Halaman

Jumaat, 27 Januari 2012

Ibu segala kehidupan

Gambar 1: Anak-anak kecil bermain di tepian pantai
 
Bagi maza hubungan kekeluargaan itu amat penting. Keakraban dan keintiman dalam keluarga mampu menenangkan fikiran. Jika salah satu pincang maka bergolaklah jiwa, gundahlah hati, berkocaklah nyawa.

Wang memang boleh dicari, tapi wang bukanlah penentu penekalan hubungan keluarga. Wang hanyalah salah satu faktor hubungan manis tersebut. Malah kata orang, salah hemat berwang mampu berubah jadi beruang! hmmm...

Ramai ibu-ibu muda hari ini yang bekerja. Ada antara ibu-ibu ini terpaksa bekerja demi kesinambungan hidup, atau ada pula kerana bosan tinggal di rumah, juga berusaha untuk membantu suami dan memperbaiki ekonomi.  Namun tidak kiralah apa pun tujuan mereka bekerja, harus seseorang itu mempunyai waktu dan membahagikan waktu istimewa itu untuk kelurga. Ikatan antara anak dan ibu perlu disuburkan sentiasa. Dari sinilah nantinya mampu melahirkan insan-insan dan bukannya syaitan-syaitan.

Pengembaraan kali telah membawa maza ke Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Maza terpegun dengan keintiman hubungan ibu dan anak-anak. Begitu indah dan manis sekali ikatan kasih sayang mereka.

Gambar 2: Keakraban terjalin

Gambar 3: Berbincang adalah terapi terbaik dalam sebuah perhubungan

Gambar 4: Komunikasi itu penting tanda saling mempelajari

12 ulasan:

  1. Kasih sayang itu memang indah.. 

    BalasPadam
  2. lagi harum jika selalu dibelai.. hehehe

    BalasPadam
  3. Saya agak gerun untuk bermandi manda di Pantai Timur.

    BalasPadam
  4. Kak Long macam terdengar-dengar anak-anak itu menyanyikan, "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku!"

    BalasPadam
  5. Bukan ALASAN Maza ker nak ambik foto ibu-ibu tu? ahak ahak... Mana gambar kasih sayang bapa-bapa dgn anak2 Maza? :D Btw, setuju benar dgn pendapat Maza mengenai soal kepentingan kekeluargaan. Kawe pun dah lalui susah payah kehidupan dan bila time susah tu, siapa lagi kalu keluarga yg datang membantu.

    BalasPadam
  6. Kawe lak dengar lagu Ahshiteru.... :wink:

    BalasPadam
  7. pagi tadi kami bawak anak2 pergi main playground.. mereka happy. Lepas tu masa nak balik, diorang mintak bukak tingkap.. ikutkan jugak.. Takpelah.. asal mereka bahagia.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. hehehe... keluarga bahagia idaman sejagat tu.. alhamdulilah

    BalasPadam
  9. hahahaha...

    gambar bapa2 dgn anak2 ada.. tapi bagi keluarkan dulu gambar ibu2 dgn anak2 dulu, kata worang ada seni duduk dalam.. ammmmakkkk!.. ahaks..
    lalalala

    BalasPadam
  10. Betul tu Bro AB. Mmg ada beberapa pantai di pantai timur yg mmg dilarang bermndi walaupun nampak airnye tenang dan selamat.

    Sbb tu ada tanda amaran.

    BalasPadam
  11. maza sebenarnya lebih memilih pantai Port Dickson.. selamat utk anak dan diri sendiri.. hehehe

    lagi pun kat PD ada banana boat.. ahaks..

    BalasPadam
  12. Oh ya ke?
    maza tak perasan lah pulak ada pantai yg dilarang di situ.. thanks for the info

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini