Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

Tomyam menjadi saduran makanan tradisi Malaysia


Sekarang ini sudah seperti Tomyam (makanan org Siam) ini sudah menjadi makanan rutin rakyat Malaysia. Apa tidaknya, kedai-kedai tomyam tumbuh bagai cendawan baru lepas hujan. Dari utara hingga ke pulau-pulau di selatan tanah air melambak-lambak restoran dan gerai menjual tomyam. Salah hemat sudah seperti tomyam itulah makanan tradisi penduduk negara bertuah ini.

Barangkali, satu hari nanti tomyam akan mengambil alih tempat makanan tradisi yang terkenal seperti ikan asam pedas, masak singgang, laksa, nasi lemak dan soto. Lalu memertabatkan tomyam sebagai hidangan utama rakyat Malaysia!

Apa-apa hal pun, dengan lambakan pelbagai variasi hidangan tomyam telah menyukarkan maza untuk  mengecam yang mana satu tomyam original!

Gambar: mulut kasik muncung panjang, baru nikmat menghirup. hehehe

Percaya atau tidak, di Kuala Lumpur rata-rata restoran mamak juga menghidangkan tomyam!

Rentetan citarasa rakyat negara ini sudah berubah, maka restoran-restoran mamak juga tidak mahu ketinggalan. Mereka juga menghidangkan tomyam.

Di restoran mamak bukannya tukang masak tomyam itu datangnya dari pantai timur atau selatan Thailand, tetapi si mamak itu sendiri memasak tomyam. Penyudahnya jadilah tomyam ala-mamak. Macam-macam bahan tambahan yang dicampurkan selain bahan asas. Antaranya yang pernah maza jumpa ialah memasukkan timun ke dalam tomyam.

Oleh kerana pola makanan rakyat negara ini sudah berubah dengan menggemari tomyam; hinggakan orang kampung sendiri pun hampir-hampir lupa akan ikan singgang, ikan masak asam, ayam masak kari dan bubur cha-cha, menyebabkan setiap daerah di negara ini punyai variasi tomyamnya tersendiri. Namun pengekalan rasa asli tomyam yang menjadi asas masakan iaitu masam, pedas dan serai wangi masih dikekalkan di dalam setiap hidangan.

Mungkinkah selepas ini dunia akan mengenali tomyam versi Malaysia atau tomyam versi Melayu? Ahaks, siapalah yang tahu kan?

Secara peribadinya maza sukakan tomyam yang dihidangkan di dalam mangkuk tanah seperti di dalam gambar-gambar di sini. Kehebatannya terletak kepada kesenian hidangan.

Untuk menikmati hidangan sebenar tomyam, seseorang itu harus memanjangkan muncungnya sepanjang-panjangnya sebelum menghirup berdekit-dekit dan disudahi dengan perkataan, "ahhhh". Enak, kan? hehehehe


48 ulasan:

  1. Tomyam Poktek sedap lagi! Lebih manis, and berlemak.. Nyom nyomm  :D

    BalasPadam
  2. kan, kan, kan.. dah cakap dah....


    Sekarang ini kekuatan pengaruh tomyam sudah sampai ke Borneo di Miri, Sarawak sana... huhuhuhu
    akan terancamkah kek lapis Sarawak? Ikan terubuk masin Sarawak?

    hahahahhah

    psst: tomyam poktek tu memang best.. mcm2 ada!... maza panggil banyak sampah sarapnya. hehehhee

    BalasPadam
  3. oh kek lapis sarawak tetap di hati

    BalasPadam
  4. hahahha... geng Borneo sudah mari.. best, best, best... hehehhe

    kalau kita tak naikan kek lapis Sarawak, siapa lagi yea idak? hehehhee

    BalasPadam
  5. tomyam ayam, sayur, campur sume ada sekarang..

    yg TE tau order dan hirup sampai habis

    tapi kalau p mamak, tetap order roti canai banjir 3 helai

    BalasPadam
  6. Janji tomyam belasah jer :D 

    Apa pun tomyam campur tetap jadi pilihan :D

    BalasPadam
  7. Tu lah pasal.. Disebabkan kehebatan tomyam poktek.. Org Miri Sarawak dah tak
    balik2 Sarawak dah nims... Ish ish ish..


    Maza gi la area Kubor.. Kat belakang UIA tuh.. Nyom2 pokteknya.. saya lupa nama
    kedai tu. nanti saya tanya kawan saya balik.. semalam saya mom mom poktek..
    sedappppp surrrppp! :P

    BalasPadam
  8. oh ya ke?...

    Kat belakang kubur?.. aduhhh! buat ler tukang kedai tu campurkan tomyam poktek dgn tulang belulang dari kubur tu.. eeeeeiiii, ngeri dibuatnya.. ayukk nono, hahahahha

    psst: nanti kita pergi UIA lagi, boleh angkut nono satu kali... tunjukkan kedai itu, kita makan berjamaah satu kali... apa mcm? hehehe

    BalasPadam
  9. hahhaha.. kat restoran mamak maza dah tak boleh makan roti canai sembrono lagi.. kena pilih2... 

    kalau tak, macam TE juga, tapi tak lah sampai 3 helai.. hahahhahaa

    BalasPadam
  10. wakakaka......

    pernah tak makan tomyam rasa manis? hahahha
    maza pernah... tak tau lak apa nama tomyam jenis itew.. hehehhe

    BalasPadam
  11. memang nampak sedap tu bro.. gambar tu menceritakan seribu makna..

    BalasPadam
  12. wah lapar..lpar..mintak 1

    BalasPadam
  13. cili api..limau ..serai jgn lupa yah hee.wajib ada tu ekeeee

    BalasPadam
  14.  Itulah keistimewaan restoran mamak.Untuk mengekalkan moto 'apa saja ada' semua diadaptasi demi 'Sekeping kertas bermaruah'-Wings

    BalasPadam
  15. hehehehe.. kalau terkecur, cepat-cepat cari kedai tomyam gitew... hahahhaa

    BalasPadam
  16. volleh. mari lah sini.. ada berani ka?

    hahahaha

    BalasPadam
  17. Baik puan!!! (siap tabik spring lagi gitew) hahaha,,,

    BalasPadam
  18. alamak... terpaksa lah maza setuju.. hehehehe

    BalasPadam
  19. Bb suka juga tomyam tapi very cerewet utk memilihnya. Kalau ada yang rasa betul2 sedap baru Bb akan order .kalau tak..tak nak kot..lagi2 di kedai mamak..takkan kucuba kot.. ;)

    BalasPadam
  20. rugi woooo...

    macam-macam rasa dok ada... hahahha

    BalasPadam
  21. Tomyam.. uhhh ramai suka makan ehhh tapi kawe cuma rindukan mee bandong jer... :D
    sedapnya Maza makan.. boleh terdengar sedawa sampai ke sini ...:D

    BalasPadam
  22. kawe suka tambah kicap.... kow punya!!!

    BalasPadam
  23. keh keh.. kawe pon kira join d club ni.. sokong sokong...

    BalasPadam
  24. tak suka kedai mamak sapedekk.. dah was2 nk mkn sb takut dema bukan org mulin huuu

    BalasPadam
  25. tomyam letak sotong udang err mmg sedp bro yg pting pedas hiooooo

    BalasPadam
  26. mee bandung yg original aje maza mesti pilihhhh.. huhuhuhu

    BalasPadam
  27. lahhhh.. pulak.. ingatkan tambah budu... 

    kekekekeke

    BalasPadam
  28. err... biasanya maza tengok2 gak ler kedai mamak mana. heheheh

    hanya yg diyakini shj gitew.. uhuk!

    BalasPadam
  29. jgn kena buasir sudah!.. 

    hahahaha

    BalasPadam
  30. Kat Phuket tomyam manis ada.. tomyam kari pun ada..  :D

    BalasPadam
  31. Ini semua salah Maza, letak lagi gambar tomyam. Sekarang dah rasa lapar :P

    BalasPadam
  32. wakaka... apa lagi senduk nasi, makan tomyam.. jom!

    BalasPadam
  33. satu tempat ni letak ketam..best best
    tak suka tomyam ayam...kalau nak ajak kita
    nak belanja makan..jgn order tomyam ayam ye
    hehehe

    BalasPadam
  34. mau dikenakan balik Maza ni... tunggguuuuuu.... :D

    BalasPadam
  35. hahahaha... kena pakai pelindung ni.. mana tau, kot2 abg mail mahu jentik-jentik pulak gitew.. heheheh

    BalasPadam
  36. roger.. heheheh.. volleh, volleh..

    BalasPadam
  37. I loike tomyam sangat2, kalau boleh tomyam tu kasi pedas berapi. baru best, makan sampai sakit perut. hehehe

    BalasPadam
  38. perkhhhh... boleh kena buasir tu.. heheehe

    BalasPadam
  39. memang betul, kalau kat utara ni memang merata-rata kedai tomyam. sama naik dengan nasi kandar. 

    BalasPadam
  40. warung-warung tradisi sudah pergi mana?
    melukut ke? hehehehe

    BalasPadam
  41. bila tekak rasa tak sedap..tomyam lah pilihannya selain sup...tapi makan tomyam order kt kedai..skg buat rugi jerr..harapkan penuh dek 'sampah' dari isinya 4-5 ketul...rasanya udang pun besar lagi kelingking saya..ada tuh xcukup sempurna spesis2 dalam kuah tuh..jenis ai kalau xpueh hati dengan masakan kedai ataupun mahal wpun kita tahu modalnya seberapa sgt...lebih baik buat/masak kt umah..seperiuk leh dapat...kecuali klu masakan itu menrumitkan saya tk berkira sgt bape harganya...bak kata org berpada2 ler nk cas harga kan..
    pernah terjadi bulan puasa dah lama dolu..teringin saya nk mkn roti jala mlum arr puasa..macam2 nampak semua terliuq...penjual tuh menjual roti jala sekeping saiz yg lom digulung dengan harga 50 sen...kuahnya betui2 kentang 2 biji saiz kuku ibu jari jer..tiada ayam bagai..cair...semalaman si dok bebel rasa ketidakpuasanhati..so sya nekad weekend ....saya buat sendirik..siap leh sedekah kat jiran sebelah umah..puashati saya..;)

    BalasPadam
  42. oh kalau masak sendiri memang ler puas hati.. janji pandai dan kena gaya eh.. hehehe

    tapikan maza suka mencuba sesuatu yg baru... kata worng new experience gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  43. Tomyam juga kegemaran saya.
    Tapi masakan tomyam di kebanyakkan kedai Mamak sungguh TAK SEDAP ! 

    pst: sya pernah menikmati hidangan tomyam yg sedap kt KL ni. Restoran tu biasa2 aje. tp masakan tomyam dll memang best. Pernah pegi restoran ali tomyam tak kat kerinci.? yg bawah pokok tu. Laluan nak pegi lrt putra kerinci. Cuba la ...

    BalasPadam
  44. Saya ini hantu Tomyam tiap-tiap beli mesti paste Tomyam asli yang dihasilkan oleh Thailand. Saya pernah merasai Tomyam di sempadan Malaysia Thailand memang sedap :-) Saya suka Tomyam Seafood

    BalasPadam
  45. Uiks.. sudah lama tak gi merayau-rayau area situ.. nanti maza terjah ya.. terima kasih... 

    BalasPadam
  46. Hahaha...ayat akhir ekau tu buek an peghot den terhinjut2 menahan gelak di malam nan sunyi ini... Kueh teow tomyam...my peberet...hehehe

    BalasPadam
  47. hehehhe... kalau ada org makan tomyam kemam bibir tu, tando eh dio tak ghoti makan tomyam tu..hahahhaa

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini