Halaman

Ahad, 12 Jun 2011

Sambal Ketuk

Gambar 1: Ramuan

Anda bolehlah mengambil nota resepi bahan ramuan itu dari gambar yang disediakan seperti di atas.

Pengenalan

Semenjak tersiarnya entry Ke Dapur: Pertama Kali lalu, menyebabkan saya menerima pelbagai mesej.

Antaranya meminta malah menyuruh saya untuk menyampaikan skil kungfu membuat sambal; terutamanya sambal ketuk, yang saya tuntut dan praktikan sejak lebih 15 tahun itu.

Belakang di atas kelebihan dan kesempatan di hujung minggu lalu, setelah memerah otak untuk menjejak kembali skil yang sekian lama tertinggal, akhirnya dengan penuh keringat saya lontarkan kesemuanya di sini dengan dokumentari bergambar.

Diharapkan saudara sekelian dapat memanfaatkannya dan berpuas hati.

Asal-Usul Sambal Ketuk

Arakian tersebutlah kisah akan namanya sambal ketuk diambil daripada perkataan Jawa.

Bermulalah cheretera bahawa sebagaimana semua orang sudah ketahui, sambal adalah kata nama gantian ke atas sejumlah cili atau lada yang dikisar atau dilenyek untuk dijadikan makanan. Kemudian ia dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan sambal!

Frasa ‘ketuk’ dalam bahasa Jawa bermaksud menumbuk atau mengetuk cili hingga lumat di dalam lesung.

Jadi gambungan kedua-dua frasa tersebut membentuk satu kata nama baru iaitu “Sambal Ketuk.”

Nama lain bagi sambal ketuk ialah:-

a) Sambal tumbuk

b) Sambal lesung ikan bilis,

Cara-cara Penyediaannya

Cara penyediaanya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam lesung batu. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat.

Tetapi lagi elok kalau anda berdisiplin sedikit!

Masukanlah dahulu bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuklah kesemua bawang yang berbuku itu hingga penyek.

Diikuti pula lada atau cili padi.

Terserah kepada anda untuk gunakan lada yang mana satu. Tetapi saya gemar memilih lada akar atau cili api (juga dikenali cabai burung –belah utara) atau lada kecil. Cuba elakan menggunakan lada hijau segar besar sebab magis perisa sebenar sambal ketuk bertukar menjadi perisa 'maung' (tak sedaplah).

Mengikut petua Pak Busu Zali, elok dimasukkan sekali dengan batang-batang lada tersebut tanpa menyiangnya. Dikatakan ia dapat mengurangkan tahap kepedasan yang boleh memijarkan hingga ke lubang telinga. (Erk! Perkara yang satu ini saya tidak dapat pastikan kebenaran mitosnya. Tetapi biasanya saya mengikut sahaja. Hmm, mungkin juga dia menyarankan begitu agar dapat menjimatkan masa untuk menikmati sambal ketuk atau mungkin juga untuk menjimatkan air liur yang sedang meleleh. – (hmm mungkin juga dipendek kata ‘malas nak buang’ hehehehhe)

Setelah agak lumat, masukan pula ikan bilis tersebut. Jumlahnya terpulang kepada anda. Sejemput cukuplah! Kalau banyak pula karang, ia bukanlah dinamakan makan sambal ketuk, tetapi makan ikan bilis bersira lada  – dah macam kucing tompok pulak yang suka curi ikan bilis yang belum sempat emak menyimpannya di dalam gerobok setelah berbelanja di pasar minggu.

Tumbuklah sehingga anda lenguh atau sepuas hati anda! Alahai takkan ini pun nak bagi tahu. Agak-agak sendirilah mahu halus ke atau mahu kasar ke.


Gambar 2: Sedia Untuk Dihidangkan

Kalau saya, lebih sukakan yang kasar. 

Setelah selesai apa lagi dihidangkanlah.

Masa Untuk Kudapan (makan petang)
Gambar 3: Menu Minum Petang

Kali ini saya berkesempatan menikmati hidangan istimewa tersebut dengan jemput-jemput ikan bilis bersama air teh susu (jemput-jemput dan air teh buatan tangan isteri, saya bikin sambal ketuk aje.. ahaks!).

Menikmatinya di waktu petang dengan suasana damai... perkhhh! Memang cukup 'fantastic', 'fabulous', atau dengan kata lain ialah ‘super best’.

Saksikanlah gerak gambar perlahan seperti di bawah ini! Memang mengacam habis!




semakin rapat ke mulut 






Perkhhhh! Geranti anda akan tersembur!

Dan sememangnya saya tersembur; keluar bersama sambal ketuk dan jemput-jemput itu. Terkapai-kapai tangan seperti burung kelicap sedang menghisap madu bunga kembang cina, mengibas laju. Sesekali saya berdesis! sesekali berdecap! Tanda sesuatu yang lain macam...

“Aduhhh ..! DARLINGGGGG!!!!" maza jeritkan isteri sambil menepuk dahi.

"Kenapa abang?" Darling menerpa sambil membawa senduk di tangan. Tugasan menggoreng baki jembut-jembut belum selesai.

"Sekali abang lupa letak garam la!..”

Erk! Sekiranya anda perasan dalam ramuan di atas saya tidak sertakan garam. So jangan lupa letak garam ya, kalau tidak ia tidak sesempurna perisa....

Selamat mencuba! Hahahaha

A genuine idea from maza

 psst: gambar guna telefon cap Ayam Patuk Itik aje, sudah ... hehehe...

46 ulasan:

  1. alamak...............kalau dpt hantar terus ke depan pintu rumah lagi best la mazaaaaaaa

    BalasPadam
  2. alahai da teliur dah ni bro..
    lama betul tak perkena cucur dgn sambal ketuk ni..
    terima kasih la ingatkn nostalgia silam ni..
    balik nanti nak buat gak..hehe

    BalasPadam
  3. kalau cili hanya dua biji boleh ke, bro
    aku ni tak tahan pedas

    BalasPadam
  4. citer lama ke ni Maza? macam ingat lagi kawe segar dikepala dengan sambal ketuk nie.. :D Kamera pon belum canggih lagi he he.... :wink:

    BalasPadam
  5. Terbaik pakai satu lori ehhh... :D

    BalasPadam
  6. ahaks...  tunggu maza betul2 kenyang dan puas2.. ada balance volleh ler hantar.. ahaks.. hehehhehe

    BalasPadam
  7. uik.. guna pan cake pun volleh, tapi cicah dgn keju.. ahak.. hehehehhe

    BalasPadam
  8. volleh, volleh,.. 


    jangan sampai ketahuan sama kambing sudah...
    nanti kambing ejek sambil jelir2 kan lidah....
    hahahahhaha

    BalasPadam
  9. perkhhh... bernais (nanah) punggung weiii...

    hahahhaha

    BalasPadam
  10. ouch! kantol sudah... hahahaha

    musti abg mail terkenangkan yg abg mail pun terkena gak dgn entry pedas maza ini kan? ahaks. hahahhaasyhhhhh.. gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  11. haha siap ada slow motion tu :D bagi pedas2 lagi bro, TE memang suka pedas2 ni, tapi sekali terlupa garam daa... xD

    BalasPadam
  12. SODAP ni. Pnh makan kat salah seorg umah saudara. Pedasnye mmg mcm bakal nak kena buasir HOHOHOHOHO :-)

    Tak sangka maza pandai main ketuk2 ek :-P

    BalasPadam
  13. Owwwhhhh
    Cerita lama ye....
    Tp buka buku baru yer.... :-P

    BalasPadam
  14. Sapekah yg menjadi tukang gambo en maza ketika ini??? Kesian dia sbb terpaksa menunggu si model beraksi ikhlas utk menampakkan hasil utk menghasilkan air liur dari kalenjar liur oleh pembaca blog :-P

    BalasPadam
  15. uik.. tak payah tumis.. makan 'raw' gitew jerk... banyak khasiat katanya.. hehehhee

    meh ler cuba!...

    BalasPadam
  16. dem! ingatkan gambar2 tu tak memberikan sbrg impact... dem! menjadi juga... hahahahaha

    .. si darling nan cute itu yg menangkap gambo....
    hahahaha

    BalasPadam
  17. hahha.... bEe telan sekali gus siapa suruh.. org makan slow & steady.. heheheh

    sepekara lagi pemilihan cili pun penting.. itu mesti cabai burung tu.. ahaks.. hahahahaha

    BalasPadam
  18. hehehe.. special buat come back pada teman2 yg baru gitew.. ahaks...

    BalasPadam
  19. ha..asal tak letak bro adIOOO.

    MAbuk saya keje kui..kui..

    BalasPadam
  20. bab ketuk2 best gak..kt rumah ada penggeling sebesar kaki,,skli giling semua bhan hancur hee..

    cicah mcm ru jer?

    BalasPadam
  21. mau cicah dgn air kopi + milo pun volleh.. hahahahaa

    meh ler cuba...

    BalasPadam
  22. Uiks.. mabok ada baby ka?

    hahahahhah

    BalasPadam
  23. alahai, macam mana cheff maza lupa letak garam pulak ni.

    BalasPadam
  24. pergh... memang kena cuba ni....  

    BalasPadam
  25. HAHAHAAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH aksi gerak perlahan itu sungguh tidak boleh blah ye.. hahahahhahahhahahh... lucu la maza!

    BalasPadam
  26. kira ingatan kawe boleh tahan la gak mcm Kak Tie.. he he mana itu makcik pegi ehhh ? :D

    BalasPadam
  27. ha..ha...ha.., buat suspen aje bro ni.
    Sya ingat mahu dibuat makan dgn nasi. rupanya dgn cucur.
    Sya kalu sambal spti ini biasa dibuat perencah utk masak gulai. rupanya sedap di makan gitu eh

    BalasPadam
  28. seronok ar tengok blog kaum adam bila ada entri masak2 macam ni.
    Nanti masak lagi eh.
    Utk lagi menarik, publish sekali model yg makan buat aksi perlahan itu . heh

    BalasPadam
  29. ahak.. tu ler pasal....
    berkurun lama tak ke dapur, gitewlah gamaknya.. hehehhehe

    BalasPadam
  30. mesti try punya.. hehehhe

    semalam maza sudah bikin satu kali lagi.. perkhh, berpeluh-peluh sambil makan weii... tapi sodap gitew.. hehehhee

    BalasPadam
  31. heheheh... kita ceria-ceriakan aje gitew.. ahaks.. 

    BalasPadam
  32. best wooo... sekali cuba mau dua tiga kali lagi mencicahnya.. hehehhee

    psst: kebiasaannya org Jawa selalu bikin ini macam lorrr... 

    BalasPadam
  33. model tu cakap, dia malu.. ahaks.. 

    BalasPadam
  34. sedap..my feberet sambal ketuk..betui dapat yg kasar2 tuh lg sedap berasanya..kene pedas sikit bru umphhh..pekena ngan nasi panas2 + ikan goreng...tk perlu lauk lain lagikk...rindunya sambal ketuk..tp bab nk 'mengetuk' lesung tuh yg penyakit 'm' dtg menyerang...lgpun umah atas langit...lantai umah syiling umah org..hehehehehe ;)

    BalasPadam
  35. wakakakaa.... maza pun pernah tinggal rumah tingkat-tingkat.. .

    bila seruan dan serakah menerpa dan tak tahan-tahan mahukan makanan kampung gitew, maza tak kira, terus capai lesung, sambil pejam-pejam mata atau berlindung di balik piring jernih menumbuk lada.. hehehhee


    psst: Cik Orchid org Johor gak ke? hehehhee

    BalasPadam
  36. iyo..ai org johor ma..hikhikhik..ssb tuh smbl ketuk..asam podeh tk leh nk tipu klu sedap or not..tekak dh leh baca..bru2 nih msk asam podeh ikn parang uii nikmattt..selera org johor nih bak kata..'hanya jauhari yg mengenal manikam'..hehehhehhe

    BalasPadam
  37. aduhhhh... zalim sungguh naa... bikin cerita itu macam.. huhhu

    sekarang ni siapa mahu bertanggungjawab.. air liur dah meleleh, kecur weiii... huhhu

    salah hemat boleh menggelepar ni... huhuhuhu
    hujung minggu ni mau balik kg, mintak mak bikin satu lah.. huhuhu

    BalasPadam
  38. ai lom kesempatan publish n3 blog mengenai asam podeh ikan parang..bru2 nih coti skull..vacation ngan family..masak asam podeh ikan parang seperiuk...ai luv cook!!..makan lagik arr suker nau...free time terjah my blog ye....  http://orchid-beautifulmemories.blogspot.com

    BalasPadam
  39. uiks.. next time che orkid tuliskan ler sekali alamat blog tu tatkala nak mengisikan kotak login ke account disqus... jadi sesiapa nanti boleh klik aje nama che orkid boleh direct ke blog che orkid..

    kalau tak, ort tak boleh nak access ke blog che orkid.. hehehhe...

    err.. sepekara lagi, memudahkan maza buat rujukan dan jengahan balas gitew.. ahaks.. hehehe

    BalasPadam
  40. ini barulah kali pertama dgr "sambal ketuk" ni

    BalasPadam
  41. Bro Maza kalau kisar pakai blender boleh tak?

    BalasPadam
  42. boleh tu boleh, tapi tak berapa nak encem dan original gitew.. 
    hehehhee

    BalasPadam
  43. Hahaha...sambal ketuk ni jugak dikenali dengan nama sambal gesek. Memang den perasan dah tadi ekau tak letak garam...wakaka. Tapi untuk menyedapkan lagi, perahkan sikit limau kasturi...pergggghhh!!! Errrr...den nak buek la esok...kahkahkah

    BalasPadam
  44. Oh siang tadi den buek mcm ekau sarankan.. memang superb meletop.. sodep eh sampai menjilat ibu jari kaki lah.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini