Hidup ini penuh perjuangan. Dan setiap kali berjuang kita perlu berusaha keras untuk mengatasi rintangan. Untuk sampai matlamat akhir bukannya mudah. Namun berpantang putus asa mencari keredhaan Tuhan!
Dalam diam dan tidak sedar sekali lagi Ramadhan bulan penuh kerberkataan menjengah buat sekian kalinya.
Tahun ini maza berazam mahu membuatkan Ramadhan yang terbaik, lebih baik daripada tahun-tahun lalu. Pendek kata mahu membawa perubahan ke arah kebaikan.
Di samping itu juga, maza mahu berkongsi sedikit info.
Oleh kerana maza ini tinggal di Selangor dan bekerja di Kuala Lumpur, setelah mendapatkan nasihat daripada orang-orang alim, eloklah zakat dikeluarkan di tempat di mana kita bekerja. Kerana dari situ kita mendapat pendapatan, punca rezeki dan ianya lebih aula' (utama).
Lagipun zakat fitrah di Selangor dan Kuala Lumpur harganya masih tetap sama iaitu RM7.00 sekepala. Mujur juga harga beras bersubsidi itu tidak dinaikan, kalau dinaikan ada harapan zakat fitrah juga kena naik. Tapi zakat naik pun tak adalah menjadi soal yang dahsyat, kerana ia suatu tuntutan syariah! Redha sahajalah kan!?
Selanjutnya jumlah zakat fitrah di kawasan terpilih adalah seperti berikut:-
Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang – RM7 Terengganu – RM5, RM7 dan RM8 Johor – RM5 dan RM7.50 Sabah – RM6.80 Negeri Sembilan – RM6.50 Melaka – RM6.50 Sarawak dan Perlis – RM6
Sumber : Dari Kujie diriwayatkan oleh BERNAMA
Sebelum tutup bicara, maza ingin mengingatkan diri maza yang selalu lupa diri ini agar jangan ponteng solat tarawikh. Tingkatkan prestasi, elokkan peribadi.... selamat beramal!
psst: esok puasa sehhh (Ogos 11, 2010)! Tahun ini berusaha jangan ponteng aaa....
Maza...selamat berpuasa...jangan lupa bangun sahur...hehehe
BalasPadamSalam Kanda Maza......
BalasPadamSelamat b`puasa buat ekau & family s`kalian ye.
Den pun ghuper itu la, Kanda Maza. Ingatkan diri sendiri supaya p`elokkan yg buruk, tambahkan amal & ilmu pd mana yg kurang.
Semoga Ramadhan kali ini m`beri k`insafan pd ruang2 yg "keruh & gelap" kerana k`khilafan yg lalu pd diri semua kita, Insya Allah.
Take care.
:)
Selamat berpuasa :)
BalasPadamSelamat menunaikan ibadah puasa. Dah tekad azam tu - jgn tak buat, ok.
BalasPadamsalam kak tirana....
BalasPadambangkit sahur jam 5.30, maza kira sudah lambat.. makan tergopoh gapah jua...
rupanya subuh 6.00 pagi..
lepas subuh tidur, lena sesangat....
sedar-sedar sudah pukul sembilan..
lenggang lengguk aje masing-masing...
tiba2 teringat, rupanya hari ini KL kerja.. aderkkk!!!!
org rumah juga lupa, dia yg kerja di Selangor memang cuti hari ini... anak2 pun tak ke tadika...jadi masing2 tak teringat nak jagakan maza... huhhu
penyudahnya. ahaks.. jam 10.00pg sampai ke ofis...
1 ramdhan, pahala maza sudah cedera.. uhuk!
org mengandung pun kena puasa kan?
BalasPadamhehehhehe
salam ramdhan zyma
sama juga gitw...
BalasPadamhuhuu
terima kasih abg mail...
BalasPadamdari sabah tak nak beraya ke muar ke?!
hehehhe
Selamat berpuasa untuk maza dan family! semoga ramadhan yang datang membawa lebih keberkatan dalam hidup!
BalasPadamapasal selangor cuti yer????
BalasPadamDarling itew memang cuti hari ini.. cuti jaga anak2 yg juga cuti sempena tadikanya tutup menyambut 1 ramadhan...
BalasPadamkata cikgu, bagi chance pada anak2 biasakan puasa terutama pada hari pertama utk diasuh oleh ibu bapa... Pengalaman pertamalah katakan...
sepekara lagi, barangkali cikgu2 tadika yang mak2 gitew pun mahu mengadjust juga puasa hari pertama mereka.. alahai, kansss? huhu
terima kasih gitew...
BalasPadamsama-samalah kita menjadi insan yang cemerlang....ameennnnn...
terima kasih maza..baru tahu yg lebih afdal bayar zakat ditempat kite kerje..
BalasPadamsalam ramadhan utk maza sekeluarga..moge lebih indah dari tahun sebelumnya..ameen
nampaknya byran zakat dkt johor pon tak berubah..klu mahal pun takpe pasal cuma kena bnyr setahun sekali...apalah sgt jika dibandingkan dengar potongan cukai pendapatan melalui gaji tiap2 bulan..
BalasPadamselamat menyambut bulan ramadhan buat maza & keluarga...
selamat berpuasa ye Incik Maza.. :)
BalasPadamhehehe...
BalasPadamsama2 lah kita belajar naa..
tapikan... kalau mahal sangat sampai berpuluh2 hinggit satu kepala.. ahaks.. gugur juga air mata nak membayar nya...
BalasPadamsilap terus tercebur ke 8 asnaf yg layak menerima zakat fitrah! huhuhu
(err jatuh miskin lorrr ....)
sama-samalah kita selamat berpuasa....
BalasPadamjangan lupa kirim salam kat hasif.. heheheheh
just nak tanye - naper ada negeri yg sampi 2 atau 3 kadarnya.. camane nk pilih kadar yg sesowai..
BalasPadamsalamm ramadhan abang maza ittewww
entahnya en.me.. maza kurang maklum tentang kepelbagaian kadar dlm satu negeri...
BalasPadamPenentuan zakat diukur mengikut jenis makanan rugi di sesebuah tempat itu. Perkara lain juga boleh diambil kira seperti diukur mengikut density, kemakmuran dan kemewahan di daerah itu....
sbg cotoh di bandar JB harga beras sedikit mahal disbbkan di JB lazimnya org menggunakan beras SUPER TEMPATAN... Tetapi di Kluang umpamanya, rakyat marhain di sana makanan rutin mereka ialah beras jati.. jadi kadar zakatnya juga berbeza lah..
Tips memilih kat mana sesuai...
sebenarnya kat mana2 kita boleh keluarkan zakat fitrah ni... nak mengelat pun boleh, seperti dengan terjah ke daerah yang kurang kadar zakatnya.. pokok pangkal niat lorrr, mahu lari keluar belanja banyak atau berbuat sedekah yang lebih....lagipun hanya Tuhan yang tahu untuk terima atau menolak ibadah tersebut.... (errr.. ke laut lah fulaks) hehehhe
Antara Hujah di mana2 jua boleh keluarkan zakat ialah zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum solat sunat Aidil Fitri.. atau dlm kata lain, sebelum matahari terpacak setinggi segalah. Jadinya, misal kata kita berhenti di mana2 masjid on d way balik kampung... atau sememangnya kita kat kampung yg bukan ianya tempat lazim kita bekerja, kita boleh juga mengeluarkan zakat di tempat atau kampung itu...
Namun berdasarkan perbincangan dan persepakatan alim ulama'... zakat wajar dikeluarkan di tempat di mana kita bekerja dan mencari rezeki. Misal kata dlm contoh kes maza, maza tinggal di Selangor dan bekerja (membanting tulang, memecah batu) di Kuala Lumpur.. maka sewajarnya maza mengeluarkan zakat di Kuala Lumpur..
Hal ini berdasarkan kepada tempat kita bekerja ialah tempat punca rezeki kita. Masyarakat di sekeliling tempat kerja kita sedikti sebanyak adalah masyarakat yang membantu dan memakmurkan rezeki kita.... Dlm keadan tersebut, sudah tentu dlm masyarakat yg membantu kita itu ada yg susah, yg miskin dan sebagainya...
Jadi utk membersihkan harta dan mendapatkan manfaat zakat yang berlebih2 berkat serta makmur, seelok2nya bantulah mereka yang di tempat kita bekerja kita dahulu... (psst: karang masyarakat di tempat kita bekerja merusuh atau sengsara, kita juga yang susah, kan? heheheh)
Oleh yang demikian maza akan mengeluarkan mengikut rate Kuala Lumpur di Kuala Lumpur....selebihnya Allah jualah yg Maha Mengetahui......
saya dah ponteng sekali terawih.. wuwuw sbb ttidoq! and tak larat nak terawih sendiri :P heee
BalasPadamrugi, rugi, rugi....
BalasPadamtapi boleh cuba lagi.. heheheh
err.. zakat fitrah pulak jgn ponteng tahun nie.. hehehhe
so far blm pernah dengar cerita org muflis kerana bayar zakat fitrah..hehe
BalasPadam