Halaman

Sabtu, 9 April 2011

Garden of Eden

Sabtu lepas di pagi hari nan mulia tatkala lepas subuh Mem Besar sudah telefon maza. Dia minta maza jadi peneman dan merangkap pemandu ke sebuah kedai bunga sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Awalnya berat hati juga hendak melepaskan bantal dan ahli keluarga nan tercinta itu. Tetapi mengenangkan Mem Besar, terpaksa jugalah maza mengangguk-anggukkan kepala. (Eh! Orang di hujung talian telefon sebelah sana bolehkah nampak orang sebelah sini angguk-anggukan kepala? hmmm?! hentam ajelah ...*senyum sambil menutup mulut masam, hehehe)

Gambar 1: Tempat kami membeli-belah. Harganya pun berpatutan dan boleh tawar-menawar

Katanya dia hendak membelikan hadiah untuk ayahnya yang sudah berusia 90 tahun. Pokok bunga yang dibelinya itu diharapkan mampu menjadi terapi untuk ayahnya itu.


Penyudahnya di tengah hari itu kami pun bertemulah ke sebuah nurseri idaman kalbu si Mem Besar.

Almaklumlah kalau sudah mengikut orang perempuan berbelanja, jenuh kita dibuatnya. Patut pun Boss Besar berkerut muka bila Mem Besar mengajak shopping. Macam-macam kerenah dan cerewetnya. Kita yang membontotnya pun rasa resah juga.Bilalah nak balik ni? hati menggaru-garu gitew. hehehehe

Tatkala shopping menampakkan bunga-bunga hendak berakhir, tiba-tiba Mem Besar tanya kalau-kalau maza minat bunga. Maza kata maza minat. Dalam hati maza pula berkata, kalau maza tak minat sama bunga, takkanlah maza sudah bernikah sekarang ini gitu.*senyum, hahhaha

Gambar 2: Mem Besar sedang mencari kunci kereta. Entah di mana dia sumbatkan pun
sudah lupa daa ... Opss, sekarang siapa pula jadi boss? hahahaha


Sebetulnya di gubuk kecil maza (rumah buruk nan tinggi-tinggi itu) punyai taman mini yang bersaiz sangat kecil Memang maza ada menanam pokok bunga dalam pasu. Adalah dalam sepholoh pasu bunga anggerik gitew. heheheh

Dan siapa tahu rezeki Tuhan hendak diberi pada maza kan? Akhirnya Mem Besar menghadiahkan maza 2 pasu bunga yang cute-cute itu dan sepasu pokok palma yang bersaiz besar jugalah.

Gambar 3: Taman Eden maza yang hanya ada beberapa kerat batang pokok jerk! hehehe

Lantaran itu hati yang resah bertukar gembira. Sekarang koleksi Garden of Eden maza sudah bercambah biak dengan bunga-bungaan baru. Tentulah agaknya bunga-bunga aggerik di rumah itu turut gembira mendapat teman yang baru. hehehehe

Jadinya, maza juga ingin menggambil kesempatan untuk mengajak kengkawan memelihara alam sekitar dan menghijaukan bumi ini. Dengan menanam atau membela pokok-pokok bunga juga satu langkah penghijaun alam dan kengkawan sudah menyumbangkan untuk kesejahteraan dunia! 

Selamat berhujung minggu kengkawan...

***NOTA WAJIB:

Photog: Pakai kamera telefon bimbit sahaja, sudah.. oppss, takkan nak usung kamera besaq kedabaq jenjalan dgn Mem Besar. hehehehe

Eden: .... di sini bermaksud "saya atau aku" dalam bahaso Negeri Sembilan ... ala-ala Minangkabau gitew.. Jadinya, Garden of Eden ialah Taman Aku gitew....*ketawa jahat, hahahaha



26 ulasan:

  1. Pokok bunga memang boleh jadi terapi yang baik... Sumber oksigen tu :)

    BalasPadam
  2. tak suka shopping.

    mak ayah sy pun suka sgt tanam pokok bunga..kt rumah tu ada orkid, bunga kertas, buluh cina, pokok kembang pukul 10, pokok inai, serai, limau putur, limau kasturi n byk lg lah..tak tersebut.. pdhal rumah taman je ni..bayangkanlah mcmana rumah sy di dalam taman tanaman :D

    BalasPadam
  3. cik Maza, lawaklah kt sblh tu!! ada plak bayi yg tengah mengendap pdahal smua dah tua2 :D

    BalasPadam
  4. Kalau bunga yang tu aku pun minat Bro Maza heheheh

    BalasPadam
  5. maza,
    sambil membeli patut nyanyi
    "bunga-bunga cinta................"

    belikan skali utk mem kat umah tak????? :-P

    BalasPadam
  6. boleh tahan kamera telepon tu bro..

    BalasPadam
  7. TE tanam ulam raja, sedap dimakan dengan sambal belacan xD

    BalasPadam
  8. Lawa bunga2 tu. Kita minat.
    Kat sini tak boleh nak menanam, Tak tahulah apa sebabnya. Tak macam masa kita tinggal di Gong Badak dulu, dapat juga buat garden bunga kecik. Di sini, bunga dalam pasu pun macam merajuk jer...

    BalasPadam
  9. He he.. ada nota wajib gitew.. Mestilah pro photographer cover line..Kalau tak jatuh saham nanti :D Tapi cantik jugak tu Maza.. Buat kawe teringin tgk bunga2 tu LIVE di Garden of Eden...

    BalasPadam
  10. handphone mahal... Sama harga dengan kamera SLR kawe.. :D

    BalasPadam
  11. Masa abah saya masih kerja dulu, kuaters kami dikelilingi bunga-bunga.. Abah tanam macam-macam. Selalu orang singgah ambil gambar, Kuaters dalam taman..

    Bila saya kerja, keliling kuarters sy hanya ada bunga landskap yang dijaga tukang kebun.. Yang saya tanam, pokok bendi, pokok mangga, pokok petola, sawi, ubi kayu dan lain-lain lagi... Berbudi pada tanah.. Tapi langgar peraturan :p

    BalasPadam
  12. kuikuikui...

    sekarang ni pagi2 ambik oksigen 02 kat situ.. heheheh

    BalasPadam
  13. jangan berubah jadi hutan sudah.. hahahha

    kat area rumah maza pun ada yg rajin tanam pokok bunga, tapi sudah jadi hutan lah fulaks, dah bertukar macam semak samun savanah gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  14. kuikuikui...

    mem besar belikan mem kat rumah jajan jerk.. hehehehe

    BalasPadam
  15. uiks...
    gambar yg mana satu ek? hehehe

    BalasPadam
  16. amvoiiiii...ahaks! ahaks! ahaks!....

    BalasPadam
  17. cit.. tak ada lah...

    maza gunak teknik photoshop jerk.. hehehehe

    BalasPadam
  18. Oh! ya tak ya gak.. volleh buat makan, kann?...heheh

    kalau bunga takkan nak buat makan, nanti orang kata macam kambing... hehehehe

    BalasPadam
  19. alamak, ya ke?

    tak dapek eden nak menolongnya...
    mungkin kena mandi jerami padi agaknya baru boleh bela pokok bunga.. hehehehe

    BalasPadam
  20. wakakaka....

    ada-ada aje abg mail ni.. mana ada pronya.. baru nak belajar merangkak jua..
    cuma nak buktikan bahawa kalau kena gayanya, camera tipon pun boleh hasilkan gambar2 yg menarik gitew.. hehehe

    BalasPadam
  21. hahahaha.... lawaklah.. hehehe

    tapi apa2 hal pun keinginan nak contribute hijaukan alam amatlah baik sekali...
    save the world gitew.. hehehe

    BalasPadam
  22. setuju! camera handphone pun boleh kalau kena caranya. Tapi objek tu mesti besarlah kan Maza?... Yg conet-conet mcm keta mainan 5 cm anak kawe tu blur lak jadinya bila pakai camera handphone.. :D

    BalasPadam
  23. ni camera telephone mahal :P
    sy "tanam" bunga palsu dlm rumah je hehe :P

    BalasPadam
  24. Minat bunga tidak apa jangan menjadi mat bunga. :-) Saya suka juga menanam tapi sekarang ini sudah kurang kerana memerlukan modal. Dulu apa saya buat beli 1-2 pokok yang berkenan kemudian biak tapi lambatlah :-)

    BalasPadam
  25. tak der mahal mananya pun.. biasa2 aje.. kebetulan hari yg cerah gitew.. heheheh

    uiks... tahniah adila, walaupun tanam dalam pasu bunga .... go green world gitew.. hehehe

    BalasPadam
  26. ah'hak.. kata jiran sebelah rumah maza ini tak der potensi jadi mat bunga..

    gitewlah abg boimed, maza tumpang lalu sambil tunduk dan tangan kanan dijulurkan ke tanah ya abg boimed.. hehehhee

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini