Hujung minggu sudah masa maza jalan-jalan di kompleks pasaraya, maza sudah terserempak dengan sebuah banner.
Jelas di banner tersebut memberitahu yang pilihan raya akan muncul pada bila-bila masa lagi. Jadi mereka menyeru kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih agar melakukannya sekarang.
Jangan sangka yang belum mendaftar sebagai pemilih hanya terdiri daripada warga Malaysia yang baru lepas melangkah keluar kadang kedewasaan (21 tahun). Tetapi ada juga yang sudah berumur 50-an tidak pernah pun mendaftar. *senyum, hehehe
Inisaitif yang dilakukan itu bukanlah dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) sebagai badan yang mengawalselia dan menguruskan perjalanan pilihan raya. Tetapi adalah dari parti politik. Katanya mereka mahu menyeru dan membentuk kesedaran kepada warga Malaysia tentang pemilihan kepimpinan demi rakyat dan masa depan negara! *hmm?!
Katanya lagi, kerja ibadah (ibadahlah sangat tu kan? opps... *sengih sambil tutup mulut, hehehe) ini dilakukan untuk membantu mereka yang belum mendaftar agar mendaftar serta mendorong agar warga Malaysia lebih perhatin tentang politik dan kepimpinan.
Setelah berbual dengan petugas di situ, maklumlah maza bahawa mereka datangnya dari Pakatan Rakyat sayap Parti DAP.
Mereka menerangkan bahawa SPRM tidak akan memacakkan banner seperti ini untuk menarik mereka yang layak mendaftar dan belum berdaftar agar mendaftar. SPRM akan lakukan sekiranya terdapat program-program yang berkaitan dengan jabatan atau arahan kerajaan.
Tetapi SPRM memberikan lesen dan sijil untuk parti-parti politik berusaha mendaftarkan para pengundi yang layak itu.
Dalam pada itu maza sempat termenung seketika memikirkan rasional di sebalik SPRM tidak membuat insiatif seperti itu. Barangkali SPRM tenaganya lebih ditumpukan untuk sesuatu yang lebih mustahak, iaitu perjalanan pilihan raya. Kakitangan untuk menguruskan perjalanan pilihan raya lebih diperlukan berbanding untuk mendaftarkan pemilih yang boleh disub-kontrak. Lagipun ada baiknya parti-parti politik berusaha lebih sedikit untuk mengumpul pengundi-pengundi berdaftar sendiri. Banyak kelebihannya.
Jadinya, maza sukalah menasihatkan (nasihat, bukannya marah pun, ahaks!) ayuhlah kita sama-sama mendaftar atau memeriksa nama kita itu agar tidak ketinggalan dalam pemilihan pimpinan negara.
Psst: kata Hizbut Tahir, kita perlukan sistem khalifah dengan daulahnya diambil dari majlis syura. Bukannya sistem pilihanraya seperti ini yang berdasarkan populariti mengikut kaedah orientalis sekular kepunden.
Minda kecil maza berkata: Entahlah, yang baik-baik sahaja. Jangan jadi orang melantun-lantun tak tentu arah, sudah.. *ketawa orang jahat, hahaha.
Alamak!
BalasPadamKita tak ingat samada dah daftar ke belum, kah kah ...!!
Jalankan tanggung jawab sebagai rakyat. Mengundi itu penyubur demokrasi & undi anda adalah rahsia :) haha..
BalasPadamDaftar Maza jangan tak daftar...Mana tahu diri sendiri bertanding nanti.. tak dapat lak undi diri sendiri.. he he..
BalasPadamsetuju sangat tu!
BalasPadamSPRM tak buat kaunter berdaftar tu pasal kita boleh daftar kat Pejabat Pos. Pejabat Pos kan merata2 ada kat bumi Malaysia ni so buat apa tambah kerja lagi..ye tak?
BalasPadambetul ke apa yg ma ckp ni..rasanya betul..haha..
ceritanya betul, tapi salah tajuk.. hahahha
BalasPadampsst: bukan semua pejabat pos sediakan perkhidmatan seperti itu..dan ramai pula di luar sana tidak sedar dan tahu pajabat pos boleh mendaftarkan nama pengundi...terutama bgi ulat buku produk rumah berkurung, jadual berkunci di sekolah berasrama penuh yg hidupnya sentiasa bersandarkan ketukan lonceng peralihan waktu gitew.. atau pun produk mereka dari kampung ulu sanun.. atau mereka dri latar ceruk lorong2 bandar gitew... hahaha
uiks.. sudah daftar lama dah abg mail....
BalasPadamdaftar pemilih dari zaman pemilihan MPPUM lagi bang. hahha
cuba check kat mesin ATM, kot2 boleh tahu dah daftar ke belum..... hahaha
BalasPadamMaza, 1st time in my life den poie mengundi ialah pada PRU 12.. hehe..
BalasPadamdah lama menjadi pengundi berdaftar...sempat 2 kali mengundi semasa PRU yg lepas..parti mana dipangkah biarlah menjadi rahsia...SRPM perlu ambil langkah pro-aktif utk tarik golongan muda-mudi mendaftar jadi pengundi berdaftar..jgn menjadi pengundi HANTU sudah lah kanss...mgkn lepas blh mendaftar melalui Online..
BalasPadamDi Jom Heboh anjuran pesta TV3 itu ada kaunter pendaftaran SPR dibuka...
BalasPadameloklah tu... hahaha
undi kek kampung sanun ko?
BalasPadamPerak nun?
hehehe
Bagi yang berumur 21 tahun sudah layak mengundi laksana tanggungjawab dengan mendaftar dimana-mana pejabat POS dengan menunjukkan MyKad sahaja bukan susah mana pun. Jangan asyik hendak merungut ini tak betul sana tak betul tapi awak tidak pernah mengundi. Saya tak marah tapi menasihat
BalasPadamjangan tak percaya, ada muda-mudi langsung tak ada hati ambil tahu ttg politik atau sistem pemerintahan negara!
BalasPadamsesetengahnya sudah muak dan menyampah...
pendek kata bukannya tak tahu cuma tak sudi! hahahah