Halaman

Jumaat, 13 Ogos 2010

Drama Melankolia Suami Bershopping Baju Raya


(Gambar: Dahulu kala di Genting Highland)

Lokasi: Di hadapan komputer pejabat, Kuala Lumpur.
Latar suasana:
  1. Tenang tanpa ada gangguan. Tidak terasa terancam dengan tikaman mata boss. Aman damai gitew.
  2. Dua kawan sedang berbual di dalam talian internet menggunakan YM (Yahoo Massenger)
*****

Rosni: Bila nak buat berbuka puasa bersama ni?

Sudin: hehhe (senyum ketat)... tunggu gaji lorr. sekarang ni tgh mengumpul keringat mahu beli baju raya anak-anak.. huhuhu

Rosni: kekekke ... (ketawa jahat) tak payah beli baju rayalah.

Sudin: tu lah.. kalau budak-budak tu reti pakai kain pelikat macam ayahnya ni, abang pun bercadang mcm tu gak.. tak payah berbaju raya tahun ini. ... tapi budak-budak tu tak reti nak selit kain pelikat lagi. Yang sulung baru enam tahun, nombor dua pulak empat tahun dan nombor tiga tujuh bulan. Nampaknya terpaksalah abang terjah sana sini. Pecah batu, angkat tanah cari duit tepi.

Rosni: hahhahah. Dulu masa kita kecik kita duduk Felda. Mak ayah susah dan memang tak ada duit. So bila time raya, mesti nak baju raya. Mak ni belilah kain murah-murah.

Nasib baik emak pandai jahit. Jadi bolehlah jahit sendiri.

Ada 4 orang adik-beradik perempuan. Semua pakai corak sama, fesyen aje yang lain. Ada satu kali tu, mana tau masa raya pergi umah orang, baju sama dengan kain langsir orang. Aduhaii ... wakakaka (ketawa)

Sudin: Hahahha... (ketawa simpati) tu lah kan.. orang dulu-dulu tak kisah sangat bab baju raya macam tu. Sebab masing-masing pun susah.

Dan masa zaman tu jugak, kalau tak silap abang, Rosni masih lagi menyangkutkan lastik kat tengkuk dengan batu kat kocek dan berlenggeng ke sana-sini. Jadinya, masa zaman Rosni budak-budak dulu tu, orang taklah kisah sangat. Dah jadi fenomena biasa kat kampung. Emak bapa dan masyarakat sekeliling lebih kurang senasib dengan keluarga kita. Mereka pun dah maklum.

Sekarang ni anak-anak kita kat bandar. Sudah reti membezakan. Sudah banyak pendedahan. Lagi-lagi bersekolah tadika yang kedaboom gitew..

Tapi tak apa. Apa yg ada itulah kita 'kasik kayuhkan.'

Sebenarnya bukanlah anak-anak abang itu yang mengeluh, tapi mak dan bapak merangkap uwan dan atuk dia yang memandang lain macam kalau tak berbaju raya ni.. hehehe (senyum perit)

Semalam ada ura-ura orang tua abang tu mahu sponsor baju anak-anak. Tapi kami jawab tak payahlah untuk budak bertiga tu, cuma kalau mendesak juga maka panjangkanlah beli baju raya untuk kami berlima, iaini termasuk baju raya emak ayah budak-budak tu sekali .... hehehe (ketawa keriangan)

Rosni: hahahahah (ketawa lucu) ... mana ada kita pergi raya pakai lastiklah abang. Bawa beg plastik adalah, senang nak kumpul duit.

Sudin: Abang pernah pergi beraya bawa lastik gantung kat leher tau.. kendian pernah gak bangun pagi-pagi terus hilang pergi beraya.. tak mandi pagi lagi tu. wakakkaka.. (geli hati sendirian, macam kena geletek di pusat gitew)

Rosni: Patutlah busuk! Eh, kalau ada orang yang sudi nak belikan baju, tadah sajalah padang bola.. hahaha... (jeda seketika.. Rosni terdiam. Kemudian menyambung semula)

... tapi betul jugaklah kata abang tu. Itu dulu, zaman kita dulu. Anak zaman sekarang jauh bezanya. Tambah-tambah lagi di bandar ini.

Hanis tu ha suruh kita belikannya beg Barbie. Suruh pakai beg free maybank yippie tak nak,
mengada betul!

***
Tiba-tiba Sudin disergah. Kelam kabut dibuatnya. Bukan sahaja terbang idea tetapi juga segala buku dan pena di hadapannya bertaburan ke udara.

"Sudin, mana dokumen samalam tu. Bawa masuk ke dalam bilik." boss besar Sudin memanggil Sudin. Boss besar berdiri betul-betul di sebelah Sudin sambil memandang tepat ke kaca skrin komputer Sudin.


21 ulasan:

  1. Haha.. Boss Besar patutnya YM jer Sudin tu bila minta dokumen :)

    BalasPadam
  2. hehehe..sudin ni memegang watak maza ke?

    BalasPadam
  3. Oppsss.. biarlah rahsia.. hehehhe

    BalasPadam
  4. jangan harap mau kasik approve nama boss dlm list YM lorr...
    buat kacau daun dan mati mood lorr..

    BalasPadam
  5. drama ni banyak ditayangkan diruang tamu kebanyakkan rumah di malaysia sekarang ni maza
    tanpa skrip tanpa pengarah...hehehe

    BalasPadam
  6. naper sudin x halakan kaca skrin komputer ke tingkap ke ke jamban ke supaya boss x leh nak pandang ghitewww.. uhuhu

    BalasPadam
  7. Hihihihihihi.....kelakar jugak drama swasta minggu ini ye!!!

    :)

    Nice photo!!!

    BalasPadam
  8. Drama macam ni, hanya orang-orang yang 'sewaktu dengannya' sajer yang faham!.. Orang-orang yang di waktu 'zone' lain tak akan dapat menghayatinya!... Sabar!... sabar... Annasoim...annasoim...

    Selamat menyemarakkan Ramadhan Al-Mubarak.

    BalasPadam
  9. Salam buat Maza dan keluarga,

    Selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kali ini dapat kita penuhi dengan rasa syukur serta ibadah yang diberkatiNya.

    BalasPadam
  10. haaaaaaaaa.... main la ym main... ehehehe.

    pasal baju raya tu, jangan dibiasa sgt baju baru banyak sgt kot.. ala kadar sudah. (: bukan nak menyekat kemahuan tapi boleh dijadikan medium untuk educate anak2 supaya bersederhana.. tapi macam saya pulak, masa kecik dapat 2 pasang baju kurung, 2 pasang baju jalan2.. and 2 pasang kasut.. :P bila dh dewasa nie baju kurung 5-6 pasang, baju jalan2 (2-4 pasang), and 1 sandal. :P tapi saya tak shopping langsung. emak saya yang belikan semua. saya siap pakai je. ekekekekekekek...

    BalasPadam
  11. wah! maintenance tinggi ni.. hehehehhe

    BalasPadam
  12. thanks.. nasihat yg baik sekali.. heheheh

    psst: rasanya dah boleh jadi emak2 dah ni.. wink! wink! wink!

    BalasPadam
  13. tu lah kan.. huhuhu

    kekadang mak bapak berlebihan dari budak2 tu...
    tapi walaumacam mana pun katanya nak ikut sunah,, tak gitew.. heheheh

    BalasPadam
  14. heheheh...

    sebenarnya ada unsur satira/sindiran/sinis kat situ... menegur beberapa pihak yg terlibat..

    1) Dari kaca mata boss... pekerja kena jujur dan buat kerja...

    2) tapi dari kaca mata pekerja pula mahu menegur boss.. tak reti2 mau hulur duit raya ke? heheheheh

    BalasPadam
  15. elok juga dia jengah dan membaca tu kak long..

    biar dia jelas dan faham condition pekerja.. katanya duit gaji pun dah sempit, rega barang dah melambung... raya pun dah dekat, duit raya tak der ke? hehehehe

    BalasPadam
  16. buat geletek perut yg kembung sebelum kempis gitew.. hehehehe

    BalasPadam
  17. ya betul!..
    harap2 mereka yg buat pay roll dan approve check maklum ajelah. heheheheh

    gitew gak yg membuat dasar.. baik pihak swasta atau gomen gitew.. huhuh

    BalasPadam
  18. terima kasi kat Tie....

    raya nanti boleh jumpa kat kota tinggi... hehehheeh

    BalasPadam
  19. ini cerita boleh buat drama swasta lorrr...pasti dpt rating yg tinggi..
    p/s: majikan maza takde bg festive loan ker utk Hari Raya???

    BalasPadam
  20. huhuhu.. belum ada lagi rupanya loan sebegitu daddy...
    company kecik2 jer. huhuhu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini