Halaman

Ahad, 17 Oktober 2010

Berlari mengejar impian di tepian pantai

(Gambar: Berlari ke ufuk timur. Pantai Lanun, Penyabung)

Akhir-akhir ini terasa kecerdikan otak semakin menyusut. Rasanya banyak perkara intelektual yang maza ketinggalan. Apa yang maza khuatiri ialah episod 'hilang keyakinan diri' bermula lagi.

Banyak perihal ilmu pengurusan, teknikal dan pengetahuan telah menghilang atau sudah pun lapuk. Rasanya perlukan 'masa' untuk mengejar kembali supaya menjadi 'terkini' dan 'berupaya'!

**Jeda**

Oh kawan, aku harus berlari gagah biarpun di pasiran berombak di tepian pantai yang beralun buas. Aku pohon agar bisa menongkah gelora yang ganas untuk menjadi insan cemerlang dan budiman.

Langkah demi langkah diatur untuk terus memacu diri ke hadapan ... tidak mahu lagi tewas dan tertipu dengan 'pembisik' berbalam-balam pemecah iktikad (syaitan)!

(Gambar: Naif, beriringan tangan mengjar impian)

**Jeda**

Oh kawan aku bermimpi lagi.
Mimpi berlari ke kemuncak mimpi.
Impian yang mahu digapai meninggalkan kenangan indah bersama teman.

Rimbunan rindu pada teman-teman seperguruan
sejak melangkah ke tadika, sekolah hinggalah ke saat ini....

(Gambar: Anak-anak kecil bermain ombak. Semakin melangkah, semakin jauh meninggalkan kesan dan semakin pudar pula bekas tapak kaki)


(Gambar: Berpegangan tangan setelah berlari mengejar dan mencapai horizon impian)


Pinggan ayan: kaedah maza bersenam melembutkan gigi dengan bermain kata-kata entah apa-apa entah itu ... alkisah melankolia yang tak berapa nak melentuk gitew. hahaha,*ketawa.

Sila abaikan cerita berbelit-belit itu. Pacakkan mata sahaja ke gambar ... ahaks...



16 ulasan:

  1. Wahaha.. Sempat lagi berpiknik :)

    BalasPadam
  2. picnic masa hari raya yg lalu...

    model: ahaks.. jenis paparazi, mana kenal model.. hehehehe

    BalasPadam
  3. sonoknyer ..

    psst. me dah lamer pindah blog lohhh.. ohoho

    kotak komen ko nih yg xleh letak nama url blog baru.. aper barang kannns..

    http://memanglumayan6.wordpress.com/

    BalasPadam
  4. Lama tak pergi pantai kali terakhir pegi bawa famili mandi air sungai deka Kalumpang Hulu Selangor, Kesian lihat anak-anak saya kerana tak pandai berenang dan main dekat gigi air. Anak orang lain sampai menyelam. Kesian anak-anakku

    BalasPadam
  5. Kalau karangan SPM ni.. kantoi! :D

    BalasPadam
  6. hahhaha..... mau tak nya, bersimpang siur dan ikut sesuka hati jer punya karang itew.. hehehhe

    BalasPadam
  7. kena bawa anak itew pergi jumpa tokey kolam renang..
    sedikit yuran, senyuman akan terukir di bibir tokey kolam renang tanda ada pelanggan mahu belajar berenang.. hehehe

    psst: maza belajar berenang sendiri setelah kena campak di tengah taliair oleh arwah ayah.. aderkkkk

    BalasPadam
  8. Oh en.me sudah pindah lagi.. huhuhu

    tak penat kena mau sewa lori angkat sana sini barang2 mahu pindah itu en.me?
    nanti maza terjah ke blog en.me ya..

    tungguuuuuu

    BalasPadam
  9. ada bakat jadi penyajak ni maza.. *wink*

    BalasPadam
  10. hmm..apa dah jadi? pegile jalan2 cari cerita baru, ilmu baru & dapat asah balik apa2 yg dah tumpul..

    BalasPadam
  11. Salam .....hahaha....ramai yang kononnya cerdek ..... tapi hilang kecerdikannya ......akibat duittttt ........ ukhussss

    BalasPadam
  12. memang sedikit berbelit...tapi ade isinya tuh...tambah2 lagi bile tgk gambar2 tuh...damai saje..

    moge maza terus sihat dan ceria :D

    BalasPadam
  13. ahaks .. maza tak mahu potong rezeki kak 'cha (Habsah Hassan - penulis lirik dan sajak fofular itu)

    *ketawa besar; hahahaha

    BalasPadam
  14. mencari cerita dan idea baru dengan berenang-rengan di kolam itu ... volley?!
    hahaha

    BalasPadam
  15. wah mcm citer Pandai Pandir.. hehehehe

    BalasPadam
  16. ahaks.. terima kasih hafiz.. hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini