Halaman

Selasa, 12 April 2011

Sekolah Kebangsaan Kahang, Jalan Mersing, Mukim Kahang, Kluang, Johor. (SK Kahang)

Tahun 1982 ketika itu maza berumur 7 tahun dan itulah kali pertama maza menjejakkan kaki ke sekolah rendah seperti kanak-kanak yang lain.

Seingat maza, maza begitu ghairah untuk bersekolah dan bertemu kawan-kawan yang sudah beberapa bulan dipisahkan oleh cuti sekolah TADIKA. Di tambah pula rasa girang tersebut dengan berbaju baru, berseluar baru, beg baru dan berkasut baru. Kiranya serba serbi baru kecuali tupperware bekal...

Gambar: Sekolah Kebangsaan Kahang, KM 45 Jalan Mersing, Kahang, Kluang, Johor

Sesekali ada juga senior yang memberitahu maza bahawa cikgu sekolah rendah ini garang-garang belaka. Di hati maza mulai terasa kecutnya. Terutama senior yang juga merupakan kawan-kawan teman sepermainan di rumah memberitahu bahawa Cikgu Fatimah (guru kelas merangkap cikgu bahasa Inggeris) seorang cikgu yang garang dan kuat pukul orang.

Di zaman itu sekolah rendah ini merupakan sekolah beratapkan nipah. Hanya ada lebih kurang enam atau lima kelas sahaja. Tingkapnya merupakan tingkap kayu. Untuk membuka tingkap itu kita kena tolak ke atas daun tingkap yang besar tersebut dan disendal dengan kayu panjang. Jadinya tingkap itu akan ternganga dengan bukaan atas-bawah bukannya terbuka kiri dan kanan.


Sistem yang diamalkan ketika itu ialah siapa tak lulus akan terus tinggal di dalam kelas yang sama. Kiranya tak boleh naik darjah. hahahaha...

Namun tidak lama kemudian bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn (ralat: sebenarnya zaman Tun Dr. Mahathir yang memerintah dari 16 Julai 1981-31 Oktober 2003. Terima kasih kepada En. Dinomt di atas fakta yang diberikan)  telah merubah sistem pendidikan dan sedari itu kami menjadi bahan ujikaji. Kami adalah bahan perantaraan antara sistem KLSR dan KBSR.

Kelas kami dipisahkan oleh dinding papan. Meja pula dicantum-cantumkan lalu membentuk barisan meja panjang yang dibahagikan kepada dua bahagian ruang iaitu di sebelah kanan dan kiri sahaja. Makna kata terdapat dua jalur barisan meja di kiri dan kanan dan pemisah itu dijadikan ruang untuk berjalan ke hadapan atau ke belakang.

Kami duduk di atas bangku panjang dan berkongsi meja yang sama. Satu bangku berkongsi 5 - 6 orang murid. Satu meja panjang itu boleh memuatkan seramai sepuluh orang murid. Dalam satu-satu kelas memuatkan kira-kira 30-40 orang murid. Kelas sudah menjadi seperti tin sardin. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar dan gembira dalam masa yang sama.

Biasanya kelas akan tergendala jika hujan. Bunyi timpaan hujan begitu kuat hinggakan tidak kedengaran suara cikgu kecuali cikgu menjerit-jerit sampai anak tekak jelas kelihatan mahu terkeluar. Lebih sadis lagi atap selalunya bocor. Kalau tidak kerana atap, tempias hujan juga menebusi dari celahan dinding dan tingkap. Pernah kami kebasahan di dalam kelas. Mujur juga buku-buku tidak lukus kebasahan.

Itu kisah 29 tahun yang lalu.

Sekarang ini Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28 sudah banyak berubah. Sekolah ini sudah mempunyai bangunan sekolah yang sempurna. Ada yang dua tingkat, ada yang tiga tingkat, punyai kemudahan perpustakaan dan beberapa buah kuaters guru.

Satu keunikan sekolah ini yang paling ketara ialah padang sekolahnya lebih tinggi daripada bangunan sekolah. Rasanya satu-satunya sekolah yang mempunyai padang sekolah yang lebih tinggi daripada bangunan sekolah tersebut, setidak-tidaknya di Johor!

Keunikan kedua ialah padang sekolah inilah tempat anak-anak kampung bermain bola tiap-tiap petang. Kemudahan padang bola di kampung Sri Lukut ini tidak ada, jadinya selalunya kami meminta ehsan dan jasa baik guru besar sekolah yang juga kami rata-rata ini bekas anak murid sekolah di situ agar mengizinkan kami menggunakan padang tersebut untuk bermain bola.

Kepulangan maza ke kampung baru-baru ini telah membawa berita bahawa Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang sudah mempunyai lagu rasmi. Ini sesuatu yang bagus dan harus dibanggakan.

Masa maza sekolah sewaktu dahulu purbakala, lagu ini belum tercipta dan tak pernah pun terfikir untuk menciptakannya. Tahniah kepada cikgu-cikgu dan guru besar yang memberi banyak perubahan ke atas sekolah ini di atas nama kemajuan anak bangsa...

Dari itu kengkawan, mari kita saksikan dan dengarkan lagu rasmi sekolah ini. Di dalamnya terselit cita-cita, hasrat dan tekad anak-anak murid kecil ini dalam berbakti kepada agama, nusa dan bangsa!

Lagu Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang


*** Dengar khabar juga lagu ini sudah tercipta semenjak tahun 1992. Ini bermakna sudah 19 tahun kewujudannya. Hanya kini ia disebarluaskan sehingga ke alam cyber sebagai isyarat kepada bekas anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang agar ingat pada ikrar dan cita-cita mereka sedari kecil lagi itu.

Beriktu ialah laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang (sekolah rendah): 

Kita teguhkan kaki ini untuk berdiri.

Kita bermula dari rumah sekolah yang usang dan mahu roboh. Di sini kita mula bertatih mengenal A, B, C dan Alif, Ba, Ta....

Wahai sahabat-sahabat seangkatan ku, marilah kita pulang. Pulang berbakti kepada nusa dan tanah tumpah darah kita, Kampung Kahang!

Wahai anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang, jika kau tersasar, jika tersimpang selagi mana kau belum terbujur-kaku ... maka kini sudah sampai masanya. Pulihkan semangat yang pernah berdarah kental di dadamu itu. Pulihkan semangat lawanmu. AYUH.. Aturkan langkah, aturkan kekuda, aturkan nafas, aturkan tatihmu... Jangan biarkan 'hanyut' itu terus-terusan menikam tembuluh saraf mu, jantung mu, nafasmu, rohmu, jiwamu!

Ayuh! Kita kenang-kenangkan tentang asal wal usul kita. Mari kita cari jati diri ini.

Kita kembali mengangkat tangan setelah sekian lama kita lupakan. Mari kita menyebut dan menyahut kembali ikrar yang sudah lama kita pendamkan dalam lubuk hati yang dalam.

Mari kembali bersemangat waja. Mari kita teruskan perjuangan hidup untuk menjadi INSAN CEMERLANG, insan yang berbakti, insan yang harum namanya.

Biar patah sayap, tetapi tidak pada sengatannya!

Biar mana nanti kita tercampak, kita tetap menjadi manusia yang harum namanya. Suci bersih jiwa dan hatinya. Berguna pada agama nusa dan bangsa! - Itulah ikrar yang pernah kita ungkapkan sebelum kita melangkah pergi meninggalkan SRK Kahang! 

Moga-moga nostalgia ini mampu membangkitkan semangat yang hilang. Aturkan langkah gagah, kita cari jalan pulanggg..... usah diragukan keupayaan diri sendiri lagi. 

BANGKITLAH anak bangsaku. Bangkitlah saudaraku. Teruskan perjuangan hidup dan berbaktilah. Budi disemai bakti dituai demi tanah tumpah darah kita di Kahang yang permai ini.

Terima kasih cikgu, dek kerana usaha cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami walaupun kampung kami jauh daripada pembangunan akhirnya ramai antara kami sudah berjaya menjadi manusia!

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu...


Special tribute to:-
Cikgu Fatimah, Cikgu Rosnah (guru tadika), Cikgu Ayub, Cikgu Azizah, Cikgu Jaafar, Cikgu Syarif, Ustaz Johar, Cikgu Shamsiah, Cikgu Hishamudin, Cikgu Saharuddin, Cikgu RAHMAT!!!, Cikgu Tong (cikgu pengakap), Cikgu Zakaria



45 ulasan:

  1. gitewlah.. huhuhu

    harap2 dgn ini membuahkan semangat kental gitew..

    BalasPadam
  2. teringat zaman sekolah rendah. memang byk manis dan pahit.. bila dah meningkat belia ini, terasa seperti mahu kembali ke zaman dulu-dulu. moga-moga semua cikgu yang mencurah bakti dulu sentiasa dalam lembayung kasih Ilahi.

    BalasPadam
  3. ameenn.....

    psst: 16 Mei adalah hari guru.. moh ler kita yeop beli barang seposkad dua gitew.. antarkan kat Cikgu.. heheh...

    utk lebih mudah, boleh pilih poskad dan gunakan perkhidmatan di http://www.poskad2u.wordpress.com

    lebih cepat, mudah dan murah gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  4. Seronok ingat zaman sekolah ni. Kebanyakan kita paling ingat cikgu masa darjah 1.
    Cikgu masa sekolah rendah kena garang, terutama dapat pelajar yang ala-ala nakal macam Maza tu, ahaks!

    BalasPadam
  5. uiks.. maza dolu2 dlm kelas alim dan pendiam tau.. jangan tak percaya, tindas kutu rakan sebelah pun tak berbunyi.. hahahhaa

    lepas keluar kelas, hambik ko... bertukar menjadi gergasi HULK yg buas.. hehehehe

    BalasPadam
  6. maza, aku rasa zaman tukar KLSR ke KBSR bukan zaman Tun Hussen Onn tapi zaman Tun Dr Mahatir, Tun Mahatir jadi PM dari 16 julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. KBSM tu utk sekolah Menengah rasanya. aku pun rindu gak kat sekolah ni, tempat jatuh lagi di kenang.

    BalasPadam
  7. 1982 saya belum dilahirkan lagi..hehe

    rasanya sistem pendidikan dahulu lagi berkesan daripada sistem canggih manggih yang ada sekarang

    BalasPadam
  8. Oppps.. terima kasih abg Din.. hehehe

    tanpa abg Din memperbetulkan fakta, maka akan sesatlah kalian umat di dunia blog ini.. hehehe
    alhamdulilahh.. thank you tok sarjan. .hehehe

    BalasPadam
  9. entahlah... .hat tu maza tak reti nak komen.. almaklulah, kami org kampung main lastik dlm hutan. .jarang benar dapat lihat dunia luar. .hehehehe

    oppps.. lantun-lantun sudah..
    tumpang lalu ya cikgu, sambil tunduk dan tangan maza dijulurkan ke bawah gitew.. hehehhe

    BalasPadam
  10. Sesekali mengenang tempat awal kita dididik. :) Banyak dah perubahan lepas beberapa tahun berlalu.


    * Setiap kali nyanyi lagu sekolah, rasa semangat je hehe

    BalasPadam
  11. teringat sekolah rendah dulu TE dipanggil anak cikgu..sebab mak TE mengajar di sekolah tu dan pernah jadi guru kelas..

    adoi..menangis-nangis dibuatnya bila dipukul mak dalam kelas haha

    BalasPadam
  12. Btul2...... memori indah di Sk Kahang..... masa masuk skolah tahun 1985 darjah dua... ada cikgu (cikgu Asmah)yang garang giler.. kecut perut... selalu kena ketuk kepala....Sk Kahang is th best school ever for me.. all th memories of my childhood is always there. Walaupun masa tu asyik kena ejek mat saleh celup... i dont mind bout it, its kinda fun...Keep up your great job bro... Love to read your blog, reminds me of my childhood and its helps bila rindu kt kampung....Thanks...

    BalasPadam
  13. Kahang tu tempat suami kak tie bertugas masa tinggal di Kluang dulu. Kak tie tak pernah ke sana.
    Dan masa kak tie mula bersekolah, KBSR belum ada lagi. Kak tie orang lama, mula bersekolah tahun 73.... masa tu Maza masih dok merangkak lagi kot.

    BalasPadam
  14. heheehhe... kiranya mudah2an berjaya mencari jalan pulang.. usah diragukan keupayan diri....

    BalasPadam
  15. aduhh. .. memang sadis.. cukup sadis... malu sehh.. hehehhe

    tapi respect la gitew...

    BalasPadam
  16. belum merangkak lagilah kak tie, sebenarnya 'belum jadi' pun lagi, he he he

    BalasPadam
  17. uiks.. aida? siapa tu, siapa tu? ...hehehe

    kak tie, maza masa ni dlm proses lagi... kalau tak silap tengah siapkan bahagian ibu jari kot.. hahahhaha

    BalasPadam
  18. kenangan terindah gitew.. hehehehe...

    Raya ni balik tak?

    BalasPadam
  19. Nak balik macm mana..... kos tinggi...mmmm sob..sob...sob... sedih nih..

    BalasPadam
  20. beb... ko ingat x zaman kita sekolah duluk.... bila taim rehat or naik rehat kena goncang loceng..... mcm jual aiskrim tu....
    salah seorangnya aku laa yg tukang gocang tuh..... klinting...klintingggggg....klintinggggggggg...

    BalasPadam
  21. Kalau mengimbau ingat tepuk duster dekat luar kelas. Kalau tidur dan main kelas, duster akan dijadikan peluru perpandu kalau terkena dimuka percuma dapat bedak foundation :-)

    BalasPadam
  22. uiks. .fulaks.. kesiannya.....

    I think since you have been raised in kampung enviroment, I guess you shouldn't have any trouble to swim home.. moreover, I believe that Pak Shahrom has taught you & children to be a good swimmer with rakit batang pisang as a vessel rite.. hehehehe

    Toronto and Kahang is not exactly far, its very reachable, .. shortest route will be to use the Pacific Ocean. but kindly avoid form entering the Japanese off-shore.. danger, got nuclear radiation and tsunami too.. hahahhah

    .. kayuh, jgn tak kayuh ramai2.. lantun-lantun gitew..

    BalasPadam
  23. aku bab goncang-goncang ni kurang fasih sikit.. hahahaha

    almaklumlah, aku ni kan pemalu orangnya gitew.. hehehhe
    psst: patutlah tangan ko berketak2, dah macam hulk .. rupanya ko ler yg goncang lonceng yg melenting2 kuat sampai satu kampung pun boleh dengar.. hahahhahaa

    BalasPadam
  24. wakakkaa.. macam pernah kena jerk tu? hehehhe

    kami juga pernah kena baling kapor.. berdezupppp perginya.. hahahhaa

    BalasPadam
  25. Kah kah kah.....!!

    Kalian berdua ni buat kak tie terasa tua lak! Adoi laa..........

    BalasPadam
  26. alahai dik Maza (sikit je beza umur).. mengimbau kenangan silam nampak? sentimental gitew! sebelum1982 lagi kalau tak silap fail pun naik kelas jugak Maza.. Sekolah agama je yg tak naik kelas kalau fail. Errr.. sapa yg upload lagu tu di You Tube? Datuk T ke? :D

    BalasPadam
  27. Maza belum lahir tahun 73 tu kak. Kawe masih merah-merah lagu dan tak tahu cakap2 apa2. :D

    BalasPadam
  28. eh ya ke? hehehe.. memang sejak sebelum 1981 lagi gagal boleh naik kelas gitew... cuma kawan kita tak percaya dan cakap bendalah ini diubah ketika zaman pemerintahan Mahathir, maza cakap dari zaman Tun Hussein Onn lagi bendalah ini berubah.. heheh tapi entahlah.. gitew.

    abg mail ada fakta sebenar tak? hehehe

    BalasPadam
  29. pasal lagu tu, maza tak pasti siapa yg upload ke dlm youtube.. tapi kat laman web rasmi SK Kahang sudah ada ditepekkan lagu itu di situ...

    heheh. maza buatkan entry yg entah apa-apa melantun-lantun ini juga atas permintaan kengkawan satu sekolah sana..

    dan kebetulan hari ini bertemu lagi seorang kawan (junior 7 tahun) dari sekolah itu.. dulunya "mat sakit" skrg sudah tukar jadi mat bomba.. alhamdulilahhh.. barangkali semuanya gara2 entry ini kot.. hehehe

    BalasPadam
  30. Opps. kami tumpang lalu aje kak Tie, .. sambil-sambil kami tunduk dan tangan kanan diluruskan jatuh ke bawah minta lalu gitew... kami sekeluarga sekadar lantun-lantun gitew.. hahahha


    psst: biarlah rahsia. wink! wink! wink!

    BalasPadam
  31. chehh ko...... aku kan pengawas masa tuh.... ko tya la pengawas laen, da masuk dalam senarai tugas beb....wakakakakaaaa.....
    pas tu kena bagi arahan kat bebudak yg berator lpas rehat tu..... "tgn hadapan angkat, bawah lurus....... senang diri, jaga sedia........ sekarang kita akan menyanyikan lagu negaraku dgn kuat dan penoh semangat..... sedia....1 2 mulaaaa....."
    sapa lagik geng pengawas ekk.... rohaiza ! suriani ! hazalinda !

    BalasPadam
  32. Oh ya ke? laa.. tak perasan lak aku.. heheh

    aku kan budak innocent yg low profile...
    selalu tunduk2, zikir, doa2 gitew.. hahahahhaa

    BalasPadam
  33. Teringat pd lagu sekolah lama juga... Hehehehe
    Seronok pd zaman ini & masih terngiang2 yg cikgu pesan, "kalau awk dah keje nnt awk akan rindu zaman awk sekolah". Time cikgu ckp mcm tu bEe uwek balik. Tp, mmg realiti kini..... Amat merindui zaman tersebut :-)

    BalasPadam
  34. apa keta bEe pun dah berjaya ni.. kita hantar poskad kat cikgu atau sekolah itu. hehe

    utk memudahkan bEe, bEe boleh gunakan poskad di laman web ini http://poskad2u.wordpress.com siap boleh diposkan langsung dan bEe tak payah gi susah2 ke post office.. boleh pilih dan macam2 ada.. mau photography pun volleh.. hehehe

    sekadar membantu kengkawan gitew.. heheheh

    BalasPadam
  35. mahu check fakta sebenar maleh lak.. mahu bukak buku sejarah tu.. Cuma sebelum 80-an lagi mcm tu sbb masa time abg2 dan kakak dulu pun terus naik aje. Silap2 zaman Tun Razak lagi kot? Maybe Kak Tie lebih arif sebab dia makan garam lebih dulu dari kita...

    BalasPadam
  36. ooowwwhhh, ok TQ maza. Leh try lah! hihi

    BalasPadam
  37. uissh..kenangan terindah ni..sama la sek ma abg maza. Dulu cam sek zaman jepun je..pg2 masa baru sampai takutnya nak naik tangga kayu ke kelas tu sbb kawan2 kata askar x de kepala selalu berkawad kat situ malam2..huhu...

    BalasPadam
  38. hehehe..kalau mcm tu, maza kasik zip fakta tu dululah.. sehingga dapat yg sebenar gitew.. heheh

    terima kasih abg mail.

    BalasPadam
  39. sekarang ini tapak sekolah itu sudah tiada lagi.. tapi masih ada sepohon pokok sebagai tanda bermulanya SK Kahang itu.. hehehe

    nanti balik kg abg snap satu kali..

    BalasPadam
  40. sekolah rendah meningatkan kembali peristiwa membawa bekal nasi dibungkus menggunakan daun upih pinang..selesai makan bekal, daun upin dibasuh utk digunakkan pada hari2 mendatang...

    BalasPadam
  41. aduhaiii.. betul2 mengembalikan nostalgia tu bang nadri.. boleh bikin satu entry khas utk pedoman...

    maza pun pernah merasai pengalaman yg sama.. hehehe..

    BalasPadam
  42. kenangan terindah tuu.....kiranya sk kahang ni sek.1 MALAYSIA kan....semua bangsa ada...ada budak2 melayu,cina(1 org jer) india....si uma tu..,kaum bumiputera...si kuntum,quek kembang, anak pesawah,penoreh,forest,polis,misi,budak estet....sume ada....x lupa juga...anak mt saleh tu....hihi......
    igt lg masa koir....nyanyi lagu...malaysia kita...sudah berjaya...aman makmur dan sentosa.....hehe...sapa igt??

    BalasPadam
  43. hahaha.. hebat ingatan ko enot.. hahahha

    best, best, best.. sampai hari ini masing terniang2 lagu tu.. hehehe
    kondaktor koir tu cikgu perempuan cina.. aku sudah lupa nama dia.. heheheh

    opps.. anak mat saleh tu ghupa2nya anak sedara aku.. emaknya dua pupu aku... aderkkk.. baru ku tahu gitw.. hahahhaha

    BalasPadam
  44. sape ingt ketua pengawas tahun 1988 ????/

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini