam
  29. Hulu Langat terutama sungai Congkak dan Sungai Gabai selalu pergi..
    shot kat situ pun pernah.. memang best lah.. heheheh

    Psst, maza baru belajar juga menembak2 ni.. ahaks.. heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini