Hari itu kami sekeluarga telah pergi merentas hutan di Hulu Langat. Meredah denai ke satu denai. Memanjat banir ke satu banir. Mengekori lorong-lorong sempit. Apabila lelah menerpa, kami berehat di balik perdu sambil mengesat peluh. Setelah hilang rasa lelah, kami mengatur langkah kembali.
Adakalanya kami terpaksa mendaki di celahan rimbunan buluh yang tumbuh meliar. Adakalanya merintis laluan di atas tongkolan batu-batu sungai yang kecil mahupun besar. Bongolan-bongolan batu itu adakalanya tersembul keluar dari permukaan air sungai. Ada yang tenggelam di dalam air jernih itu. Kami perlu hati-hati kerana ada di antara batu-batu tempat kami menginjakkan kaki itu berlumut dan licin.
Kami menggunakan bekas jejak-jejak lama yang ditinggalkan. Maza memandang ke langit. Hari mulai meninggi. Matahari tepat terpacak di atas kepala. Mujur julangan pepohon itu memayungi sepanjang perjalanan kami. Pucuk-pucuk pohonan yang besar dan tinggi-tinggi memberikan keredupan dan tidaklah begitu terasa keperitan kembaraan kami yang mencabar ini.
Kami redah jeram ini yang air deras mengalir. Mujur juga anak sungai yang kami selusuri itu airnya tidak dalam. Sekadar paras betis sahaja atau paling dalam pun paras pinggang maza. Sedang kami menyelusuri anak sungai itu.
Tatakala menyelusuri air sungai yang jernih, sejuk, segar dan nyaman ini peluh kami tetap menjijis keluar dari segala liang-liang peluh. Dalam keasyikan kami merempuh halangan tersebut, tiba-tiba terdengar bunyi "Keting .... keting, keting, keting..." Bunyi lonceng yang digoncang bertalu-lau.
Di balik alunan lonceng tersebut, kami terdengar laungan suara; "Ais krim! Ais krim! Ais krim! Ais krim...." Ah, sebagai anak jati kampung, lazim benar kami mendengar lolongan suara dan lentingan lonceng tersebut.
Kami pun maklum bahawa bunyi lonceng yang terpancul itu datangnya dari si penjual ais. Serentak itu juga Nasrun mula merayu, "Ibu penatlah. Jom makan ais krim dulu. Nanti kita jalan lagi ehh..."
Anak kecil berusia 7 tahun itu sudah pandai memujuk-rayu. Sudah pandai tawar-menawar.
Dengan sokongan Daniel 5 tahun melalui rengekkan dan tarikan bucu baju ibunya, maka maza pun mengalah. "Ok! Kita makan ais krim dulu..." maza menyetujui cadangan si anak kecil itu.
Apa lagi, budak-budak itu bersama ibunya melompat keriangan. Maka berdedai-dedailah kami sekeluarga mendapatkan pakcik penjual aiskrim.
Masing-masing mendapatkan ais krim sorang satu. Selepas menghulurkan bayaran harga ais krim tersebut, kami sama-sama menikmatinya.
Mulanya kami duduk bersila di tebing anak sungai tersebut. Kemudian kami berpindah ke dalam anak sungai pula. Masing-masing mengambil tempat dengan duduk di atas batu yang berjongngol keluar dari permukaan air.
Kebetulan pula hari itu cukup panas menyebabkan tekak berasa kering. Walaupun kami berada di dalam jeram, tetapi kehangatan cuaca menyebabkan kami mudah kehausan.
Lagi pun, pekena aiskrim di dalam jeram yang sejuk dan segar ini merupakan nikmat yang sukar digambarkan. Memang, segala kedahagaan tadi segera dihambat pergi. Sungguh enak sekali.
Lihat sahajalah gelagat dua beradik ini menikmati aiskirm yang dibeli tadi. Yummmy!!!!!
Usai menikmati ais krim kami meneruskan perjalanan menyelusuri air sungai lagi. Setelah beberapa lama berjalan ke tengah hutan tropika itu, barulah kami perasan. "Eh! Kitakan dalam hutan tebal ni, kan? Tapi ... macam mana ada orang jual aiskrim pulak di tengah-tengah hutan belantara ni? Biar betul. Entah.. entah..?" maza mula panik.
Darling sudah tak terkirakan lagi. Dia mula menunjukkan ketidakkaruan. Mahu sahaja dia mengarahkan anak-anak kami mengeluarkan kembali aiskrim yang telah ditelan itu. Kalau boleh mahu dicungkil atau digali habis ataupun diperah-perah perut budak-budak itu agar asikrim yang kami nikmati tadi termuntah semuanya.
"Lah, jangan-jangan kita makan ais krim orang bunian tak?" pucat muka darling seraya melontarkan telahan yang kejam itu. Mata kami mengerling ke serata tempat. Segera memacakkan pandangan ke atas pokok, ke dahan-dahan di atas sana. Segera kami memeriksa dengan pemerhatian yang tajam di balik hutan sana.
Kami tersentak sebaik mendengar pekikkan suara.
"Dah, dah, jom kita balik!. Naik semua, sudah lewat petang ni. Karang lambat pulak sampai rumah. Abah nak tutup pintu reban ayam maghrib nanti. Hilang pulak anak ayam aku. Maza pergi runtuhkan khemah. Darling pergi tolong emak kemas sana tu. Nasrun dan Daniel basuh kaki." arah abah dari tebing sungai.
Suara abah yang memanggil kami telah membawa kami tersedar dari bayangan hitam. Rupa-rupanya kami sekeluarga sedang berkhemah di Sungai Congkak Park & Resort. Setelah selesai mengemas kami pun berangkat pulang.
Dalam terhegeh-hegeh mengangkat sisa barangan perkhemahan kami hendak pulang, kami terserempak dengan pakcik penjual aiskrim tadi. Tong aiskrimnya dikelilingi oleh anak-anak. Ibubapa anak-anak tersebut sibuk mengendalikan laungan anak-anak masing-masing sambil cuba memenuhi permintaan mereka.
Pakcik penjual asikrim itu melemparkan senyuman kepada kami. Barangkali dia cuba mengutumkan senyuman. Atau mungkin sahaja senyuman manis mahu mengumpan kami agar sekali lagi membeli asikrimnya.
Sekian, olahan cerpen maza yang lantun-lantun... hehehehe...
Aaaa yang penting, photonya donggg.. hehehehe
Hari ini hari Khamis, selamat malam Jumaat kengkawan...
pic sayang maza tu iras2 muka kak jie.
BalasPadamkak jie masa mudalah..bkn mcm skrg ni...warga emas
:D Kalau ada aiskrim orang bunian pun sedap juga rasanya..
BalasPadamehehe...brtul ke cerpen ini?? mcm dlm novel melayu saja...
BalasPadamhehe tak boleh trick dah :p boleh agak yg ini hehe
BalasPadamsemangat betol makan ice cream!
BalasPadamselalu sangat kan TE... he he :D
BalasPadamkalau org bunian... kalau alien??
BalasPadamOhhh... patutlah kakjie dulu jelitawan, lawa, ayu gitew.. hehehehe
BalasPadamhehehehe... mcm drama swasta dari seberang, kan, kan kan? hehehhe
BalasPadamooppps.. tunggguuuuuu.. hehehehe
BalasPadamdengar kata puteri bunian cantik-cantik.. hehehe
BalasPadamHahaha, aiskrim orang bunian tu. Kat mana diorang simpan peti ais agaknya?
BalasPadamtu yang misteri tu... hehehe
BalasPadamtiada yang lebih menyeronokkan bagi kanak2 selain dapat aiskrim selepas penat berjalan
BalasPadamrezeki memang ada di mana2
walaupun di tengah hutan.. kan, kan, kan....
BalasPadamSekarangpun masih lawa lagi.
BalasPadamTak gitu Maza?
Cantik header baru Maza. Klasik gitu!
BalasPadamp/s Tengok anak-anak Maza makan aiskrim (kita orang panggil aiskrim mangkuk , masa kecik-kecik dulu) tu, rasa nak join pulak.
1) Terima kasih kak long.. hehehe
BalasPadam2) aiskrim tu kami panggil aiskrim calong.. huhuhu
lah ya ke? .... wah ada harapan maza terkeliru bila keduanya jalan beriringan.. hehehe
BalasPadamdan itu tandanya juga, darling & kujie insan yg ayu2, cun-melecun dan jelitawan gitew.. ahaks... heheehe (di mata maza ler.. ahaks, ahaks, hahahhahaa)
owhh terasa ingin kembali ke zaman itu...indahnyaa dunia merekaa....andainya anak-anak kecil boleh memahami ape yg ingin kita sampaikan.."hargailah masa detik-detik berharga kanak-kanak & remaja kamu"..
BalasPadamvery the true, very the true my dear....
BalasPadammasa nilah masa yg best utk kita selami bersama anak2... huhuhu
cerita betul ke ni..heh... selalu konfius cerita dia nih. ada aiskrim bunian la...
BalasPadamBila tgk budak2 makan aiskrim , teringat memori kecil2 dulu selalu tak sabar tunggu pjual aiskrim bermotor melalui kawasan perumahan kami.
pst: gambar yg pertama tu nampak klasik. i like
Kalau penjual Ais Krim lalu depan rumah saya tentu frust kerana anak-anak buat derk sahaja :-)
BalasPadamKalau bawa anak-anak jumpa datuk dan neneknya di Bangi mesti dapat ais krim free kerana datuk suka berlanja semua sampaikan si babah pun tumpang sekaki terlompat-lompat tanda gembira dibelanja ais krim :-)
BalasPadamhehehe..... cuba hayati.. kan cerita misteri tu.. hahahahha
BalasPadampst: terima kasih kerana menyukai gambar itew.. hehehe. alhamdulilah..
hahahaa...
BalasPadamanak2 akuboimed makan aiskrim mangkuk dari pasaraya terkenal gitew..
eh takkan ler abg koning tak tau bahawa itu adalah penjual aiskrim ek? hehehehe
hahahhaa...
BalasPadammacam sama jerk peristiwa itew.. hehehe
maza mesti pilih..
Ahhhhh.... sudah! Bikin suspen lah maza ni.... hehehehe
BalasPadamSeronoknyer dpt makan ais krim. Baik aje anak2 maza bersila sopan santun bila tgh makan ek. Ni mesti mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ni..... :-P
hahaha.. jangan tak tahu, budak-budak tu pun reti berlakon tau.. .
BalasPadamdepan kamera lain, belakang kamera buas! aderkkk..
hehehehhe
Pehhhhh...bikin suspen jek Maza neh...muahaha. Den suka la karangan ayat ekau. Asyikkkk gittew...ekeke
BalasPadamRasa macam nak pegi mandi air sungai kat Burmese Pool jek neh...huhuhuuuuu
mandi berjamaah ko, mando sorg2.. ahaks.. hehehee
BalasPadam