Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

Senjakala vs Interlok

Masih segar dalam ingatan. Tatkala maza menduduki peperiksaan SPM kami menggunakan novel SENJAKALA karya Baharuddin Kahar sebagi teks subjek Kesusateraan Melayu. 

Ceritanya memang menyentuh perasaan berlatarkan banjaraan Titiwangsa yang indah. Watak utama ialah Kinto.

"Senjakala adalah kisah kegigihan Kinto, seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih daripada seratus hari. Kinto ingin mendapatkan daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Di dalam novel ini dilukiskan kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang."(kredit to: goodreads.com)

Dusk @ Kota Damansara
Gambar: Senjakala di sebuah taman perumahan Kota Damansara

Zaman itu juga tidak adapun mana-mana kaum mahu mengangkat bantahan dan mempersoalkan penghinaan bangsa.

Hari ini novel yang digunakan untuk subjek Kesusasteraan Melayu sudah bertukar. INTERLOK karya Sasterawan Negara (SN) Abdullah Hussain telah terpilih.

Maza pernah membaca novel SN Abdullah Hussain bertajuk IMAM! Memang bagus novel itu. Mengetengahkan pergolakan yang berlaku akibat sikap manusia yang cemburu, lalai dan alpa. Juga SN Abdullah Hussain mengutarakan beberapa cadangan secara tersiratnya di dalam novel tersebut untuk memajukan ummah dan masjid sebagai institusi tertinggi agama.

Hairannya hari ini karya SN Abdullah Hussain melalui novel INTERLOK mendapat bantahan dan ada pula yang hendak mengambil kesempatan. Walhal kalau diselusuri betul-betul apa yang disampaikan adalah perkara benar tentang latar sejarah mereka. Ataukah mereka sudah lupa tentang asal usul diri sendiri.?Atau cuba menghapuskan hakikat sebuah sejarah?!

Hari Ahad, Februari 27, 2011 di hadapan KLCC telah dirancang oleh HINDRAF untuk mengadakan demonstrasi bantahan INTERLOK dijadikan teks pengajaran di sekolah.


Maza fikir yang sudah tu sudahlah. Telah banyak penerangan, duit, masa, pemaufakatan dan perbincangan diadakan demi menjaga hati yang satu itu.

Tak payahlah hendak menyertai demostrasi itu. Rentikanlah, 'jangan sampai kaduk menyucuk mata'...


19 ulasan:

  1. bila rasa riak dan bangga diri tu dah menguasai.. seboleh mungkin sejarah busuk masa lalu mahu di padamkan.. padahal tu semua penting sebagai peringatan buat diri

    BalasPadam
  2. Pengkarya akan merakam apa yang berlaku didalam ruang amatan pengalaman dan hidup maka dicernakan dengan kepakaran ilmu nya..Apatah lagi bila sang pengkarya punya jiwa lembut-kata-kata,mainan jari di kanvas mahupun pengamatan mata di viewfinder.itu yang tak terfaham oleh manusia tak punya jiwa.tapi penuh emosi melulu dan ke bangsaan ajaran Nazi.

    BalasPadam
  3. SAM, aku memang tabik apa yg ko utarakan.. huhuhu..
    Respect sesangat.... penuh dgn gaya & keindahan bahasa!

    BalasPadam
  4. syukur si aly tak mcm tu, kan?

    hehehe

    BalasPadam
  5. Seniman menangis kerana ketidakfahaman orang ramai.
    Dia cuba menunjukkan cahaya indah di dalam kegelapan tetapi lampu terus dinyalakan dan seniman itu menangis lagi......

    BalasPadam
  6. Puitis sungguh..
    like it.. hehehe

    BalasPadam
  7. hemm..mungkin tidak difahami apa yang tersirat di sebalik nya..menyebabkan mereka melenting..

    BalasPadam
  8. sudah berbuih diterangkan..
    tapi ... entahlah...
    Kalau Melayu dicop mudah lupa, yang ini apa pula?

    BalasPadam
  9. Oleh kerana sehingga sekarang masih belum lagi membaca lagi novel "Interlok", memang tidak wajar untuk Saya membuat komen mengenainya..

    BalasPadam
  10. Yang buat kacau semua ni memanglah bukan pemimpin tapi samseng yang dah bangkrap idea. Dah tak ada cara lain lagi nak cari perhatian orang ramai (dalam dan luar negara). Soal content biarlah tokoh sastera dan sejarah yang berikan pendapat mereka. Walau apa pun maksud buku tersebut, namun seperti pyanhabib kata "Takkan lah sampai bakar buku teks dan bakar negara".

    BalasPadam
  11. ..... I like !! (pada Pyanhabib)
    .
    .
    .
    Kita sakit kepala lak. Tak boleh nak komen banyak-banyak. :(

    BalasPadam
  12. kat opis kzue ada 2 org itu bangsa satu ceylon dan satu lagi p****org yg kasta tinggi pun mengaku mereka yg jenis kulit gelap dtg dari estet2 mmg keturunan p****. mmg x salah apa yg trtulis dlm novel itu.
    x mengaku konon...

    BalasPadam
  13. yeap.. kita harus bertindak adil sebelum melontar komen, kan...
    hehehehe

    BalasPadam
  14. Saya dahulu pun aliran Sastera dan novel Senjakala juga digunakan tapi saya lebih suka Hikayat Umar Umaiyah.

    Ada yang mengambil kesempatan di ayer keroh. Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya begitu jangan cuba menjolok sarang tebuan. Jangan lupa asal-usul

    BalasPadam
  15. oooo... ambik sastera ke dulu? cayalah! mesti rajin membaca kan.. :)

    BalasPadam
  16. hikayat umar umaiyyah.. hahaha.. memang mantop gitew..

    BalasPadam
  17. opps.. kata worang serba boleh gitew.. hahaha

    BalasPadam
  18. Tak mahu komen banyak pasal isu ni, tapi tetap nak komen...
    Dah lama rasa sakit hati, sedih, geram, meluat,... dan yes!!!! Kak Long sangat suka sajak Pyan tu...

    BalasPadam
  19. Pyan memang dari dolu2 kerjanya bersajak, kan?
    berlakon pun dia bersajak...
    hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini