Halaman

Khamis, 14 April 2011

Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Ini merupakan anjuran kali pertama dibuat oleh maza. Terutama bila mengenangkan komen, jasa baik serta nasihat kengkawan yang sering berkunjung ke Gubuk Kecil ini. Apatah lagi setelah mendapat dorongan serta galakkan daripada geng blogger tegar iaitu En. Ismail N (Passionate about blogging) dan Kak Tie (Kaytieze's Blog). (hehehehe)

Ini ada kaitannya dengan entry lalu dari blog ini juga bertajuk Garden of Eden. Dalam masa sama mahulah maza untuk menyumbangkan sedikit kebaktian kepada dunia nan fana.

Adapun objektif utama contest ini ialah:-
  1. mempromosikan tentang kehijauan dunia. Green world for better life. Life for future generation gitew.
  2. menggalakkan kengkawan bercucuk tanam dan menyayangi alam.
  3. mengeratkan silaturahim sesama geng blogger.

Cara Penyertaan
Untuk menyertai contest ini cukup mudah sekali iaitu:-
  1. Niatkan mahu masuk bertanding kerana Allah SWT; seikhlas mungkin!
  2. Peserta dikehendaki meletakkan tajuk entry tersebut dengan tajuk berikut;- "Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan"
  3. Peserta dikehendaki menyebutkan juga alamat website ini:- http://mazaaida.blogspot.com; kemudiannya link-kan ia ke laman blog dari entry contest ini.
  4. Masukan sekali definisi Garden of Eden iaitu: Taman Aku. (errr, eden tu dalam bahaso Negeri Sembilan; 'Aku'...hehehehe)
  5. Tinggalkan nota di ruang komen di bawah dengan menyatakan, "saya ikut serta" dan tinggalkan sekali alamat link ke entry penyertaan contest anda.
  6. Di dalam entry itu nanti anda hendaklah menyertakan gambar taman dan jalan ceritanya sekali.
  7. Contoh untuk membuat entry tersebut boleh dilihat di blog Ismail N dengan alamat di sini: http://passionateaboutblogging.com/bm-new/blog/keluarga/garden-of-eden-ayahand, juga di laman sini: http://mazaaida.blogspot.com/2011/04/garden-of-eden.html
  8. Pemenang akan dinilai melalui gambar taman dan jalan cerita yang paling menarik sekali.
  9. Penyertaan dibuka sekarang dan ditutup pada 30 April 2011 jam 12.00 tengah malam.
  10. Keputusan pertandingan akan diketahui tidak lewat dari 31 Mei 2011 (insyallah).
  11. Segala keputusan juri adalah muktamad


Hadiah **Update (19.04.2011)

Oleh kerana pengajuran contest ini dengan niat berbakti dan ikhlas juga untuk suka-suka, maka hadiahnya juga suka-suka. Dan ia bergantung kepada kantung poket pihak penganjur (maza) hahahha.. (errr.. selalu gak poket penganjur bolos sebenarnya.. tapi demi yang ini apa salahnya berkorban sikit kan? niat dan perbuatan yang baik-baik jua... heheheh)

Tempat pertama: Novel, poskad  dan Video cracker bernilai USD17 tajaan Ismail N
Tempat kedua: Novel, Poskad dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai USD12.97 tajaan Ismail N

Tempat ketiga: Diari Islamiah dan Poskad
Tempat keempat-keenam: Poskad



***update: mesej dari:
1) Ismail N (19.04.2011).
2) Nekcun

_____________________________________________________________________________________
Seperti yang DIJANJI ari tu..

1) Untuk contest Maza Garden Of Eden, kawe dengan ini berbesar hati sponsor dua hadiah untuk pemenang utama contest.Dua hadiah tersebut merupakan software Video Cracker (bernilai USD 17) dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai (USD 12.97)
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk boleh didapati di sini: http://tinyurl.com/3rpjqfv dan http://tinyurl.com/3nk6avl

All the best Maza. :D

2) Nekcun nak hadiahkan 2 novel nekcun yang tengah panas di pasaran iaitu : 1) Seandainya Kau Ada & 2) Hanya Kau Yang Tahu.
 __________________________________________________________________________________

Akhir kalam, selamat beramal gitew ...  hehehehe (opps... lantun-lantun sudah!)

Errr.. tepek beberapa gambar sebagai pemangkin semangat kengkwan satu kali, sudah.. hehehehe








Lokasi: Depan rumah kat kampung.
Tema/tajuk: Garden of Omak Eden with Semak Samun! ... hehehehe


Penyertaan diterima:-
  1. adele: Cetusan hati
  2. Akubiomed: akubiomed.com
  3. bEe: sakura040582.wordpress.com
  4. Gadis Gigi Arnab 
  5. Lela: Desalam.blogspot.com
  6. Tie: Danggarumbia.wordpress.com
  7. Mekar: mymekar.com

72 ulasan:

  1. Aaiikk ? Ada contest ?

    Waaakakaa.....

    Err.... kita nak masuk contest macam mana , ekk? Kat belakang rumah ni cuma ada padang yang selalu diceroboh oleh sang oink-oink anak beranak!!

    Hmm.....

    Tengoklah nanti... kita cuba tinjau keliling rumah!!

    BalasPadam
  2. Oh lupa lak.

    Tak boleh ke tambah satu lagi hadiah ?

    Err.... kuali sebijik ke ? Mana tahu kalau-kalau kita menang ....... hihihi.....

    BalasPadam
  3. kak tie wajib sertai ni... heheheh

    baru ler meriah gitew.. hahahha

    BalasPadam
  4. err.. nanti cuba elakkan dari menangkap atau tertangkap gambar sang oink-oink sama ada yg anak atau bapak atau emak ya..

    sbb nanti tak pasal2 kami kena samak PC inilah fulaks.. huhuhu.. harammm, harammm, najis, najis, najis mugahlazah tu.. berat tu.. hahahaahaha.....

    BalasPadam
  5. volleh.. volleh.. tunggu org sponsor gitew..
    manalah tau kan, kot2 ada YB dan OKB nak buat amal .. hahahaha

    BalasPadam
  6. Nak join jugalah...
    Mcm besh aje. Huhuhuhu......
    Penjurinya sape ye maza???? huhuhu

    BalasPadam
  7. cayalah bro :D
    moga contest ini berjalan lancar :)

    BalasPadam
  8. oh blog bro Ismail sedang menghadapai masalah server ke?

    BalasPadam
  9. den x de taman..taman permainan kat tepi rumah den tu buleh?? hehe..

    BalasPadam
  10. Jurinya terdiri drpd maza & co.. heheheh
    nanti maza disclosed kan mereka ya.. ahaks...

    bEe harus sertai, kata org sambil menderma sambil beramal ibadah.. hahaha (eh?! ada kena mengena ke dgn pertandingan ini? hmm?! hentam ajelah.. hahahhaha)

    BalasPadam
  11. heheheh... terima kasih..

    meh ler abg TE join sekali.. kat atas kapal pun ada pepohon bungaan kan? hehehhee

    BalasPadam
  12. agaknya lah.. tak habis2 dgn error 505 nya tu..
    agaknya dia lupa nak masukan token tak? huhuhu

    BalasPadam
  13. Volleh.. volleh.. tak der hal punya..
    tapi kalau menang karang hadiahnya kena share dgn JMB De'Rozel sana.. hahahaha

    BalasPadam
  14. napelah blog abg Mail internal server error lah plop..x dpt nak tgok..
    sy nak join!!!!tp sy tak blk rumah lg yg dipenuhi tumbuh2an itu...nnt dh blk sy amik gmbr byk2 sy akn linkkan pnyertaan di sini..oh tidak..sungguhlah tidak sabar utk join!!

    BalasPadam
  15. wahh... mari-mari.. mari mari.. kita join ini contest sambil nyanyi suka-suka'an nanyi di pinggir jalan.. hehehhe

    opps.. wah adele, cari abg mail ya.. hehehe
    wink! wink! wink!.. hahahhaa

    psst: sebenarnya dri malam tadi lagi sudah ada masalah.. biasanya malam karang ok lah tu kot. tu pun jika tuan tanah sempat masukan token dlm tabung tahunannya itew.. hahahhaa

    BalasPadam
  16. lama x bukak tenet ni..nengok2 ada contest..bagus tu utk suka2..tapi depan umah mmg dah x ada taman kzue dah buang semua pokok2 dan dah disimen..
    nak kena selongkar gambo lama.

    BalasPadam
  17. Salam abg maza,

    Rasanya agak lama juga tak berkunjung ke blog abg maza ni.Ada kontes rupanya.

    BalasPadam
  18. xde masa nak cr..ahah

    BalasPadam
  19. Insha Allah saya join tapi tunggu ada kelapangan keluar nak shoot gambar taman dulu. saya takda gambar yang berkenaan.. hmm

    BalasPadam
  20. alahai.. nantilah den ambik gambar taman kat tadika tu. Sebab rumah den ni banyak taman rumput je sekarang ni hah. :P

    BalasPadam
  21. wahh..ada kontest kat blog nie..nak kena cari gambar yg sesuai dgn tema dulu baru decide nak join @ tak...p/s: EDEN dlm bahasa jawa pulak bermaskud GILOR..salam malam jumaat buat maza itewww...

    BalasPadam
  22. selongkar jangan tak selongkar kak long.. hahaha

    meh kasik meriah dunia blog ini..hehehe

    BalasPadam
  23. ishk.. asyik citer perihal buah pinggang aje, meh ler cerita pasal kehijauan alam gitw..heheheh

    kasik havoc ini dunia blog.. hahhahaa
    join jgn tak join weiii

    BalasPadam
  24. hahha.. tak kisahlah janji che arnab sudi join kasik havoc ini dunia.. hahahha

    BalasPadam
  25. mesti join bangg.. jangan sampai ketinggalan gitew. hahahaha

    BalasPadam
  26. join jgn tak join... hahaha..

    ": EDEN dlm bahasa jawa pulak bermaskud GILOR."....opps.. pulak!!? hahahhaa

    dan selamat malam juga utk abg nadri, hari ini sampai surah mana? hehehhehe

    BalasPadam
  27. Nak masuk contest tapi pokok tidak berbunga. timing tidak kenalah. Kalau ambil gambar daun sahaja layak tak Maza. Ha..ha...

    BalasPadam
  28. Ada peraduan kat sini rupanya.
    Nak kena jeling-jeling taman yang cun.

    BalasPadam
  29. den tak kisah ekau cakap apo yang penting den ikot ajer cakap ekau..

    cam menarik.

    kita nak ambil gambar tu nnti dari taman rumah kita sendiri ke?

    atau

    kena amik mana2 gambar yang cantik cth kat google pastu tepek kat pos dan cerita sikt pasal gambar tu dlm entri kita heee..

    yang mana satu ek heee..maaf saya kurg paham pasal tu bertanya hiiii

    BalasPadam
  30. Maza, nekcun tak pandai nak tangkap-tangkap gambar ni.. dah tu nak pikiaq-pikiaq cerita pun tak berapa nak sempat.. jadi kalau nekcun tak mahu masuk contest tapi nak menyumbangkan hadiah kepada pemenang boleh tak? Nekcun nak hadiahkan 2 novel nekcun yang tengah panas di pasaran iaitu : 1) Seandainya Kau Ada & 2) Hanya Kau Yang Tahu.

    Terserahlah pada Maza nak bagi hadiah pemenang yang mana, tapi nekcun memang nak berikan 'special' novel ni pada Maza untuk hadiah contest tu!.. Semoga Maza sudi terima...

    BalasPadam
  31. Menarik dan bagus ni Maza.. Kawe pun fikir nak tolong dan UP kan sikit hadiah tu.. Tgh pikir2 lagi..apa yg mahu di up ni.
    Gambog: Tersenyum Zainal Abidin sambil menyanyi "Ku lihat HIJAU...."

    BalasPadam
  32. vooleh cikgu volleh.. tak der hal.. janji taman sendirik gitew.. hehehe

    lagipun tajuk taman aku a.k.a Garden of Eden.. hahahha

    BalasPadam
  33. penyertaan cik suri amatlahhhhh maza berbesar hati.. dan dunia juga begitu rasanya,.. hehehe

    Oleh kerana nama contest ini Garden of Eden, yg membawa maksudn 'taman aku', justeru pantas sekali tamannya, taman rumah sendiri! heheheh

    walaupun sekadar ada satu atau dua pasu bunga, tetapi datangnya dari keikhlasan hati, lillahitaala gitew,,,maka hendaklah bugaan tersebut merupakan bungaan tanaman yg menghijaukan / menyerikan taman rumahku syurga ku.. heheheh

    errr... bunga telur yg diambil atau rembat dari kenduri kawen juga bunga2 plastik tak main aaa.. hahahaha...

    ini bunga betul2 punya bunga lorr.. tulen gitew, bukan palsu.. ahaks...

    BalasPadam
  34. meh ler join.. kasik meriahkan dunia ini dan mengindahkan alam semesta gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  35. alamak! volleh, volleh..

    maza amat berbesar hati dan sudi menerima dan mengedarkan hadiah yg amat special ini..
    tontulah akan bertambah semangat kengkawan lain mahu berbakti kepada bumi dan bertanding bersungguh2 gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  36. wow! penajaan dari abg mail amatlah maza alu2kan gitew.. kita bikin ini utk kempen ijau juga.. hahaha "ku lihat hijauuuu"....

    ppsst: abg mail nak masuk kontest ni pun volleh, no hal.. hehehehe

    BalasPadam
  37. volleh, volleh.. tak der masalah gitw....

    meh ler.. heheheh

    BalasPadam
  38. Bang Mail taja kuali sebijik, okay ??

    BalasPadam
  39. Walaupon den tak berapo nak faham akan entry ekau neh, Maza...tapi den ghaso teramatlah berminat nak amek bahagian. Sompek laie ghaso eh kan Maza, kan, kan, kannnn...wakaka. Tak monang hadiah pon takpo lah... Janji den bahagio...harharhar

    Saya ikut serta... alamat blog den... http://bilaakubuatcrochet.blogspot.com

    BalasPadam
  40. ehhh mcm bes nak masuk
    garden dr kerajaan punya park boley?
    taman jugak~
    hentam saja la kan hohoho

    BalasPadam
  41. Keh keh kuali jugak dia mahu.... Ingat nak taja kopi 434 tadi.. tapi stok diri sendiri pun dah kurang. Mau balik muor dulu.. :D

    BalasPadam
  42. Err kawe punya posting tu tak kira entry ke? He he.. kena buat baru lagi laaa ni. Mana aku nak cari tempat snap gambor ni?.. Ada esok drive pergi Ranau kejap :D
    Hadiah nanti kawe umumkan.. Tgh dok pikir lagi ni...

    BalasPadam
  43. ..abg mail kak tie lagi teruja kalau kopi 434 itu mengandungi extract "tongkat ali" atau "kacip fatimah"..

    nanti tontulah dio tu akan berusaha keras, bersungguh2 memasuki kontest ini.. hahhahaha...mau menang kopi power itew.. gitew.. hahahhaha

    BalasPadam
  44. wah.. welcome lela, welcome..

    pertamo2 den teraso terharu.. sebb eh geng kesayangan den dah kembali ko blog den yg lantun2 ini.. heheh. sebonar eh, den dah lamo bonar rindu degn blog ekau yg nan satu itu.. huhuhu

    eh! lela ekau keno buek'an entry mcm syarat2 itu dulu... kendian ekau tepek'an alamat entry yg ekau buek'an special utk kontest ni.. heheh

    selamat bertanding.. bertanding.. bertandinggg!!! hehehehe

    BalasPadam
  45. abg mail nanti kalau dah confirm nak sumbangkan hadiah bagi tau yo.. hehehe... den nak tepek kat sini...

    sepekaro laie, nekcun pun nak sumbangkan hadiah.. nanti den jumpo dio den collect tajaan nekcun dlm sehari duo ni.. heheheh

    BalasPadam
  46. alamak.. rumah punyo taman lah dek.. heheheh

    taman kerajaan atau taman permainan, theme pak semuo tu tak buleh... nanti abg mail marah.. ponat dio tangkap gambar garden of eden ayahdanya itew.. tengok2 ekau lak masuk'an taman gomen..

    heheheheh

    BalasPadam
  47. abg mail lagi encem kalau abg mail lotak'an gambar taman abg mail sendiri. hehehe

    entry itu garden of eden ayahda sbgi contoh jerk.. sbb kalau yg itu dimasukkan sama dlm kontest, sudah tontulah dah menang awal2 laie, sbb eh entry yg itew amat2lah maza tertarik dan terjatuh chenta lah fulaks..

    hahahhaa..

    BalasPadam
  48. errr.. depan rumah kawe bunga lalang je banyak .. malunya :D Rumah mentua lah.. banyak jugak pokok bunga kat rumah dia.. keh keh keh..

    BalasPadam
  49. kalau gitew.. volleh, volleh, rumah mak mertuo pun volleh... heheheheh

    BalasPadam
  50. cik Maza!!!
    dah join

    http://cetusanhati.com/others/garden-of-eden-contest-organised-by-gubuk-kecil-kembara-jalanan

    BalasPadam
  51. affirmative.. .pernyertaan diterima heheheh

    BalasPadam
  52. saya ikut serta. Cuma contest Maza buat contest tidak kena timing kerana pokok di taman belum berbunga :-) http://akubiomed.com/2011/garden-of-eden-contest-organised-by-gubuk-kecil-kembara-jalanan/

    BalasPadam
  53. penyertaan diterima, roger.. heheheh

    pokok tak der bunga tak pe.. janji participate aje dulu heheheh...save the world gitew.. hehehe

    opps... maza sudah jengah tadi di blog sana, kira orait tu..

    BalasPadam
  54. teringin nak join.. tapi kat rumah tak ada taman..
    guna taman-taman sekitar bandar ni ok ker?

    BalasPadam
  55. alamak!
    tak dapek nak menolongnya abg mus.. huhuhu

    kalau taman mak mertua ke, adik ke, ipar ke volleh di-consider.. hehehe

    BalasPadam
  56. Hi Bro, saya baru aje selesai publish artikel pasal tanaman pokok hijau di rumah saya. Tak tahu pula hari ni terjumpa blog ni ada buat contest "garden of eden". Saya berminat juga. Maknanya sya kena buat entri barulah ya kalu nak join?
    psst: MEKAR pendatang baru di sini :-)

    BalasPadam
  57. en maza,
    bEe dah join...... :-)

    http://sakura040582.wordpress.com/2011/04/21/garden-of-eden-contest-organised-by-gubuk-kecil-kembara-jalanan/

    BalasPadam
  58. Gitewlah.. hehehe

    Kenalah bikin entry khusus seperti disyaratkan... itew.. hehehehe

    psst: pendatang baru ke, lama ke semuanya maza hargai.. hehehe.. terima kasih daun keladi.. ..

    BalasPadam
  59. Gadis gigi arnab pun join

    http://mrs.ayieblog.com/garden-of-eden-contest-organised-by-gubuk-kecil-kembara-jalanan.html

    BalasPadam
  60. hahaha.. bagus, bagus., bagus..

    penyertaaan diterima gitew.. hehehehe..

    BalasPadam
  61. penyertaan diterima gitew.. hehehe

    gambar ayam tu memang the bestlah... ada story marvelous.. hahahha

    BalasPadam
  62. Ade mase lagi ni...tpnye...garden of eden tu...takdo...garden of jiran ado...hehhe...insyaAllah...akan ikut serta dgn sedaya upaya....hehe

    Tahniah saudara maza atas usaha yg mmg cukuo murni dan baik ni....

    BalasPadam
  63. garden of jiran pun volleh lah...sbb letak eah kek sempadan jo...

    jgn garden og public property a.k.a gomen punya udah....hehehe

    BalasPadam
  64. Maza, takdo sapo laie ko yang amek bahagian neh? hehehe

    BalasPadam
  65. ado tu ado. lagi seminggu laie.. hehheh

    meh lah copek2 ekau register lela.. huhuhu
    den dah tak sobar bonar dah nak nengok'an ekau punyo karangan.. hehehhehe

    BalasPadam
  66. Salam abang maza.

    Saya nak join jugak. Saya ada sebuah pasu bunga (pokok kaktus) yang sentiasa saya bawak pergi pindah ke mana-mana. Itu aje yang mampu, tanah tidak ada. Boleh ke sedara? hahaha (dalam hati ada niat jugak hendak join walaupun sebuah pasu bunga, taman dalam bilik...hihihi)

    BalasPadam
  67. volleh.. volleh.. meh ler join..

    siapa tahu, kann.. rezeki dari Tuhan gitew..

    heheheheh

    BalasPadam
  68. Maza, den ikut serto...ni link dio... http://desaalam.blogspot.com/2011/04/garden-of-eden-contest-organised-by.html

    Panjang entry den tu ha Maza...den belasah yo tu...ekeke...

    BalasPadam
  69. penyertaan ekau diterimo...

    sah! heheheh

    BalasPadam
  70. Selamat Pagi Maza,

    "Mekar ikut serta" program garden of eden ini.

    Link mekar adalah :
    mymekar.com/giveaway/garden-of-eden-contest-organised-by-gubuk-kecil-kembara-jalanan/

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini