1998 - Petang itu seorang teman datang tergesa-gesa mendapatkan maza. Lalu memujuk seboleh-boleh mahu mengajak ke Jalan Tengku Abdul Rahman. Katanya maza perlu menemani beliau, ada hal mustahak! Tanpa sebarang syak wasangka, jam 7.30 malam setelah solat maghrib kami bertolak.
Teman yang itu terus melajakkan motor Yamaha 100cc CDI berwarna merah ke Jalan Raja Laut. Maza melopong, apa hal pula ke jalan itu. Dia terus mengarahkan maza menyelusuri jalan tersebut hingga tiba ke salah satu tempat parking motor. Kemudian dia mengheret tangan maza hingga tiba ke salah sebuah panggung wayang bernama Federal. Ketika itu sudah ramai orang berkeliling di kaunter tiket. Ramai berbangsa India, ada juga terselit seorang dua berbangsa Melayu antaranya kamilah orangnya.
Sebaik sampai di panggung itu, segera teman tadi menghulurkan wang dari sakunya. Maza berasa aneh juga. Kemudian dia menyuruh maza membeli tiket di situ untuk kami. Sekonyong-konyong seperti orang dipukau maza menuruti permintaannya lalu beratur panjang untuk membeli tiket. Sebenarnya maza tidak biasa menonton wayang ketika itu, sedikit janggal bila terlalu ramai orang mengerumuni kaunter tiket. Maza tertanya-tanya sendirian cerita apakah yang bakal ditonton hingga ramai orang seperti dirasuk berduyun-duyun ke panggung yang satu ini. Ah! Itu tidak maza peduli, janji misi sekarang ini mendapatkan tiket bagi memenuhi harapan seorang teman.
Kami akhirnya dapat membeli tiket untuk tayangan lewat malam. Jam 11.00 malam tayangan bermula. Tempat duduk kami hampir di barisan belakang. Maza lihat berkeliling, ramai sungguh orang pada malam itu. Ada yang sanggup berdiri dan duduk di tangga. Agak pelik tetapi itulah kenyataannya.
Panggung Federal ini memang diketahui umum akan menayangkan cerita-cerita Tamil dan Hindi. Jadi malam itu maza buat kali pertamanya akan menonton filem Hindi di panggung. Entah apa angau pun maza tidak tahu, kali ini maza hanya mengikut sahaja permintaan teman itu, walhal cerita Hindi bukanlah filem pilihan kesukaan maza.
Jawabnya, malam itu maza terkena 'perangkap' dengan permintaan teman itu. Cerita di layar putih pun bermula. Tidak sampai dua minit, panggung yang sebelumnya agak kecoh dan bising dengan bahasa tidak difahami, menjadi sunyi sepi. Lima minit selepas itu terdengar sendu memecahkan keheningan panggung. Sesaat kemudian, tidak semena-mena air mata suci jantan maza turut mengalir di pipi tanpa dipaksa! Cerita kali ini betul-betul menampar hati lembut maza. Tersentuh perasaan jiwa remaja!
Minit-minit seterusnya ia memekarkan kembali kembangnya bunga di taman hati ini. Selama lebih tiga jam maza berkurung di dalam panggung itu. Hingga minit-minit akhir maza tetap memegunkan diri menghayati kisah cinta insan-insan tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, kemaruk mula menguasai perasaan dan minda. Sekembali dari menonoton, keesokan harinya maza terus terjun ke pasar malam di Kampung Kerinci mahu mencari filem dan lagu-lagu dari filem itu.
Bukan setakat itu sahaja, kemaruk mula menguasai perasaan dan minda. Sekembali dari menonoton, keesokan harinya maza terus terjun ke pasar malam di Kampung Kerinci mahu mencari filem dan lagu-lagu dari filem itu.
"Bang . . . cerita Kuch Kuch Hota Hai ada?"
Setelah mendapatkan VCD dihajati, bermulalah mabuk menonton cerita Hindi. Mencari teman sekuliah yang mempunyai komputer pemain video cakera liut (VCD). Bukan sekali menonton malah berulang-ulang kali, hinggakan jalan cerita, plot, dialog serta tariannya kami boleh hafal dan meniru!. Hahahaa.. nostalgia sungguh!
Semalam slot Panggung Sabtu di TV3 telah menayangkan cerita Kuch Kuch Hota Hai. Ia benar-benar menyingkap kisah silam. Terimbau kembali keremajaan maza. Ahh!!! I in Loveee . . .
Yang lucunya, apabila maza bercerita tentang sinopsis dan tahu beberapa gerak tarian filem tersebut, isteri maza seolah-olah tidak percaya. Terlopong mulutnya sebaik mengetahui rahsia suaminya yang pernah menjadi hantu Hindustan.
Untuk membuktikan bahawa maza benar-benar mengetahui bait-bait lagu serta gerak-tari filem tersebut, selesai menonton, petang itu juga maza mengheret anak dan isteri ke taman dan kami beraksi meniru tarian filem Kuch Kuch Hota Hai. Tergelak-gelak darling melihatkan gelagat maza dan anak-anak!
Sesungguhnya filem Kuch Kuch Hota Hai banyak memberikan kesan mendalam kepada keremajaan maza . . seolah-olah Terasa Sesuatu Di Dalam Hati ... ahaks! . .
Ini mesti penangan filem hindustan Kuch Kuch Hota Hai semalam yang dimainkan di TV3. :-)
BalasPadamoh!.. gitewlah.. hehehehe
BalasPadamNaib baik tidak guling-guling di depan tv semalam. :-)
BalasPadamtapi di taman itu baru sahaja hendak mula guling2 sudah kebasahan dibasahi oleh hujan.. hehehehe
BalasPadamHaha.. Hantu Hidustan rupa-rupanya.. :D
BalasPadamHaha..mmg mengimbau kenangan sggh..anak2 smpi merajuk berebut tv ngan ibu ayah diaorg..hihi..
BalasPadampatutlah muka pun mcm hindustan ckit..ahahaha
BalasPadambapak budak yg kemain happy dlm gmbr tu...
hahahaha..memang tersengih la baca cerita ni ..nak nak dengan gambar tuuuuuuuu
BalasPadamdulu saya siap hafal lagu hindi tapi citer tak minat punnnnnn
heheh.. itu dulu.. selected filem aje abang Anif..
BalasPadamhahahaha
"mere nam hey, inspector sab!" ... apa mcm ada real tak? hahahha
BalasPadam..err bab muka mcm hindustan ckit tu yg belah mana tu? Yg macam Salman Khan atau Hrithik Roshan?..
ahaks! ahaks! ahaks!
aik.. kira kisah remaja kita hampir serupa lah ni ya cikgu naman? hehehehe
BalasPadampatutlah ketiak ada bau2 Hindustan.. opps.. lalalala....
Penangan filem Kuch Kuch Hota Hai hari sabtu lah ni. Habis pakat berbollywood balik. kakak yati pun minat cerita bollywood ni. 2-3 laci penuh denga vcd bollywood.
BalasPadamAmboi, sungguh "Terasa sesuatu di dalam hati" melihat gambar-gambar di atas.
BalasPadamSemalam ada filem Kuch Kuch Hota Hai ke? Huaaa....Kak Long masa tu terasa nak guling-guling sebab kena mencatat minit mesyuarat yang meleret-leret macam lagu hindustan...
BalasPadamhemohemohemo... ini poco2 atau dil to pagel hei. hik3
BalasPadamtak lah,.. bukan tu.. tarian inang ni.. hehehee
BalasPadamHa ha hujung tahun 90-an memang demam BOLLYWOOD kat UM Maza :D Kawe yg ROCK ni pon terikut pergi ke panggung wayang time tu. Mula2 yg hit ialah citer Dilwale dulu.. Lepas tu mula lah filem-filem yg lain serang UM sampai budak2 UM lupa study.. Nasib baik sempat insaf. Kalu tak asyik teringat Kajol, Rani Mukarjee dll jer masa tu :wink: Budak2 Kolej 8 mabuk filem Hindi mmg tak hairan. Selalu kawe lawat walaupun dah tinggal sana lepas year 2.
BalasPadamWow! teringat zaman muda2 kat Kolej Tunku Khursiah n Kolej Za'ba la...masa tu abe suka tengok citer Hindi lama. yg baru2 ni kurang minat...
BalasPadamhahaha... maza terkena mabuk sejak citer Dilwale, yg kena angkut ke panggung citer Kuch Kuch Hota Hai. hehhehe
BalasPadamuiks fulaks. hahahah
BalasPadamturn org lama minggu depan di Panggung Sabtu juga.. cerita Sanggam!
ahaks... hehehehe
saya tak tgok..tapi mmg dulu ada cd dia heee..mmg mintk gila dan sllu tgok filem time2 boring hee..ahaksss
BalasPadamtgok 10 tak jemu..sk mmg best..tambah dg kajol heee
BalasPadamdari kecik sampai ke tua ni nengok citer hindi
BalasPadamtapi satu apa pun aku tak faham
haha
tujhe deka to ye ja na samammm... he he ingat lagi ehhhh :wink:
BalasPadamuiks.. antoo industan rupanay.. hehehe
BalasPadampakat angguk2 geleng2 ajelah cikgu. hehehe
BalasPadamBagus.. kuikuikui...
BalasPadamhahaha