Halaman

Rabu, 27 Oktober 2010

Penonton dibodohkan!

Seorang teman maza (Budak Tadika) meluahkan perasaannya dengan menyalurkan email seperti di bawah.

"APABILA seorang Pengarah Filem / drama yang juga seorang pelakon beriaksi tentang komen seorang penonton terhadap karya arahannya, maka dia pun memberi kenyataan sehingga menuduh orang lain sengaja mahu mencemarkan nama baiknya.

Malah dilaporkan bahawa pengarah ini tidak melenting, tapi sehingga membuat andaian yang dangkal dan senget itu mahu diistilahkan sebagai apa?

Padahal dia sendiri tidak sedar yang dia sedang merendah-rendahkan tahap pemikiran penonton di negara ini. Aku tak kisahlah kalau orang lain rasa dia memang bodoh untuk menonton sesebuah filem arahan tempatan tetapi aku menonton filem yang 'bodoh' pun dengan minda yang cerdik!

Apabila kita menonton dan kita merasai kesan langsung (dan tidak langsung) daripada sesebuah filem maka apalah salahnya kalau kita bereaksi. Maka reaksi yang tidak seiring dengan gagasan si pengarah ini terus dilabel sengaja mencari musuh, tidak puas hati secara peribadi, dan mahu mencemar nama baik pengarah itu.

Aku pun nak buat andaian bahawa pengarah ini bukan saja tidak intelektual malah hampir bankrap susila apabila mengatakan penonton cuma tahu sesebuah filem itu menarik atau tidak! Dia ingat penonton boleh dibodohkan seiring dengan kebodohan dia kot!

Aku sendiri tak paham bila pengarah ni kata komen dari seorang penonton itu menyentuh hal-hal yang teknikal walhal tak ada pulak 'budak yang masih belajar' itu bercakap tentang pencahayaan, penataan bunyi, atau aspek sinamatografinya. Takkan adegan perlakuan, ekpresi wajah, dan dialog itu yang dimaksudkan sebagai teknikal. Aku yang 'bodoh' tak macam dia ni rasa itu lebih dianggap 'content' sesebuah filem itu.

Aku tak nampak salahnya orang yang memberi komen pada karya si Pengarah ini, tapi silapnya si Pengarah ini terlondeh sifat dirinya dalam menghadapi situasi. Aku dengan ini mengkategorikan pengarah ini sebagai ... ular yang ujung pangkalnya kepala!

Satu perkara yang tidak patut ialah apabila pengarah mengandaikan respon penonton itu sebagai ekpresi seorang peminat filem yang kurang bijak dan matang. Owh ... macam tu pulak! Habis yang bijak dan matang ialah yang menelan segala lendir dan nanah yang disediakan oleh pembikin filem!" (Budak Tadika)

Apa yang diperkatakan oleh Budak Tadika tersebut adalah terkait dengan peristiwa semalam di dalam akhbar Utusan (Oktober 25 & 26).

Jawapan maza hanya angguk-angguk, geleng-geleng sahaja.

Sebenarnya, maza bukanlah mahir malah tahu sangat perihal filem tempatan. Cuma sekadar hairan apalah yang dikecohkan sangat. hmmm... seperti biasa, segala komen di alu-alukan.

pinggan ayan: "Filem kita wajah kita!"

8 ulasan:

  1. tak tahu pe cerita yang heboh tentang dunia filem ini..hehe

    BalasPadam
  2. BB layan abang Maher Zain jerk kan?*smile & wink! wink! wink!
    hehehe

    BalasPadam
  3. Bila pengarah / pembuat filem terlalu berpaksikan keuntungan inilah jadinya.. Soal moral, isu yang ditimbulkan dicantas dengan cara yang tidak intelek!

    BalasPadam
  4. bnyak kali tertengok cerita yg sebegini rupa...sedehpun ade...

    masalah juge bila teguran dianggap mahu 'membunuh" pengarah..

    pssst...saya hanya penonton yg biase2 saje..hehe

    BalasPadam
  5. Kalau kritikan itu menggunakan kata kasar dan memaki hamun, rasanya ngamlah pengarah marah tapi kalau kritikan biasa.. tak gentleman lah cam tu. Baik buat home production je, tak ada siapa nak kritik.. he he. P/S: Budak2 upload video ke YouTube yg free free pun kena kritik, apa lagi yg kena bayar duit panggung kan Tuan Maza?

    BalasPadam
  6. ehh....ni drama apa ni

    marketing cara baru ni..nak duit dari kocek penonton
    tapi mengutuk penonton..hehe

    BalasPadam
  7. Pengarah film apa ni maza. Tak tau citer pun..hehe.. citer 2 tut tu ke??Agak2 je pasal ada baca byk kritikan pasal citer tu..

    BalasPadam
  8. lebih suka tgk drama korea aje.. hahaha.. =P

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini