Bersugi atau membesihkan gigi adalah sunnah dan menjadi tuntutan. Bersugi jugalah amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW hinggakan ketika gering hendak wafat pun Rasulullah SAW memandang kepada kayu suginya dan mengkehendaki bersugi.
Bahkan menjadi amalan Baginda SAW setiap kali hendak solat Baginda SAW bersugi dahulu.
Terdapat tiga hukum bersugi mengikut syarak.
- Sunat - hukumnya adalah sunat dan boleh diamalkan pada bila-bila masa. Paling dituntut ialah ketika bangun tidur, mendirikan solat, membaca Al Quran dan berubahnya bau mulut.
- Makruh - iaitu kepada orang yang berpuasa bersugi setelah gelincirnya matahari.
Antara hadis dan riwayat perihal bersugi ialah:-
- "Jika tidak akan menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk" (H.R. Ahmad)
- "Dari Aisyah r.ha. "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya." (H.R. Al Baihaqi)
Menurut Al Qardawi, terdapat salah faham dalam kalangan umat hari ini tentang bersugi. Bersugi yang dikatakan sunnah itu ialah membersih mulut dan gigi bukannya membersihkan gigi dengan kayu siwak itu baru dikira mengikut sunnah. Sebenarnya kayu siwak sebagai alat untuk membersihkan gigi dan mulut sahaja, tetapi yang menjadi utama atau perbuatan sunat itu ialah membersihkan mulut dan gigi. Oleh itu membersihkan gigi dan mulut dengan berus gigi atau sesuatu yang menyamai dengan fungsi membersihkan gigi dan mulut dikira telah mengikut sunnah.
Untuk dikira bersugi mengikut sunnah, jangan lupa kita berniat setiap kali menggosok gigi kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, barulah mendapat pahala dan mudah-mudahan mencapai darjat keredhaan Allah SWT.
Sepertinya itu, maza sedang mengasuh anak bongsu untuk bersugi dua kali sehari iaitu di pagi hari dan sebelum tidur di malam hari.
Jadi kengkawan memandangkan terlalu banyak saranan dari Nabi SAW, faedah dan pahala marilah kita amalkan bersugi. Kalau malas atau tidak larat sekali pun, bersugilah sambil baring dan pejamkan mata pun boleh. Janji mau bersugi sebelum masuk tidur. Jangan tertelan berus gigi sudah . . . hahahahaha...
Wahahaha.. Memang ada stail bila melakukannya sambil berbaring!
BalasPadammau org rumah cakap, "dah buang terbiat agaknya orang tua ni!"
BalasPadamhehehehe
kayu sugi ni selalu jual kat mana. tak pernah perasan pun
BalasPadamsampai ke bilik tidur ke memberus tu...:) buat apa pun bagus ye dimulai dgn bismillah
BalasPadamkat belakang masjid selalunya ada...
BalasPadamboleh minta che hubby belikan masa balik dari solat Jumaat nanti.. hehehe
iltizam tu iltizam tu.. hahahaha
BalasPadampose yg terbaik heeee
BalasPadamsapa yg ajar ayah atau adik2 hee...ce jwb dg jujur d tengari jumaat yag amn ni
BalasPadamuntung dpt ustaz ini pagi ada tazkirah tauhid
BalasPadamp/s:mtk bro resepi sambal ketuk..blh..
..sejujurnya..
BalasPadamibu dia.. ahaks.. larriiiii bentara guru datang!!!!
hahahaha
volleh ambillah..
BalasPadammalangnya gambo2 yg encem lagi lazat itu sudah ditelan... huhuhu
sungguh asyik dan mengkhayalkan hingga terangkat punggung dan kaki..
BalasPadamoppss! .... hahahaha
Salam Jumaat kengkawan..
Bersugi kalau ikut amalan Nabi SAW pun dapat pahala.
BalasPadamya betul tu....
BalasPadamhehehee
Fuhh, bagus betul skill berus gigi sambil baring atas tilam. :)
BalasPadamhahaha.. cantek tona gambar. saya gelak haha sbb baca part "
BalasPadamJangan tertelan berus gigi sudah . . . hahahahaha..."
kuikuikui..
BalasPadamsebenarnya budak kecik tu tak mau gosok gigi, dia mau gosok sendiri..
penyudah gitewlah.. hehehehe
pasal tone warna.. belajar dari blog nonofara juga.. heheheh
BalasPadamkena selalu gosok gigi ehhh.. kalu rosak dan rongak.. adehhh susahnya nanti :D
BalasPadam..kata anak2, hilang gigi tumbuh gusi.. hehehe
BalasPadam