Halaman

Ahad, 10 April 2011

Kahang - Bibiq keteguran di kebun

Hujung minggu ini (April 9-10, 2011) - maza sudah pulang ke kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor. Adik maza (Bibiq) sudah diserang gangguan dari alam ghaib. Kakinya membelon dari ibu jari membawa ke pangkal peha di sebelah kaki kanannya. 

Sekarang ini Bibiq sedang mendapatkan rawatan di rumah mertuanya di Batu Pahat. 

Alkisah tatkala meracun di kebun getah di atas bukit sana berpinggiran hutan simpan kekal Lenggong itu. Tatkala dalam perjalanan pulang dia menegur sebuah tapak kaki yang agak pelik. 

"Kalau tak silap, ini tapak kaki tenuk ni," kata Bibiq kepada Ana isterinya.

"Mana bang?" Ana terpinga-pinga mencari sama.


Hanya beberapa saat selepas itu kakinya mulai terasa lain macam. Dirasakan berat berpikul-pikul memeluk kaki kanannya. Sampai di rumah kakinya itu sudah membengkak besar. Maka tahulah Bibiq serta emak bahawa Bibiq sudah terkena 'teguran'.

Sebelum ini pun sudah pernah berlaku dan ramai juga orang kampung terserempak dengan 'sesuatu' di kebun itu. 

"Sudah namanya kebun kami di situ. Lagi pun memang tempat kami cari makan. Mahu atau tidak terpaksalah kami redah juga bang. Mahu atau tak kena juga buat, kalau tidak macam mana dapur kami nak berasap," terang Bibiq kepada maza setelah diusulkan agar dia lebih berhati-hati ketika menoreh mahupun membersihkan kebun.

Setelah seminggu berubat di Batu Pahat dengan seorang Kakek (atuk), alhamdulilah, sakit yang dialaminya semakin pulih. Dari tidak boleh berjalan dengan hanya mampu merangkak serta 'diusik' pada malam hari, hari ini Bibiq sudah boleh berjalan dan bengkaknya semakin menyusut.

Benda-benda halus seperti ini sukar juga hendak dipastikan. Mulanya ingatkan sakit yang boleh dirawat di hospital. Tetapi doktor kata mengikut pandangan perubatan moden, Bibiq sihat dan tidak sakit apa-apa. Kemudiannya doktor Melayu tersebut menyarankan agar Bibiq dibawa pulang dan berubat alternatif cara 'kampung'.

Esok malam, dengar khabar sekali lagi Bibiq akan dirawat dan dimandikan bunga. Mudah-mudahan semuanya selamat dan sejahtera hendaknya.

Pada kengkawan, mahulah maza memohon jasa baik agar mendoakan keluarga kecil kami dalam keselamatan, kebahagian, dan perlindungan daripada Tuhan Rabul alamin jua. 

36 ulasan:

  1. Semoga adik bro kembali sembuh dan segalanya kembali ke sediakala, ingatlah selain berusaha, Allah sebagai pelindung diri kita, selagi Dia berkehendak, tiada yg boleh memudaratkan dan memanfaatkan..

    BalasPadam
  2. semoga adik maza cepat sembuh. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Tie pernah juga bengkak kaki ni, masa kecik dulu, time maghrib jer, mulalah bengkak l. Sakit gak. Biasa mak pangkah dengan kapur, dan selawat. Esoknya okaylah. Tapi, bengkaknya kecil, taklah sampai ke peha. Mungkin tersepak anak jin, kot... tu yang bapak jin marah.

    Dalam kes bibiq tu tak tahulah. Makhluk halus ni suka nak duga kita. Saja nak test setara mana kekuatan mereka.

    Moga-moga dia cepat sembuh.

    BalasPadam
  4. Jin tu berkenan kat kaki kak tie yg buting padi kecik2 molek lah kot.. (opps.. telahan ini benar kira-kira tiga puluh tahun lalu, tapi kalau sekarang, mungkin Jin itu lari lintang pukang, silap2 mutah darah melihatkan kaki kak tie..hahhaha)


    psst: kat kg maza kes kak tie mcm tu dipanggil "anak lenah" - kira spesis jin suka bertenggek dan gheghet gak ler.. hehehehe

    BalasPadam
  5. Kalau sakit-sakit yang X-Files ni memang payah betul nak cari pakar. Makin lama makin kurang generasi kita yang mahu mempelajarinya mahupun mempercayainya. Yg tinggal cuma tok-tok dan nenek yang dah dekat seabad usia utk handle kes-kes sebegini. Doa kami sekeluarga moga-moga adik Maza cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Teruskan usaha dan berbanyak tawakal pada Allah s.w.t

    BalasPadam
  6. ameennnn dan terima kasih abg mail..

    huhuhu. ini merupakan kali kedua dia kena.... aderkkk..

    BalasPadam
  7. pesan kat bibik..lain x masuk kebun beri salam...bace pape yg patut...hehehe

    BalasPadam
  8. Oh betul juga...
    Nanti aku suruh dia jangan buang dulu surat khabar yg dibuat bungkus lempeng yg dibuat bekal tu...

    suruh dia baca surat khabar itu dulu sebelum masuk kebun....
    Boleh? hehehehe

    BalasPadam
  9. boleh2....pas 2 bakor je kebun 2 gune paper 2..bio penungu 2 lari...kite bako jeee....hehe...

    BalasPadam
  10. salam..
    sabar adiknya...
    ada hikamh tu semua...bila himpt kesukaran akan bt kita tak dduk senag jadinya..
    suri doakan agar adiknya akan kembali segera sembuh..

    jika perubatan kg di fikirkan wajar maka haruslah disegerakan dan jg berlengah2 lagi..nanti makin parah jadinya..

    BalasPadam
  11. amalkan ayat kursi banyak2,

    tentang pakar..yg tak berapa pakar pun dah mula salah guna, fokus keuntungan, takde saka dikatanya ada saka, tak pasal2 satu family berubat, untung tak?

    Allah sajalah pelindung, kita amalkan ayat2Nya

    BalasPadam
  12. semoga bibiq cepat sembuh.
    kena jaga adap bila masuk kawasan macam itu

    BalasPadam
  13. semoga sihat aje Bibiq lepas ni..kalau dh kena makhluk halus, mmg tak boleh buat apa melainkan berdoalah smoga tidak bertambah teruk..

    BalasPadam
  14. mudah2 adik maza akan beransur sembuh...blh juga cuba berubat di Darus Syifa', http://www.darussyifa.org
    dulu masa emak hilang ingatan pasal hyper tension, bawak berubat di Darus Syifa' cawangan UTM Skudai..selepas beberapa kali siri rawatan, alhamdulilah ada perkembangan positif...

    BalasPadam
  15. Mudah-mudahan adik maza akan cepat sembuh ye. InsyaAllah, Allh akan bantu maza sekeluarga! Em, maza try jumpa adik / anak buah Ustaz Harun Din. Sbb kwn bEe dulu, memula 3 ustaz yg cuba ubat tp tak dpt lwn bende tu... Alhamdulilah, di atas rawatan & bantuan anak buah (anak didik) Ustaz Harun Din kwn bEe tu dah sembuh.

    Bila jadi mcm ni kena kuat semangat ye maza. InsyaAllah, byk alternatif yg ada okay :-)

    BalasPadam
  16. Semoga Bibiq cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.
    Makhluk ghaib ni ada di mana2.. Harap x ganggu kita.

    BalasPadam
  17. Eh eh.. tadi macam ada entri baru.. bila klik hilang lak dia?

    BalasPadam
  18. Memang ada mahkluk halus yang menduga. Moga adik Maza cepat pulih dari musibah yang melanda darinya

    BalasPadam
  19. uiks.. blogspot bikin magic lagi sekali lah abg mail.. heheh

    lepas jam 12.01 karang baru keluar posting tu..
    baru nak test pasal schedule posting kaedahnya... hehehe

    BalasPadam
  20. terima kasih bang nuar.. huhuhu

    errr.. rasanya ini bukan abg nuar yg dikatakan kehilangan jam OMEGA tu kan?

    heheheheh

    BalasPadam
  21. gitewlah gamaknya..

    dunia makhluk halus tak kenal dunia canggih kita... dia masih di dunianya gitew.. hehehe

    BalasPadam
  22. terima kasih abg nadri.. maklumat yg amat berguna sekali....

    insyallah kami akan usahakan.. huhuhu

    BalasPadam
  23. terima kasih cik bEe....

    nanti maza terbang ke sana jua.. huhuhu.. sekarang ni tgh berusaha dgn kakek tu.. alhamdullilah, nampak gayanya sesuai gitew.. hehehe

    namun maklumat yg disalurkan amatlah berguna sekali dan maza ucapkan jutaan terima kasih..huhuhu
    tak sangka, masih ada yg sayang gitew.. ahaks.. ke laut lah fulaks.. huhuhu

    BalasPadam
  24. gitewlah junior padlie.. huhuhu

    kalau kat kolej 8 & 7 dulu masa mula2 tu lagi haru.. mcm2 ada cerita.. lebih2 lagi dok kat sebelah kubur Jepun.. aderkkk... heheheh

    BalasPadam
  25. gitewlah hidup dlm dunia, kan. huhuu

    terima kasih di atas doa itu.. amatlah maza hargai.. ameeennnnn

    BalasPadam
  26. hehe....
    Sesama manusia saling memberi nasihat... :-P

    BalasPadam
  27. Maksudnya, ada benar jga pesan org tua2..kalau jumpa benda pelik2 dalam hutan...buat tak tau jer..ermmm

    Ya Allah...Engkau kurniakanlah kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat buat seluruh keluarga saudara2 ku ini....ameen

    BalasPadam
  28. boleh maza cerita hantu jepung pulak lepah ni..hehe

    BalasPadam
  29. amennnn....

    terima kasih di atas doa yg baik2 itew.. huhuhu

    BalasPadam
  30. voleh, volleh.. tungguuuu gitew.. hahahha

    BalasPadam
  31. salam...boleh saya berkenalan dgn atuk yg andai berubat tu..siapa nama dia? dimana lokasinya..? nak ikhtiar juga..terima kasih

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini