Halaman

Khamis, 2 Jun 2011

Bir Halal sudah haram?!

***Nota penting (terkini): Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan minuman jenama Barbican  ini adalah halal dan boleh diminum oleh muslimin... (diwartakan di akhbar Harian Metro tarikh 26. Julai. 2011) - maklumat lanjut di sini (Bir halal sudah boleh diminum: Sohih)

Sabtu lalu (28 Mei 2011) telah heboh satu Malaya apabila Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengumumkan bahawa 'bir halal' kini menjadi haram apabila ujian makmal menunjukkan kandungan alkohol melebihi daripada yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Mereka mendakwa kandungan alkohol di dalam minuman yang diimport daripada negara timur tengah itu sebanyak 0.05%. Manakala kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ialah tidak melebihi 0.01%.

Minuman yang dimaksudkan mungkin ialah Barbican, minuman malta. Ia dikilangkan di UAE, Dubai. 


Kandungan alkhohol yang melebihi daripada sukatan yang disepakati oleh jumhur ulamak Malaysia sudah dikira sebagai minuman khimar yakni minuman yang memabukkan. Ini bermakna ia dikategorikan sebagai 'ARAK'. 

Arak adalah haram untuk diminum oleh orang-orang Islam. Malah barangsiapa yang meminum arak yang memabukkan boleh dihukum qisas disebat sebanyak 40 kali sebatan.

Hasil ujian makmal dan laporan daripada JAIJ itu membuatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebuah agensi yang mengeluarkan sijil halal dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengeluarkan kenyataan agar umat Islam tidak mengambil minuman ini untuk diminum sehinggalah ia benar-benar disahkan. 

Sementara itu Jakim melaporkan pengimport minuman tersebut tidak pernah mendapat atau diberikan sijil halal sebelum ini. Jakim juga tidak pernah bersetuju dengan cara pembungkusan dan pembotolan minuman tersebut.




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.
"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Sehubungan peristiwa ini pengimport minuman tersebut telah membuat laporan dan permohonan kepada Jakim untuk mengistiharkan bahawa minuman tersebut bukanlah minuman yang boleh memabukkan. Ia hasil daripada perisa buah-buahan. Minuman tersebut juga diedarkan di negara-negara Islam Arab lainnya. Minuman ini mudah didapati dan di jual di Mekah dan Madinah, kota suci umat Islam. 

Pengimport tersebut juga merasa pelik kenapa minuman tersebut yang sudah terkenal di kalangan umat Islam di timur tengah dan tanah suci sana diragui kehalalannya. Pengimport juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa Barbican bukanlah 'bir' dan tidak pernah mendakwa 'bir halal' kecuali wartawan yang mengada-adakan frasa tersebut.

Untuk itu pengimport akan merayu dan membuat penjelasan kepada agensi yang menjaga kemajuan Islam di negara ini.

Pengimport minuman berjenama Barbican ini ialah Suria Wholesaler Sdn Bhd. Pengarahnya ialah Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya. Maklumat lanjut sila klik sini: Harian Metro: Kami Kerugian.

Hakikatnya, sekarang ini status minuman Barbican ini belum lagi diistiharkan sebagai "HARAM". Cuma umat Islam dinasihatkan agar menjauhi minuman 'seperti ini' sehinggalah diputuskan kelak.

Barbican turut dijual di sesetengah 7-eleven. Barbican amat popular dan sinonim dengan restoran-restoran arab. Ia biasanya dihidangkan selepas kita menikmati nasi arab seperti nasi mandi dan kabshah.

Untuk makluamt lanjut sila lihat di Harian Metro. Klik sini. dan klik sini juga: "Kami kerugian" atau di sini.

Untuk menambah keharuan, maza sudah tonggak minuman ini berbotol-botol semenjak dari tahun lepas lagi. Barbican sudah dikenali di negara ini semejak dua tahun lalu. Maza meminumnya sekadar menghilangkan dahaga dan menyejukan badan selain rasanya cukup istimewa.


Mujur juga sepanjang maza tonggak minuman ini tidak pernah pula mabuk, meracau atau merapu walaupun berbotol-botol. Kecuali melantun-lantun di blog ini ... ahaks... 

Jadi kengkawan kalau rasa ragu-ragu tentang minuman atau makanan eloklah dielakkan sementara ia mendapat pengesahan daripada mereka yang alim dari kita.

Jika sudah terminum dan memang disahkan 'haram', makanya nak buat macam mana. Kita tak tahu dan bendalah tu dah meresap dalam perut. Takkanlah nak samak dengan minum air tanah fulak kan? Cuma harus kita taubat, jangan meminuminya lagi. Uhuk!

Kebetulan malam ini malam Jumaat. Jangan ada pulak kengkawan yang menggunakan dan mendakwa minuman yang satu itu mampu memberikan rangsangan dan kekuatan yang hebat-hebat gitew. Nanti Dr. Ismail Thamby marah sehh.. ahaks..

Malam Jumaat begitu sinonim dengan umat Melayu. Jadinya selamat beramal ibadah ya kengkawan. hehehe


***Nota penting (terkini): Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan minuman jenama Barbican  ini adalah halal dan boleh diminum oleh muslimin... (diwartakan di akhbar Harian Metro tarikh 26. Julai. 2011) - - maklumat lanjut di sini (Bir halal sudah boleh diminum: Sohih)


58 ulasan:

  1. assalamua'laikum maza :D

    pernah juga tgk minuman ni, tp dalam tin...jadi, buat masa sekarang, kalau ada yg rasa nak minum, eloklah dhentkan terus, minumlah air lain yg mmg sah2 halal dan suci...tak gitu maza?

    BalasPadam
  2. kenanga diversified2 Jun 2011 pada 1:47 PTG

    saya dah byk minum barbican ni di restoren budi kg lindungan..
    lepas kena elakkan lah

    BalasPadam
  3. Malas nak ulas isu ni.. macam ada unsur sabotaj aje..

    Rasanya bukan merujuk pada barbican.. kalau betul barbican tentunya tak lepas untuk dijual di Arab Saudi..

    BalasPadam
  4. mujurlah saya ni jenis susah sikit nak cuba minuman @ makanan yang baru ni.. 

    BalasPadam
  5. enthanya kan? huhuhu

    mungkin minuman malta yg lain kot, seperti yg diimport oleh syarikat dari Iran-Malaysia Coporation Sendirian Berhad itew.. 

    tapi entahlah.. huhuhu

    BalasPadam
  6. lepas pekena barbican tu ada fening tak?...

    errr.... fening nak bayar kos makanan tak termasuk ya.. ahaks..

    BalasPadam
  7. walaikumusalam....

    tu lah.. maza dah stop membelinya sejak dua bulan lepas, sbb bekalan susah nak dapat...kalau beli kat restoran arab sana tu reganya mahal sikit darpada di Giant.. ahaks... 

    BalasPadam
  8. Sekarang ni dah tak minum jugak air ni.

    BalasPadam
  9. ..ahaks.. nasib baik kan.. huhuhu

    BalasPadam
  10. Nasib baik bEe ni jenis tak suka mencuba minuman atau makanan baru. Hehehehehehe

    BalasPadam
  11. tunggu sampai disahkan betul2 segala konflik itu lagi baik, kan?

    hehehehe

    BalasPadam
  12. Ha..... en maza tlh merasa... yummy~ :-P

    BalasPadam
  13. Mungkin juga......
    Sbb manusia ni rambut aje sama hitam kan kan kan :-)

    BalasPadam
  14. ..airnya sedap weii... lazat gitew... ahaks...

    (ayat mengumpan dari maza.. hahahha)

    BalasPadam
  15. rasanya air itu tak memabukan pun... huhuhu

    BalasPadam
  16. Tunggu sahaja keputusannya.. 

    BalasPadam
  17. aisehmannn.. suka perisa peach ekeke. nampak nye pasni da tak boleh laa minum lagi.. +____+ pasni kalau nak minum dlaam botol,  cari sarsaparilla la. shiok jugak ekek

    BalasPadam
  18. Alaaahhh... banyak lagi jenis air yang halal yang Allah dah ciptakan untuk makhluknya, kenapa masih nak juga berdebat tentang yang haram tu?... Susah-susah sangat, minum ajer air hujan, dah tentu-tentu halal dan free pulak tu... hehehe...

    BalasPadam
  19. alamak...hehehe

    air hujan pun tak boleh sebarang tadah mulut, keasidan tinggi, takut sakit lain lak yg mendapat.. tak gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  20. err... maza skrg ni cari sirap dan sarsi jerk.. uhuk!.. 

    BalasPadam
  21. Heran selepas sekian lama dipasaran baru isu halal haram ini keluar. Biasalah barangan import perlu mengikut syarat yang ditetapkan oleh negara ini begitu produk kita kalau mahu dipasarkan keluar perlu mendapat standard dan specification untuk negara yang dieksport. Tidak semesti standard di negara ini diterima oleh negara luar.

    BalasPadam
  22. Betul tuh Maza perlu ditapis terlebih dahulu

    BalasPadam
  23. Itu pun bahaya untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti sirap hanya warna merah dan pemanisnya gula

    BalasPadam
  24. lemahnya pihak yg berkaitan mengatasi isu halal haram di Malaysia ni...mcmana lah rakyat nak yakin..yg halal dah jadi haram dah...kang yg haram jd halal plak..mmg tak cekap lgsung :O

    BalasPadam
  25. Nak mengumpan en maza kena berlakon sambil melantun boleh???? hihihi

    BalasPadam
  26. uhuK!.. ya tak ya gak kan... 

    mudah2an yg baik2 aje untuk rakyat negara ini.... 

    BalasPadam
  27. gulp! dia org bertindak mengikut aduan... dah tak der org mengadu nak buat mcm ahaks.. hehehehe

    BalasPadam
  28. ade sumber official yg kata bir halal yg dimaksudkan metro tu adalah barbican??? dlm malaysia nih ade byk brand minuman mcm ni... bkn barbican aje... kalo xde sumber sahih atau bukti sahih minuman dimaksudkan adalah barbican better edit blk artikel ni tkt tersebar fitnah...

    yg ak dah jumpe Barbican, Istak, Rich... minuman malta yg lain brand Malta Guinness...

    BalasPadam
  29. Semalam ada keluar pasal penafian ttg minumannya mengandungi alkohol tinggi dari syarikat pengimport Barbican pada dua hari lepas di harian metro juga.. 

    keduanya, gambar botol dan hint yg ditunjukkan dlm harian metro juga begitu sinonim dan amat mudah dicam iaitu Barbican.... sila rujuk akhbar harian kosmo tarikh Mei 30, 2011 untuk panduan... betolnya serupa dgn babrican cuma diblurkan shj.. dan ini amat berbeza dgn botol2 jenama lain sprti tuan listkan iaitu Istak, Rich dan Malta Guiness...

    Di sini maza cuma menyatakan berhati-hati dlm soal berperisa buah2an dan malta ini..

    terima kasih kerana memberi peringatan kpd kami.. 

    BalasPadam
  30. err.. kalau sirap buatan tangan dari bahan bunga raya boleh tak abg azrin.. hehehhe

    BalasPadam
  31. Saya pun baru tahu kewujudan minuman ni masa singgah blog hisham tadi. sblm ni tak penah perasan pun.

    Kepada penggemar minuman ini elok lah di hentikan pgambilannya buat sementara waktu. Bila ada pengesahan +ve baru boleh di teruskan.

    psst; banyak dapat pahala kalau buat amal ibadah di malam jumaat ini

    BalasPadam
  32. menarik ehhh... sebenonya alkohol yg haram atau memabukkan yg haram? Kawe simpati gak Jbtn agama dan mufti.. walaupun nampak senang tugas mereka tapi tanggungjawab tu berat ehhh.. salah cakap, banyak dosa nak ditanggung. ... errrr.. sodap ke arak halal tu Maza? he he.. kawe tak pernah rasa lagi... :D

    BalasPadam
  33. semenjak dua menjak ni baru saya kenal barbican tu maza..hehehe

    BalasPadam
  34. tu la pasal, kena lah bersabar dgn dugaan seperti ini.. kita tunggu jawaban yg sohih...

    pernah gak berlaku mcm ni sebenarnya.. masa kes A&W dengan Rood beer nya itew. heheheh

    opps.. malam Jumaat memang banyak pahala.. hehehe.. selamat beramal ibadah gitew...

    BalasPadam
  35. Opps.... belum ditentukan lagi kesahihan bhw ianya arak abg mail... cuma masalah teknikal aje tu.. kita nantikan shj jawaban Jakim itew..

    sepekara lagi, maza lupa lak rasanya mcmana.. ahaks.. abg mail tanya2 ni nak cuba ke? hehehhehe

    BalasPadam
  36. Uiks.. bukan ke cikgu naman ada buat entry pasal barbican ni? ahaks..
    siap ada gambar lagi gitew.. hehehhehe

    BalasPadam
  37. takpela. tunggu jela apa kata jakim. senang dekat malaysia ada orang nk tolong check halal haram semua ni. duduk europe kena la rajin2 acri info sendiri. kadang2 siap email company tu tnye ingredients dia apa

    BalasPadam
  38. Dulu tak tahu pun kewujudan air ni. (kuno sungguh yati ni). Maklumlah, duduk dalam gua. Bila dah berterbangan cerita pasal air ni barulah tahu tentang kewujudannya.

    * Minumlah air suam tanpa was-was

    BalasPadam
  39. Psst.. dengar kata kat sempadan siam sana lagi lah banyak jenis air dijual, bukan setekat ai ketum aje.. hehehehe

    err... air suam kat KL ni kena bayar RM0.20, setengah tempat R0.30 tau!,...huhuhuhu

    BalasPadam
  40. Wellcome to my lantun-lantun blog Cik Chybee.. ahaks...

    yeap, truly, wait & see what the Jakim will decide about this hehhee... senangkan hidup di malaya ni?

    BalasPadam
  41.  kita tunggu dan lihat apa keputusan halal/haramnya minuman ni..

    BalasPadam
  42. suri pula klu rasa was2 dok minum heeee...slm islam was2 klu kita minm hukumnya ttp haram

    BalasPadam
  43. baik minum iar buah2han...dpt gak khasiatnya hee..

    BalasPadam
  44. air buah2an kat sini mahal giler... 
    ada tu sampai RM5.00 segelas.. aderkkkkk... 

    BalasPadam
  45. dah dinamakan 'bir' kenapa pulak boleh jadi halal..walaupun setitik..baru ni tahu citer dan kenal bentuk rupanya.
    teruk betullah org yg minum..asal dgr halal aje main belasah je...hehehe

    BalasPadam
  46. Dah halal belasah jerklah.. hehehe

    tiba2 teringatkan firman Allah SWT ketika menegur Rasulullah SAW yg bersumpah tidak mahu makan madu lagi... antara berbunyi, "Wahai Nabi, kenapakah kau mengharamkan sesuatu yang Aku halalkan?.."

    Dalam ayat yang lain Allah berfirman, "... makanlah dari pemberian rezeki dan nikmat-Ku yang ada di dunia ini yang HALAL lagi baik!"

    psst: kengkawan jgn lupa lak, hehehhe.. ROOT BEER (dibaca rot bir) adalah bir yg halal di A&W tau! Siap ada flooting ais krim lagi.. hehehheDulu2 masa zaman akhir 70-an dan awal 80-an org pun mempertikaikan perihal jenama ROOT BEER@google-34b1bb24e2d37bbd19f6372729d1362f:disqus ni.. tapi dijelaskan bahawa bir asalnya ialah sejenis sirap atau berperisa sarsi.. tetapi oleh kerana ada yg bikin dan kebanyakkannya org buat BEER itu jadi arak, maka BEER yg dikenali di sini ialah BIR = ARAK!.. walhal asalnya bukan begitu.. heheheheh...apa2 hal pun makanan dan minuman yg memabukkan adalah haram!.... 
    skrg ini isu tersebut lebih kepada masalah teknikal aje.. kita lihat dahulu... 

    lagi pun Barbican yg dibincang di atas mendakwa punyai sijil halal yg dibuktikan di negara asalnya (UAE dan beberapa agensi pengiktirafan halal dunia), bahkan ia diedarkan di tanah haram sana.. dan pengusahanya juga sorg Muslim... 

    Soalan skrg ialah betulkah yg didakwa oleh JAIJ dan Jakim itu jenama barbican atau jenama lain? atau Jakim atau negara ini sememang nya tak mengiktiraf sijil halal yg dikeluarkan oleh negara2 yg diperkatakan itu.. atau Jakim atau agensi agama di negara ini punyai standard tertentu yg berlainan dlm penentuan kehalalan sesuatu produk!.... atau ada udang disebalik mee... 

    kita tunggu dan lihat polemik ini! katakanlah jika jenama air ini diiktiraf sebagai arak, sudah tentu akan dikena cukai kastam yg tinggi & sekatan tertentu.. ini bermakna melibatkan hasil negara sedari awal... dan sudah tentulah ramai masyarakat kita akan rasa terpedaya dan teraniaya!

    atau ada muslihat perniagaan yg lainnya.. atau sistem kita terlalu rapuh... dan macam2 lagi...

    pendek kata, jgn cepat melatah, kita relaks dan tengok dulu kata putus kemudiannya... Lagipun Jakim pun tak mengesahkan dan mengatakan apa2 ttg produk ini secara spesifik... Hakikatnya, sekarang ini status minuman Barbican ini belum lagi diistiharkan sebagai "HARAM". Cuma umat Islam dinasihatkan agar menjauhi minuman 'seperti ini' sehinggalah diputuskan kelak.

    ALAMAK! maza sudah melantun-lantun lah fulaks.. terpanjang lak komen kat sini.. sorry kengkawan.. hehehehhe

    BalasPadam
  47. pernah minum air Malta (guiness) tak? halal kah?

    BalasPadam
  48. apa sudah jadi??? itu hari pasal isu kopi Kluang Rail ada campuran babi..kelmarin pasal Kek Secret Receipt tak halal..la nie pulak pasal bir halal dah jadi haram...apa sudah jadi dgn nasib orang islam di malaysia abg Maza...klu root beer yg jenama A & W mmg selalu minum..

    BalasPadam
  49. Pssttt JAKIM dah beri perintah jangan guna perkataan beer halal lagi....

    BalasPadam
  50. hahahah.. tu lah pasal bang Nadri.. kekadang gimik murahan aje tu... tak der isu dibuat2 ada.. kekonon nak jadi juara.. aderkkkk....

    kita tunggu dan lihat apa kesudahannya.. ke tak sudah2.. alamak! heheheh

    BalasPadam
  51. oh bab tu maza tak berani.. huhuhuhu

    pernah beli, tengok lain macam aje, tak confident walaupun ditulis tanpa alkohol, terus bagi kat org india.. hahaha

    BalasPadam
  52. uoopppss...mmg x pernah tengok ayaq ni...huhhh.    errr.....berapa gelen dah maza telann....????..klu camni minum air suam jer la...rasa selamat sikitt...kan2 maza kan...sambil2 jaga kesihatan..

    BalasPadam
  53. bru kenal barbican ujung thn lpas...
    popular, rasnye bese2 je....
    tak sangka pulak bir....huhuh

    BalasPadam
  54. salam.. uiks.. lama tak nampak? heheheh

    entahlah siapalah punya angkara menggelarkan minuman tu Bir.. aderkkk.. huduh sehhh!

    BalasPadam
  55. air suam pun kena jeling2.. kekadang ada affluent.. boleh bikin demam tikus dan kolera weiii.. huhhu

    BalasPadam
  56. heee jom minum air buah2 yg sali lagi best tapi no suger  heeee

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini