Hari pertama sekolah sudah berlalu. Dan hari ini merupakan hari kedua Muhamad Nasrun Hakim ke sekolah. Alhamdulilah, dia bersemangat dan mudah diuruskan walaupun terpaksa bangun seawal pagi yang diluar rutin hariannya.
Untuk dua minggu ini Guru Besar yang berbangsa Cina itu menerangkan anak-anak tahun 1 akan pulang jam 12.30 tengah hari. Jadual akan kembali seperti sediakala dengan kesemua murid akan pulang jam 1.00 tengah hari.
Waktu rasmi tamat persekolahan ialah 12.30 tengah hari. Namun 30 minit akan ditambah untuk kelas tasmik (bacaan Al Quran - macam JQAF jugalah). Bagi murid non-muslim punyai pilihan yang lain.
Jadinya, semalam selepas waktu persekolahan sekolah rendah tamat, jam 2.30 petang Nasrun memasuki pula Sekolah Agama Rakyat Selangor. Nasrun hanya akan pulang jam 5.45 petang. Ini bermakna tiga jam lagi diperuntukkan untuk pendidikan agama Islam.
Di kotak fikiran maza terkenangkan bahawa sudah tentulah anak ini akan keletihan. Terbayang jelas di ruangan mata yang Nasrun akan berwajah layu sambil mengheret beg Ben10-nya keluar dari kelas nanti. Atau mungkin dia akan tertidur awal malam ini.
Perasaan kasihan terhadapnya kembali menyelinap di sanubari. Hati maza mula berbisik, tak apalah. Kita perlu berkorban demi masa depan. Kebahagian perlu dicari baik untuk kebahagian di dunia mahupun di akhirat.
Sebaliknya berlaku. Nasrun terus ceria dan berwajah girang. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia penuh bertenaga seperti bateri handphone yang dicaj penuh. Nasrun berlari mendapatkan adik-adiknya di pintu pagar sekolah.
Di hati maza berasa syukur kerana anak ini tidak lembik, bersemangat dan tegap orangnya.
"Abang Nsrun tak penat ke?" periksa ibunya, Darling di dalam kereta.
"Tak. Kat sekolah Nasrun tidur. Cikgu pun cakap, Nasrun tidur. Lepas tu Nasrun tengok semua orang tak tidur. Tapi Nasrun Tidur. Nasrun tidur aje diam-diam," jawab Nasrun jujur lagi maha selambanya.
"Wah! Patutlah budak ni tak lembik hari ini ... hahaha ..." maza tertawa gelihati mendengarkan pengakuan jujur anak ini.
Sambil-sambil itu, Darling memberikan nasihat yang di dalam kelas tidak boleh tidur dan perlu menumpukan perhatian pada pelajaran.
Nota kaki: Terima kasih kancil biru yang sudi mem-follow blog maza. Tanpa kengkawan, siapalah maza, kan?! huhuhu
nasrun sekolah seksyen 6 ke seksyen 11?
BalasPadamhaha..tido nasrun..patutla... tp kalau x tido pun nasrun still power kan!!
BalasPadamGambar no #4 tu best :D .. selamat masuk sekolah nasrun! :D
BalasPadamselamat belajar nasrun. jangan bagi tahu adik-adik nasrun tido kat sekolah nanti dia orang ikut camtu lak.hehe...
BalasPadamOkay la tu. Tak ada masalah.
BalasPadamAnak sedara Tie sebaya dengan Nasrun. Tapi dia ada problem laa, confius kelas agamanya yang tingkat 3 tu, pastu confius nak balik naik bas, basnya lak ada 2 jenis. Kalau Tie pun blur macam ni, huhu. Maza hantar sendiri Nasrun ke sekolah, ekk ?
seksyen 9.... dekat dgn kubur dan hutan belantara.. heheheh
BalasPadamberikut ialah niat maza; "saja naiwatu aku menghantar anak ku kat seksyen 9 kerana mahu kasi bersunyi2an dan ada padang yg besar kedabak gitew" heheheh
hari2 kena paksa makan tu.. huhuhu
BalasPadamterima kasih.. pakai kamera tipon yang itu hari aje..
BalasPadamdan selamat mentelaah buat kakak nono juga.. hehehhe
hahaha... adik2 dia lagi lasak dari dia.. entahlah..jangan dia gheghet cikgu sudah.. hahahaha
BalasPadambuat masa sekarang maza dan darling hantar sendiri...
BalasPadamtapi bergantung kepada keadaan... karang tak larat, terpaksalah jumpa Van Pak Zul, err.. mcm Geng Bas Sekolah gak ler.. hehehehe
Haa..haa. patutlar segar bugar rupanya bantai tidur didalam kelas
BalasPadampsst..abang biomed pernah tidur dalam kelas? hehehehe
BalasPadamTidak pernah malah ketika duduk asrama penuh saya jadi time clock untuk kejut kawan-kawan bangun tidur untuk study waktu petang :-)
BalasPadamgambar last tu mcm YB tgh bagi sumbangan basikal kat murid cemerlang kat sekolah je...hehehehe
BalasPadamBetullah Kujie, macam YB yang sedang bergambar untuk press masa bagi sumbangan.
BalasPadamCuma Kak Long terfikir YB tu lupa pakai kot agaknya.
uihh!!!
BalasPadampatut la wajah ceria je..
heheee
Seronok lihat anak-anak di sekolah.. Macam-macam kerenah :)
BalasPadamglup! Sudah limabelas worng cakap macam tu.. huhuhu
BalasPadamceria, gembira, risau dan rungsing yang bercampur baur.. huhuhu
BalasPadamYa betul!.. heheheh
BalasPadammgkn ayah nasrun dulu pn bantai tidur dkt kelas lorrr...hehehe..
BalasPadamMaza skrg tgh dok praktis utk jadi YB..PRU dah nak dekat...hehehe...
BalasPadamOppss!... cakap slow2.. rahsia antara kita jer...
BalasPadamhahahaha
aiseh mcm adik beradik la.. serupa je anak-beranak ni.. like father like son.
BalasPadamsteady nasrun... belajar2 sungguh supaya boleh tulis blog lebih canggih dari daddy.. :D