Halaman

Khamis, 7 April 2011

Air Terjun Berkelah : maza & co.

Memang benar maza berasal dari kampung. Masa kecil-kecil ketika sekolah rendah lagi selalu meredah hutan dan belukar. Kami selalu meredah semak samun sama ada bermain atau melastik burung. Terutama berhampiran kebun-kebun terbiar yang senduduk, resam, lalang, lempong, ketapang dari serendah lutut hingga merimbum menyelubungi awan.

Setakat tracking dan hiking dalam hutan ini sudah alah bisa tegal biasa. Pinggiran hutan tempat permainan kami. Menyelusuri anak-anak sungai, bermain perang-perang dengan tanah liat yang dicapai dari dalam sungai atau membuat istana pasir.

Gambar: Papan tanda Hutan Lipur Berkelah

Pernah kami berkhemah di dalam hutan. Atau lebih tepat lagi di Bukit Beriut berdekatan dengan persimpangan Nitar di Jalan Mersing, Johor sana. Kami berkhemah betul-betul di air terjun yang terdapat di situ. Walhal kawasan itu baru sahaja diterokai oleh Jabatan Hutan. Untuk ke sana kami terpaksa menggunakan jalan balak dan bertiti kayu. 

Di air terjun itu kami bermalam. Ada rakan kami sebelum ini telah membuat rumah ran (di atas pokok) tetapi tidak pernah bermalam. Hanya maza, Norisam Samsuri, Selamat Abu, Mohd Yazid Yahya, Hishamuddin Md Isa dan beberapa orang lain yang maza sudah lupa telah bermalam di situ. Walhal hutan Lenggong tersebut punyai binatang buas seperti harimau, gajah, mawas, babi tunggal, pontianak, langsuir, penanggal dan bermacam lagi. (hahahaha). Tatkala itu kami baru lepas SPM.

Sebab itulah tatkala kursus bina semangat, atau BTN di dalam program junggle tracking atau hiking atau survival yang maza sertai kerap kali juga maza akan jadi ketua, jurupandu, juruarah dan tracker.

Tetapi itu kisah berbelas tahun yang lalu. Setelah bergelar mahasiswa kemudian beranak-pinak, aktiviti lasak seumpama itu sudah lama terkubur. Namun semangat untuk berkhemah seperti dahulu kala masih ada, cuma suam-suam dingin gitew. Segala skill hampir luput.

BERMULALAH KEMBARA

Sehinggalah pada suatu hari yang berbahagia, En Zubairy Abadi Sufian, Pegawai Jabatan Integriti - juga teman maza di kolej dulu - bersama geng NAPAT (Nature Adventure.... lupa sudah nama sebenarnya) telah mengajak maza untuk membuat tinjauan di Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang.

Gambar 2: Simpang jalan ke Air Terjun. Separuh berturap tar dan ada sebahagiannya dihanyutkan air



Sebelum itu mulut maza yang gatal ini telah menyapa En. Zubairy mahu menyertai program kembara 'ganas' hiking dan tracking setelah melihatkan gambar-gambarnya di dalam Facebook. Beliau telah menawan beberapa gunung di Malaysia ini seperti Gunung Stong, Gunung Irau, bukit Broga, Taman Negara Endau-Rompin dan banyak lagi.  Walhal dia sememangnya seorang anak kota metropolitan Kuala Lumpur yang tidak pernah kenal kehidupan hutan.

Melihatkan bahawa En. Zubairy mampu melakukan setelah agak berusia sedikit, ini bermakna maza juga mampu melakukan. Di tambah lagi dengan kata-kata Zubairy yang banyak mendorong dan mengingatkan nostalgia lama itu.

Gambar 3: Antara cabaran yang dihadapi sebelum tiba di parking base. Lopak dan jalan berlubang dalam.
Penyudahnya pada hari Sabtu, 26. Mac. 2011, maza telah berlepas dari Kuala Lumpur bersama Zubairy, Anizam, Izal ke Hutan Rekreasi Air Terjun Berkelah, Pahang. Kali ini maza juga bertindak sebagai jurufoto rasmi mereka untuk merakam dan melaporkan terutama bentuk muka bumi, kemudahan perkhemahan, lokasi dan sebagainya.

Tinjauan awal ini dilakukan sebelum program sebenar Perkhemahan Air Terjun Berkelah anjuran NAPAT pada April 30-31, 2011 yang kemudiannya terpaksa ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Gambar 4: Arah yang mana satu ni bro?

Perjalanan hendak ke parking base awalnya agak selesa dengan jalan boleh memuatkan sebuah kenderaan dalam satu-satu masa. Jalannya diturpa tar. Namun perlu berhati-hati terdapat sebahagian lagi jalan berturap tar itu rosak dan dihanyutkan air. Barangkali ia diakibatkan oleh banjir yang lalu.

Gambar 5: Tiba di tapak meletak kenderaan jam 12.00 tengah hari dan kami terus mendaki.

Akhirnya setelah hampir tiga jam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, kami pun tiba ke lokasi tempat meletak kenderaan dan tapak perkhemahan rekreasi. Ketika ini jam menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah hari.

Untuk tidak membuang waktu, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke lokasi air terjun. Ini bermakna kami perlu mendaki bukit dan menyelusuri anak sungai.

Gambar 6: Antara kemudahan awam yang perlu diberikan perhatian

Kawasan rekreasi ini di bawah pentadbiran Jabatan Hutan Negeri Pahang. Ini bermakna tiada caj atau yuran tertentu jika mahu datang berekreasi di sini. Namun demikian beberapa kemudahan awam turut disediakan termasuklah tandas dan tapak perkhemahan yang sempurna.
Gambar 7: Kembara sebenar sudah bermula

Untuk sampai ke air terjun berkelah ini, kita perlu berjalan kaki dari parking base lebih kurang 20 minit perjalanan tanpa berhenti. 

Sebahagian denai diturap dan sebahagiannya merupakan lorong-lorong jejak sahaja yang menghala ke air terjun.

Gambar 8: Meredah denai dan semak

Semakin masuk ke dalam hutan itu, perjalanan semakin mencabar. Anda sendiri boleh saksikan rupa bentuk muka buminya.

Gambar 9: Laluan mencabar

Melalui gambar di atas dan rupa bentuk buminya itu, kami merasakan kurang sesuai untuk membawa sama anak-anak kecil bawah 10 tahun untuk berkelah sama di air terjun tersebut.

Gamabar 10: Antara flora yang terdapat di situ

Hutan yang kami lalui ini merupakan hutan tebal dan antara yang tertua di dunia. Justeru mulut, perkataan dan perbuatan harus dijaga. Almaklumlah masuk di tempat orang gitu.


Gambar 11: Zubairy sedang mendaki anak tangga dan menawan puncak bukit tersebut
Gambar 12: Lagi laluan mencabar untuk ke tingkat air terjun seterusnya

Semakin jauh ke dalam hutan dan semakin hampir dengan air terjun, denai yang kami lalui cukup mencabar. Ada ketikanya kami terpaksa merangkak, memaut akar dan memijak di atas batu. 

Jujur maza katakan, di kala usia sebegini dengan kuderat tidak segagah dulu hampir-hampir maza berputus asa. Apatah lagi maza sendiri hampir-hampir putus nafas dan mahu pitam. 

Di atas semangat setiakawan dan kehebatan En. Zubairy yang juga pakar motivasi telah memberikan suntikan dan dorongan kepada maza untuk meneruskan perjalanan itu. Dan akhirnya maza setelah mendapat kata-kata perangsang, aura baru muncul, bertambah bertenaga lalu maza memulakan langkah kembali.

Di sini hendaklah maza merakamkan jutaan terima kasih kepada kengkawan itu. Tanpa kalian mungkin kembara maza akan terhenti di balik banir pokok. Tersadai di situ. hehehe....

Gambar 13: Perhatikan airnya yang jernih kehijauan seolah-olah melambai tetamu datang mahu berendam ke dalamnya.

Semangat bertambah kuat apabila terpandangkan kecantikan dan kejernihan air sungai yang mengalir itu. Tak sabar rasanya mahu berendam dan menikmati kesejukan air tersebut.

Gambar 14: Dari tebing tinggi, air sungai itu masih mampu menampakkan dasarnya.


Di atas tebing tinggi itu maza sempat merakamkan betapa jernihnya air sungai tersebut hingga menampakkan dasarnya itu.

Setelah merakamkan kejernihan air tersebut, barulah maza terfikir andainya maza jatuh dari tebing yang tinggi itu, alamat entah bertemu lagi kita entahkan tidak.. aderkkk! hehehe

Gambar 15: Sungai Berkelah

Saksikanlah aliran lemah gemalai dari sungai Berkelah. Sungguh unik dengan kehijauan dan kejernihan yang begitu terserlah. Cuma sayang mata terasa sakit apabila terlihatkan sampah merata-rata melatari sebahagian buminya. Tidak salah untuk berkhemah dan bermalam di situ pun, tetapi clean as you go-lah! huhuhu....

Rasanya kawasan tersebut sudah dibersihkan setelah kami pulang.

Gambar 16: Air Terjun Berkelah

Akhirnya setelah berhempas pulas, hampir sejam juga, kami pun sampai ke air terjun Berkelah peringkat pertama.

Dengar kata tidak kurang 3 hingga 7 tingkat lagi. Kami hanya sempat meneroka sebahagian sahaja.

Gambar 17: Berlatar belakangkan air terjun. Cantik dan dingin sekali sehhh...

Setelah penat menerokai dan meninjau sana sini, apa lagi, kami pun berendam sakan. hehehehe

Gambar 18: Zubairy (berbaju) dan Anizam merendamkan diri sepuas-puasnya.
Gambar 19: Zubairy sedang asyik menikmati keindahan dan keenakan air jernih sungai Berkelah
Gambar 20: Izal merenung keindahan alam

Selain bermandi-manda, anda boleh juga berkhemah dan melakukan aktiviti flying-fox, rock-climbing dan macam-macam lagi.

Untuk projek NAPAT di Air Terjun Berkelah kali ini pengarahnya ialah En. Izal dengan orang kanannya ialah En. Zubairy dan Anizam.

Gambar 21: Antara aktiviti yang boleh dilakukan di air terjun Berkelah ini

KESIMPULANNYA

Taman rekreasi Air Terjun Berkelah amat sesuai untuk aktiviti berkelah, berkhemah, dan aktiviti lasak. Namun ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur dan mereka yang punyai masalah pernafasan. Ini disebabkan laluan yang mencabar dan pendakian yang agak curam. 

Tetapi jika anda ingin merasakan kesejukan air sungainya yang mengalir damai, anda boleh sahaja bermandi-manda di kawasan rekreasi di tepian sungai berhampiran tapak khemah rekreasi dan tempat letak kereta. Lagipun ramai juga anak-anak sekolah, rombongan dan jabatan kerajaan yang berkhemah di kawasan rekreasi sungai ini.

Akhir kalam hari ini hari Khamis malam Jumaat. Selamat beristirehat bersama keluarga gitew.. hehehe

36 ulasan:

  1. er..kemudahan awam tu memang perlu diberi perhatian huhu

    BalasPadam
  2. cantikkk..tak sangka masih ada sungai yg jernih mcm ni..selama ni g sungai mna2..komfem berkeruh..huu..mmg cntiklah.. :)

    BalasPadam
  3. Isshh.... seronok dapat berendam tatkala musim panas ni.

    Kita biasa nampak signboard Hutan Lipur ketika dalam perjalanan balik Kota Tinggi, tapi tak pernah singgah pun, sebab nak cepat sampai rumah mak.

    BalasPadam
  4. Kembara Jalanan sedang berKembara nampaknya he he... woittt... mcm photobook la... banyak gamboooo... Nanti abis bandwidth baru tau! He he.. Tak pernah pegi tempat ni lagi.. Boleh ikut kelah?

    BalasPadam
  5. Laporan yang memberangsangkan...

    BalasPadam
  6. caya la bro.. keep it up...

    BalasPadam
  7. entahnya.. kalau memerut nanti kan senang.. tak gitew?.. heheheh

    BalasPadam
  8. ahaks.. lepas ni bila lalu kat area2 situ bersiap sedialah dengan kain basahan, pelampung dan juga itik plastik berwarna kuning.. hehehehe

    BalasPadam
  9. uikks... sebenarnya memang banyak lagi.. cuma kita harus pelihara sebaik mungkin.. hehehe

    adele suka camping? hehehehe

    BalasPadam
  10. heheh... maza kasik upload kat ofis. kemudian buat karangan budak2 sekolah rendah kat rumah jerk.. volleh kan abg mail? hehehhehe

    BalasPadam
  11. untuk kesatuan NAPAT juga.. hehehe

    BalasPadam
  12. nak aku cover story pasal ko pun volleh..
    hahahahha

    BalasPadam
  13. fuh..bagaikan muda remaja gitteww maza..hehe..

    owh kemudahan awam itu..tragisnya tengok

    BalasPadam
  14. Maza, kemudahan awamnya memang perlu diberi perhatian serius.
    Masa zaman belajar dulu, memang aktiviti sebegini sangat-sangat Kak Long gemari. Sekarang ni, kena sedar diri juga, takut tersangkut kat belakang akar kayu, huhuhu

    BalasPadam
  15. SubhanaAllah, cantiknya air terjun tu. Sangat jernih, sangat cantik.

    BalasPadam
  16. perrrghhhh!!!!!! siap mandi manda tew :-) Tak sejuk ker kena ayaq???? hehehehe...... Mcm besh jer tmpt tersebut di atas.

    Tp kan mcm musykil sket gambo yg ke-6 tu. Mmg itu je ke kemudahan yg ada kat situ? Nak ................... pon tak jadi kalu keadaan cenggituh!

    BalasPadam
  17. kuikuikui... sampai lupa dah berumur gamaknya.. heheheh

    BalasPadam
  18. volleh kaklong, volleh lagi tu...

    tak dapat bukit tinggi, bukit yg pamah2 sudah lah.. janji jenjalan di kelilingi kehijauan tumbuhan2.. tapi kalau dah muka hijau, aderkk.. elok gi jumpa doktor dulu gitew.. heheheh

    BalasPadam
  19. kalau cik siti gi sana tontu lagi best..
    boleh lantun-lantun sama macam arnab gak ler. hehehehe

    BalasPadam
  20. mmg mencabar utk smpai ke air terjun berkelah ni...mcm maner ek..korang buat istinjak ni..dah le tandas awam nya entah ada air ke tidak..

    apa2 pun terima kasih lah..klu tidak tentu tak tahu tentang AIR TERJUN BERKELAH. Syabas utk kalian semua.

    BalasPadam
  21. memang aktiviti kegemaran aku ni..
    ntah bila lagi nak camping ni..
    nak kereta apa tu bro?

    BalasPadam
  22. "mg itu je ke kemudahan yg ada kat situ? Nak ................... pon tak jadi kalu keadaan cenggituh!"

    kata kawan maza yg cerdik itu: "pokok banyak, air ceduk dlm sungai, batu2 pun besar.. apa lagi, kat situ pun volleh...hahahha"

    jawab maza: "Oh! lepas ni kena hati2 takut terjebak ke dalam periuk api. Takut nanti kakinya kejung kena haruman dahysat.. hahaha"

    Jawabnya kembali: "Oh itu akan diperbaiki jika dapat skodeng siapa punya angkara..."

    cit.. hahahah

    BalasPadam
  23. soal istinjak...
    1) batu ada, air pun ada.. kayu ada, pokok ada, volleh sorok2 dan gosok2 gitew. hahahaha

    2) jangan berak (kencing boleh sorok2 kencing).. bawa bekalan itu dan lepaskan di rumah atau stesen petrol yg terdekat.. hahahhaha

    BalasPadam
  24. keta Myvi..

    dan siapa kata keta Myvi tak lasak, tu buktinya.. hehehhehe

    BalasPadam
  25. salam..
    wah bro maza syok kesana secara berkumpulan..best2..lihat air terjun tu uh...dpt madi rasa badan segar sja...

    sesekli hirup udara yg segar bagus jua :)

    BalasPadam
  26. ye ke..camtu naik kete sport plk heee..myyi tu utk pompun jerlahllki tak sajak bawak heee...heee...

    BalasPadam
  27. nie lepas berendam klu pekena dgn ikan sungai fresh yg dibakar, pasti terlentok dibuatnya...

    BalasPadam
  28. betul2, bila dah selesa memerut barulah melantun-lantun, kan bro? :)

    BalasPadam
  29. hari2 sedut udara segar lagi best.. heheheh

    meh ler kita berkelah sama2.. ahaks..

    BalasPadam
  30. perkh.. memang best bang..
    kebetulan pula pekena ikan patin masak tempoyak yg glamour kat Termerloh tu.. perkhhhhhh... tipon berdering bini call pun tak mau angkat.. hahahaha

    BalasPadam
  31. apa volleh vuat.. duit tak cukup seguni mau beli 4x4 buat adventurer dlm hutan..

    dlm masa sama takut gak bila duit dah berguni..
    kena siasat dgn SPRM kat Ibupejabat
    dan keesokannya keluar berita di muka depan di surat khabar...
    "Lagi mati di ibupejabat SPRM"

    hehehehe

    BalasPadam
  32. Memang menarik..
    aku pun dah lama tak berendam dalam air jeram ni..., teringin pulak rasanya

    BalasPadam
  33. 1 Mei hari buruh, cuti ada tiga hari.. volleh berkhemah gitew.. meh ler.. hehehhe

    BalasPadam
  34. ni brapa jam jln mendaki baru smpai?
    tp perghhhh.... mmg nmpak sgt bes!!!

    BalasPadam
  35. disebabkan maza terputus2 nafas beberapa kali, patutnya 20 minit jadinya sejam gitew.. ahaks.. malunya.. hehehehe

    meh ler adila.. tak dpat mandi sama2 kat sini, kita mandi kat kolam beli kat Giant pun volleh.. heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini