Halaman

Sabtu, 1 Januari 2011

Di Ambang Zaman Baru

31 Disember 2010 merupakan ambang kepada tahun baru 2011. Macam biasa di Kuala Lumpur ini, ramai juga pihak korporat dan orang perseorangan menganjurkan majlis sambutan tahun baru.

Ada sesetengahnya menganjurkan parti, sukaneka dan konsert. Dan tidak kurang juga yang memberikan alternatif dalam bentuk kerohanian. Nah! Anda harus memelihnya yang mana satu kaedah. Mahu berpesta sampai dimurkai Tuhan atau sebaliknya.

(Gambar 1: Padang tempat kami berkumpul menyaksikan percikan bunga api)

Kali ini cara maza sambut malam ambang tahun baru agak berbeza dari kelaziman. Kebetulan ada kenduri di majid berdekatan di sini, jadinya lepas maghrib terus sambar naskah 'Yassin' dan dilangsungkan bacaan doa oleh pak imam. Usai majlis tersebut kami ramai-ramai turun ke padang. Makanan telah siap dihidangkan. hehehehe

(Gambar 2)

Lebih kurang jam 11.30 maza dan keluarga turun ke padang berhampiran dengan masjid. Apa lagi kami mengambil kesempatan untuk melihat percikan bunga api yang tak perlu berbayar itu.

Belum pun jam 12.00 tengah malam, sekitar 11.55 malam sudah ada yang membakar bunga api. Apatah lagi jam 12.00 tengah malam, lagilah banyak bunga api berdetam dentum sana sini.

Tahun ini banyak pula pihak-pihak tertentu yang menaja bunga api. Jadinya di ruang angkasaraya di masjid ini diterangi oleh limpahan cahaya bunga api.

(Gambar 3: Bunga api yang berbentuk seolah-olah bunga kebangsaan: bunga raya)

Jadi kengkawan, maza pun tepeklah beberapa keping gambar bunga api tersebut agar kita sama-sama bersyukur dengan nikmat keamanan, kesihatan dan kemurahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Untuk itu maza ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 semua!...

(Gambar 4)

(Gambar 5)

(Gambar 6)

(Gambar 7)

(Gambar 8)

(Gambar 9)

(Gambar 10)

Pinggan ayan: terima kasih kepada Mohd Amin & Faiz Al Hasani kerana sudi menjalin hubungan dengan mengikuti blog GKKJ ini.. tanpa kengkawan siapalah maza kan....huhuhu

14 ulasan:

  1. Selamat menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 lebih barik daripada tahun-tahun sebelumnya. Insyallah :)

    BalasPadam
  2. ameeennnn.. terima kasih gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru kepada Maza. Apa bila tahun meningkat umur pun turut meningkat. Harapan saya jangan wajah bertambah garis kedut tapi kita masih ditakuk lama

    BalasPadam
  4. terima kasih di atas ingatan itu...

    BalasPadam
  5. suka-ria berparti dan disko.
    dibuka hingga ke pagi.
    seronok hingga tak ingat dunia.

    Selamat tahun baru 2011.........

    BalasPadam
  6. Selamat Tahun Baru Maza... amboi tengok bunga api lagi dia. Kawe awal tido - pukul 10 dah zzzzzz..... He he penat! Cantik gambar2 tu Maza. Boleh tahan. Maybe kalau satu dua gambar guna shutter speed yang slow dan buat mcm jurai-jurai api pun rock juga kan?
    Kamera kawe tak leh ambik gambar atas langit dgn cun lagi.. Maybe ada rezeki nanti cari satu lense yg power sikit. :D

    BalasPadam
  7. Oh ya, my fav adalah gambar ke enam dari atas...

    BalasPadam
  8. maza fikiran positive sebagaimana saranan ustaz yg mengajar di masjid tempat maza..

    "Elok mereka tak ingat dunia.... mereka akan selamat... sebabnya mereka akan sentiasa ingatkan akhirat... tapi kita juga kena ingat, jangan juga tinggalkan dunia. Kerana orang yang berjaya di akhirat akan berusaha menjaga perbuatan kebajikan dan keburukannya di dunia."

    Selamat datang dan selamat tahun baru juga....

    psst: tahun ni tahun arab. kata org Cina Tiong Hwa, ada ong lorrr.. hehehhee

    BalasPadam
  9. terima kasih abang mail kerana sudi mengundi .. .sekurang2nya maza tahu yang mana utk diperbaiki.. tapi apa yg penting segala keindahan itu datangnya dari Allah jua.. huhuhu

    BalasPadam
  10. wah! bagus cadangan abang mail.. nanti saya cuba ya. hehehhe

    psst: apa lagi abang mail tunggu2.. meh ler upgrade.. skill dan teknik abang mail sudah ada tu.. kalau kena dgn kameranya, perkhhh mesti meletup gitew.. heheheheh

    BalasPadam
  11. Selamat tahun baru 2011. Cantik bunga api di langit.

    BalasPadam
  12. terima kasih gitew... hehehe
    maza baru belajar juga....

    BalasPadam
  13. malam tahun baru aku sambut di kampung sahaja, suasana sunyi sbb ramai pi I-city Shah alam. Kitorg duk umah layan astro je. :)

    BalasPadam
  14. WAH! I-CITY?! maza tak pernah sampai kat sana pun...huhuhu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini