Pak Mat bukanlah buta huruf, cuma bila sampai bab Bahasa Inggeris dia terkial-kial sedikit. Borang pinjaman yang dipegang oleh Pak Mat sekarang semuanya bertulisan rumi. Bukan dia tidak mengenal huruf rumi, cuma kurang lancar. Tergagap-gagap.
Sekarang, Pak Mat terpaksa mengisi borang permohonan bantuan pinjaman projek pertaniannya. Kalau tulisan jawi, Pak Mat cukup handal. Dulu-dulu masa zaman remaja, Pak Mat pernah menggarang surat cinta dalam tulisan jawi. Siap bersyair dan berpantun lagi. Lepas dilipat kemas ke dalam sampul surat, Pak Mat akan letakkan bedak sebelum dikirimkan kepada buah hatinya. Tapi kali ini sudahlah tulisan rumi, berbahasa Inggeris pula. Pak Mat mencongak-congak sendirian.
Dahulu Pak Mat bersekolah sekadar sekolah Melayu darjah 5. Selepas itu dia terpaksa berhenti sekolah gara-gara perang dunia kedua.
Pak Mat terkais-kais. Dia berasa agak janggal sedikit. Tergaru sana, tergaru sini. Kejap-kejap membetulkan kupiah putihnya. Sekejap-sekejap Pak Mat toleh ke sana, toleh ke sini dalam pejabat yang hampir kosong itu. Pak Mat cuba mencari kalau-kalau ada anak muda yang mampu menolong. Atau sekurang-kurangnya tempat untuk tumpang tanya.Tetapi pada hari itu tiada pula. Kalau ada pun masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Kecuali di sisi Pak Mat, Che Kembang Lenggang, isteri Pak Mat. Che Kembang Lenggang pun dua kali lima macam Pak Mat juga. Che Kembang Lenggang cuma habis sekolah Melayu darjah 3. Lepas lima tahun tamat sekolah, terus dia berkahwin dengan Pak Mat.
Terpaksalah Pak Mat menggagahi juga untuk mengisi borang pinjaman pertanian itu. Dia mengeja satu persatu. Kemudian Pak Mat cuba menyebutnya. Sambil-sambil itu dia mengacu-acukan perkataan tersebut kalau-kalau dia faham, atau barangkali ada keserupaan bunyi dengan bahasa Melayu. atau sekurang-kurangnya dia mampu meneka akan maksud perkataan itu.
"N. A. M. E. Aku rasa bendalah ni perkataan 'nama' ni. Hmm .. dah serupa macam bahasa orang Peraklah pulak, name'." senyum Pak Mat sendirian.
"A'ah betullah tu abang aji. Dia nak nama abang aji lah tu. Dah tulis aje ler.." Che Kembang Lenggang bersetuju.
"A. D. D. R. E. S. S, alamat rumah agaknya ni" Pak Mat meneka lagi, kemudian terus menuliskan alamat tempat tinggalnya di Rumah Papan Tanpa Nombor, Jalan Kubur, Kampung Seri Kenangan.
Selesai mengisi alamat rumah, Pak Mat beralih kepada soalan lain pula. Kali ini tertera perkataan A.G.E. Berpinor mata Pak Mat cuba memahaminya. Berkali-kali dia cuba menyebut perkataan itu.
"A.G.E ... A. Ge. Aji. Mungkin dia tanya kita bila naik haji. Tak gitu emaknya? Gamaknya dah berapa lama kita naik haji iya?"
"Kita naik haji dah dekat 25 tahun dah ni." Che Kembang Lenggang mengiyakan telahan Pak Mat. Lalu Pak Mat pun menuliskan angka 25 di kotak yang disediakan.
Dalam diam tak diam habis juga borang itu diisi oleh mereka berdua. Setelah selesai Pak Mat pun menyerahkan borang permohonan pinjaman pertanian itu ke kaunter. Gadis kaunter yang cantik molek menyambut dengan sopan beserta senyuman paling manis.
Gadis kaunter bernama Ayu membaca sekali imbas borang tersebut. Pak Mat masih tercegat di hadapan kaunter itu. Sekali sekala Pak Mat mencuri pandang ke wajah Ayu yang jelita.
Tiba-tiba Ayu membalas pandangan Pak Mat dengan renungan tajam. Pak Mat yang masih berdiri tegak di situ tak putus-putus melemparkan senyuman. Adakalanya Pak Mat mengulum-ngulum gigi palsunya itu agar tidak tersembam ke tanah.
Muka Ayu serta merta berubah. Bertukar menjadi merah padam. Dari tersenyum bertukar ganas seperti singa lapar mahu menelan mangsa. Segera Ayu memaling wajahnya dan bergegas mendapatkan Pengurus di dalam bilik sana.
Tidak lama kemudian Pengurus datang sambil membawa borang tadi. Dia bergegas mendapatkan Pak Mat. Bukannya senyuman yang dilemparkan tetapi bermuka bengis. Seperti ada sesuatu yang dia tidak puas hati.
"Pak Mat! Apa Pak Mat tulis ni? Saya akan dakwa Pak Mat kerana melakukan gangguan seksual terhadap kerani saya" sergah Pengurus itu tak semena-mena.
Pak Mat segera menelan senyuman manisnya. Yang tinggal di muka Pak Mat ialah sebuah tanda soal! Melopong mulut Pak Mat. Di benak Pak Mat diterjah kekosongan. Pak Mat tak mengerti apa yang dimaksudkan. Pak Mat tercenggang, kaku pinta penjelasan.
"Apa salah saya tuan?"
"Ni. Apa ni Pak Mat? Apa Pak Mat cuba lakukan? Pak Mat hendak menggoda kerani saya ya?"
"Tak lah. Ini fitnah. Tuan jangan main tuduh-tuduh sebarangan"
"Habis ini apa maksudnya?" lurus jari telunjuk Pengurus itu menunjuk ke salah satu ruangan soalan dalam borang tadi yang dihempaskan ke hadapan muka Pak Mat.
"Di ruang sex ni. Apa Pak Mat tulis?"
"Errr.... (Pak Mat cuba mengeja sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu) ... sekali-sekala."
"APA?!!"
"Eh ... yalah! Hal dalam kelambu yang tuan suruh kami jawab. Itulah jawapan sebenar kami. Kami dah tua tuan. Tak larat dah."
Mata Pengurus dan kerani yang ada di pejabat itu semuanya terbelalak. Pak Mat pula tercenggang-cenggang tanpa tahu apa salahnya dengan jawapan itu.
"Gini tuan, kalau tak percaya tanyalah isteri saya sendiri. Masa Pak Mat terkial-kial hendak menjawab soalan dalam kelambu ni, Pak Mat berbincang dulu dengan isteri Pak Mat. Pak Mat cakap kat isteri Pak Mat; Sex. Ishh! Apa buruk bebenor tanya soalan ghupa gini? Apa ke halnya sampai dema nak tahu aktiviti kelambu kita. Nak tulis apa ni?. Kemudian isteri Pak Mat pun jawab; Kita tulis ajelah sekali-sekala, udah ler abang aji. Jadi Pak Mat pun tulis ler. Salah ke kami tuan?..."
Pengurus itu pun menjawab seraya menahan suara: "Memang salah jawapan tu Pak Mat. Dalam borang tu bukan nak tahu tentang hal kelambu. Maksud SEX kat sini ialah jantina. Jenis jantina..."
"Allah! Pak Mat ingatkan yang itu. Sebab yang selalu keluar kat TV, berita pasal sex, gangguan sex & rogol. Tak ada pulak dia cerita sex pasal jantina. Oooo ... kalau gitu, maafkanlah kami nak ... kami orang lama, kurang faham..."
Moral: Isi borang kena hati-hati dan gunakan huruf besar!
Hari ini hari Khamis malam Jumaat. Banyak pula jemputan kenduri arwah dan doa selamat. Selamat beramal ya kengkawan. hehehehe...
Hahaha.. Begitulah SEX mengikut kefahaman Pak Mat :D
BalasPadamidea dari FB ke ni Maza?
BalasPadamikut kefahaman ramai org.... :wink:
BalasPadamlawakk........ mana ko dapat citer ni weii...... kah kah kahhhh
BalasPadamTengah isi borang kwsp gak ni...pengeluaran baki pinjaman..tapi apasala dia tak tanya pasal sex
BalasPadamkan babitkan hal rumah ...kehkeh
huhu..siannya Pak Mat..
BalasPadampart age tu dorang tak perasan ke?haha
BalasPadamDah tv dok ulang-ulang pasal sex itu ialah hal kelambu... otak Pak Mat pun otak org lama, kurang faham.. hehehhe
BalasPadamhehehe.. udahnya kat dalam majalah, tv, radio, surakhabar, semua pasal sex kisahnya rogol, kena raba, zina haram, khalwat... hehehhe
BalasPadamtaklah..
BalasPadamtetiba masa menyelak dokumen2 kat pejabat ni terus dapat idea spontan. hehehe..
hal-hal masyarakat juga kan? ahaks...
hehehhe.. ilham sudah mari, ilham sudah mari..
BalasPadamhahahhaha
apa boleh buat, budak2 muda pun pakat segan nak rapat dgn orang tua.. penyudahnya begitulah...
BalasPadamhahahahaha....
... moral of the story?
BalasPadam.. mungkin salah satu subjek serangan gangguan sexual tu.. hahahhaha
BalasPadamhuhu..ciannyer..kena ada orang bantu ni..hehe
BalasPadam.. meh kita tolog ramai2.. hehehehe
BalasPadamhehehe...kesian Pak Mat. Tak pasal2 kena jerkah..hahaha
BalasPadamwalaupun dah pernah dengar cite mcm ni tapi pasti tersenyum kalau terdengar lagi. hehehe
BalasPadamish ish ishhhh... kesian pak mat yerrr.
BalasPadamKah3... Pak Mat..Pak Mat... ngape le mike tulih ghopitu... adoy...kegheh peghut teman membacenye... nasib mike idak ceghite peghabih hey dalam kelambu tu ye.. adoy... hahahahaha
BalasPadamwoooo...cian pakcik tuh...dah kena tuduh...huhuhu
BalasPadamagaknya, lagi bagus kalau borang2 sekarang dwibahasa iaitu BM dan jawi...setuju tak maza?
pssst...ok, slmt beramal! :D
itulah...pak mat tak p tanye cik ayu td... ;p
BalasPadamerm...sbb saje letak umur mude...iyer tak? pak mat pak mat
BalasPadamini ilham seniman bujannng lapokkkk....terbaik maza!
BalasPadamKesian kat pakcik tu.
BalasPadamTak baek tau.......
Aah mlm Jumaat elok utk beramal kan kan kan!!! :-)
Alahai,
BalasPadam:)
apa main tuduh2 ni
BalasPadamsaya saman malu nanti
bkn borang slalu ada dwibahasa ke?
BalasPadammau pengsan pak mat kalau borang tu tanya banyak2 lagi :P
haha kelakor le kami baca,
BalasPadamkesian pakcik ngan makcik tu..hehe
kalau kita nak isi apa2 borang yg melibatkan perjanjian mesti difahami oleh tuan yg mengisi borang tu, kita juga bole meminta borang dalam bahasa malaysia yang lebih mudah difahami..baru adil kan..:)
tu lah kan.... dah salah faham tak pasal-pasal dituduh yang bukan-bukan.. hehehe
BalasPadam... telatah sosial kita gitew..
BalasPadamche kembang lenggang pun kesian gak.. hehehehe
BalasPadamate.. kome orang peghak juga ke? hehehehe
BalasPadam..entahnya, takkan tulisan jawi laku kat pejabat kadi jerk.. hehehhehe
BalasPadam... err.. malam-malam sunat gitew.... sementara muda ni, eloklah diperbanyakkan ibadah...hehehee
BalasPadam... umangai.. .heheheh
BalasPadamhehehehe.... tak pasal-pasal bertelagah dlm court pulak, kan kan kan..
BalasPadamhahahaha
tak lah, tak semestinya.. kalau diperhatikan ada tu borangnya bulat-bulat berbahasa Inggeris walaupun kita kat Tanah Melayu... uhuk!
BalasPadampsst: lagi lak sekarang ni, adila akan biasa jumpa borang bulat2 dalam bahasa Manderin dan Tamil di tanah Melayu nan tercinta ini... hehhehee
hehehe.. cubaaannnnn...
BalasPadamopps.. blog Kami sudah clean dari malware kah?
Pak mat bukan tak nak tanya, Che Kembang Lenggang kuat cemburu.. hehehhehe
BalasPadamsaya pernah juga dengar cerita macam ni..tapi jawapan pakcik tu adalah 3x seminggu kecuali masa isteri cuti..=)
BalasPadamentah la tapi patutnya anak-anak kena teman kalau hal macam ni..sebab takut salah isi ye juga..takut kena buat macam bola ye juga..takut kena sepak terajang ye juga..takut kena sembur ye juga..
sedih dan kesian bila orang tua dibuat macam tu..orang tua kaya budi bahasa..dibuat macam tu pun diam je..kalau bawak anak boleh la fire balik orang camtu..walaupun tangan ditarik mak ayah suruh balik dan tak buat pasal depan orang..
sekurang-kurangnya orang tu takde la layan mak pak kita macam sampah..eh dah macam entry pulak komen ni..ampun tuan tanah..
hehehe.. tak pe, itu sudut pandangan cik nurul.. ada manfaat juga.... hehehhe
BalasPadamopps..err maza nak jenjalan blog nurul boleh?.. tapi alamat blog nurul tak ada!
borang kalau tak sure nak isi jangan isi.. lain jadinya nanti
BalasPadamMuahaha... yang pasal AGE tu, takde lak kerani tu marah ye...ekeke
BalasPadamwakakaka..
BalasPadamdolu2 maza cukup takut isi borang.. takut silap tak dapat tempat. hehehe
AGE tu penambah perisa sama dgn SEX... hehehhe
BalasPadamKesian dengan Pak Mat. Inilah bidalan 'Sesat jalan tidak mahu bertanya'. Kalau Pak Mat minta tolong kerani yang ayu itu isikan senang. Manalah tahu Pak Mat boleh ambil dijadikan calon tambah kuota :-)
BalasPadamamvoiiii....siap cadangan calon tambahan kuota.... hahahaha
BalasPadamgulp..mau terjah blog..yg ada wordless wednesday to tuesday je..(T_____T)
BalasPadam