Halaman

Isnin, 27 Jun 2011

Senjata.. L series, Mark II


Semalam maza sudah terjah ke Ulu Yam bikin photo shot tajuk pasal Nature & Slow Motion.

Hanya Mnhisyham Bahrom dan maza telah terjah ke kawasan air terjun Parking 1, Sg. Tua, Ulu Yam. Di kawaasan ini menempatkan air terjun. Kengkawan yang lain hilang dalam misteri. (huhuhuhu...)

Air terjun tersebut mengalir bersebelahan jalan utama dan ia memudahkan kami untuk membuat penggambaran. Tidaklah perlu meredah atau meranduk belukar sana.


Sedikit info hendak berkongsi dengan kengakawan. Senjata yang digunakan oleh sahabat ini merupakan senjata pembunuh.

Canon 5D Mark II merupakan kamera berkekuatan Full Frame. Ia mempunyai kapasiti tinggi dalam mengambil gambar di dalam keadaan cahaya berkurangan. Warna yang dihasilkan amat memberahikan dan ia sungguh merangsang gelodak nafsu penggemar fotogarfi.

Cuma senjata ini tidak begitu sesuai untuk merakamkan gambar-gambar sukan yang memerlukan kepantasan pemprosessan gambar frame per saat!

Gambar kredit kepada En. Mnhisyam (MNB photography), menembak dengan Canon 5D Mark II.. tepat ke sasaran

Ramai juga kawan-kawan maza tertewas dengan godaan senjata ini. Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya memikat dan memilikinya. Sudah tentu untuk mendapatkan senjata ini bukan taruhan yang murah. 

Kali ini maza hendak memperkenalkan tuan punya kamera yang dahsyat tersebut iaitu En. Mnhisyam Bahrom. Kengkawan boleh berkenalan lebih lanjut dengan beliau di laman sesawangnya http://mnbphoto.blogspot.com

Gambar-gambar hasil tembakan maza di Ulu Yam akan disiarkan nanti. Sekarang amat letih lorrrr, mau prosess dulu lorr.. TUNGGUUUUU.. hehehhe

33 ulasan:

  1. Ada kawan saya guna kamera ini untuk buat muzik video :D  Maklumlah Full HD!

    BalasPadam
  2. jom floria maza...guna senjata 1000D je..haha

    BalasPadam
  3. Memang membunuh senjata ni, membunuh jiwa raga sebab jealous betul. Tak sabar nak tengok hasil tangkapan.

    BalasPadam
  4. andai kata tuan punya blog nk buat outing...saya nk ikot boleh?
    saya ni budak baru belajar...

    BalasPadam
  5. eh bila ek?
    mau join gak ler.. hehehhee

    BalasPadam
  6. set.. kita redah sama2.. hahaha

    Lagenda jgn dilupakan.. heheheh

    psst: tetiba aku dapat idea, apa kata kita namakan Geng Lagenda! hahahha

    BalasPadam
  7. sudah ada dah.. tapi Mrs Ayie kena redah ke blog Mnhisham tu...
    maza cuma ada meriam kontot jerk.. tak berapa nak senak dan berbisa gitew..

    ahaks.. hehehhee

    BalasPadam
  8. Dasat .. dasat.... jeles pon ada he he... :D Main tangkap gambo berdua ye? Kena tangkap basah baru tau! :D

    BalasPadam
  9. Opps.. baru perasan kami berdua huhuhuhu

    kena taubat nasuha tak ni abg mail.. kihkihkihkhi..

    lantun-lantun sudah..

    BalasPadam
  10. Ada perancangan sambar kamera DSLR malangnya pengetahuan mengenai kamera DLSR kosong :-(

    BalasPadam
  11. boleh belajar loorrr.. berdikit2 juga gitew, lama2 jadi bukit.. hehehe

    BalasPadam
  12. tak sabar melihat hasil tembakannya..

    BalasPadam
  13. tungguuu.. sikittt lagi.. heheheh

    BalasPadam
  14. jgn terlebih touch up.. tak aci... he he... :D

    BalasPadam
  15. Den pon dah kono tembak neh bilo nengok ekau posing maut kek jambatan gantung nu ha....aaawwwww... mengancam gittew... harharharhar

    BalasPadam
  16. ... errr... gulp!
    pinjam kata-kata artis pujaan Malaysia yg kurang laku, ... "maza posing khas untuk para peminat yang merinduinya gitew"opps... (uweekkkkkk, nak muntah ijao.. wakakakakkaa)

    BalasPadam
  17. Opps.. abg besar datang bagi amaran.. hehehe

    baik boss.. roger.. hehehehe

    BalasPadam
  18. akhirnya dapat juga TE menembusi jaringan disqus yang tak muncul2 dari tadi...ingatkan disqus sudah dibunuh senjata hebat itu hehe

    BalasPadam
  19. lain kali kita bertiga lah Maza... kurangkan syak wasangka.. ehem ehem...
    Malam ni kawe tido mimpi Ulu Yam ehhhh... Yam oh Yam... :D

    BalasPadam
  20. tunggu dan lihat je, maza
    nak membelinya memang tak termampu
    huhu

    BalasPadam
  21. hehehe...
    antara kekurangan disquss ialah yg satu ini..
    kekadang bermanja2an mahu di-refresh berulang kali.. uhuk!

    BalasPadam
  22. rezeki Tuhan, siapalah yang tahu....
    tetiba dapat rezeki terpijak gitew.. ahaks... hehehe

    BalasPadam
  23. Errrr Canon EOS 60D kerr?????

    BalasPadam
  24. Amboiihhhh
    Posing manje gitu gitu ek! :-)

    BalasPadam
  25. Gambo kamera kat atas sekali tu Meriam (Canon) 5D, Mark II...
    Jahat senjata ni weiii.. 
    boleh mengoda nafsu.. huhuhuhu.. 

    psst: meh bEe sponsor satu kali volleh? ahaks.. hehehehe

    BalasPadam
  26. "maza posing khas untuk para peminat yang merinduinya gitew"opps... pinajm dari kata-kata artis vateran atau artis yg tak laku...
    ahaks.. (uweekkkkkk, nak muntah ijao.. wakakakakkaa)

    BalasPadam
  27. hahaha...
    boleh ja...
    tapi cam tua2 pula maknanya...
    saya masih muda remaja :p
    wippie~~~

    BalasPadam
  28. Uiikk
    (sedang menggaru kepala yg tak gatal)

    BalasPadam
  29. Oowwhh ok...
    Sowii bEe tak tahu apapun psl kamera cuma hentam aje
    Tgk mcm sama jek dgn kamera hubby tu yg tanye.. huhu

    psst : Amboiihhh...... mahu sponsor ka?????

    BalasPadam
  30. wooo.. hubby pakai 60D eaa... high end product tu.. hehhee

    intermediate camera... hebat sehhh

    maza pakai 1000D...uhuk!.. hehehhe 

    BalasPadam
  31. Bro, jenis ni agak2 berapa RM ya. sya skrg pakai 1000D juga. Gambar xberapa terang kalu xde cahaya (atau mungkin sya xmahir penggunaannya..heh).
    Td tengok iklan kat tv eos 600D pun menarik juga. mungkin hgnya menarik juga

    BalasPadam
  32. Harga bagi Canon 5D Mark II ini lebih kurang RM7,200.00 body sahaja tanpa lensa...

    Maza pun ada pakai 1000D gak.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini