Halaman

Rabu, 8 Februari 2012

Kereta kecil ku


Dulu-dulu maza pernah mengidam kereta yang satu ini, Mini Cooper! Kecil, molek dan cute. Memadangkan saiz maza dahulu purba kala cute, kecil, lagi tampan (ahaks! ahaks! ahaks!), maza merasakan kereta itu amat sesuai untuk maza bergedik-santai. "Ayahku pulang dari kota. Bawa kereta warna merah . . . Ku pandu ke kanan, ku pandu ke kiri, oh mama! Naik kereta ku." antara bait lagu yang mengimbaukan nostalgia maza terhadap kereta mini itu.

Kebetulan pula maza meronda-ronda di pasaraya Giant di Kota Damansara lalu terpandangkan pameran kereta mini cooper terpakai untuk dijual.

Ada tiga buah kesemuanya. Ssetiap satu mempunyai ciri-ciri unik. Dua daripadanya sudah diubahsuai kepada pemanduan automatik. Ketiga-tiga kereta tersebut dilengkapi dengan penyaman udara atau penghawa dingin. Kereta mini yang asli tidak disediakan penyaman udara. Almaklumlah saat kereta ini popular, zaman tersebut masih banyak pokok-pokok di belantara sana.

Kereta mini cooper yang sudah siap diubahsuai dijual pada harta RM38,000 setiap satu. Kereta ini buatan Great Braitain. Setelah diketuk dengan jari jemari yang runcing ini, maka sohihlah ia diperbuat daripada besi tulen, bukannya tin biskut! Ahaks lalala


Anak-anak pun suka, siap main picit-picit si mata Mini Cooper. Maza pun tersenyum riang. Petanda restu sudah ada. Cuma Bentara Guru pemerhati akaun bank menjeling tajam, maksudnya mendalam tu... uhuk!

Agak-agaknya kalau maza menaiki kereta ini, larat tak ia membawa maza? . . .  lalala 
opsss . . . lantun-lantun lah fulaks.. hahaha


Glosari: Bentara Guru - si darling maza yang selalu menumbuk sambal di balik dapur sana. ahaks!


23 ulasan:

  1. Beli satu la..  Lepas ni boleh join kelab mini :D

    BalasPadam
  2. takut keta tu tak larat bawa maza naik bukit tinggi lah..
    hahahaha

    psst: RM38K cash.. ada beranz ka? hahahha

    BalasPadam
  3. Kancilkan ada. Boleh convert bentuk Cooper mini. :-)

    BalasPadam
  4. nasib baik tak berapa minat kereta mini ni.. walaupun pada hakikatnya kereta ku juga tergolong dalam golongan mini... huhu

    BalasPadam
  5. mestilah tak larat..tny lagi???? :D :D

    BalasPadam
  6. laaa..kreatif lah ckit..maza  lah bwk kete tu kt blkg bahu..kecik je pun :D

    BalasPadam
  7. pos punggung yg mnrik haaaa

    BalasPadam
  8. alahai anak di pksa pose gak ker heeee

    BalasPadam
  9. lagu kereta yg tak makan dek zaman dok lapuk di ujaang...

    BalasPadam
  10.  uiks.. ayat dengki..

    hahahaa.. lalalala

    BalasPadam
  11.  aderkkk.. kalau anak ayam boleh ler maza masukannya dlm kocek atau pikul dek..

    ahaks.. lalalala.. hahahaha

    BalasPadam
  12.  nanti JPJ dan LPKP marah dan fening kepala lah.. hahahah

    BalasPadam
  13.  ..kereta mini ini special,. diperbuat dari besi tau!
    hahahaha

    BalasPadam
  14.  jangan sangka punggung ayam sudah..
    enak dimakan sehh.. hahahaha

    BalasPadam
  15.  sebenarnya suruh lalu..
    tetiba dia muncul kat situ..
    bikin rosak anak punya program lah. uhuk!

    hahahaha

    BalasPadam
  16.  meh kita bergendang.. ewahhh, cak pung, cak pung!

    BalasPadam
  17. Wah, mahal juga tu, bro
    Aku juga memang bekenan dengan si kecil ni
    Sekarang tinggal angan2 je

    BalasPadam
  18. Dengar khabar org gomen boleh bikin personal loan sama bank hingga 15 tahun....
    sementara cerah biji mata, larat berjalan, tak sakit lutut, elok benar menyampaikan hajat yang itew... RM38k, rasanya boleh runding lagi tu.. hehehehe

    BalasPadam
  19. Kalau tak pikirkan body kawe yg tough dan mantop mcm tukang pukul, sure minat kat MC nie. Tak leh lah Maza.. sempit kalu kawe masuk. Kalu Proton Inspira ok lah :D

    BalasPadam
  20.  tak pe, abg mail boleh beli dan hadiahkan pada maza. banyak pahala tu.. amal jariah.. nanti maza pandu gi masjid selalu ya... hehehhehe

    BalasPadam
  21. fuh! ini kalau bang maza naik, ade mata2 yg bisa jeling lebih nanti bila naik ke opis...hati2 bang maza...hahahhaa

    BalasPadam
  22. aderk.. harap2 mereka yg cun2 sahaja.. hehehe

    BalasPadam
  23. Macam sempit aje lah bro maza. Carilah kereta besar sikit. Passat ke..hehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini