Halaman

Selasa, 31 Mei 2011

Harimau Malaya Jadi-Jadian

"Biarlah. Dia tak kacau kita pun. Apa yang hendak ditakutkan. Dia tu makhluk macam kita juga," kata Tok Aki sambil menggentel rokok daun.

"Bukan apa Tok Aki. Semalam saya betul-betul dengar dia mengaum. Rasanya dekat betul dengan rumah kita ni," Zali beriya-iya menerangkan.

"Alah buat tak tahu ajelah," Tok Aki bangkit dari pangkin di bawah pokok nangka meninggalkan semua aduan Zali terbengkalai begitu sahaja. Tok Aki tidak mahu memanjangkan cerita. 

Mulut Zali ternganga bundar. Dia masih tidak puas hati dengan tindakan Tok Aki yang acuh tak acuh dengan ceritanya itu. Zali memang bersungguh-sungguh memberitahu pada Tok Aki yang malam tadi dia terdengar deraman dan ngauman harimau di belakang rumah mereka itu. Bulu tengkok Zali meremang bila mengenangkan peristiwa semalam. 

Gambar: Harimau Malaya



Selepas binatang buas itu mengaum kuat-kuat, Zali terus tarik selimut dan beristighfar banyak-banyak. Di dalam hatinya berkecamuk. Bukan sahaja takutkan sang harimau itu, tetapi mengenangkan nasib masa depannya. Esok pagi-pagi dia mahu menoreh getah di baroh sana. Kalau dia pergi sudah hari meninggi, getah yang mahu ditoreh itu pun sudah tidak mahu mengeluarkan susunya lagi. Buat membazir tenaga sahaja

"Sudah! Malam karang kalau benda tu berbunyi lagi, tahulah aku nak buat macam mana. Kau dan Midah duduk diam-diam sahaja di rumah," itulah pesan Tok Aki dari anak tangga sebelum dia menghilang ke dalam perut rumah.

Setelah malam jauh dengan bulan mengambang penuh di dada langit. Alam pula semakin sunyi. Sesekali terdengar bunyi burung tukang menukang di malam hari. Burung hantu pula seperti penyanyi yang tidak henti-henti mengeluarkan suara mendayu-dayu. Malam itu terasa agak dingin dengan belaian angin hembusan sepoi-sepoi bahasa. Cengkerik adakalanya bergaduh sesama sendiri dengan mengesekkan kaki mengeluarkan bunyi simfoni alam.

Baru sahaja Zali menepuk bantal mahu lelap tiba-tiba dia terdengar derapan kaki. Kalau derapan kaki manusia dia kenal sangat. Tapi ini bukan. Tambahan pula bau hamis memenuhi ruang. 

Zali amati betul-betul datangnya derapan kaki itu. Bau yang kuat itu datangnya dari arah hadapan rumah. 

Zali bingkas mahu tahu apakah benda yang menjadi tetamu di laman rumahnya itu. Dia mengendap di balik lubang tingkap yang berbetulan dengan laman rumahnya itu. 

Zali terperanjat besar apabila terlihatkan seekor harimau sebesar lembu sedang merangkak perlahan-lahan sambil mendenguskan nafasnya. Tetapi yang memeranjatkan Zali ialah harimau itu seolah-olah seperti dipukau dan berjalan tunduk lemah gemalai. 

Midah hampir terjerit selepas mengendap bersama suaminya. Dia terpandangkan Tok Aki berdiri tegap di atas anak tangga. Namun cepat-cepat mulut Midah diserkup oleh Zali. 

Tok Aki di atas tangga itu cukup tenang sekali. Di dadanya terselimpang selendang berwarna merah lagaknya bagaikan pendekar. Di atas kepalanya pula tertenggek tengkolok hitam. Di tangan kanan Tok Aki memegang hulu keris yang tersisip di pinggang. Di tangan kirinya pula segenggam bertih jagung. 

"Wahai saka belaan warisan dari Gunung Si Guntang. Apakah yang menyebabkan kau tidak tenang dan datang menjelma di sini?" suara Tok Aki berbicara dengan sang harimau yang sudah pun duduk dengan dua kaki hadapannya menahan badannya. Sambil mendongak harimau itu memberi isyarat tertentu kepada Tok Aki. Selebihnya Zali tidak dapat menangkap perbualan antara mereka berdua.

Tidak lama kemudian Tok Aki pun turun ke tanah mendapatkan harimau itu. Di usap-usapnya kepala harimau tersebut. Tiba-tiba harimau tu berubah menjadi manusia. Di situ Tok Aki duduk bersila saling mengadap pemuda tadi dan berborak. Sepertii ada sesuatu yang serious dibincangkan.

Selang beberapa lama pemuda tadi bertukar semula menjadi harimau. Kali ini Tok Aki berdiri bersebelahan harimau jadian tadi. Dengan selempang merah di dada Tok Aki itu, Tok Aki ikatkan di tengkok harimau tersebut. Kemudian Tok Aki menaiki harimau itu dan berlalu pergi. Mulanya ia berjalan berlenggang-lenggok, perlahan. Selepas itu ia pantas lenyap sekelip mata ditelan sinar rembulan.

Setelah melihatkan peristiwa itu, Zali pun kembali ke tempat pembaringan. Tahulah Zali bahawa bunyi ngauman harimau beberapa malam lalu itu adalah harimau jadi-jadian. 

Keesokan harinya setelah solat subuh Zali duduk di anjung. Midah keluar bersama sedulang sarapan yang berupa lempeng dan ubi rebus cicah sambal tumis. Di dalam teko itu pula air kopi masih beruap. Hari ini Zali tidak merancang hendak menoreh. Apatah lagi malam tadi dia tidur lewat dan menyaksikan peristiwa aneh tersebut.

Tidak lama kemudian Tok Aki keluar dari biliknya dan mendapatkan mereka. 

"Hmm... semalam kau mengendap aku ya?" sergah Tok Aki. 

Zali terhenti daripada menyuakan air kopi ke mulutnya. "Maaf Tok Aki. Saya tak sengaja. Tapi apa ke benda tu tok?"

Tok Aki mendapatkan mereka di anjung itu. Tok Aki berjalan perlahan-lahan sambil menahan desahan. Tok Aki mengemaskan duduknya di atas pangkin di anjung itu. Tak habis-habis dia menekup bengkung merah yang melilit di perutnya itu.

Sekali imbas seperti Tok Aki dalam kesakitan. "Eh, kenapa tok?" tanya Midah yang mula kaget.

"Yang semalam kau nampak tu adalah Pendekar Rimau Awang Hitam dari Bukit Si Guntang. Dia tu sahabat atok. Sudah lama benar kami tidak bersua. Semalam dia minta tolong atok mempertahankan kampungnya. Ada Feringgi (Portugis) menceroboh. Feringgi kurang ajar itu mahu menjajah tanah ini. Jadi sebelum Feringgi masuk dan menyampaikan dakyahnya ke sini, atok berasa bertanggungjawab untuk  menjaga anak cucu atok. Aduh!"

"Tok Aki, kenapa ni?" Zali menyerbu mendapatkan Tok Aki yang hampir mengelangsar dari tempat duduk dan terbaring di situ sambil menahan sakit yang berat.

"Malangnya aku terkena tombak. Aku tak sangka ada juga orang kita yang belot dan membongkarkan rahsia orang-orang Melayu. Zali sekiranya malam nanti Pendekar Rimau Awang Hitam datang lagi katakan padanya atok cedera parah dan kau pergilah menggantikan atok menjaga keamanan kampung ini."

Seminggu selepas itu kembalilah Tok Aki ke rahmatullah. Dan semenjak dari hari itu Zali menjadi sahabat kepada Pendekar Rimau Awang Hitam menggantikan Tok Aki. Gunanya bersahabat dengan harimau jadian ini ialah untuk melindungi keluarganya dari ancaman bahaya terutama Feringgi dan lanun-lanun yang semakin bermaharajalela. 

Hingga ke hari ini keturunan inilah yang menjadi penjaga kepada kampung dari ancaman luar. Namun dunia semakin moden, ramai pula harimau yang menjadi sahabat alam ini menjadi konfilik pertembungan antara perjanjian lama dan baru. Ia semakin kesempitan dan sesak. Pembawa malang kepada harimau ini bermula yang acapkalinya adalah manusia melanggar perjanjian mereka.

Akhirnya sebelum harimau malaya jadi-jadian ini pupus ditelan pertelingkahan tidak menguntungkan, harimau tersebut ditangkap dan dipelihara di dalam sangkar. 

Jika anda ingin menyaksikan harimau malaya tersebut, silalah ke Zoo Negara, Zoo Taiping, Zoo Johor, Zoo Pahang ya. Lagipun sekarangkan musim cuti sekolah, tak gitew....

Sebuah cerita ciptaan maza yang lantun-lantun gitew, ahaks! Jangan marah.. hehehhe


45 ulasan:

  1. Ciss.. ingtkan cerita betul tadi!

    Macam real la bro :D

    BalasPadam
  2. haa... kan dah kena... huh!

    BalasPadam
  3. adddeehhhh.....chheehh...tahh ape2 taahhh...maza nihh.....

    BalasPadam
  4. fuh..ending kasi kacau la maza..hehe

    BalasPadam
  5. hahhaa... minta maaf ajelah anif. tetiba terputuslah ideanya. hehehhe

    BalasPadam
  6. sabar! sabar gitew.. hahahhaa

    BalasPadam
  7. ketaq kepala lutut na.. 
    bukan takut, 
    tahan geram.. hehehhee

    BalasPadam
  8. hehehe.. sakali terputus idealah fulaks cikgu naman.. hehehhehe

    minta maaf ajelah ya.. 

    BalasPadam
  9. isk... baru nak feeling seram ngan harimau jadian!

    BalasPadam
  10. hehehe... harimaunya sudah kena tangkap letak kat zoo.... 

    hahahha

    BalasPadam
  11. wah dan kantun smpi sini plk zooo mau gak g zoo taipin..zoo kat kl dah pergi pun heee

    BalasPadam
  12. saya suka baca cerita maza blh buat saya ada dlm ceter tu jer

    mujue dia tak ikut saya smpi ke rumah heeeee

    BalasPadam
  13. masuk night zoo safari di zoo taiping pn best gak kan.. hehehhe

    BalasPadam
  14. uiks.... janji sudah lekat dlm hati oklah tu.. ahaks

    BalasPadam
  15. grrrr... rasa cam nak jadi seekor rimau malaya betina & telan maza sampai tulang-belulang pun org x jumpa... :p

    BalasPadam
  16. caiiiittt...suka la buat citer cm ni..cakar kang! HAHAHAH

    BalasPadam
  17. sekali teringat daa filem "Sitora Harimau Jadian" filem pertama arahan P Ramle keluaran Merdeka Studio...

    BalasPadam
  18. hebat2 nama-nama rimau ehh.. Nanti kawe cari kat zoo. Zoo mana tu Maza? Kalau Zoo GSC time ni ada Panda jer :D

    BalasPadam
  19. Boleh hang percaya Nif kalu citer si Maza ni? He he.. Tipah dah tak tertipu lagi..:D

    BalasPadam
  20. sabar, sabar,.... mcm ni abg kena belajar CAKAR HARIMAU dgn Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood...

    hehehe

    BalasPadam
  21. oh...takutnya.. meow, meow, meow gitew...

    hahahhaha

    BalasPadam
  22. Wah... sudah lama tak tengok film yg itew.... ingat mau geledah dlm youtube kasik segarmalarkan otak ini ... ahaks..

    BalasPadam
  23. hahahhaha... abg mail sudah berhati2 gitew.. hehehhe

    BalasPadam
  24. hahhaha.... maza lepak kat zoo melaka jer.. tapi belah siang.. dengar kata zoo melaka ada bukak belah malam.... nanti mau try lah... mau tengok rimau tidur di malam hari lak.. hehehehe

    BalasPadam
  25. tiba-tiba teringat iklan maybank.. pun ada harimau :P

    BalasPadam
  26. TE pun baca dgn penuh tekun, ingatkan betul tadi

    BalasPadam
  27. hehe ni nak promosi lawatan ke zoo ye?

    p/s:sori bro, sebelum ni komen bro masuk spamla..TE belum sempat balas lagi..

    BalasPadam
  28. Kalau hendak cerita Harimau di Zoo teringat masa baru-baru kahwin. Dah tidak tahu pergi mana saya dan isteri pergi Zoo Kelang. Semasa pergi Harimau pun tidak bangun tidur lagi sebab kami adalah pengunjung terawal.Ha..ha...

    BalasPadam
  29. hahahahha...

    mesti harimau tu pelik, bangun tidur tak sempat gosok gigi dah ada guest.. hehehehhe

    BalasPadam
  30. tak der masalah abg TE... janji kita ROCK! hahahhaha

    psst: maza kasik tolong sama zoo kumpul tiket lebih sikit.. ahaks.

    BalasPadam
  31. betul tu Maza..Org puteh asyik komplain jer zoo kita tak baguih. Management zoo lak kata tak de duit nak kasi improve. Jadi sama2 la kita buat charity di time cuti sekolah ni dgn melawat zoo. Ada betul ke Maza?

    BalasPadam
  32. betul abg mail....

    kita sama2 membantu utk generasi akan datang..... takut gak nanti kata kucing tu harimau, dan harimau tu dikatanya beruang kuola.. uhuk!

    psst: tiket yg rega RM12.00 utk org dewasa tu pun ada yg sesak2 nafas nak membayar nya.. ahaks.. tapi tak pe, demi alam, kan? hehehhehe

    BalasPadam
  33. harimau di zoo johor semuanya dah tua..asal dtg melawat koje nya membuta aje. nasib baik kena bayor rm 2 aje klu lebih2 tak yah masuk tak ada yg happening.

    BalasPadam
  34. kuikuikui....


    Dia membuta kerna cukup makan lah kak.. lagipun tandanya sultan johor pandai bela rimau apa.. selain buaya... ahaks.. 

    BalasPadam
  35. Harimau pun dah tak liar skrg ni

    BalasPadam
  36. ..ada tu org buat perhiasan lagi kan? kat ruang tamu buat bantal anak2 jerk.. ahaks... 

    BalasPadam
  37. Mak aiiihhhh...

    TERBAEK karangan neh... Leh dapat no 1 ni kalau dlm kelas. Sbb daya imaginasi yg sgt tinggi :lol:

    BalasPadam
  38. Alang2 berjalan ke zoo negara moh ler singgah ke umah beta

    Opsssss :-P

    BalasPadam
  39. Zoo mlm kat Melaka pun best jugak. Hehehehe

    BalasPadam
  40. err... ada bela gajah atau ular sawa ke kat situ. ahaks.. 

    hahahahaha

    BalasPadam
  41. harimau apai dari sarawak, kan? hehehhee

    BalasPadam
  42. Dulu masa zaman kecik2 suka juga pegi zoo. masa tu Zoo Negara kira tempat yg WAJIB di lawati tak kira org yg duk KL atau yg duk luar KL. Tapi baru2 ni sya ada pegi lagi. Macam xde apa2 perubahan. binatang pun tak banyak(xtau la binatang ni myorok ke masa sya melawat tu).

    BalasPadam
  43. Saya dah boleh agak dah cerita maza ni selalu di end of the story mesti ada "pusing" sikit heh. Pandai juga bro buat karangan macam ni.
    Saya teringin juga nk buat cerita berpusing-pusing tapi takut saya yg terbelit dan org lain pun tak paham apa yg sya nak sampaikan itu. huhu

    BalasPadam
  44. uiks.. citer betul ni.. tapi tu ler, tiba2 abis idea dipertengahan jalan.. minta maaf ajelah ya....

    hahahhaha... lantun-lantun gitew

    BalasPadam
  45. agaknya binatang2 tu masa mekar pergi dia org keletihan.. apa tak nya, hari-hari kena buat latihan sarkas... hahahahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini