Halaman

Isnin, 30 Januari 2012

Najwa Latif, Cinta Muka Buku, Tutti Frutti, AJL ke-26

 

"Kita bertemu di laman muka buku, oh oh oooo ... Cinta muka buku." demikianlah patah senikata lagu Cinta Muka Buku dari Najwa Latif.

Bercakap tentang lagu Najwa Latif bertajuk Cinta Muka Buku ini terasa begitu senonim dan begitu dekat sekali dengan Tutti Fruity. Ya, Tutti Frutti ialah sebuah cafe yang menyediakan makanan yogurt beku pelbagai perisa.

Oleh kerana penggambaran video klip Najwa Latif memuatkan cafe tersebut, menyebabkan lagu Cinta Muka Buku seolah-olah melekat dengan Tutti Frutti.

Beberapa hari lalu maza sekeluarga berkesempatan menjamah yogurt tersebut di Tutti Frutti sambil pembesar suara di cafe itu mendendangkan lagu Cinta Muka Buku..

Manakala hari ini lagu yang sama telah dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke 26 anjuran TV3. Dan ia segera mengimbau kembali kenangan kami anak beranak di Tutti Frutti; kenangan yang manis sekali.

Namun di akhir pertandingan Juara Lagu tersebut, lagu Cinta Muka Buku telah tewas.

Anak-anak maza sedikit monyok, namun bagi meredakan keresahan dan hambatan ketewasan, maza memujuk mereka untuk pergi lagi ke Tutti Frutti. Dengar khabar Tutti Frutti dapat meredakan kecamukan yang melanda.


Walaubagaimana pun maza mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di dalam pertandingan tersebut. Berikut ialah keputusan penuh Pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-26;-

Anugerah Khas Mobile: Lagu: Sedetik Lebih (Penyanyi asal: Anuar Zain, Komposer/Lirik: Yusri Kru)
(iaitu anugerah yang baru diperkenalkan diberikan untuk lagu paling banyak dimuat-turun ke dalam telefon bimbit melalui rangkaian sesawang mcube.com.my)

Persembahan Terbaik: Lagu: Kisah Hati (Penyanyi: Alyah)

Vokal Terbaik: Penyanyi, Hafis (Lagu: Awan Nano)

Anugerah Juara Lagu ke-26;
tempat ketiga:- Karma (Penyanyi: Faizal Tahir, Komposer: Lirik: )

tempat kedua: Seribu Sesalan (Jaclyn Victor,  Ning Baizura & Shila Hamzah: Komposer; Alvin Chin)

tempat pertama: Awan Nano (Penyanyi: Hafis, Komposer: Datuk M. Nasir, Lirik:  Budi Hekayat)


errr . . . ini tidak bermakna maza bertunggu tangga selama ini menonton rancangan Muzik-Muzik yang disiarkan pada setiap minggu itu ya kengkawan (tak kwasa mak weii . . . huhuhu). Secara kebetulan maza tertengok, diulang suara tertengok rancangan Anugerah Juara Lagu ke-26 yang itu pada malam ini. hehehehe.
(alasan derrr . . . ahaks . . .)

26 ulasan:

  1. Tahniah buat Datuk M Nsir & Hafiz.  Lagu hebat, persembahan mantap :D 

    BalasPadam
  2. rasanya kali ini semua org puas hati... hehehehe

    BalasPadam
  3. muzik2 tak minat nak tengok pun... AJL je rajin tengok

    BalasPadam
  4. peminat yuna tetap ada yang bunyi2 tak puas hati! haha

    BalasPadam
  5. Pulak.. katanya "Penakut"
    hahahaha

    BalasPadam
  6. samalah ... Melodi pun maza tak berapa nak tengok gak.. hehehe

    BalasPadam
  7. Aku layan gak malam tadi
    Sang juara hanyanberkaki ayam je :-)

    BalasPadam
  8. Peminat Najwa rupanya ehhh.. Kawe pon tak tahu video Najwa dkt Tutti Fruttti tu... Hmmmm....

    BalasPadam
  9. ..tentu ramai menepuk dahi ...
    Hafis untung banyak, modal keluar sikit jerk.. selipar pun tak ada..
    hahahaha

    BalasPadam
  10. ..gulp! tak ler minat sangat, dah satu negeri tempat asalnya.. budak Johor tu.. heheheh

    psst: video klip dia bercanda di dlm cafe tutti fruitti lah abg mail.. hehehe

    BalasPadam
  11. ha sy suka pic dia atas mmg nmp bapak yang cool...

    BalasPadam
  12. macam ni mmg baguh dikatakan kacak!

    BalasPadam
  13. salah satu cara hti senag bila kita berjaya menggembirakan hati anak2..

    BalasPadam
  14. Oppss...kakakakak

    dan anak2 pun cool rembat RM ayah dgn perah puas2 tutti frutti... lalalalal

    hahahaha

    BalasPadam
  15. ..alamak!
    kacak di luar, kacak di dalam, kacak di sana-sini,...
    senyum! senyum....
    tak perlu kata apa-apa!..

    hahahaha

    BalasPadam
  16. Apa salahnya tertenggok pun. Wow, bestnya bersantai di Frutti Tutti. Kak Long suka konsep restoran yang simple but sweet tu!

    BalasPadam
  17. Bapak dia nampak cool di wajah sebab hatinya disejukkan dengan rasa manis, masam dingin Tutti Frutti.

    BalasPadam
  18. tutti frutti mmg best der....haha

    mmg ssuai utk anak2...tp apsallah sy tgok ayah dia yg plg excited nih? confuse....haha

    BalasPadam
  19. Mengoda gambar ke 2. Jangan ada yang cair melihatnya. :-)

    BalasPadam
  20. psst: dia org main pakat timbang, siapa tak tahan nafsu melihatkan coklat dan gula2 itew ada harapan memborong semuanya... lepas tu terduduk kocek koyak.. hahaha

    BalasPadam
  21. uiks.. sesuai juga utk bapa2... mau jaga pinggang dan tenaga dalaman gitew.. uhuk!
    lalalala

    BalasPadam
  22. terliur tak apalah kan kan kan... hahahaha

    BalasPadam
  23. macam Maza mengalahkan sikecik tu..haha

    tak pernah try lagi ni..ada je outlet kat sini

    BalasPadam
  24. ..kalau sekali try, mesti mau datang lagi punyalah.. hehehe

    BalasPadam
  25. amboi bro maza...makan aiskrim senget mulut2..sejuk ke?or xde gigi tu... ehek3... :P

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini