Halaman

Khamis, 9 Februari 2012

Cikgu Suraya

Gambar: Di majlis pernikahan

Sudah lama kami tidak bertemu. Entah bagaimana terserempak pula dengan Cikgu Suraya di pasaraya Uda Ocean Kuala Lumpur. Sudah berbeza benar Cikgu Suraya berbanding dua puluh tahun yang lalu.

Semua orang tahu, dahulu di sekolah kami Cikgu Suraya paling lawa. Punyai pinggang yang ramping, berkulit cerah, senyuman leretnya amat manis sekali. Bila berjalan pinggulnya sering kelihatan berayun ke kiri dan ke kanan. Ramai cikgu lelaki terpaut dengan kecantikan Cikgu Suraya. Ada juga cikgu lelaki yang cuba mengurat.

Malangnya Cikgu Suraya yang baru pindah ke sekolah kami sudah pun bernikah dan mempunyai seorang anak. Tetapi itu tidak menghalang mata-mata nakal seisi sekolah dari mencuri pandang ke riak susuk tubuh dan kecantikan wajah Cikgu Suraya. "Haven!" kata sebilangan rakan persekolahan sambil menelan liur dari meleleh.

"Apa khabar Cikgu sekarang?"

"Beginilah apabila semakin meningkat usia."

"Saya tengok cikgu masih hebat. Masih cantik. Kata orang muda sekarang masih bergetah!"

"Hish, mengarutlah awak ni! Mana ada saya bergetah lagi. Anak pun dah lima. Dah banyak kedut sana-sini." senyuman Cikgu Suraya masih tetap manis seperti ketika usianya 26 tahun yang lalu.

"Sungguh cikgu. Saya bercakap benar. Saya rasa bertuah sekali dapat bertemu dengan cikgu hari ini. Terutama bila terkenangkan kisah kita di zaman dahulu."

Kali ini Cikgu Suraya mengangkat kening sambil mengenyitkan mata memberi isyarat nakal. Kemudian Cikgu Suraya bersuara.

"Sebenarnya, kita perlu menjaga lutut kita. Terutama awak sebagai lelaki. Lutut memainkan peranan penting dalam kebahagiaan rumah tangga. Dari itu sebelum berkahwin hinggalah usia sekarang ini, awak perlu menjaga kepala lutut. Jangan asyik ingat main aje!" Cikgu Suraya berkata seraya anak matanya melirik menggoda.

Terperanjat dengan kenyataan Cikgu Suraya itu hingga mulut menjadi bundar, tercopong pinta penjelasan lanjut.

"Begini. Maksud saya, awak itu kan dahulunya atlet sekolah. Aktif bermain bola, hoki, berlumba lari, badminton, pingpong dan macam-macam lagi. Kalau tidak dijaga lutut dari awal, nanti bila sudah berumur, lutut akan memberi masalah. Bila lutut sakit, di tambah pinggang pula sakit, pergerakan kita akan terbatas. Untuk menikmati kebahagiaan juga terbatas. Terutama apabila hendak main. Bermain dengan anak-cucu. Dalam masa sama wajah kita akan kerepot dengan cepat, kelihatan tua sebelum usia sebenar."

"Oh begitu rupanya. Terima kasih cikgu kerana sudi memberikan petua yang berguna ini. Insyallah akan saya simpan azimat ini untuk kebahagian saya di kemudian hari."


***Nota penting : Sebuah nukilan lantun-lantun dari maza. Minta maaflah kepada kengkawan yang mencari cerita Cikgu Suraya yang glamour di alam maya itu. Di sini tidak ada cerita yang sebegitu . . .  hehehehe. Nukilan ini berguna kepada golongan remaja dan dewasa untuk menjaga kesihatan kepala lutut!

"Tingkatkan produktiviti, majulah negara dengan kesejahteraan kepala lutut yang sejati!" - ahaks! tagline terkini, volleh kan? Selamat malam Jumaat ya kengkawan . . .



26 ulasan:

  1. Kalau macam ini kena jaga kepala lutut supaya boleh bermain lama. :-)

    BalasPadam
  2.  Haha.. bermain lama?  Ada maksud tersirat tu! :D

    BalasPadam
  3. Petua berguna tu..  Kaum lelaki kena ingat pesan Cikgu Suraya! :D

    BalasPadam
  4. Bermain kejar bersama cucu di usia emaslah bro. :-)

    BalasPadam
  5. amvoi amvoi maza..melantun jauh sangat nih..hehe

    BalasPadam
  6. memang betul...
    bila dpt penyakit lutut, macam macam perkara 'terlepas'
    nak beribadat pun susah .....

    BalasPadam
  7.  dak lah.. tips kesihatan tu cikgu..
    kata worang tua2, petua turun temurun..hehehe

    BalasPadam
  8. Ya lah betul jugak kata Cikgu Suraya tu Maza. Time kuat main (sukan) dulu, badan pon ringan, maka lutut pon senang tampung. Bila dah asyik melepak depan lappy dan menulis blog ahak ahak... berat pon naik dan lutut pon dah tak sanggup nak pikul. Adehh deh deh...

    BalasPadam
  9.  ..tulah kan, belum lagi masuk projek utk Sa'ie di Bukit Safwa dan Marwa.. kalau kena usung di atas pelana tu, alahai sudah tak best. kan kan kan.. .

    hehehhee

    BalasPadam
  10. Tagline mmg power tu bang maza =)

    Terima kasih cikgu suraya utk tips ni...hehe

    BalasPadam
  11. tips jaga lutut ekkk.. jangan makan sayur kobis yer cik lelaki..
    lutut longgar dan sejuk... 

    BalasPadam
  12. salam singgah..

    Kisah Cikgu Suraya dan lututnya.. hehe.. nice!!

    jemput singgah blog madam ye.. :)

    -www.madammondoq.com-

    BalasPadam
  13. sangat sukar sekali kalau sakit kepala lutut
    huhu

    BalasPadam
  14. tu lah, maza dah cakap, kalau sakit lutut memang tergendala segala aktiviti yg best2 itew.. hehehe

    BalasPadam
  15. insyallah akan menyinggah.. hehehe

    BalasPadam
  16. terima kasih kerana sudi jenguk2 maza kat sini..
    sementara tu maza ialah lelaki.. oppsss.. lalalala

    BalasPadam
  17. oh baru  maza tau!
    .. ingatkan tongkat ali jer perlu diamalkan, tapi makan kobis juga perlu dielakkan. hahahaha

    BalasPadam
  18. ooppsss.. opppss..hahaha..
    ilham ilham ilham gitew...

    BalasPadam
  19. ooppss.. maza lepak depan lappy sambil bersenam tau abg mail..
    senam jejari jerk.. ahaks.. lalalala

    BalasPadam
  20. Bila usia meningkat, sya pun ada rasa lutut selalu sakit bila duduk bersimpuh lama.
    Tq atas info hari jumaat ini. 

    BalasPadam
  21.  .saya pun naik risau gak ni cikgu...
    takut sakit lutut ... aderkkkk

    BalasPadam
  22. Terhibur juga tengok baca ni.

    BalasPadam
  23.  kuikui...

    sekadar melantun-lantun aje gitew.. hehehe

    BalasPadam
  24. sekadar cerita, ambil yang baik abaikan yang rosak,,, bolehhhhh kan

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini