Halaman

Rabu, 13 April 2011

Miszalin Cintaku

Lagu ini betul-betul  mengembalikan kenangan tatkala maza di tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Kluang, Johor.


Alkisah Cikgu Miszalin yang baru tamat dari maktab perguruan setelah melanjutkan pelajaran di UPM telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kahang Batu 23 itu.

Sebagai cikgu yang 'segar' (fresh) belum berkahwin dan masih bujang telah menarik perhatian ramai pihak. Bukan sahaja dari kalangan murid, juga guru-guru lelaki bujang di sekolah itu.

Dan kebetulan pula sekitar tahun 1990 dasar pendidikan negara telah berubah. Lantaran itu tempiasnya kami rasai dengan kehadiran ramai guru-guru baru. Antara guru tersebut ialah Cikgu Idris, Cikgu Miszalin, Cikgu Hamidah, Cikgu Hishamuddin, Cikgu Shamsul, Cikgu Syamsiah, Cikgu Asmah, Cikgu Azizah, Cikgu Noraini dan beberapa orang lain.

Cikgu Miszalin mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. 


Mata kami pernah bundar melihatkan betapa cantiknya lukisan Cikgu Miszalin yang dilukiskan di atas kertas lukisan di dalam kelas. Bukan sahaja beliau mampu membuat potret indah di atas kertas lukisan itu sahaja, tetapi juga di papan hitam sana. 

Bakat seni Cikgu Miszalin pernah mendapat pengiktirafan oleh pihak sekolah dengan meminta beliau menyumbangkan lukisan muralnya di dinding sekolah sana. Maza dan rakan-rakan antara orang tukang mengecat sama, (err yang warna latar aje, lain-lain Cikgu Miszalin dan Cikgu Idris punya kerja.. hehehe).

Sementelah itu, Cikgu Idris yang sedikit awal ditempatkan sebelum Cikgu Mizlain ke sekolah kami juga meminati lukisan dan guru seni di sekolah kami.

Istimewa Cigku Miszalin ini ialah oleh kerana beliau juga masih muda, kami merasa begitu dekat dan begitu hampir dengannya. Perwatakkannya yang ceria dan riang acapkali menggamatkan kelas. Dan ini tidak bermakna kami tidak menghormati beliau, malah kami sangat-sangat menghormatinya dan menyayanginya sebagai guru kami. 

Kecekalan, keazaman dan ketegasan dalam mendidik kami jelas ketara memberi kesan hingga merubah semangat kami cemerlang, maju dan jaya. 

Dari Cikgu Miszalin inilah pintu hati maza untuk melangkah lebih jauh ke gerbang universiti semakin terbuka luas. Apa tidaknya, jika ada masa terluang, Cikgu Miszalin tidak segan-segan untuk menceritakan detik-detik indah kehidupan beliau di kampus. Begitu juga perihal erti setiakawan dan susah senang yang menjadi latar kehidupan sebagai mahasiswa di sana. 

Setiap kali beliau membuka cerita, maka terloponglah mulut kami menelan bulat-bulat lalu merubahkannya membentuk sebuah keazaman.

Beliau pernah menceritakan kepada kami betapa nilai persahabatan itu penting. Beliau pernah mengembara mengelilingi semenanjung Malaysia dengan berbekalkan beberapa helai wang kertas dan 'ibu jari jempol' (tanda menumpang kenderaan) bersama rakan karibnya itu. Antara lokasi kembaranya yang melekat di kepala maza ini ialah Pulau Pinang, Bukit Bendera, Kedah dan Perlis.

Walhal kami anak-anak kampung ini masih lagi tertutup minda, kelabu fikirannya dan agak jumud dengan kehidupan di luar sana. Dunia kami terhad di kampung sahaja. Peluang dan ruang dirasakan hanya berlegar di kampung atau bandar Kluang. Cerita-cerita tentang universiti dan apa itu unversiti, haram kami tidak ketahui. Cara hendak melangkah ke sana juga kami tidak tahu. Apatah lagi tentang kehidupan dan budaya di sana. Mujurlah ada Cikgu Miszalin yang memberikan gambaran indahnya hidup berkampus.

Cikgu Miszalin asalnya orang kampung Felda Kahang Barat. Beliau antara cikgu yang bertanggungjawab membawa maza merasai keghairahan hendak melangkah ke menara gading!

Namun sebagai anak dara bujangan yang sedang mekar, Cikgu Miszalin juga tidak jauh daripada terkena gossip dengan kami. Kami pernah menggosipkan beliau dengan Cikgu Idris. Ini kerana keintiman dan kerajinan mereka yang membuatkan mereka kelihatkan bersama-sama di mana-mana berada. 

Tambahan lagi Cikgu Miszalin merupakan guru PBSM manakala Cikgu Idris guru Pengakap, apabila perkhemahan dilakukan biasanya PBSM dan Pengakap akan digabungkan dan berkhemah sekali. Ini bermakna kedua orang Cikgu ini akan berkerjasama lagi. hehehehe

Kebetulan pula di awal tahun 1990 itu lagu Mithali Cintaku tercipta. Lagu dari kumpulan Utopia ini kebetulan pula seolah-olah menyahut seruan ikatan kedua-dua orang cikgu tersebut. Di mana mereka juga suka menyanyi dan ber-minus-one (zaman tu masih tidak wujud lagi karaoke ya kengkawan). 

Nakalnya kami sebaik nampak kedua orang guru ini, terutama bila mereka bersama (makan di kantin atau berjalan di sekolah) akan adalah siulan-siulan nakal atau nyanyian lagu tersebut di dendangkan sama ada berselindung atau terang-terangan. Tajuk 'Mithali Cintaku' diubah menjadi 'Miszalin Cintaku.'

Apa-apa hal pun SPM 1992 telah memecahkan rekod sekolah. Sejarah terukir sehingga sekarang dengan kumpulan kami paling ramai mendapat pangkat 1 dan paling ramai lulus SPM. 

Tatkala maza menyambung pelajaran ke tingkatan enam di SSAJ (Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang), sekali lagi maza terperanjat. Ingatkan Cikgu Miszalin kembali mengambil peperisaan STPM. Rupa-rupanya wanita itu adalah senior maza yang merupakan adik Cikgu Miszalin bernama Noraini. Wajah mereka hampir serupa! Jadinya, maza tidaklah boleh buas-buas di sekolah baru itu. Takut kakak Noraini report kat Cikgu Miszalin gitew.. hahaha (kena sopan santun gitew.. ahaks).

Pada Ahad (10.04.2011), maza menerima mesej dari Che Not Aya (teman persekolahan dari tadika membawa ke SPM dan hingga kini). Che Not Aya cakap dia berjaya mengesani Cikgu Miszalin. Pertemuan ini hanya berlaku di Facebook. Sebaik menerima mesej tersebut, segera maza 'menyunting' Cikgu Miszalin untuk dijadikan teman di Facebook.

Syukur, kini Cikgu Miszalin menerima 'peminangan' tersebut dan sekarang menjadi sebahagian daripada teman-teman maza di Facebook sana.

Apa yang lebih menarik, beliau juga mempunyai blog dan mengemari seni fotogarfi. Ahaks, macam sesuai sahaja dengan minat beliau sedari awal lagi; seni lukis.

Oh ya, Cikgu Miszalin berkahwin dengan orang lain. Bukan Cikgu Idris. Beliau juga sudah berpindah sekolah ke sekolah baru;dan tidak mengajar lagi sekolah kampung kami yang itu.

Akhir kalam, terima kasih cikgu di atas segala-galanya. Didikan, pelajaran, cerita, kembara dan kesemuanya telah membentuk maza hingga menjadi insan seperti ini. Maafkan maza cikgu, kalau-kalau maza pernah 'menyakitkan' hati cikgu. 

33 ulasan:

  1. setakat ni semua cikgu TE berjaya dikesan, cuma ada cikgu sekolah rendah yg dah pindah jauh sangat,

    seorg cikgu mesti berbangga dgn pencapaian bekas anak muridnya kan :)

    ok mau layan bola :D

    BalasPadam
  2. TQ Zaid.....sbb msih ingat sy.....awk mmg budak baik

    BalasPadam
  3. Keh keh keh... sebenonya kawe pun payah nak komen sbb mcm sama je citer kita di skul menengah..Cuma kawe tak ler si jiwang Maza. Kawe cool sikit dan sedaya upaya tumpukan perhatian pada pelajaran dan aktiviti dalam darjah :D Err.. bila si darling nak komen entri ni? Mau gak dengo pendapat dia.. he he...

    BalasPadam
  4. Seronok baca cerita ni. Macam flash back dalam drama lah pulak. Seronok bila jumpa cikgu dalam facebook hehe.

    BalasPadam
  5. kenangan yg tidak dapat dilupakan..:)

    http://hajarpunyablog.blogspot.com

    BalasPadam
  6. inilah penangan guru muda kan cik Maza..semua yg keluar dr mulutnya ibarat emas permata..haha.

    BalasPadam
  7. Confirm cikgu Miszalin tu cun kan! Dulu masa sekolah2 dpt cikgu muda + cun + ensem sure ramai murid suka. Termasuklah bEe!!! Hihihihihihihihiii

    Note : cikgulah lilin yg membakar diri. Tp saya lbh suka sistem perguruan & persekolahan zaman dulu berbanding zaman kini. Kalau dulu cikgu & murid mcm anak-beranak & murid takut dgn cikgu! Kalau zaman skang, dah takde apa2 yg nak dibanggakan kan!

    BalasPadam
  8. Confirm cikgu Miszalin tu cun kan! Dulu masa sekolah2 dpt cikgu muda + cun + ensem sure ramai murid suka. Termasuklah bEe!!! Hihihihihihihihiii

    Note : cikgulah lilin yg membakar diri. Tp saya lbh suka sistem perguruan & persekolahan zaman dulu berbanding zaman kini. Kalau dulu cikgu & murid mcm anak-beranak & murid takut dgn cikgu! Kalau zaman skang, dah takde apa2 yg nak dibanggakan kan!

    BalasPadam
  9. amboiii.. kemain lagi bercerita pasal cikgu Miszalin ye... kalau cikgu lelaki, takde pulak cerita yang menarik gini hehehehee.... :P

    BalasPadam
  10. Ingat siapa la Miszalin tu......

    Rupanya cikgu,Mesti cikgu Miszalin tu comel macam kita dulu, kan, kan...? Kah kah....

    BalasPadam
  11. Rindu seh ngan Cikgu Miszalin ni...dulu selalu beli penanda buku yg Cikgu buat sendiri...sanggup g umah Cikgu...hu hu hu tp mmg seronok study ngan beliau..subject yg dtunggu2 dan dari krg minat terus menjadi subject peberet

    BalasPadam
  12. bagus le bro ni masih lagi ingat pengorbanan cikgu yg berjaya mendidik kita..
    eh tak letak pun link blog cikgu miszalin tu .,
    bole juga kami jenguk2 mana tau bole jadi anak murid dia juga..:)

    BalasPadam
  13. uiks.. jealous lah tu.. hahahaha, jgn jealous ya, kita ada cikgu begitu dan begitu.. hehehe


    oopps.... sebenarnya dah banyak maza ceritakan pasal cikgu2 di blog ini. Dan kebanyakkan cikgu yg maza cerita adalah dari kalangan guru lelaki.... dan baru sekarang guru wanita yg ini maza nukilkan yg kebetulan kami bertemu kembali di FB...

    tak caya?
    cuba klik pada perkataan Cikgu Rahmat kat atas tu..

    BalasPadam
  14. akhirnya MU menang, tahniah kerana dapat melangkah ke separuh akhir!.. hehehhe

    BalasPadam
  15. oopss... terima kasih cikgu, kerana sudi melawat teratak Gubuk Kecil maza yg ini.. hehehhe

    BalasPadam
  16. hehehe.. kami sekolah kampung jer abg mail, mana nak sama dgn boarding skool gitew.. ahaks.. tak sama, tak sama.. experience pun lain, lain tu........hehehe

    psst: meh ler citer ttg skool abg mail.. meh lerrr.....

    BalasPadam
  17. nilai ilmu yg dicurahkan oleh beliau amat tinggi nilainya, tak gitew. .hehehe

    BalasPadam
  18. heheheh.. lazimnya begitulah..

    tapi bagi maza cikgu yg banyak membantu dan mendorong utk kejayaan itulah yng kerap maza ingat dan hargai...

    dan maza tidak memilih siapa guru yg cantik atau lawa utk terus pacu utk maju.... dan kelebihan kecantikan itu adalah bonus juga boleh dikira sebagai pembunuh! hati2 naa.. hahahaha

    BalasPadam
  19. gitewlah....bergetah2 gitew. hahahah (gurau aje, jgn marah aaa cikgu miszalinnnn) hehehe

    sebenarnya maza pun takut utk memperoleh cikgu yg cun-melecun tahap boleh tergoda2 gitew.. terlalu cantik atau encem takut2 boleh membawa kita sbgi murid khayal dan ke laut.. bahaya tu..

    sedari awal melangkah ke sekolah maza telah tanamkan dlm jiwa 'sahaja aku ke sekolah utk belajar & berjaya' hehehhe

    apa yg penting dan intipati di sini ialah bagaimana curahan ilmu, pedoman dan kelebihan yg ada pada cikgu miszalin yg dapat menjadi pendorong dan kata2 semangat kpd anak2 muridnya.. itu kena perhatikan dgn mendalam terutama utk dijadikan pedoman utk cikgu2 yg ada sekarang..

    BalasPadam
  20. alhamdulilah... gitewlah gamaknya.. rezeki Tuhan gitew.. heheheh

    tapi apa yg penting dan mesej yg dibawa ialah bagaimana curahan ilmu, pedoman dan kelebihan yg ada pada cikgu miszalin yg dapat menjadi pendorong dan kata2 semangat kpd anak2 muridnya.. itu kena perhatikan dgn mendalam terutama utk dijadikan pedoman utk cikgu2 yg ada sekarang..

    BalasPadam
  21. Cikgu yg baik, yg ikhlas, yg mahukan anak muridnya berjaya dgn cemerlang, berkhidmat utk anak bangsa tanpa mengira duit, tenaga dan masa.. itulah yg memberikan impak amat mendalam kepada jiwa dan semangat juang seorg murid....

    Guru yg baik selalunya akan dikenang di sepanjang zaman... tak gitew.. hehehe

    dan ibarat bidalan org2 Melayu: Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama, Cikgu yg cemerlang berlalu pergi meninggalkan ilmu berguna.. hehehehe

    BalasPadam
  22. he he ... ada orang mahu dengo pendapat en maza punya darlinglah... he he... mana dia? takpelah saya bagi pendapat saya... :)
    sebenarnya dapat cikgu macam cikgu MIszalin ni satu bonus, saya suka kalau cikgu saya seorang yg kreatif dan mesra dgn murid2. dan yg paling best kalau dia cun, seronok je belajar dapat cikgu cun, tapi kalau hensem lagilah best, hari2 mesti nak gi sekolah...

    BalasPadam
  23. Sifat anak cemerlang dan soleh ialah antaranya ingat jasa2 cikgu2 wlau dah berabad...tahniah maza dan terima kasih sbb tunjukkan kami contoh yg baik...

    Budak2 sekarang, nakalnya lain macam...guraunya pelik2...ada ke patut ditumbuk hidung guru? aduhai...

    pssst...maza...fb maza apa ek?hehe

    BalasPadam
  24. eh ya tak ya gak.. heheheh

    ni lamannya... http://mylinart.blogspot.com/

    BalasPadam
  25. dah tua2 ni kata worang kenalah tunjukan tauladan yg baik2... hehehhe

    opps.. yg tak molek tu jadikanlah sempadan gitew.. huhuhu
    moga2 kita ditempatkan dlm kalangan org2 soleh jua. ameennn

    BalasPadam
  26. hamvoiiii.. dear.. dearing gitew.. hahahha

    biasalah fitrah naluri manusia sukakan yg cantik2...
    err... suaminya encem tak? opps... hahahaha

    BalasPadam
  27. masih segar di ingatan zaman sekolah dulu...tahniah zaidd.....danterima kasih cikgu kerana msh mengenali kami..

    BalasPadam
  28. kita kengkawan... kan?
    hehehheeh

    opps.. bukan ke nama glamour ko Che Not Aya.. ahaks...

    BalasPadam
  29. Saya pernah terserempak cikgu sekolah menengah tetapi mereka tidak perasan saya. Maklumlah budak baik kalau budak nakal tentu mereka ingat sampai bila-bila :-)

    BalasPadam
  30. lah fulak. hahhaha...

    tapi memang pernah belaku pun pada maza.. hehehehe
    lagi2 lak guru yg tak pernah nak pandang kita masa kat sekolah.. lagi ler maza menyepikan diri gitew.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini