Hari ini sudah enam Ramadhan. Bermakna sudah enam hari kita berpuasa (errr.. bagi mereka yang berpuasa penuh).
Kata ulama muktabar melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para perawi, bulan Ramadhan ini dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
Kata ulama muktabar melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para perawi, bulan Ramadhan ini dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
- Awal Ramadhan pintu Rahmat Allah SWT di buka seluas-luasnya
- Pertengahan Ramadhan pintu keampunan dosa dibuka luas oleh Allah SWT
- Akhir Ramadhan pula ialah pembebasan daripada seksaan neraka!
Pada suatu peristiwa, tatkala malaikat panjatkan doa ke hadrat Ilahi dengan berkata, "celakalah mereka yang keluar dari bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan Allah!" Lalu Nabi Muhammad SAW pun mengaminkannya.
Justeru, mereka yang berjaya memenuhkan aktiviti seharian dengan amal ibadah, iaini bukan setakat menahan lapar dan dahaga di siang hari, tetapi ibadah-ibadah lain seperti sedekah, membaca Al-Quran dan qiamulail, juga menahan diri daripada melakukan maksiat; insyallah diberikan ganjaran yang hebat sehingga seribu kali ganda. Apatah lagi jika kita dapat menemui malam lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Kemudian di akhirnya pula diberikan keampunan oleh Allah SWT.
Justeru maza pun mahu bertukar. Transform kepada yang baik-baik juga. Tidak mahu dicelakakan oleh penghuni langit dan juga penghui bumi. Maza mahu mendapat keampunan, keredhaan, rahmat dan cinta dari Allah SWT! huhuhu...
(Gambar: menghormati Ramadhan dengan menukarkan penampilan dan memelihara akhlak yang mulia. Mudah-mudahan ia dapat mentarbiahkan hati dan jiwa, lantas terus kekal yang baik-baik sepanjang zaman)
Sambil-sambil itu, juga memenuhi tuntutan iman, maza mahu mengajak kengkawan untuk bertukar menjadi insan yang baik-baik. Bertukar dari segi percakapan, perwatakan mahupun penampilan di dalam bulan Ramadhan ini.
Masih sempat lagi untuk melakukan ibadah dan pekerjaan baik-baik wahai kengkawan. Jangan berputus asa dari mengharapkan rahmat Tuhan!
Masih sempat lagi untuk melakukan ibadah dan pekerjaan baik-baik wahai kengkawan. Jangan berputus asa dari mengharapkan rahmat Tuhan!
Antara langkah yang boleh disumbangkan ke arah keredhaan Tuhan ialah dengan membantu saudara muslimin melalui PENUKARKAN PARAM!
Bukanlah maza maksudkan Param pendek (pelakon kenit) yang itu mahu ditukarkan menjadi panjang atau warnanya. Tetapi PARAM yang dimaksudkan di sini ialah PASAR RAMADHAN.
Antaranya yang perlu ditukar ialah:-
- Jangan membeli kepada peniaga PARAM yang tidak menutup aurat.
- Jangan menjual kepada pembeli yang gagal menutup aurat dengan sempurna.
- Jangan membeli barangan yang mahal harganya. Jika kita beli juga barangan yang dijual mahal itu, bermakna kita telah menganiaya saudara kita yang lain. Iaitu kita telah membuatkan infalsi dan menggalakkan peniaga menaikan harga barangan sesuka hati! (Kesian pada orang yang kurang berada seh!)
****
Alkisah, tersebutlah kisah di zaman Khalifah Syaidina Umar Al Khatab. Ketika itu, pada tahun tersebut terjadilah kemarau di tanah Arab yang amat sangat. Keadaan getir berlaku dengan bekalan daging dan makanan berkurangan. Jadinya ada para peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikan harga melampau-lampau sehingga ada yang sampai tiga kali ganda atau lebih!
Mahu tidak mahu seorang hamba kepada Khalifah Al Mukminin itu pun membeli secebis daging tersebut dan dibawanya kembali ke rumah.
Sampai di rumah Syadina Umar bertanya kepada hambanya itu, "kenapa sedikit sangat barangan yang kau bawa dari pasar hari ini tidak seperti lazimnya?"
Jawab hamba, "harga daging di pasar terlalu mahal tuan. Jadi saya telah membeli secebis daging ini dengan kenaikan harga tiga kali ganda!"
"Pulangkan kembali daging ini! Aku tidak mahu aku seorang sahaja dapat memakan daging sedangkan rakyatku menderita kerana masalah ini.
Jika aku memakan daging ini juga, ini bermakna aku sudah menzalimi rakyat ku. Dan bagaimana aku harus tahu kesusahan rakyat jika aku tidak sama-sama seperti mereka.
Pulangkan! Walaupun kita mampu membeli dengan harga yang mahal dengan sebanyak itu, sedangkan kebanyakkan rakyat kita tidak perolehi daging disebabkan harga sedemikian. Mana mungkin aku menelan daging ini dan membiarkan saudara-saudaraku sengsara!"
****
Cerita lain.Maza ingin kongsikan al-kisah ribut yang menghempas PARAM di Jasin Melaka. Moga-moga menjadi iktibar kepada kita sebagai pembeli, penjual, pengguna atau penguatkuasa!
Berikut ialah video yang dipetik dari 'tube anda!'
Jangan lupa bayar zakat fitrah dan fidyah....
Akhir kalam, cerminlah diri, tingkatkan prestasi dan selamat beramal!
Terima kasih kepada Cik Anisah yang cute-cute itew. Ini bermakna bertambahlah rakyat yang menjadi pengikut blog maza. Siapalah maza tanpa kengkawan yang best-best itu, kan? huhuhu
:) Kriteria peniaga yang dinyatakan tu memang patut diboikot!
BalasPadam:) Kriteria peniaga yang dinyatakan tu memang patut diboikot!
BalasPadamTAKBIR! Allahu akbar!
BalasPadamhehehehe
kacaknya maza berserban..hehe..
BalasPadamAlaahai..... nampak makin 'comel' pokcik nih! :)
BalasPadam.
.
Setakat hari ini kita belum lagi ke PaRam... kita masak sendiri laa, ekekeke.... Bukan apa, rasa tak puas hati bila beli makanan di sana. Kebanyakan peniaga hanya memikirkan memasak untuk dijual, dan bukan untuk makan sendiri. Dan ada yang jual kuih-kuih yang recycled.... aderk!
Rasanya, hampeh... budak-budak tu asyik merungut. Lastly, makan je apa yang mama mereka masak, tak yah nak komplen-komplen.
apasal malu2 je gambar tu..hehe.Salam Ramadhan buat maza n family..
BalasPadamalamak eh..
BalasPadammeow! chit, chit, chit.. meow..
alamak eh..
BalasPadammeow! chit, chit, chit.. meow.. hehehe
2) maza kalau gi PaRam tu sekadar beli air best2 dan dua tiga ketul kuih jer.... lain2 menu, geldah di dapur sendiri lorr.. hrhrhrhhr
tawadhuk, tawadhuk....
BalasPadamwakakakaka
Betul tuh…amat setuju!!
BalasPadamtahun ni seboleh mungkin nak masak sendiri juadah berbuka... ^_^
BalasPadamsalam ramadan dan selamat berpuasa...waduh macam wali songo :P
BalasPadamSalam pagi Pak Lebai Maza.....
BalasPadamIngatkan Param Pendek.........ghupernyer PAsar RAMadhan. Hihhihihihihi.......
** Amvoiiiiii, manis gitu b`lebai putih ala2 Pak Lebai........**
:)
Kalau beli lauk pun tak pe... biasalah orang bekerja ni kesuntukan masa. Lagipun letih mengharung traffic jam tu. Anak-anak pun kecik-kecik lagi. Nanti dah besor panjang, memang kena godek dapur tu ..... Budak-budak lelaki ni kuat makan tau!!
BalasPadamammvoiii abang maza lebai tewwww.. ehehe
BalasPadammaza kelihatan spt ustaz sejati gitu. pas ni leh kuar dlm forum perdana. ganti mufti johor tu siapa namanya? dato' noh gadot? Rupa n body dah seiras pun...
BalasPadamSAYA mesti pilih!.. hehehhe
BalasPadamMs. Azmi.. tentu anak2 gembira juga tu.. sbb dapat merasa air tangan ibu yg special gitew.. huhhu
BalasPadamentah mcm teringat lak kat kampung! UWAKKKKK
aduh!!! Bang Arsaili.. pandai sungguh bercanda..
BalasPadamhehehehhe
hehehe..
BalasPadamharap-harap bukan Pak Lebai Malang! aduhai, kan?! hhuhuhu
salam en.me.. ahaks!... *nyorok..
BalasPadamWAH! mau ganti Dato' Noh Gadut?! ..huhuu.. takut berebut-rebut gigi masuk ke perut kena panampar lak kang.... adekrkkk
BalasPadamGULP! Ayat akhir tu macam terkena batang idung entah siapa lah tu ek?
BalasPadamhehehehhe
oohhhh bestnya nasi panas dgn telor mata lembu taruh kicap...
BalasPadamwalaupun simple ... sedap
errkkk hari nie pencen g PARAM...
Terima kasih atas peringatan.. ingatkan param org bersalin tadi. Rasanya lantera dah lama dah abis pantang :) Konpius tengok tajuk tu mula2nya.. skali lagi, mekasih ye..
BalasPadamp/s: g keje pun pakai serban ke skrg? :D
Sekali pandang gambar tu, nampak mcm Haji Bakhil. He he.. jgn mare. Baguslah amanat Maza kali nie. Saya pun akan cuba bertukar PARAM walaupun jarang pergi Bazar Ramadhan sbb lebih syok makan masakan isteri. Cuma stop ditepi jalan utk beli air tebu atau ABC. Kalau semua PARAM jual air tebu dan ABC pakai seksi cam na? Ni Sabah tahu.. sosial sikit.. he he
BalasPadamWah,
BalasPadamBegitu terserlah kelebaian Maza...