Halaman

Sabtu, 16 April 2011

Jom Masuk UM!

Gambar 1: Banner Jom Masuk UM

15-16 April 2011 (Jumaat-Sabtu) Universiti Malaya yang merupakan universtiti tertua di Malaysia sedang menganjurkan Karnival Jom Masuk UM!

Karnival ini bertindak sebagai promosi dengan mengajak para lepasan graduan (post-graduate) untuk menyambung pelajaran mereka di Universiti Malaya.

Gambar 2: Iklan Jom Masuk UM
Sebenarnya karnival seumpama ini tidak hanya UM yang lakukan, tetapi hampir keseluruhan universiti tempatan turut membuat promosi yang sama cuma di tempat masing-masing.
 ________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

Dari Jumaat hingga Ahad ini promosi dan pameran seumpamanya juga diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Gambar 3: Cenderhati setelah mendaftar

Ini juga bermakna permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD sudah dibuka. Bagi mereka yang berminat bolehlah memohon langsung ke universiti berkenaan atau boleh mendaftar dalam talian.



Gambar 4: Pameran pendidikan berterusan

Gambar 5: Sebahagian staff yang bertugas di both Fak. Sains


Bagi anda yang mahu melanjutkan ke universiti berpestij Universiti Malaya, anda boleh semak dan mendaftarkan diri di laman web berikut: http://ips.um.edu.my


Gambar 6: Staff UM
Hampir semua orang maklum, maza ialah produk UM. Dan pada hari Jumaat lalu maza sudah terjah ke UM untuk menyemak dan berkira-kira mahu menyambung pelajaran juga. Kali entah kali ke berapa niat yang serupa tetapi asyik tergendala. Diharapkan juga kali ini maza dapat memenuhi hajat yang satu ini.

Gambar 7: Merenung dan menyoroti riwayat sendiri

Maza juga berkira hendak kembali dan mendaftar ke UM. Lagipun tempat bekerja maza tidak jauh dari UM, sekadar sepelaung sahaja. Jadi mudahlah segala urusan kelak. Mudah-mudahan niat murni ini dipermudahkan dan dimakbulkan oleh-Nya.

Gambar 8: Riang ria di gazebo Perdanasiswa.

Sambil-sambil menyoroti maklumat yang disediakan oleh pihak karnival itu, sempat jugalah maza melempiaskan rasa rindu yang mendalam terhadap institusi yang satu ini.

Gambar 9: Sudut Pidato

Maza mengambil kesempatan merenung, merendam dan mengenangkan masa dahulu dan masa hadapan. Maka berputalah kembali kisah nan lalu menyulam di dalam kalbu. Adakalanya tersemat cerita jerit perih, syurga ceria, cemas suram, cinta bahagia, damai tenang, keluh kesah, tikam menombak,  dan segala-galanya. Ianya terimbas di dalam kolam berbalam fikiran itu yang dinukilkan di bawah lembayung Universiti Malaya!

Gambar 10: Di pintu gerbang Kolej Kediaman Kinabalu, UM

Sebelum pulang maza sempat membelek Kolej Kediaman Kinabalu. Kolej kediaman inilah yang banyak sekali menyimpan sejarah dan kenangan. Di sinilah terbentuk perjuangan yang membara.

Gambar 11: Berjalan pulang dari kuliah ke Kolej Kediaman Kinabalu. Beratur dan menghulur kad makan. Setelah disahkan ambil tray untuk makan. Makcik-makcik Dewan Makan menyendukkan lauk. Kendian barulah boleh makan.


Kolej kelapan inilah merupakan dahulunya asrama maza dari mula menapak ke UM hinggalah tamat graduan.

28 ulasan:

  1. Iyolah...moga eh termakbul lah impian Maza yang suci murni ittew...aminnnn...

    BalasPadam
  2. Wah aksi Maza dasyat lah.. boleh masuk Maharaja Lawak.. keh keh keh.. Alahai kenangan silam la Maza. Ikut perkiraaan umur kita time Maza masuk Kolej Kinabalu, kawe tgh lepak di tingkat 13 Vista Angkasa. Setahun je dok kolej. Memang tak leh duduk tempat yg ada peraturan ni he he (outlaw)..
    Probably kita ada terserempak di Perdana Siswa ke, Fac ke atau lain2 tempat lagi tapi tak ya lah masing2 dgn geng masing2. Baru skrg bertemu di alam siber. Walaupun kawe duduk luar, kawe still main hoki untuk Kolej 8 till tahun 3. Tahun 4 kawe sibuk bercintan, so tak de masa nak main hoki lagi.. :D

    BalasPadam
  3. Waaakakakaa........

    Uhuk! Uhuk!.... Adoi... tersedak kita!!

    Terkejut tengok 'Bang Maza' bergayut batang pokok tu. Kesianlah kita kat pokok tu, mesti rasa terseksa!

    Wah! Bang Maza pidato pasal apa ? Tikus kehilangan tempat tinggal ? Ekekeke.......

    BalasPadam
  4. Maza singgah booth yang ada bunga sahaja :-) Ada perancangan hendak sambung belajar di UM.

    BalasPadam
  5. terimo kasih lela. hehehehe

    oh alam desa ku.. hehehe
    memang nostalgia..

    lela meh lah boh story pasal cerito2 antu yg ekau gomar cerito kan tu.. hehehe
    rindulah dgn tulisa ekau,.. huhuh

    BalasPadam
  6. uiks.. kalau gitew abg mail tontulah konal dengan si Homabalan Ratnam tu.. heheheh

    nanti den selidik2 dgn si Balan.. hahahhhaa

    apa2hal pn, maza memang respek dgn senior2 ni... salam & tabik abg sinor.. hehehe

    BalasPadam
  7. hahhaha.. hampeh.. hahaha

    dulu2 sudut tak ada kak tie.. dia org baru buat aje... dan maza pun mencubalah dgn usul dibawa, Garden of Eden: hijau cantik berseri.. hehehhehehe

    apa mcm kak tie? bila nak join contest ni? hehehehehe

    BalasPadam
  8. gitelah abg boimed.. hehehe

    moga2 dipermudahkan urusan gitew.. ameeennnn

    BalasPadam
  9. Rasa mcm kenal dgn si Balan tu. Kalau tak silap dia masuk Eight College time kawe 3rd year. Masa tu kawe tinggal di Vista Angkasa. Tapi since kawe dijemput main hoki utk 8th college, maka berkenalan lah dgn si dia. si Balan tu badannya besar kan?

    BalasPadam
  10. Semoga dipermudahkan hasrat nak sambung belajar tu. Amin.

    * Suka betul dengan sudut pidato tu. Di fakulti yati ada juga, tapi kecil dan rendah sahaja, untuk kami deklamasi sajak je huhu

    BalasPadam
  11. Wah, sambung belajar lagi ke saudara?

    BalasPadam
  12. terima kasih yatie..

    hehehehe.. sebenarnya sudut pidato tu tak adalah besar mana pun,... kalau tak silap lebarnya kurang dari enam kaki dan petasnya setinggi tiga anak tangga aje.. ..heheheh

    BalasPadam
  13. gitewlah seadanya... hehehe

    meh ler sedara, kita sambung belajar sama2..

    BalasPadam
  14. Amboi, amboi, amboi, ingatkan model iklan mana tadi sedang beraksi.
    Niat yang murni moga tercapai.
    Dah ambil borang ke?

    BalasPadam
  15. hehehehe... get ready, action, cut!.. hehehe

    psst: zaman teknologi cuber kak long, register online jer.. hehehhe

    BalasPadam
  16. mengancam.hahahah


    cik Maza dulu UM ye? bguslah smbng blaja di UM smula..dpt membangkitkan kenangan2 manis yg tercipta dahulu..smoga cik Maza tercapai hasrat utk menyambung pengajian :D

    BalasPadam
  17. adakah maza spesis mengancam dan terancam ? heheheheh

    BalasPadam
  18. imbasan zaman belajar cayalah bro heee

    BalasPadam
  19. Ambooiiihhhh,
    posing maut nmpknye en maza sorg ni!!!!!!
    kalau maza masuk ML bEe org 1st akan vote gitew :-)
    pheeewwwiiittttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!! JOM MASUK U reramai.... hehehe

    BalasPadam
  20. macam duta UM je.. ;)

    BalasPadam
  21. salam.. nice blog..

    salam singgah ke blog saya pula..

    TQ.

    BalasPadam
  22. hehe.. cik suri meh ler bikin hat yg sama satu kali.. hehhehe
    nostalgia yg indah gitew.

    BalasPadam
  23. hahhha.. model tu sebenarnya berbayar tu.. hehehe

    errrk.. tetiba jerk maza nak angkat tangan tanda minta pencerahan, ML tu apa? ahaks. ahaks.. hehehehe..*senyum, kenyit, kenyit...

    BalasPadam
  24. Mau jadi Duta ke Arab Saudi org tak bagi.. tak boleh katanya. hehehehe

    BalasPadam
  25. terima kasih kerana menyinggah...

    senang-senagn jemputlah datang lagi..
    lantun-lantun gitew. .hehehhee

    BalasPadam
  26. ghindule kat 8th & UM. Napela ma x sambung blajo kat sini ye?? Camnela ma boleh x nampak UM pun offer pendidikan khas..huhu..kalau tak boleh blajo kat sini sam pai tua.. :)

    BalasPadam
  27. sepat lagi rasanya nak berhenti dan patah balik ke UM

    tak pun tunggu buat PhD ajelah nanti ma.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini