Sebagai anak kecil yang membesar di kampung, pelbagai aktiviti lasak pernah kami lakukan. Adakalanya meredah semak samun, menyelongkar sumur, bergelumbang lumpur atau berkubang di taliair (ban).
Kadang-kadang kami berlenggeng berbekalkan seluar pendek dan baju tersangkut di bahu menjelajah sepelusuk kampung. Petang bermain bola sepak di padang kecil tidak berumput di belakang rumah jiran tetangga. Atau bermain basikal, belon acah, getah panjang, konda-kondi dan macam-mcam lagi.
Tempat berkumpul biasanya di bawah pohon yang rendang atau pokok jambu batu. Adakalanya kami mencipta sendiri permainan mengikut kreativiti dan sumber alam yang ada.
Kali ini maza hendak bawakan nostalgia betapa dahulu maza pernah mengalungkan lastik di leher. Meredah semak-samun, resam, senduduk dan belukar yang melepasi ketinggian kami di kebun Pinggir Jaya, Kahang, Johor yang ditanam pokok getah secara berkelompok di bawah Rancangan Tanah Pinggiran Risda.
Kami terhendap-hendap mencari burung. Di kebun getah ini biasanya kami akan melastik burung merpati, bayan, pucung, layang-layang, gagak, tiong dan macam-macam lagi.
Selain adik maza sendiri si Bibiq, kami didorongi oleh Azhan bin Aziz . Kadang-kadang Hishamuddin Md Isa dan adiknya Leman akan mengutip batu di jalan dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata kami ligat mencari sasaran di dalam kebun itu.
Gambar 1: Lastik |
Lastik buatan kami bukanlah diperbuat seperti di dalam gambar di atas. Ia terlalu sempurna.
Pernah kami meminta emak buatkan lastik untuk kami. Lalu emak membuatkan kami sebuah lastik yang diperbuat daripada getah seluar berwarna putih itu. Getah seluar itu akan diikat dengan getah gelung di cabang yang dipotong dari ranting kayu. Tempat ladu batu pula diperbuat dari kain buruk atau getah tayar yang digunting. *hahaha.
Kami bukan pelastik profesional ataupun berkerjaya seperti itu. Biasanya sasaran kami tersasar mengenai pokok getah. Maka mengalirlah getah terbiar begitu sahaja. Yang lebih sadis bila terkena cawan getah yang menakung torehan getah mengalir dari batang pokok itu. Cawan getah di zaman itu diperbuat daripada kaca bukannya plastik seperti hari ini. Lalu menyebabkan getahnya tumpah ke tanah. Kerugian ekonomi sehhh.. hahaha.
Lebih malang lagi jika sasaran kami terkena tuan empunya kebun itu sendiri. Disebabkan kebun tempat Kak Embam (mak saudara Hishamuddin) menoreh bersebelahan kebun maza, maka biasanya dialah menjadi mangsa peluru tersasar. *ketawa hahaha
Sambil membasuh takung di mesin kelompok (tempat memproses getah susu cair untuk menjadi getah keping) adakalanya kami terdengar rungutan pakcik Ibas. Katanya setiap hari dia dapati burung merpatinya hilang, mati atau patah sayap. Kami hanya mendiamkan diri, membisu bahasa sambil buat-buat tak tahu.
Sejujurnya maza sendiri bukanlah handal melastik. Kadang-kadang haram tak ke mana pun batu yang dijadikan gundu itu *hahaha. Yang hebat melastik ialah adik maza, Hishamuddin, Leman dan Azhan.
Gambar 2: Kawasan sawah tempat kami mencari rezeki |
Apabila usia sudah meningkat sedikit, kami berusaha berdikari secara kecil-kecilan. Adakalanya mengikut abang atau pakcik atau rakan-rakan pergi menangguk udang, menjaring ikan atau memancing di sawah.
Pada masa ini kami akan melastik burung belibis yang merosakkan tanaman padi. Belibis yang kena lastik ini akan disembelih dan digoreng kunyit. Pernah juga kami melastik burung but-but, bangau dan ayam.
Terutama ayamlah yang menjadi sasaran utama ketika menjemur padi di halaman rumah atau di bendang. Tertetel-tetel ayam tu bertempiaran lari. Mana yang malang akan ditangkap dan dibawa kepada emak untuk disembelih. (Err.. ayam yang malang itu ayam belaan kami aaa..) Apa lagi, malam itu kami akan makan besar. *hahaha.
Psst: terima kasih kepada Noor kerana sudi menjadi pengikut GKKJ. Senang-senang jengah dan komen-komenlah selalu. Tanpa kengkawan siapalah maza yang melantun-lantun ini, kan? huhuhu..
he he... nanti balik kg boleh turunkan ilmu pada anak-anak ni. kelihatannya ada seekor burung merpati yg boleh dijadikan sasaran mudah... he he he
BalasPadamMain lastik ni agak bahaya sikit Maza.. Al-maklumlah pelurunya tu batu. Kalau salah aim, nahas lo. Kawe main jugak benda2 ni tapi tak selalu lah. Bila musim melastik burung dalam hutan aje main. Kg kawe dkt dgn bando, so dah upgrade sikit. Banyak rumah berkaca.. jadi budak2 dah diingatkan lah jangan main lastik sangat2. Nanti salah tembak, mak bapak lak yg bergaduh. :D
BalasPadamPhotog: Gambar lastik tu menarik. Kalau buat postcard utk Tourism Malaysia ngam ho!
Betul kata Ismail tu. Kita bimbang benar bila anak bujang tu main lastik masa kecil dulu. (sekarang tak lagi).
BalasPadamTakut terkena cermin kereta ke, kena orang ke, kena apa-apa pun....
hehe..nasib baik bgtau ayam tu abg maza yg punya. Ingat nak tanya dah tadi... :)
BalasPadamada harapan tuan tanah merajuk sakan tu.. hahaha
BalasPadamoh gitew.. main baling pot dengan selipar, pernah?
BalasPadamphotog: oh terima kasih abg mail.. hehehe... tapi tak secantik gambar jam loceng abg mail di muo itew, yg lagi menawan kalbu gitew.. hehhee
oh! kerisauan kak tie memang berasas.. hehehe
BalasPadamkami org kampung, keta pun payah nak jumpa (sekitar tahun akhir 1970-an).. hehehe
uikkk... si Hishamuddin dan Azhan pun tala juga ayam kat kebun.. Yg azhan ayam emaknya... Hishamuddin lak ayam atuknya.. terjerit2 orang tua tu merungkai onar yg merembat ayam belaan masing2.. hahaha
BalasPadamMacamana rupanya Belibis? Macam burung but-but?
BalasPadamSaya dibesarkan dikawasan hutan batu macamana nak main lastik nanti terkena kereta atau rumah orang tapi kami main perang dengan mengunakan pistol peluru buah cherry
Macamana rupanya Belibis? Macam burung but-but?
BalasPadamalamak... soalan maut ni... yg pasti ia ada dua kepak, paruh dan dua kaki. heeh
insyallah kalau ada kesempatan nanti maza balik kampung kasik snap burung.. hehehe
sorry bro.. tak dapat nak membantu banyak dlm hal ini.. huhuhu
patutlah pokok getah pak sedara 3 sepupu mak aku rosak je...ni ko puye kerja ya.
BalasPadamSaya pun sama.. ilmu mengenai burung memang 0
BalasPadamoppss.. kantol sudah...
BalasPadambukan saya kak .. dia, dia, dia!
wakakakaa
Nampak gayanya saya perlu Google untuk cari burung Belibis :-)
BalasPadamhuh...melastik binatang tu kan dilarang...klu pihak PERHILITAN tahu pasti kena dakwa...syg anak2 sekarang takde peluang utk buat aktiviti melastik..takut nnti mereka melastik org yg lalu lalang dkt dpn rumah...parah dibuatnya...
BalasPadammmg sawah tempat si belibis melepak kan? sebab masa kecik2 dulu selalu gak abang2 saya pegi menangkap belibis..;-)
BalasPadamdaging belibis pun sodap... hehehe
BalasPadamkasik lastik cicak lah.. hahaha
BalasPadamhe he.. baling pot dengan selipar mmg tak bahaya.. lagi baik utk kesihatan gitew.. :D
BalasPadam