Semalam hati sungguh panas apabila talian internet di rumah maza mula mogok. Mulanya mahu sahaja menghamburkan kata-kata nista. Tetapi setelah ada yang mengaku bermain games di dalam talian, terus maza mendiamkan diri.
Siapa lagi, kalau bukan si Nasrun (6 tahun). Akhir-akhir ini galak juga budak itu menggodek dan bermain games, walhal Nasrun belum pun pandai membaca!
Lantaran itu tahulah maza punca kelembapan talian ini, lain tidak bukan adalah disebabkan akaun penggunaan talian data (data usage) telah mencapai jumlah maksimum.
Sebenarnya maza sudah gunakan broadband dengan modem besar kedabak ini hampir 3 tahun. Difikiran maza mulalah gatal mengenyam mahu meng'upgrade'kan keupayaan capaian.
Sekonyong-konyong berpergianlah maza ke pusat perkhidmatan Maxis untuk menamatkan perkhidmatan broadband dan mahu beralih arah ke jenama yang lain; lebih murah dan reliable.
Lepas berurusan maza pun pulang ke rumah dengan senyum simpul semanis cendul yang dijual di Padang Kota, Sunway Damansara. Di pintu rumah si darling menyambut dalam kehairanan sambil cuba menjuih sekuntum senyuman manja.
"Lah! Abang kata nak tukar broadband jenama lain, kenapa abang masih ambil yang sama; maxis?" periksa si darling. Sekejap itu juga senyuman manja tadi segera luput di bibir darling lalu meninggalkan mulut yang ternganga, mata terbeliak, terpacak memerhatikan maza mahukan penjelasan.
"Kan abang dah tukar ni. Dulu yang besar dan berwayar sana sini. Sekarang ni ha ... kecil, comel dan boleh dibawa ke mana-mana saja," jelas maza tanpa terputus-putus mempamerkan gigi putihnya.
Sebenarnya dua jam yang lalu di konti Maxis itu, sebaik maza melimparkan rasa tidak puas hati dan mahu menghentikan perkhidmatan, maza telah disapa dengan suara lunak dan berwajah manis oleh seorang gadis berbaju hijau.
Kata gadis bernama Fareeza di cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, "memanglah encik menghadapi masalah capaian. Ini disebabkan encik menggunakan modem yang lama. Modem ZTE ini hanya berkapasiti 3mbph. Penggunaan bulanan encik sejak enam bulan yang lalu sudah melebih 3mbph. Sebaliknya, maxis dengan murah hati selama itu juga telah menyalurkan tambahan data usage untuk encik.
Akibat penggunaan internet sudah mencapai penggunaan maksium, maka talian internet akan terganggu dan capaian menjadi amat perlahan."
Melopong mulut maza mendengarkan gadis comel ini memberikan penerangan yang tepat sambil menayangkan semua akaun-akaun penggunaan maza.
Kemudian dia menyambung lagi, "Beginilah encik. Saya cadangkan tak usahlah encik menamatkan perkhidmatan dengan kami. Selain encik telah menikmati perkhidmatan tambahan dari penyaluran tambahan data usage tanpa pengetahuan encik itu, saya syorkan eloklah encik upgrade-kan modem dan akaun encik sekali. Sebenarnya dengan modem yang baru ini encik dapat menjimatkan bil bulanan. Tawaran istimewa ini hanya untuk pelanggan yang sentiasa setia menyokong kami seperti encik."
Dalam hati maza berkata, maza bukanlah setia mana pun. Kerap juga broadband yang satu ini kena 'sumpah'. Tetapi sebaik mengenangkan kata-kata lembut dan senyuman manis gadis dari Serdang, Selangor ini, maza menjadi cair dan memberikan sekali lagi peluang kepada Maxis Broadband.
Harap-harap masalah tentang talian tidak akan kembali menghantui maza kali ini. Dari itu kengkawan bolehlah mengikuti blog kesayangan kengkawan ini tanpa halangan atau menempuhi sebarang kesulitan, terutama dalam menantikan kesinambungan entry-nya. hahaha *ketawa sambil memegang perut.
nota tambahan: terima kasih Cik Faizura Rahman kerana sudi menjadikan Gubuk Kecil ini sebagai teman karib ... siapalah maza tanpa kengkawan, kan?.. huhuhu

wahh..ada pengikut dari maxis tu..glamour gitu..hehe
BalasPadamAish.. Mula jer berkobar-kobar, sampai sana cair kena pujuk :D
BalasPadamHaha...
BalasPadamTak sangka pokcik ni mudah cair, ekekeke......
Itulah taktik orang berniaga...
Dari niat nak tutup akaun terus berubah jadi pelanggan setia. Haa.. adik sibaju ijau tu patut dapat bonus dari Maxis!!
Hai... macam tolong buat iklan jer!... ada dapat commission keh?... hehehe...
BalasPadamgalomour?!
BalasPadamtapi maza tak ler semanis seperti cik bb itew.. hahahhaah*senyum dan ketawa
dasar lelaki lemah iman.. pantang kena pujuk, terus cair... hahhaha
BalasPadamtu tandanya maza di dalam hatinya penuh melimpah ruah kasih sayang!
BalasPadamwakakakakak*ketawa kuat-kuat sampai bergegar katil sebelah weiii
wahhhhhhhh...lepas ni maza kembali berdesut di alam maya
BalasPadamsaya masih dgn stimik berwajar selirat tu
Salam,
BalasPadamAha...chekdee pun ada gak keinginan nak hentikan stemix dengan telekom ni....... nak tuko ke maxis cam tu jugaklah....... boleh bawak kemana-mana.... so senang nak berinternet walaupun sewaktu kita outstation .........cuma...masa nak kedai telekom jer ....kena cari gak masa tu.... heheheheh
Maza..... anak 6 tahun...main game....cepat pakai cermin mata nanti budak tu...... hehehehe..... bila dah pakai cermin mata...susahlah nak jadi pilot.... hehehehehe
sebenarnya nasrun telah pun memakai cermin mata... rabun dekat dgn silau yg tinggi...
BalasPadamhuhuhu
hmm..dah upgrade pun.. tp compare streamyx ngan BB ni, ma lg suka streamyx sbb stabil & x pernah lak terputus connectionnya spjg ma menggunakannya. Sbb tu sampai skrg dah ada BB pun tak pegi2 lagi terminate encik streamyx tu..hehe..
BalasPadamsepengetahuan maza, streamyx yg berwayar itu lebih stabil.. sbb maza pakai kat ofis setakat hari ini boleh diharapkan.. hehehhe
BalasPadamcuma leceh sikit kalau mau bergerak sana sini.. tak der ler modem mahu online gitew..
tapi tak pe, blacberry juga mampu mengatasi masalah itu.. hahaha
sebenarnya maza prefer streamyx juga.. lebih stabil dan tak sakit jiwa.. tapi kat sini tak ada kemudahan itu... port streamyx kena rebut lorr..hehehhe
BalasPadamakhirnya tukar maxis yer..
BalasPadamkat umah saya plak masih setia dengan streamyx.. hehehe..
Upgrade nampaknya? Makin canggih la kembara jalanan nie.. :D
BalasPadamtak lah tukar maxis cuma upgrade jerk...
BalasPadam(boleh dikira upgrade ke? walhal maza sudah keciciran keretapi nunnn jauh ke belakang lah misi)
heheheh
hahaha.. mahu kejar abg mail yg kebambomm itew.. hehehe
BalasPadamtak kawsa uuuuu.. hahahaha
BalasPadamayah sy guna vodafone.. eh celcom kah? *konpius*
BalasPadamxkisah la apa2 pun asalkan lajuuuuu hihihhi~
vodafone kat msia ni jenama telefon..
BalasPadamcelcom anak syarikat axiata ialah pembekal rangkaian perkhidmatan talian komunikasi... barangkali yg ini dimaksudkan oleh cik adila yg jelita itew.. hahaha
wink! wink! wink!
wow! baru nmpk ade nama cik faizura rahman di sini! hehe
BalasPadamsy pun gne mxs bb jugak :D
hahaha... terima kasih misi..
BalasPadamtanpa misi siapalah maza, kan? huhuhu
nice being friend maza ^_^
BalasPadam