Halaman

Jumaat, 24 Jun 2011

Anjakan Aras

Gambar: Mencongak & Merungkai
Hotel Seri Malaysia, Port Dickson

Muhamad Nasrul Hakim merupakan pelajar Tahun 1. Pagi tadi keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya sudah keluar. Ibubapa dipanggil untuk menggambil keputusan anak-anak mereka. 

2) Keputusan peperiksaan Nasrun ialah 4A, 3B, 1C dan 1D. Nasrun mendapat tempat ke-21 di dalam kelasnya daripada 38 orang murid. Ini menandakan Nasrun membuat skor abjad lengkap dengan A, B, C dan D. Nasrun ditempatkan di dalam kelas 1 Dinamik, kelas terakhir. 

3) Ketika peperiksaan pertengahan tahun itu, Nasrun telah jatuh demam. Namun di atas semangat juangnya dan kata-kata motivasi daripada keluarga, anak kecil ini menggagahkan diri untuk terus hadir dan menduduki peperiksaan tersebut. Balik dari sekolah dia tertidur di atas sofa. Sesekali dia mengerang akibat suhu di tubuhnya meningkat tinggi. Setelah tertidur beberapa ketika, dia kembali bersiap untuk menduduki peperiksaan sekolah agamanya pula.

4) Maza kira dengan apa yang dilaluinya itu sudah cukup berbaloi dan boleh diterima. Mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman ini memberi pengajaran kepada kami agar menjaga kesihatan diri terutama menjelang hari-hari penting. 

5) Kedudukan ke-21 di dalam kelasnya itu telah mengingatkan maza ketika maza di Darjah 1. Maza juga pernah menduduki tempat yang sama tetapi daripada 33 orang murid di dalam kelas A, di sebuah sekolah kampung. Kedudukan kurang memberangsangkan itu tidak bermakna kita sudah tewas. Tetapi ia sebagai  penanda aras untuk bangkit gagah dan meningkatkan kemajuan diri. 

"Mereka yang berjaya bukan tidak pernah gagal. Bezanya mereka yang Gagal dengan orang Berjaya ialah orang berjaya tidak mudah mengaku kalah. Mereka cekal dan cepat bingkas semula untuk mengatasi kegagalan (resilience)."

6) Kami berkongsi pengalaman yang sama. Ini memberikan kemudahan kefahaman kepada maza memahami akan situasi Nasrun. Apa yang diperlukan sekarang ialah dorongan dan sokongan keluarga untuk terus maju. Jadikan ia sebagai pembakar semangat. Bukannya mencemuh dan mencebikkan mulut lantas menjatuhkan air mukanya lalu meragut semangat juang!

7) Kalau dulu di kampung maza, dengan keputusan di atas sudah tentulah murid tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar pintar. Pantas sekali kedudukan di dalam kelas bukannya ke-21, silap-silap nombor 1-5. Murid tadi memberikan sinar harapan kepada sekolah dan mendapat perhatian Guru Besar.

8) Itu kisah di kampung, tidak sama di bandar besar tempat kami berada yang dikelilingi manusia-manusia pelbagai status-quo. Persaingan cukup hebat. Entahlah kadang-kadang maza sendiri sudah putus urat kentut memikirkan bagaimana cara untuk memastikan kecemerlangan hidup terus di tangan anak-anak maza sebagaimana keinginan ibubapa yang banyak. 

Pinggan ayan: 
Keampuhan mental mengecas-tambah lingkaran kekuatan fizikal. 
Orang yang berjaya dan cemerlang degil untuk tewas.



49 ulasan:

  1. Mementingkan kecemerlangan itu bagus.. tetapi jangan sampai ia menjadi beban dan tekanan pada anak. Apa pun tahniah atas semangat juangnya yang tinggi itu..

    BalasPadam
  2. " tetapi jangan sampai ia menjadi beban dan tekanan pada anak"

    yeap begitulah maza lakukan skrg.. 
    terima kasih

    BalasPadam
  3. tak pe..cuba lagi untuk akhir tahun..boleh dapat hadiah..mak ayahnya pun kembang kempis hidung dan senyum bangga bila tengok anak atas pentas dapat anugerah cemerlang..rindu zaman sekolah..

    BalasPadam
  4. gitewlah.. cayo! cayo! cayo! cayo!. ..

    hehehehe

    BalasPadam
  5.  sepanjang sekolah rendah paling teruk no saya dapat no 12. tapi saya pernah dapat no last.. hahahaha.. no 48. masa tingkatan satu.. masa tingkatan satu tu saya masuk kelas pertama.. masuk sekolah biasa tapi sekolah tu quite outstanding - SMB ST Joseph Miri sebelum masuk kolej t.d.t. hj bujang miri..  so saya masuk la kelas 1A (1 Achiever) tu and saya main.. hehehe.. and malas.. banyak anak cina pandai dalam kelas tuuu. wuuu. pastu dapat no last. bapak saya mengamok.. pastu saya belajar macam nak mati dapat no 6. hehe pastu masuk kolej pastu saya selalu dalam top ten je.. sbb walaupun pelajar kat kolej tu bijak .. tapi bijak2 melayu lerr. tak la macam cina.. O.o

    tak kisah la no apa pun.. yang penting semangat kuat tu penting.. saya ada kawan selalu no oncet, upsr dapat 1A je, PMR 5A, SPM pun few As tapi masuk universiti degree 3.6! master 3.8. O.o chemical engineering lagi tu.. tapi masih menganggur heheheh ;p

    mungkin masa sekolah takde rezeki sgt, masuk u, rezeki banyak, bila dalam career kurang sikit.. tapi tolak tambah darab bahagi jumlah rezeki tu sama rata dgn semua org.. tak lebih tak terkurang :D

    BalasPadam
  6. "api tolak tambah darab bahagi jumlah rezeki tu sama rata dgn semua org.. tak lebih tak terkurang :D"...
    ayat yg ini membuatkan maza tersentap sekejap.. hehehehe

    bermenung dan cuba menelan curahan di sebaliknya...

    terima kasih nono...

    BalasPadam
  7. Fakta yang baik Maza untuk kita kaji bebetul... apa sebenarnya yang kita nak bawa... angka kejayaan atau didikan yang membina minda kana-kanak.... Pengalaman jeragang menemuduga bakat untuk saintis jeragang payah jumpa mereka yang berminda terbuka dan tahan menerima ujian walau pun saringa telah di buat memanggil mereka yang menjadi skorer ....... soalan untuk Maza berapa kerat orang yang berjaya di dunia ini dari golongan cemerlang itu....?????? dapatkah kita mereka yang cemerlang kalau yang memilih itu tak pasti samada cemerlang ker idak

    BalasPadam
  8. ..aduh! soalan yg payah ni... heheheh

    pencerahan lagi bang jeragang... best! best! best!

    BalasPadam
  9. x pe..janji dia usaha..;p

    BalasPadam
  10. usaha tangga kejayaan tak gitew?

    huhuhuhu

    BalasPadam
  11. chip setuju dengan komen Anif.. Jangan jadikan harapan ibu bapa yang tinggi sebagai beban kepada anak2..chip dah rase dah..

    Tak pe abg maza..anak abg gagal di kelompok orang yang berjaya..kalo macam tu result yang dia dapat.. masa zaman saya dah dok klas 1st dah..

    p/s: Anak abg ni amik bape subjek..banyak bnor skornye..takkan amik PMR kut..?

    BalasPadam
  12. harap nombor yang besar tu akan menjadi pembakar semangat untuk kejayaan pada masa depan..

    BalasPadam
  13. persaingan semakin hebat, teruskan beri sokongan,

    kawan2 TE yang kurang menonjol waktu sekolah dulu sudah pun jadi seorang yg berjaya

    BalasPadam
  14. baru tahun 1 tu, bro
    memngikut pengalaman aku, murid pandai di tahun satu belum tentu berjaya di tahun 6
    begitu juga sebaliknya

    murid yang berjaya memang degil untuk merasa tewas

    BalasPadam
  15. angka dan gred tu mungkin penting.. tapi yg lebih penting aku rasa
    macamana dia survive dan apa hasilnya..:D

    BalasPadam
  16. Maza, kurang cemerlang pada peringkat awal bukan bermakna gagal tetapi azam dan matlamat yang utuh adalah yang lebih utama supaya kita berjaya di akhirnya. Nekcun masih ingat pesan seorang ustaz: Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi Allah mahu lihat di mana kita berakhir. Jadi, teruskanlah memberi semangat yg positif kepada Nasrun kerana nekcun percaya 'benih yang baik akan pasti jadi pokok yang memberikan banyak hasil'.... Wallahualam..

    BalasPadam
  17. Tahniah buek anak ekau, Maza.

    Ado orang kampung den ni ha, terlalu beri tekanan kek anak eh dalam pelajaran. Last sekali, bila abih skolahh, anak eh dah jadi macam orang tak boto dah. Nakal sangat lak tu. Keputusan perekso eh teruk. Agak eh, itu caro dio nak lepaskan tekanan la kot.

    Tak perlu beri tekanan pada anak2. Setiap rezeki anak tu dah ditentukan Allah...;)

    BalasPadam
  18. nasrun pasti boleh..sekarang ni zaman berapa bilangan A yang ditengok kan maza?

    dulu kementerian pendidikan, sekarang tukar kepada kementerian pelajaran..ke sekolah hanya untuk diajar, bukan dididik..

    ops..tumpang lantun² kat blog maza boleh????hehe

    BalasPadam
  19. Anjakan paradigma vs Anjakan aras

    Sape yg menang??? :lol:

    BalasPadam
  20. Sangat handsome jejaka kecil di atas tu..
    phewwiittt~

    BalasPadam
  21. maza,
    Nak diikutkan keputusan exam utk bebudak dolu2 lbh berkualiti dari kini kan!
    Setiap thn utk exam upsr / pmr / spm akan sentiasa ada peningkatan......

    Tp tak nmpk ketulusan kualiti
    Opss terlebih sudah :-P

    BalasPadam
  22. janganlah LIKE jer Maza... cuba jawab dulu.. gunakan semangat Nasrun yang sakit2 tetapi ambil exam gak... cum on...

    BalasPadam
  23. Bukan pesaingan jer makin hebat TE, cikgu2 dan anak2 murid dah boleh agak soalan yg keluar he he.. Yg study dari time cuti sekolah.. dah hafal beribu-ribu jenis soalan... Mana tak panjang jer A nya.. :D Semoga Nasrun adik beradik, anak-anak kawe dan yang yg seangkatan dgn mereka tabah menghadapi zaman nie... Kalau kawe ler, mampuih...... tak masuk U ler gamaknya :D

    BalasPadam
  24. terima kasih cikgu....
    sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan cikgu lebih utama gitew..

    BalasPadam
  25. Hmmm betul gak tu... huhuhuhu

    BalasPadam
  26. aduhh... tepat masuk ke hati maza... terima kasih nekcun.. beruntung sungguh maza dapat kengkawan mcm nekcun ni... huhuhu

    BalasPadam
  27. roger lela..
    maza dengar nasihat itew.. heheheh

    psst: selalu nya budak2 tu tido kek ibu eh.. tak tido kek den nyer derr.. sbb tu lah risiko bebudak tu kena tekan dengan den hampir kosong.. kalau dgn ibu eh, tak taulah, kena himpit selalu kot.. hehehehehe

    BalasPadam
  28. hahahah.. cikgu naman punyai point disitu.. maza dapat mengihdunya.. hehehe

    psst; latunlah cikgu naman.. hahahahhaa

    BalasPadam
  29. jawapan yg topat iyolah....: Entah!.. hehehehe

    BalasPadam
  30. Ouch! bapa dia pula yg terasa encem sama.. ahahhaha

    BalasPadam
  31. Oh ya ke? tak perasan lah fulaks.. (dlm kurungan kekonon ler.. hehehehe)

    BalasPadam
  32. amek 8 subjek je..

    yg no. 9 tu tulisan hehehehe...

    terima kasih chip.. dapat gak ler maza tingkatkan aura semangat mau terus berjuang gitew.. huhuhu

    BalasPadam
  33. Ameennn... takbir!..

    hehhehee

    BalasPadam
  34. ...pengakhiran perjalanan lagi penting, kan kan kan..

    BalasPadam
  35. ameeennn..terima kasih abg mail...

    nanti kalau ada tips UPSR meh ler syer2.. hehehhee... maza pun mau back to school.. ahaks.. (gatal yg lantun-lantun, kan kan kan)

    BalasPadam
  36. alamak! hahahaha..
    maza kantoi sudah.. hehehhe

    BalasPadam
  37. Kalau jadi suri rumah yang pakar kejuruteraan kimia molek juga tuh. Boleh buat eksperimen di dapur. Sabarlah, insyallah ada rezeki dapat berkerjaya kerana pointer pun cemerlang

    BalasPadam
  38. Orang macam awak beruntung kerana gifted tidak macam saya kena berusaha berlipat ganda belum tentu cemerlang macam awak.

    Kalau cerita saya lagi pelik. Bermula dengan Sains Perusahaan kemudian Sains Pertaniaan. Ketika tingkatan 4 dan 5 aliran Sastera kemudian masuk kolej ambil jurusan Kejuruteraan Elektronik. Akhirnya saya mendapat Kejuruteraan Elektronik Perubatan.

    BalasPadam
  39. Saya selalu buat semakan buku latihan kerja rumah apa yang memeranjatkan tahap silibus pembelajaran sudah tinggi berbanding zaman saya ketika sekolah rendah dahulu. Kadang kala saya mengeluh mampukah anak saya membawa atau hanya ikutan sahaja tanpa memahami asasnya

    BalasPadam
  40. selalunya isteri maza yg menyemak buku budak2 ni.. 
    pernah juga maza menyemak.... dan maza macam tak percaya dengan bebanan yang mereka perlu harungi... huhuhu. terperanjat sehhh.... 

    BalasPadam
  41. wah.. akuboimed, hebat orangnya... penuh kemeriahan gitew... macam2 warna kehidupan dok ada.. 

    yang penting 'berjaya di dunia dan akhirat' kan, kan, kan... 

    BalasPadam
  42. rezeki Tuhan yang beri... relaks dan usaha, tak dapat laju kayuh perlahan-lahan.. kan, kan, kan... hehehheeh

    err...kalau mau lantun-lantun pn boleh gak, ahaks...

    BalasPadam
  43. haha bijak menghafal jela ye, takpe bro, semoga semua anak2 bro dan sahabat blogger lain sentiasa yakin dan memajukan diri, kreatif dan inovatif

    BalasPadam
  44. Apa-apa pun kita mesti sentiasa berusaha kearah kecemerlangan... tapi jangan jadi kecemerlangan sebagai destinasi ia satu keputusan semata2... yang lebih penting adalah nilai yang di jana dan sustainability

    BalasPadam
  45. Yeker tak perasan???
    Tak bace paper ker??? Huahuahuahua

    BalasPadam
  46. Uiks.. ayat dengki... 
    wakakakaka

    BalasPadam
  47. Betul bro. Nasrul baru darjah 1. masih ada byk masa lagi utk mencipta kejayaan dlm pelajaran. Sya dulu2 masa kecik tak pandai sangat. pernah merasa no akhir dlm kelas. tapi bila umur meningkat baru ada kesedaran utk belajar

    pst: banyaknya subject kena ambik walaupun darjah 1 ?

    BalasPadam
  48. zaman sekarang begitulah banyaknya bebanan yg terpaksa anak2 kecil kita menanggungnya.. zaman dah berubah, dunia dah maju... otak pun sama2 pusing2 gitew.. uhuk.

    terima kasih Mekar.. uhuk!

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini