October 25, 2010 (Ahad) - Tatkala dalam perjalanan ke Kuang, Selangor maza telah terserempak dengan peniaga jalanan.
Gambar Cendol 1: Mesin pengisar cendol yang klasik gitew. Kata orang mesin yang segar malar menghasilkan cendol tulen |
Apa yang menarik perhatian maza ialah sungguh pun beliau berniaga di bawah pohon rendang tersebut, di tepi jalan yang ada kalanya dipenuhi oleh kenderaan yang pelbagai saiz, tetapi pelanggannya tidak pernah memilih itu semua. Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan status-quo.
Gambar Cendol 3: Titisan-titisan air batu sebelum dikisar halus |
Gambar Cendol 4: Baru terlihatkan mesin ini sahaja sudah mampu membuatkan kita meneguk liur sendiri. hahaha |
Gambar Cendol 6: Menghirup cendol sambil menikmati angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, duduk di bawah naungan pohon rendang di tepi jalan |
Lihat sahajalah beberapa siri gambar di sini. Betapa mereka menikmati setiap titis lemak dan manisnya cendol tersebut.
Maza sempat menemuramah beberapa pelanggan yang lain. Antara pelanggan itu datang dari jauh seperti Singapura dan Australia!
Hmm ... maza rasa cendol pun boleh dijadikan satu mekanisme perpaduan dan penyatuan ummah. Cendol mampu menjadi satu ikon untuk mempromosikan ukhwah dan produk pelancongan negara!
Terdetik di hati maza betapa nikmatnya hidup di negara ini dengan dianugerahkan keamanan dan kesejahteraan. Mahulah pula maza berpesan, janganlah ada antara kita yang menjadi onar yang memporak-perandakan kemakmuran negara ini.
Demikian juga diharapkan agar janganlah dijadikan cendol selepas ini sebagai titik permusuhan antara dua bangsa di nusantara ini dengan tuduhan 'mencuri' khazanah negara lain walhal kita serumpun. Kita hidup bermaufakat dan berkongsi keuntungan apalah salahnya, kan?
nota kaki: tetiba maza teringatkan sebuah filem tempatan berbahasa 'Mandarin' bertajuk "Cinta Ais Kacang"
Salam
BalasPadamsekarang ni jarang dapat ais yang diparut halus
Dalam maksud posting kali nie. Tabik Maza. Btw, cendol mmg la sodap. Cuma hairannya kalau jual di kedai2 makan jd kurang laku. Mesti jual tepi jalan jugak mcm di atas tu.
BalasPadamsedapnya kalau dapat makan cendol balik ni. nak cuba yang campur tapai pulaklah...mmmm....
BalasPadamAderk!
BalasPadamKita dah terliur ni.
Tak pe.. nanti petang kita nak bukak gerai cendol sendiri, huhu....
cendol baper bintang tewww abg maza.. ahaks
BalasPadamada setengah tu hanya memecahkan air batu yang berketulan besar menjadi kiub kecil stelah itu dimasukkan ke dalam mangkuk beserta beberapa ramuan, kemudiannya si penyedia itu memanggilnya CENDOL.. huhuhu.. lagi haru, kan?
BalasPadamhahahah...
BalasPadamentah macam mana maza amat bersetuju dgn kenyataan abg mail..
kalau di restoran silap hari bulan maza pun tak pandang cendol ini.. haahhaha
campur tapai tak apa, jgn tupai
BalasPadamtapi kalau kopi tupai jantan, elok utk lelaki tu... hahahaha
jgn lupa campur dgn buah roselle.. heheheh
BalasPadamsebenarnya masa maza merakamkan peristiwa ini di waktu siang, tak perasan lah pulak bintang2 bertaburan di angkasa... hahahahha*ketawa jahat...
BalasPadamsebenarnya maza kurang periksa, kata orang rumah maza cendolnya boleh tahan. Itu baru cendol kosong tanpa berentikan pulut atau tapai... maza pulak, sudah dihidangkan, sebat ajelah...hahahha
UIshh.. Sedap tu Cendol!
BalasPadampulak tu kena sebelah petang yg hangat begini... perkhhh..
BalasPadamhahahahha
bestnye cendol tu..yummy..yummy.. nak kena pegi nih!
BalasPadam& pesanan yg diberikan pun bagus.. sentiasalah kita saling mengingati...