Bila kena saman laju, panas punggung tak menentu. Hilang duit begitu. Akhirnya terpaksa menguntumkan senyum dan berniat sedekah. Kononnya berkhidmat untuk negara. Membantu negara kaedahnya. Untung-untung tahun depan ramai rakyat Malaysia yang akan dapat bonus dan bantuan seperti BR1M. Atau memakmurkan negara dengan memberikan lebih subsidi minyak petrol. uhuk!
"Patut kena ikut berapa laju terlebih. misalnya kalau lebih 10km/j cajnya RM sekian dan sekian. Tak acilah kalau orang tu memandu 120km/j tapi bayarnya sama macam 102km/j di jalan had lajunya 90km/j. huhuhu...." cadang seorang teman wanita yang perihatin.
"Ada tu Yang, kelajuan bawah 140km/j dikenakan kompaun 150 utk 7 hari, lewat jelaskan kompoun antara dua hingga tiga minggu RM200, lebih tingga minggu RM300. Tetapi kalau memandu lebih 140km/j, terus saman dikenakan sebanyak RM300." terang Kaki Laju.
Kenderaan yang dituduh dipandu laju akan diberikan notis oleh Polis kepada empunya kenderaan dengan menghantar notis, Borang Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003. Dalam borang ini akan dinyatakan butiran kenderaan, masa kesalahan, jumlah kompaun ditawarkan.
notis, Polis 170 - Pin.5/2003. |
Bersama-sama Borang Kaedah 5: Polis 171-p.i. (A) 103/2003 disertakan sekali notis, Polis 170 - Pin.5/2003. Notis ini pula mengkehendaki pemunya yang dituduh itu melengkapkan butiran maklumat pemandu yang memandu kenderaan tersebut agar saman dapat dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang sebenar pada hari kejadian.
Jika notis ini diabaikan, bermakna empunya tertuduh akan didakwa di mahkamah selain tindakan saman boleh dikenakan. Silap hari bulan pengabaian notis polis boleh ke lokap!
Di dalam tiket notis itu pula akan disertakan gambar kenderaan tertuduh sebagai bukti kesalahan. Gambar tersebut berwarna hitam putih.
"So . . . sebelum pergi tengok gambar tu memang dapat tiket dulu la ye? Kalau tak dapat tiket, maksudnya selamatlah kan?"
"Belum tentu selamat lagi. Kita kena jenguk-jenguk juga di myeg.com, rileks.com atau semak dengan SMS; POLIS: SAMAN.
Bila dapat tahu ada saman, atau dapat tiket 'percuma itu' tapi tidak disertakan gambar kereta, kita boleh pergi ke balai polis trafik tempat keluar saman, atau di ibu pejabat polis trafik malaya di Jalan Tun H.S Lee untuk tengok gambar kereta comel kita tengah berlari tertetel-tetel meninggalkan kenderaan lain yang lengit lagi lembik tak bermaya itu.
Masa tengok gambar tu, banyak-banyaklah berselawat dan berdoa. Manalah tahu kalau-kalau gambo keluar bukan satu tetapi dua atau tiga gambar kereta kita yang membawa makna banyak itulah juga jumlah kena saman.
Prosedur seterusnya ucapkanlah terima kasih kepada polis yang baik hati tunjukan gambar kereta comel kita dapat mengalahkan kereta-kertea lemah gemalai, lembik tertinggalkan di belakang sana. Mana tahu, dengan senyuman dan manisnya mulut dapat diskaun lebih.
Bila dapat tahu ada saman, atau dapat tiket 'percuma itu' tapi tidak disertakan gambar kereta, kita boleh pergi ke balai polis trafik tempat keluar saman, atau di ibu pejabat polis trafik malaya di Jalan Tun H.S Lee untuk tengok gambar kereta comel kita tengah berlari tertetel-tetel meninggalkan kenderaan lain yang lengit lagi lembik tak bermaya itu.
Masa tengok gambar tu, banyak-banyaklah berselawat dan berdoa. Manalah tahu kalau-kalau gambo keluar bukan satu tetapi dua atau tiga gambar kereta kita yang membawa makna banyak itulah juga jumlah kena saman.
Prosedur seterusnya ucapkanlah terima kasih kepada polis yang baik hati tunjukan gambar kereta comel kita dapat mengalahkan kereta-kertea lemah gemalai, lembik tertinggalkan di belakang sana. Mana tahu, dengan senyuman dan manisnya mulut dapat diskaun lebih.
Tetapi sekiranya tidak ada gambar kereta comel kita tersimpan di dalam repository data polis, ini bermakna kereta kita adalah kereta lembik, tak bermaya dan malas bekerja sama seperti kereta-kereta yang biasa di tengah jalan highway lainnya. Tidak ada keistimewaan!
Maka tidak ada bukti kukuh menunjukkan bahawa kereta kita itu sememangnya tegap, bertenaga macam kuda Arab yang terkenal dengan kegagahnanya. Ini juga bermakna tiket yang diterima itu tidak membawa makna apa-apa, atau mereka boleh mendakwa di mahkamah tetapi kebarangkalian awak menang jauh lebih tinggi. Dan awak tak payah susah-susah nak tengokwayang gambar kereta awak berlama-lamaan lagi di skrin komputer polis terjenguk-jenguk dengan membayar harga tiket (kompaun) yang mengalahkan harga susu anak untuk dua bulan."
Sekian, harap maklum . . .
Maka tidak ada bukti kukuh menunjukkan bahawa kereta kita itu sememangnya tegap, bertenaga macam kuda Arab yang terkenal dengan kegagahnanya. Ini juga bermakna tiket yang diterima itu tidak membawa makna apa-apa, atau mereka boleh mendakwa di mahkamah tetapi kebarangkalian awak menang jauh lebih tinggi. Dan awak tak payah susah-susah nak tengok
Sekian, harap maklum . . .
payah den nak baco tulisan terbalik2 gitu..terus cancel nak scan nama sapo dlm tu..kalo nak baco jugak kena balikkan laptop ni haa....=P
BalasPadam:D Sudah kena? Bayar sahaja...
BalasPadamhahaha...
BalasPadamsahajo den buek'an begitu bior terpele'ot biji mato eh...hahahaha
..ada hati nak mencilok, kan kan kan...
BalasPadambayoooorr jer larrh maza...
BalasPadamkereta buruk aku pernah kena gak..tapi kt jln biasa jer...yg x tahan tuu...kena 2 kali...time pergi dah balik...selang satu jam jerr...huhu...2 kali saman.....
Aku ada satu saman belum bayar
BalasPadamSiapa nak tolong bayarka, sila angkat tangan cepat2
Ha ha ha
Dulu saya disaman untuk membawa kenderaan 90km/j pada kalan kelajuan 70km/j. Sakit jiwa terkena saman.
BalasPadam...khabarnya tuan empunya yg itew juga kena dua saman. Jalan yang sama, di tempat yang sama, masa yg hampir sama cuma berbeza selang seminggu...
BalasPadamuhuk!
... aderkkk!
BalasPadamlambat2 bayar nanti kena RM300, maksimum kompaun cikgu.. uhuk!
aderkkk.... kes mcm ni yg benar2 sakit jiwa..
BalasPadamuhuk!....
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan tunjukkan gambar tiket saman tu.. Brp kena bayar tu Maza? :D Tegap dan gagah lah keta Maza menewaskan keta2 lembek mcm keta kawe.. he he...
BalasPadam..hahaha.. berjaya mengumpul 2.. ingatkan satu aje yg kena. bila jengah gambo kat PC polis sekali terpacul dua kompaun.. uhuk!
BalasPadamapa lagi menepuk dahi ler... huhuhu
pusing kepala tengok surat saman ni... haha
BalasPadamApa kata kita ramai-ramai support Kempen Anti Saman Ekor (KASE) kat link ni http://www.facebook.com/pages/Kempen-Anti-Saman-Ekor-KASE/146289665399185 sebab mmg xlogik kalau kene saman RM150 jika hanya melebihi had laju 1km/j shj dari had laju yg dibenarkan. Ramai yg kene termasuk la saya. Nak saman pun berpada la, jalan kat highway plus ada had laju yg 90km/j tp terlebih 13km/j sbb turun bukit pun kene saman? macam mana pulak time tu tgh memotong, xkan nk memotong pada kelajuan 90km/j di lorong kanan?
BalasPadamwow! good info bro....
BalasPadamthnaks..