Halaman

Rabu, 20 Oktober 2010

Restauran mamak: Midah, Usop, anney bermain mata

Minggu lepas Midah komplain di kedai mamak. "Mamak! Saya rasa sudah salah kira ni. Cuba kira balik semula dan betul-betul," sergah Midah kepada seorang anney.


Terkial-kial dan terketar-ketar si anney mengira semula bil makanan. Beberapa kali dia memanggil rakannya berbincang pasal makanan yang dilahap habis oleh Midah dan suaminya, Usop.

"Wanney, renderk, Anjiee ... ayo-yo! Encik, saya minta maaf. Ini kuli saya ada sikittttt bikin silap. Ini macam saya kasik betul juga. Kurang dua ringgit dua puluh sen juga. Itu papadom saya kasi free, itu telur saya kasi charge enam puluh sen. A'rek ... mintak maaf encik." Jelas anney lembut di kaunter bayaran itu.

(Gambar: Nasi campur dan sirap di Restoran Idaman)

"Ok, baiklah. Lain kali kira baik-baik ya anney." Midah melemparkan senyuman kepada anney penjaga duit itu. Senyuman perli Midah disambut sengehan yang meleret anney penjaga duit sambil membetulkan kain dottynya.

**Jeda**

Pagi ini, Usop bersarapan di restoran yang sama. Kali ini Usop bersendirian. Seorang pelayan berbangsa Burma datang menghampiri. Usai semua hidangan terhidang, pelayan Burma itu terus mengira dan meletakkan bil di tepi pinggan.

Selepas bersarapan Usop bergerak ke kaunter bayaran. Sambil menelek bil dia mencongak sendirian, roti sardin RM3.00, teh panas RM1.20.

Sebaik tiba di depan anney kaunter bayaran, Usop segera mengeluarkan duit RM5.20. Tanpa menoleh ke muka Usop, anney terus menyambar bil serta duit yang dihulurkan itu. Kemudian anney memulangkan RM2.00 kepada Usop.

Usop tergamam. Sepatutnya anney penjaga duit itu memulangkan duitnya RM1.00 sahaja bukan RM2.00. Usop senyum. Dalam hatinya berkata, sekarang ini harga semuanya sudah mahal, satu ringgit juga mempunyai nilai, kalau dulu seringgit ini selalunya berakhir di tabung surau atau masjid tapi kali ini perlu berhati-hati sedikit.

"Anney, cuba kira balik," kata Usop sambil tangannya masih menggenggam erat duit RM2.00 di atas meja kaunter itu.

Anney terpinga-pinga. Dia takut membuat silap lagi. Kemudian dia segera mengambil semula bil yang dicampakkannya ke dalam sebuah kotak khas di sebelah mesin kira-kira itu. Dia membelek dan mengira semula.

Tanpa berkata sepatah apa pun, anney mengambil semula duit seringgit di tangan Usop. Senyum tidak, berkata terima kasih pun tidak.

Usop hanya tersenyum. Usop menggeleng-gelengkan kepala meninggalkan kaunter bayaran tadi. Anney masih sibuk dengan pelanggan yang berebut-rebut hendak membuat bayaran.

(Gambar: Aqlan gelakkan anney)

Soalan peperiksaan bahagian teka kacang:
1) Apakah yang difikirkan si anney tatkala Usop berkata "anney kira balik"?
2) Adakah anda akan melakukan perkara sama seperti Usop lakukan atau sebaliknya?
3) "Usop menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berlalu pergi" - adakah Usop rasa menyesal di atas kelakuannya sebentar tadi?


Terima kasih tak terhingga kepada Nora Edayu yang sudi menjadi pengikut maza di blog ini.

nota: kesemua gambar ditangkap menggunakan kamera telefon ajer... hehehe


16 ulasan:

  1. calculator rosak.. nanti pi kira len... kirim salam sama itu anney...

    BalasPadam
  2. jawapan saya b) hewhhe

    BalasPadam
  3. ah.. sungguh comel gigi BB yg putih itew.. tersengeh tan tersenyum simpul

    (please refer to entry di Blog BB pasal gigi itu ya)
    hahahahaha

    BalasPadam
  4. Aqlan pown dh pandai makan kt kedai tewww..

    BalasPadam
  5. mazaaaaaaaaaaaaa.........lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah tak beranney anney....

    bukan anney je kena suruh kira balik..kadang2 'adik kakak ' pun sama

    BalasPadam
  6. hahaha... ajaklah angah ke tempat anney.. hehehe

    kujie... maza juga sudah lama tak mengidam tomyam, maka sudah lama juga tak singgah ke kedai 'adik kakak'...hehehe

    BalasPadam
  7. byk kali kedai mamak ni silap kira.. so, lau sesapa g makan kt kedai mamak, make sure tgk bil dan kira.. mak saya pun selalu buat camtu.. huhu..

    BalasPadam
  8. hih..ni mesti slalu sgt mkn kak kedai mamak ni tu yg xcited wat citer pasal anney2 tu seme ..hehe..

    BalasPadam
  9. ...ikut mood haha

    seb baik anney tu xsenyum
    kang dia kata, senyuman dia singgit mcm mana? :P

    BalasPadam
  10. Aiyooo.. Kira suka hati tu namanya.. Kejap berubah-ubah :D

    BalasPadam
  11. kan.. nasib baik gomen suruh keluarkan resit makanan kan.. kalau tak, dah lama agaknya dia org jadi jutawan..

    huhuhu

    tapi dlm hal ini, anggap ajelah kesilapan.. mau pujuk hati sendirik gitew.. hahaha

    BalasPadam
  12. wahh.. cik adila sudah pandai buat lawak nampak.. hahahha

    nice quote sis.. hehee

    BalasPadam
  13. tak lah..

    kali ini betul2 cerita betul.. hehhee

    BalasPadam
  14. naisb baik gomen mewajibkan pengusaha restoran mengeluarkan resit rasmi kan?

    kalau dulu, pakat redha ajelah.. panggil sepuluh org suruh kira balik, maka kita akan dapat 11 jawapan yg berbeza...

    hahahha

    BalasPadam
  15. anney tu cuak kot2.. dia rugi lebih.. hohoho...

    BalasPadam
  16. "Aqlan berada di mana-mana adanya ayah dan ibu lah atuk_me..." terang aqlan kepada en.me.

    ahahhahaha

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini