Halaman

Rabu, 5 Januari 2011

Gosip Rumah Bertingkat



(Gambar 1: Kondominium mewah di persimpangan Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur)

Tahun 2003, Ahad, sekitar jam 8.30 pagi, isteri maza yakni Darling sedang mencuci koridor di Kondo Rakyat, Bukit Angkasa, Kuala Lumpur. Rumah kami di tingkat 19. Oleh kerana rumah kami terletak agak privasi dan teratas sekali, maza menggelarkannya Pent House *(berangan aje...hehehe).

Usai membasuh koridor tersebut tiba-tiba makcik tingkat bawah marah-marah. Menjerit-jerit bagaikan guruh dan petir berdentum hebat di langit.

Rupa-rupanya isteri maza sudah membuat satu kesilapan. Darling tidak perasan yang makcik tingkat bawah itu sudah menyidai kain bajunya di ampaian yang berbetulan pula di bawah lubang saluran air kami. Habis kain bajunya yang sudah siap berbilas dibasahi oleh air kotoran.

Kondominium Jalan Duta

(Gambar 2: Sebuah kondominium dan ruangan pejabat sedang dalam pembinaan.
Lokasi Jalan Duta, Kuala Lumpur)


Mendengarkan kehebatan tikaman lidah dan amukan makcik tingkat bawah itu, isteri maza menjadi ketakutan. Apatah lagi suara makcik bawah itu terjerit-jerit seperti wanita histeria. Dia memanggil-manggil orang tingkat atas. Katanya kami kurang ajar! Kami tak sekolah! Tak berhati perut, pengotor, dengki dengan kebahagian orang lain dan bermacam-macam lagi.

Makcik-makcik setingkat dengannya keluar semuanya berdondon-dondon menjengah dan meninjau makcik yang menjadi mangsa itu. Makcik-makcik yang tingkat bawah dan bawah dan bawah pun sama-sama berlari-lari naik ke atas mahu memeriksa perkara hal yang berlaku. Ada antara mereka itu yang menjadi batu api, memarakkan lagi amarah makcik tingkat bawah.

Isteri maza menjadi seram sejuk, malu dan tidak berani untuk bersemuka dengan makcik tingkat bawah untuk meminta ampun merafak sembah.

Melihatkan keadaan getir sedemikian rupa, maza mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga lalu turun untuk meminta maaf. Maza juga bersedia dihukum untuk mencuci semua pakaian yang terkena kotaran itu beserta dengan mencuci koridornya sekali.

Sebaliknya makcik tu cakap: "Tak payah! Aku boleh cuci sendiri. Aku takut kau tak reti cuci. Tak bersih. Pengotor!"

maza fikir makcik tingkat bawah tersebut ikhlas menerima kemaafan maza sekeluarga. Dan maza menerima segala kutukan tersebut dengan penuh kesedaran rasa tanggungjawab dan sabar menelannya bulat-bulat. Apatah lagi sebaik mengenangkan kami ini baru pindah hanya beberapa bulan lalu ke situ. Lagi pun kami ini pengantin baru. Inai masih pekat lagi di jari *(alahai tetiba terkenanglah fulaks pelaminnya.. eihik, eihik, eihik..gedik).

Di benak maza dipenuhi rasa kesyukuran yang perkara itu sudah pun menemui jalan penyelesaian. Tidak perlu lagi gaduh-gaduh. Tak perlu diperbesar-besarkan. Lagi pun kami ini jiran tetangga. Selepas bersemuka ini keamanan, kedamaian dan harmoni akan pulih kembali. Tidak perlu mengungkit-ungit. Kata orang putih, 'settle in once for all.'

(Gambar 3: Sebuah lagi kondominium mewah dalam pembinaan
di Jalan Duta, Kuala Lumpur)

Elok sahaja maza menapak naik ke anak tangga akhir untuk pulang ke rumah, makcik tingkat bawah kembali menikam belakang maza. Dia terus-terusan dengan bebelan dan hamunan ketidak puasan hatinya. Menghina kami sekeluarga. Suaranya dilontarkan kuat-kuat hingga boleh didengari seluruh kondo rakyat itu. Makcik-makcik lain yang berkumpul sama tadi turut menambah perisa. Kalau ada yang menyabarkannya cuma seorang dua. Mereka yang lain pakat menghembus nafas dengan kata-kata untuk memarakkan lagi amarah.

"Pengotor! Habis kain baju aku. Penat aku cuci. Tak ada hati perut punya budak. Suka-suka mak bapak dia jirus air dari atas... bla bla bla.."

Semakin maza diamkan, semakin menjadi-jadi pula. Makcik tingkat bawah mengadu domba dan mencaci cerca kami meleret-leret. Semakin bingit telinga maza, berdengung-dengung bagaikan lalat dari tempat pelupusan sampah terbang mengelilingi gegendang telinga ini.

Maza menjengah dari koridor melihat kelibat makcik tingkat bawah bersama gengnya yang masih berkumpul di situ. Mereka perasan maza sedang menjengah dan meninjau mereka itu. Mereka menjeling sinis. Mereka sengaja membuat provokasi!

jalan duta
(Gambar 4: Bangunan tinggi di tebing bukit bersebelahan Jalan Duta, Kuala Lumpur)

Telinga maza bertukar menjadi merah. Panas mendengarkannya. Maza merasakan makcik itu sudah melampau dan tidak sepatutnya berbuat demikian rupa. Perkara ini tidak harus dibiarkan, getus hati maza. Perkara ini perlu diperbetulkan.

Geram dengan tindakan mereka, maza pun pekik sama, "Woi! Orang sudah offer minta maaf. Sudah sedia basuhkan balik pakaian tu dia tak mau lah pulak ... dia tolak. Jual mahal. Berlagak zuhud. Tu taik kucing yang bertepek kat rumah aku ni kucing dia yang punya. Ingat dia sahaja yang tahu pembersih!? Dan biarkan kami bergelumbang dengan taik kucing yang busuk piang dia tu. Dia ingat dia seorang sahaja mahu hidup selesa tanpa bertemankan busuk?..

Woi! Timbang rasalah sikit. Kucing dia yang berak kat kaki lima ni, taik kucing belaan dia jugak. Kucing kesayangan dia. Sepatutnya dia kena basuh dan minta maaf pada kami sebab kucing dia tu berak depan rumah kami. Apa ingat rumah kami ni tempat berak kucing ke? Bukan hari ini aje kucing tu berak kat sini, tapi tiap-tiap hari! Sekarang macam mana cerita?! Makcik mahu settle macam mana? Saya tunggu!!"

Maza nantikan balasan dari makcik tingkat bawah untuk menyahut bagi menyelesaikan masalah yang kecil tapi diperbesar-besarkannya. Suara makcik tingkat bawah yang terpekik-pekik tadi sudah menyusut dengan drastik.

Hampir setengah jam maza menantikan jawaban balas di tepi koridor tingkat 19 itu. Tiada suatu pun bunyian lagi kedengaran. Keadaan kembali aman. Sunyi sepi.

Nota tambahan:
Wardrobe - landscape & nature
Iso: 200, F: 11, Speed: 1/200

21 ulasan:

  1. Alamat rmh sy tingkat 8, Rumah Merpati.... hahaha.. leh skodeng tngkat bawah...

    BalasPadam
  2. Waaakakakaa......... Kena sebijik makcik tu!!

    Maza, Tie ingat maza nak siram sebaldi air, haha...

    Sebenarnya ramai orang yang macam tu la Maza. Ramai yang biadap. Jenis makcik lak tu, kalau budak-budak muda tu bolehlah kita terima kurang ilmu. Ni dah jadi makcik pun makin menjadi-jadi la ek.

    Hal taik kucing tu, suami Tie pernah kena sumpah. Suami Tie ni dah tugasnya jaga keadaan di quarters ni. Ada peraturan, binatang peliharaan tidak dibenarkan (kucing dan yang berkeliaran di luar tu, hamster tak pe kot, hehe..). Faham aje laa.. ada sorang dua tu jenis degil. Konon nak tunjukkan sifat 'kemanusiaannya' Mereka bela kucing, tapi tak ajor kucingnya kebersihan.

    Bila ada yang mengadu ikan dicuri dan tukang mesin rumput tu terpaksa berdepan dengan hujan tahi kucing... abang kita pun mulakan operasi tangkap kucing.

    Nak tahu tak apa tuan punya kucing tu kata ? Dia kata abang kita musuh nabi (tahu la nabi sayangkan kucing), dan dia kata anak dia tak nak makan sebab kucing dia tak balik rumah. Bengong punya orang!

    Err......

    Hari ni kita berjaya buat entry kecik di sini. Yeh!!!

    BalasPadam
  3. Ha ha... silap org makcik oiii.. Maza photography tu.. jgn main-main ler..
    Tapi mmg cam tu Maza, ada makcik2 ini terOver la kdg2. Hidup2 tu biarlah aman dan saling bermaafan. Ini "old school" la nie.. Terikut time British dan Jepun dulu plus time"Ibu Mertuaku".. :D
    Bab photography pulak. Kalau gambar cam di atas tu, kena tampal besar2 Maza baru nampak effect dia. Kawe pun plan nak tutup Roq Photography dan buat blog baru yang boleh tempel saiz besar sikit mcm yg saya buat utk my sister (dgn izin tampal kat sini link) : http://a2o-photography.com/ .

    BalasPadam
  4. makcik memang nak kena tu... huh!
    tak boleh kenangkan kediamanku yang dulu, setiap tangga pasti ada benda itu... hukhuk...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum akhi MAZA....

    buat per ler cerita kisah tuuuuu . he he he buat ummi teringat balik kisah 19 tahun dulu , masa baru kawin gak , baru nk belajar berdikari , sewa rumah flat kt w.maju ... satu petang balik kerja (masa tu ummi bekerja, la nie jer dok umah) basuh baju , guna tangan jer coz lum smpt pun beli mesin basuh, air baju menitik atas rak org tingkat bawah , tup2 suami org tu naik bagitau , seb baik dia tak jerit mcm zaujah Maza kena , tp maluuuuuuu ... hujung tahun terus pindah gi Tmn Melati lak... terkenang suatu masa dulu, he he he

    BalasPadam
  6. wah bro...
    kau memang jenis sabar ek...
    kalau aku la memang masak la makcik tu
    tahniah la bro

    Ps : aku sokong hak dan kesaksamaan gender jadi
    kalau perempuan kurang ajar aku layan sama la dengan lelaki kurang hajar... (so sekarang pilih nak hak kesaksamaan antara lelaki dan wanita atau nak ikut apa yang dah ditetapkan Al-Quran)

    BalasPadam
  7. nak berjiran macam macam....saya selalu dapat jiran bangsa asing...semua ok
    cuma sekali je dpt jiran bela anjing..dah tu ajing jenis pet
    gebu2 manja tu...dgn kita pun dia nak bermanja
    susah...

    BalasPadam
  8. betul kata abg mail tu tampal besar2...

    tapi tu ler, blog maza yg ini tak boleh nak tepek besar2... yg ni pun takut gambarnya pecah dan tak cun..huhhuhu

    oleh itu mengharapkan kengkawan photog utk klik kat gambar tu utk tengok lebih detail.. hehehe

    psst: rasanya maza pun nak bikin koleksi photog maza lah.. hehehehe

    abg mail, kalau guna domain wordpress, orait tak? heheheh

    BalasPadam
  9. kalau mau test run wordpress boleh... pakai sub-domain dulu. boleh kasi free plus hosting.
    kalau mau try.. let me know.. tiada masaalah punya. Tapi baca le sikit2 pasal WP dulu supaya sonang tempel gambar nt. :D

    BalasPadam
  10. pergh!! debush sebijik kat makcik tuuuu.. wat malu pembela2 kucing jek.. konon bela kucing tapi tak ambil tahu kucing tu buat ape kat umah orang... baik tak yah. wat tambah dosa je

    BalasPadam
  11. perkara senang disusahkan..memang ler jadi payah.. kan? huhuhu

    BalasPadam
  12. hahaha.. kisah tauladan yg menarik dari Tie.. hehehhee

    BalasPadam
  13. skodeng tingkat bawah?
    lebam biji mata...

    tak pun tumbuh ketumbit!

    hahahhaa

    BalasPadam
  14. mak ai...makcik2 ni pun...tak beragak nak cakap...patutnya demelah tunjuk tauladan...ini lebih2 pulak...

    mmg hilang sabar kalau kena macam maza ni..huhuhu...

    jadinya....lepas tuh, semuanya kembali tenang? ke ade sambungan lagi??? :p

    BalasPadam
  15. sekarang...jiran saye mmg ade bela anjing...kadang2..serabut juga...malam2 menyalak..

    BalasPadam
  16. Asam garam hidup berjiran. Sebagai seorang yang lebih senior dan terawal makan garam sepatutnya boleh berfikir panjang dan rasional. Saya pernah berpesan kepada kawan sekerja apabila umur meningkat bukan setakat rambut beruban dan banyaknya calitan kedut di muka tapi kematangan dan kewarasan turut bertambah.Kalau tidak kita jadi orang-orang yang rugi macam katak duduk dibawah tempurung.

    BalasPadam
  17. tak der sambungan hafis..

    lepas seminggu makcik2 tu ok balik semula... tapi seminggu ler. .hehehe
    kucing peliharaan dia terus dikurung di dlm sangkar..
    kekadang kesian pulak kat kucing tu kalau dikurung berhari2 tak keluar ... huhuhu

    serious kucing dia lawa2 dan encem2... tapi tu ler, kaki berak depan rumah org.... aderkkkk..

    BalasPadam
  18. maaflah ummi tak tersengaja, tertulis lak cerita ini.. hehehe

    psst: kalau mamat tu datang dgn baik dan menegur juga baik, maza rasa tak perlulah malu bangat sampai pindah bagai. hehehe... tu kalau maza lah.. sbb maza pun ada mcm muka tempayan gak ler.. hahahaha

    BalasPadam
  19. huh..garang sungguh maza.. Tp padanla ngan muka makcik tu..membebel, menjerit2 x henti2. Kalau ma pun sakit hatii..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini