Halaman

Isnin, 3 Januari 2011

Nasrun & maza melangkah ke alam baru



Teruja ada, sedih pun ada. Itulah perasan seorang bapa (maza) yang pertama kali menghantar anak sulungnya ke sekolah rendah kebangsaan.

Hari ini 3 Januari 2011 bermulalah alam baru kepada kami sekeluarga terutama pada maza sendiri. Ianya bagaikan perubahan zaman. Zaman suka ria dan sekehendak hati bercuti cuti-cuti 1Malaysia sudah hampir luput. Sekarang zaman untuk menghantar, membimbing dan mendidik anak-anak yang lebih mengufuk pula.

Ya, inilah sebuah fasa kehidupan yang seorang bapa harus lalui. Dan ini juga menandakan bahawa anak-anak semakin membesar. Anak-anak semakin berjalan jauh setelah bertatih-tatih digenggaman tangan ayah. Semestinya tidak lama lagi, anak yang ini juga akan terus berlari-lari di celah kehidupan dunia meninggalkan ayah di atas sebuah kehidupan yang penuh ranjau.


Hari ini merupakan hari pertama Muhamad Nasrul Hakim ke sekolah. Syukur alhamdulilah, Nasrun sudah biasa dengan bersekolah semenjak dari bayi lagi. Ya, Nasrun pernah dihantar ke nursery di Pantai Dalam. Terima kasih Kak Ani dan Abang Wahab kerana sudi menyantuni dan menjaga anak itu. Lantaran itu Nasrun tidak kekok untuk bercampur gaul dengan persekitaran sekolah barunya. Lagipun Nasrun mudah mesra orangnya.

Sungguh pun demikian, maza tetap merasa risau. Apa tah lagi maza hanya mampu meninjau dari celah tingkap kereta tatkala menghantar anak itu di pintu pagar sekolah. Maza tidak berkesempatan untuk menghantar Nasrun ke dalam kelas barunya.


Maza fikir Nasrun akan merengek mahu maza menemaninya, tetapi sebaik pintu kereta ditutup setelah bersalaman dan berpeluk cium, dia terus menonong berlalu menaiki anak tangga ke pintu sekolah tanpa menoleh ke belakang. Tak sampai dua minit susuk tubuh kecil Nasrun lenyap ditelan bukit sekolah itu.



Hari ini maza cuti separuh hari. Tengah hari nanti mahu menjemput anak kecil itu. Mahu dengar celoteh hari pertamanya. Kemudian jam 2.30 petang karang dia sekali lagi akan ke sekolah baru yang lagi satu, Sekolah Agama Rakyat Selangor. Mudah-mudahan dia menjadi anak yang soleh, teguh imannya, cekal hatinya dan cemerlang dalam setiap segi!

Nota kaki: maza dahulu bekas bahan ujikaji juga.. dari KLSM ke KBSM untuk sekolah rendah. Dan anak maza hari ini menghadapi nasib yang hampir sama, bahan ujikaji untuk KSSR. Mudah-mudahan menjadi kali ini dan terbaik, insyallahhhh.. ameeeeennnn gitew..


22 ulasan:

  1. Tahniah Maza dan Nasrun. Selamat kembali ke sekolah, hahaha.......

    BalasPadam
  2. hahaha..anak zaman sekarang
    mak bapa yang cuak risau dok terintai² tepi kelas

    satu fasa kehidupan seorang bapa dan pengalaman baru

    BalasPadam
  3. selamat ke sekolah maza n nasrun ;)

    BalasPadam
  4. terima kasih kakak yg comel itew.. hehehhe

    BalasPadam
  5. semalam maza bermonolog sendirian.. sekali lagi rutin harian terpaksa diadjust..

    mahu bangun awal mahu hantar anak ke sekolah...
    tak mahu merosakan program dan mood anak di hari pertamanya ke sekolah....
    mudah2an aku berjaya! cayo!

    BalasPadam
  6. terima kasih makcik tie...
    kedua-dua anak beranak ni teruja nak back to school gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  7. hehe... si ayah yang terlebih risau.. anak rilex je masuk sekolah jumpa kawan baru mcm takdak apa berlaku. satu pengalaman si ayah yang pastinya takkan dilupa. semalat bersekolah nasrun.

    anak aku lambat lagi, baru 3bulan umurnya. hehe..

    BalasPadam
  8. sempat maza ambil shot ye..hehehe

    harap² anak maza selesa kat sekolah dan boleh belajar dengan sempurna

    BalasPadam
  9. abg anwar kena nikmati baby baru tu betul2.. kena selami saat2 bersamanya tu weii..
    best woo ada baby baru ni.. hehehhe

    BalasPadam
  10. hehehe... terima kasih cikgu...

    alahai guna lens kontot aje, cinuk2 mana yg patut gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  11. Saya adalah batch terakhir sukatan pelajaran sebelum KBSM. Pada masa itu hanya dua subjek yang diajar didalam KBSM untub batch kami iaitu Bahasa Melayu Baku dan Bahasa Inggeris yang lain masih sukatan lama.

    Hari ini anak saya abang Ngah bermula KSSR. :-)

    BalasPadam
  12. Bila dah besar panjang kalau dukung dah sampai hujung kaki dulu masa bayi dalam tak cecah pun. Memang betul apa Maza katakan dulu saya memilih baju sekarang anak-anak hendak membuat pilihan sendiri :-)

    BalasPadam
  13. fuh!!!
    macam bapa pula excited nak ke sekolah..
    eheheee

    BalasPadam
  14. selamat pegi sekolah & belajar kat sekolah ye nasrun..jgn nakal2 tau..

    BalasPadam
  15. Ibu bapa pastinya excited sama bila anak melangkah ke sekolah di hari pertama persekolahan.

    BalasPadam
  16. rasanya bro ni masuk darjah satu tahun 1982, kan? hehehehe

    sama lah kita weiii.. bapak dan anak jadi bahan tabung uji gitew.... huhuhu

    BalasPadam
  17. hahaha...

    en_me sudah berani tunjuk belakangnya di gambar profile itew.. heheheh

    BalasPadam
  18. Selamat bersekolah Nasrun dan selamat menjadi bapa kepada anak yang bersekolah Maza.. he he..
    Ada tunggu di sekolah ke first day. My wife dulu one week dia tunggu anak first kami di sekolah. Takut.... Anyway, kami dah emapt yg masuk sekolah skrg, so kali ni relax aje. Maza pun nanti cam tu jugak.

    BalasPadam
  19. Ni sorang lagi yang baru menjadi bapa kepada anak yang berskolah... excited la si anif semalam sama Maza.. :D

    BalasPadam
  20. giliran anif tidak lama kan.. hehehehe

    BalasPadam
  21. hahaha...

    tak sempat nak tunggu abg mail.. Nasrun dah lenyap dalam kelasnya dan mingle around & blend with surround area.. . hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini