Halaman

Isnin, 18 April 2011

Sepatu Putih untuk anak..

Gambar 1: Kasut yang siap dibasuh dijemur pula
 
Lumrah tatkala di hujung minggu ini masa untuk mencuci segala bagai kain baju sekolah anak-anak. Anak-anak maza semuanya masih kecil dan masing-masing masih berlagak macam bayi baru lahir. 

Namun hal itu tidak membataskan maza untuk mengajar anak-anak agar berdikari. Maza sudah beritahu dan ingatkan Darling untuk mengajar anak tentang kelangsungan hidup. Paling mudah kita bermula dengan membasuh kasut sekolah.

 ________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

Maza tatkalah darjah satu.

Masa maza sekolah di darjah 1, kasut maza bukanlah seperti hari ini. Kasut yang maza pakai ialah sepatu plastik yang berwarna putih. Lagipun sepatu itulah yang paling murah. Jika mereka itu dalam kalangan mereka yang  'berada' sedikit maka mereka akan memakai sepatu 'kain' atau canvas. 

Tatkala itu rata-rata orang kampung memang susah belaka. Ada yang pergi ke sekolah tidak berkasut dengan berkaki ayam.

Kiranya maza masih tergolong dalam kalangan orang-orang beruntung juga walaupun memakai sepatu plastik yang keras-kejung. Mujur juga maza tidak pandai hendak mengadu-domba atau merasa rendah diri mengenakan sepatu plastik.

Apa yang ada di benak maza ketika itu ialah masuk universiti (walhal tak tahu apa bendalah itu), belajar pandai-pandai hingga jadi orang berguna (sebab mak dan ayah selalu berpesan sama ada tatkala berbaringan sebelum tidur atau pagi-pagi buta sebelum ke sekolah) dan yang paling seronok hendak berjumpa kawan-kawan (apa lagi, mainlah ....*ketawa nakal, hahahaha).

Ketika itu beg maza merupakan beg galas berwarna hijau. Kalau salah pandang sudah seperti askar Inggeris mahu masuk hutan. Cuma ia digalas di bahu bukannya dilambung ke belakang.

Oleh kerana sepatu maza merupakan sepatu pelastik, maka mudah sahaja maza uruskan. Rendamkan sahaja di dalam air di ban itu (taliair depan rumah). Sementara segala kotoran itu kembang, kami berkubang dahulu sambil-sambil belajar dan memantapkan lagi renangan ... hahaha

Emak pula sibuk di atas pelantar di tepian ban sedang membasuh kain. Emak sibuk memberus dan sekali sekala memantau kami, takut-takut ada yang tenggelam dan tak timbul-timbul.

Air ban mengalir tenang sekali. Lemah lembut gemalai beralun. Sejuk, segar dan nyaman. Tambahan pula ia disalirkan dari Sungai Madek sana untuk pengairan sawah kami. Sawah tempat kami bercucuk tanam mencari sesuap nasi barang sesuap dua.

Gambar 2: Rendam dan digosok dengan mesin basuh sahaja, sudah.... hahahaha

Lepas emak membasuh dan sebelum anak tekak emak terjelir keluar, atau sememangnya sudah memekik menyuruh kami keluar dari ban, manakala bebola mata kami sudah bertukar merah dengan kesepuluh-sepuluh jejari kecut. Maka sudah tibalah masa. Apa lagi, giliran kami pula untuk menyental sepatu putih itu kasi putih melepak.

Sabun cap kapak menjadi pilihan. Sabun digonyoh-gonyok mahu kasi buihnya keluar. Habis sepatu itu dipenuhi buih-buih putih. Dan buih putih itu akan mengalir dan terapung pula di atas air sana. Penyudahnya yang putih melepak adalah buih-buih sabun itu. Sepatu yang kami sental belum tentu menjadi putih. Apatah lagi dok asyik menjeling-jeling air ban yang mengalir sejuk lagi nyaman itu. Ada harapan kasut yang disental menjadi bercapuk sana-sini. *ketawa, hahahaha.

Sekarang giliran emak pula berendam. Emak menuruni anak tangga yang letakknya di dalam air ban itu pelahan-lahan. Tiba-tiba kecebur! Air melimpah dan memercik ke atas. Kain batiknya mengelembung. Udara terperangkap di dalam kain batiknya itu. Sudah macam boya; pelampung penyelamat pantai Baywatch di Miami Beach, USA ... *ketawa, hahaha.

Usai membasuh sepatu, jika emak belum puas menggosok segala dakinya, kami akan kembali terjun ke dalam taliair itu. Macam-macam gaya kami lakukan. Paling terkenal terjun 'botol', sudah arif tentang terjun botol kami bikin aerobatik pula dengan terjun 'cinuk' (kepala dulu) dan balik kuang!

Bab terjun cinuk inilah yang salah hemat dan perkiraan matematik yang tepat, boleh terpacak ke dasar ban. Degup, bunyi kepala terhantuk ke dasar taliair itu. Bangkit-bangkit dari dalam air boleh nampak burung kelicap berpusing-pusing mengelilingi kepala.

Bila agak biasa dan mahir sedikit, kami akan terjun dari titi yang bersebelahan dengan pelantar itu. Kecebur bunyi air melimpah. Terkuak-kuak arus-arus kecil berombak menghentam tepian tebing ban. Airnya melambung dan terpecik ke serata tempat. Sekejap lagi adik maza pula lakukan aksi 'stunt' - keceburrrr lagi... hahahha.

Tatkala zaman 80-an, kasut sekolah menjadi idaman Malaya ialah kasut BM2000. Rupa bentuk macam kasut sport tapi lagi hebat! Harganya pun sungguh hebat juga. Kiranya berpeluhlah ketiak makayah kami kalau hendak membelikan kasut BM2000 untuk anak-anaknya itu.

Opps.. ke laut lah fulaks.. asal cerita mahu mengisahkan tentang kasut anak-anak. *senyum, hehehe.

Oh ya, sebelum maza terlupa, inginlah maza ingatkan kengkawan bahawa kontest Garden of Eden masih berlangsung dan terbuka untuk semua. Hantarkan penyertaan tuan-tuan dengan segera sebelum tarikh tamat April 30, 2011. Untuk maklumat lanjut sila ke entry Garden of Eden di sini.

Untuk memangkinkan semangat kengkawan, maka maza pun hendaklah menepek dan menempil barang sekuntum dua bunga-bungaan yang sempat maza tembak hujung minggu sudah.. heheheh.. 

Selamat beramal dan Selamat Hari Bumi (April 20, 2011)

Gambar 3: Bunga Kertas

Gambar 4: Bunga apa tah, maza sudah lupa.

Gambar 5: Spesis bunga ros juga.

Gambar 6: Bunga kertas warna ungu.

Gambar 7: Bunga yang dok tergantung-gantung ini maza tak tau namanya. ahaks!

35 ulasan:

  1. wah ayah nasrun, macam2 teknik berenang ye, mmm... apakat ayah nasrun jadi cikgu renang, kita gunalah kolam renang di rumah puan azma, hi hi hi
    p/s: agak2nya contest ni dibuka utk ahli keluarga terdekat sekali, hik hik guna garden yg sama, tp dr sudut yg berbeza, ha ha ha ....

    BalasPadam
  2. kalau zaman dulu ada pengawas tak?mereka pakai kasut yg sama?

    sekarang yg jadi pengawas pakai kasut hitam untung tak nampak kotor hehe

    BalasPadam
  3. citer pasal kasut ni...mmg kzue suruh anak basuh kasut sendiri..tak adalah suruh 'cik mesin' tu yg menyental hanya kudrat spin nyer yg digunakan.
    kasut Badminton master tapak kala merah/hijau..mmg favarit. skrg ni anak murid x dibenarkn ada warna2 kat tapak kasut.

    BalasPadam
  4. ahli keluarga terdekat volleh aje sertai...

    menangnya belum tahu.. hehehhee

    BalasPadam
  5. of cause sudah ada abg TE..
    kasut pun dia org sama kaler..

    cuma golongan yg berkasut kain jerk yg biasanya jadi pengawas dan ketua kelas..
    kami golongan sepatu.. ahaks, duduk diam2 kat tepi dinding.. huhuhuhu...

    BalasPadam
  6. Uiks.. tapak kasut pun diambil kira gak ke?

    hahahah.. dahsyat, dahsyat..

    BalasPadam
  7. hehe pengalamn manis yang melucukan.
    ingat masa dulu mmg malas betul nak basuh kasut putih siap nak kena kapur lg,
    akhirnya terpilih jadi pengawas, haa kan da senang pakai kasut hitam sebulan tak basuh pun tak kotor lg..hehe

    BalasPadam
  8. sabun cap kapak....hmm..rindu kat bau sabun tu...hehe..
    masa zaman ma dah xdekasut plastik rasanya..tu yg x boleh nak imagine camne rupanye.. :)

    BalasPadam
  9. errrmmm...sambil tersenyum aku membacanye maza....
    ingat dulu2... pakai kasut fong keong....hihi bukan jenama fong keong...sebenornyer nama kedai tu fong keong....satu2nyer kedai kt pekan khg yg jual kasut sekolah...dulu la...

    BalasPadam
  10. itu kalau kasut pengawas warna hitam rendam dalam taliair atau sungai, mau pening lalat si ikat puyu.. ikan keli lak boleh keliru nak balik rumah sendiri lepas jenjalan kat simpang sana... hahahhaha

    BalasPadam
  11. oh gitew.. nanti kalau ada keempatan akan maza snap satu kali dan tunjukan pengetahuan kengkawan ya.. hehehhe

    BalasPadam
  12. hahaha.. kenangan terindah gitew..

    giler ko, pakai kasut tu pun dah glamour habis dah.. hahahha

    BalasPadam
  13. Seronok bila ingat kisah basuh kasut ni. Hehehe. Kalau air sabun tak bersihkan betul-betul ada kesan kuning pada kasut tu. Alahai, kena marah pulak satu hal.


    *tengah fikir nak culik garden siapalah ni nak masuk Garden of Eden :P

    BalasPadam
  14. Masa kecil-kecil dahulu saya pakai jenama Bata. Orang tua penjawat awam dan dapat merasa kasut yang agak selesa.

    Mengharungi kesusahan yang lalu menyebabkan kita bersyukur nikmat hari ini

    BalasPadam
  15. Kasut plastik, kasuk BM2000, terjun botol.. semua tu kenangan silam Maza. He he.. Kawe masih lagi tolong anak2 di rumah cuci kasut Maza sbb kadang2 mcm tak bersih. Kawe ni pantang tengok kalau cuci tak bersih. Mesti kasi bilas satu kali lagi.. Harap2 budak2 tu ambik kesempatan udah ler.. :D

    BalasPadam
  16. Kawe pengawas dulu tau.. Sekolah rendah jer.. Sekolah menengah pegawas lak sibuk tangkap kawe.. :D

    BalasPadam
  17. syukur dikurniakan nikmat, kann. hehhee

    BalasPadam
  18. wahhh.. rajinnya abg mail.. hehehe

    maza; mesin basuh kan ada... hahahhaa

    BalasPadam
  19. Den masih laie basuh kasut sekolah anak2 den walaupon yang sulung dah tingkatan 1. Kesian la kek dio,.. Banyak bonar kojo skolah eh...dongan folio segalo bagai. Lagipun macam yang sedaro Ismail N kobar an tu... anak2 basuh tak beghoseh. Sakit mato den ni ha... hehehe

    p/s: Maza, contest tu hanyo untuk bungo2 yo ko? Pokok2 lain tak buleh ko?

    BalasPadam
  20. gambar lain pun volleh, janji pokok yg ado di taman ekau tu lela.. .setakat seorg dua orang sebagai latar belakang no hal...hehehhe...

    meh ler submit Garden of Eden tu ha.. hehehe

    BalasPadam
  21. abg mail, tolong komen pasal bunga2 kat atas tu abg mail.. huhuhu...

    mau kasik jiwa ini tenang gitew...

    BalasPadam
  22. terkenag suatu masa dulu...
    bila kasut sekolah = kasut sukan = kasut raya..... kasut aku :D

    BalasPadam
  23. alahai.. sama lak alkisahnya.. huhuhu

    BalasPadam
  24. aduh.sdihnya. bdk2 zaman skrg tak rasa smua benda tu.huuu

    BalasPadam
  25. sy jarang pkai kasut putih..biasa pkai kasut hitam je..pengawas lah katakan.. hahahaha

    BalasPadam
  26. : D :D

    Seperti yang DIJANJI ari tu..

    Untuk contest Maza Garden Of Eden, kawe dengan ini berbesar hati sponsor dua hadiah untuk pemenang utama contest.Dua hadiah tersebut merupakan software Video Cracker (bernilai USD 17) dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai (USD 12.97)
    Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk boleh didapati di sini: http://tinyurl.com/3rpjqfv dan http://tinyurl.com/3nk6avl

    All the best Maza. :D

    BalasPadam
  27. terima kasih abg mail.. hehehhe

    skrg juga maza update info ini di laman sana.. hehehhee

    BalasPadam
  28. amvoiii gitew...

    "opps.. maza tak bersalah, cuma name tag aje tercicir.. maafkan saya kakak pengawas", hehehehe

    BalasPadam
  29. hehehe, purple tu bunga teropong lah en maza :-)
    bEe dulu kasut murah ajek. Nak beli kasut yg ada tali tu mahal dulu. Tp skang dah mcm2 brand & harga pun tak semahal dulu (erk, ker sbb kita da ada duit???) hehe

    BalasPadam
  30. Ceh, adele....... ayat tak menahan! hahaha

    BalasPadam
  31. lahh.. namanya bunga teropong.... barulah maza tau.. bunga puding maza tau ler... hehehhe

    zaman skrg harga kasut agak murah, tapi pakai sekejap aje dah rabak.. hehhehe

    BalasPadam
  32. Teringat saya zaman sekolah-sekolah dulu, rindunya... Cantiknya semua bunga-bunga itu. Dekat 'Garden Of Eden' abang maza ke?

    BalasPadam
  33. hehehe.. tu gambar bunga maza snap kat nursery aje..

    kebetulan mencari baja utk bunga2an di rumah itew.. hehehe

    BalasPadam
  34. cantik-cantik gambar bunga tu..
    aku dulu suka dengan kasut-kasut yang tapak tebal..
    sebelah sekilo. hahaha..

    BalasPadam
  35. terima kasih abg mus..

    sumber inspirasi dri blog mus juga.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini