Halaman

Isnin, 23 Ogos 2010

Antara Dua Titik Sempadan Masa...

"Belum masanya lagi, kau nak meraikan 'kemenangan' awal-awal nak buat apa? Nak jadi macam orang jahiliah?" Imam Salehan menyergah.

"Tak adalah macam tu imam. Kita buatlah persiapan awal dulu. Lagipun saya ni malas nak berebut-rebut, terkejar-kejar di pasar raya sana tu." Jelas Razak.

"Huh! Menang pun tak tahu lagi. Entahkan berjaya entahkan tidak. Dah sibuk nak merai sakan. Bak kata orang tua-tua; perang belum mula, dah kecoh kata dah menang. Heboh sekampung siap pukul tabuh lagi. Tup-tup bila sampai masanya, haram ... terus tewas di depan Tuhan. Merangkak-rangkak mohon keluar dari neraka."

"Eh! Apa yang imam cakapkan ni? Saya tak fahamlah." Razak terpinga-pinga.

"Gini Razak. Puasa ini ibarat kita berperang juga. Kita berperang melawan nafsu. Syaitan sudah confirm awal-awal lagi kena tambat.

Manakala hari raya aidilfitri ialah hari kemenangan setelah kita mengharungi segala rintangan di dalam bulan puasa.

Pendek kata, orang yang betul-betul menang dan harus menyambut hari raya ialah orang yang keluar daripada Ramadhan dengan mendapat keampunan Allah. Iaitu mereka yang mengharungi Ramadhan dengan tabah, takwa dan tawadhuk.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW iaitu Ramadhan itu terdiri daripada tiga peringkat. Sepuluh malam pertama ialah peringkat rahmat Tuhan. Sepuluh malam kedua ialah peringkat keampunan Tuhan. Dan malam sepuluh akhirnya pula ialah peringkat Allah mengeluarkan manusia daripada seksaan neraka.

Ini, puasa pun belum tahu berjaya lagi. Puasa pun tak sampai 15 hari, dah kecoh sana sini nak beraya. Nak raikan kemenangan 'apa' agaknya tu? Menang sebab dapat keampunan dan rahmat Tuhan atau menang dicampakkan dalam lubang neraka; tewas dengan hawa nafsu dan juga godaan tauke-tauke gedung pasaraya sana tu?!"

"Itu saya faham imam. Tapi mana datangnya maksud imam 'jadi orang jahiliah'?"

"Yalah, sebagai perumpamaan! Janganlah kita sama perangainya dengan kaum Quraisy masa perang Badar dulu. Ha! Perang Badar tu pun belaku dalam bulan Ramadhan juga.

Belum pun tahu menang di medan perang, dah sibuk kaum Quraisy membuat keraian. Habis pukul canang katanya Quraisy pasti menang dan diajaknya diraikan terlebih dahulu. Alih-alih kalah dengan pasukan Muslimin dengan 313 tentera orang sahaja. Walhal jumlah tentera Quraisy tiga kali ganda!

Jadinya janganlah menyerupai orang-orang jahiliah itu. Tak manis dan tak disukai Tuhan," terang Imam Solehan.

"Alah imam dengkilah tu. Mentang-mentanglah dia tak dapat tambahan elaun. Haa ... bonus tahun lepas pun tak ada, mulalah dia nak hasut laki kita tu, nak halang kita beraya sakan.

Ni tengah jualan murah baik beli cepat-cepat. Karang menjilat jari. Lagipun minggu depan kan gaji lagi. Boleh buat second round ke shopping complex, tak pun peruntukkan untuk raya di kampung pulak." cebik bibir Senah di balik tabir masjid Kampung Lukut itu.

Tinta emas:
1) Terima kasih kepada en. n@m@n kerana sudi jadi pengikut blog maza ini.. hehehhehe

2) Ada kengkawan bertanya ke mana maza menghilang. Sebenarnya maza tidaklah menghilang cuma tidak sihat sikit dan ambil cuti MC dari menulis di sini. Sambil-sambil itu maza juga pulang ke kampung mengadap bonda di sana, di sanaaaaa.....

Dan sekarang maza sudah kembali gitew..hehehe


16 ulasan:

  1. salam Maza....belum lewat sgt kot nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak!!

    BalasPadam
  2. salam ain.. wah, lama sungguh menghilang.. huhuhu..
    rindu seh..

    terima kasih di atas ucapan itew...
    dan selamat Ramadhan juga utk pn. ain kita...heheheh

    BalasPadam
  3. Wah! posting Maza kali ini tiada gambar? Amazing!

    BalasPadam
  4. wakakkaa...

    yalah abg mail... hehehhe

    takut abg mail kata blog ni turn to photography blog jer.. hehe

    BalasPadam
  5. welcome back maza..hehe..bb pun dah slow sgt update la ni..bz with work n dissertation..poning den..

    BalasPadam
  6. Senah ni ntah apa-apa.. Ada ke patut dia kata imam tu dengki..

    BalasPadam
  7. wah! BB buat master rupanya.. tahniah ler. heheh

    maza entah bilanyer nak further study tu uhuk!
    tu la. masa maza kecik2 asyik nak main guli dan mata jer.. kan.. huhuhu

    BalasPadam
  8. org skrg Ulamak besar dan Ustaz2 pun sudah dipandang rendah.. apa tah lagi dimarakkan dengan berita yang disensasikan kat dada2 akhbar.. 'imam berkhalawat lah, ustaz penipu lah, lebai malang lah...'

    BalasPadam
  9. slamat hari raya!
    oopppsss terawal plak :P :P

    BalasPadam
  10. Welcome backkkkkkkkkkkkkk !!!!!

    :)

    Semoga Bonda T`cinta ekau di kampung nun di sana dlm keadaan sihat2 hendaknya. Amin.

    :)

    BalasPadam
  11. uik.. hehehe... tersasul lak dia ya.. hehehehe

    BalasPadam
  12. toche, toche.. toche..

    mudah2an zyma bertambah sihat dan kuat juga gitew.. heheheheh
    ameeennnn

    BalasPadam
  13. nasib baik la I tak termasuk dalam golongan yg U crite kat atas tu... :D.

    BalasPadam
  14. "U and I have a dream" lyrics form Scorpion, the rock legend

    hehehhehe

    BalasPadam
  15. salam Ramadhan akhi MAZA...

    semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna ... segak akhi berserban gitu...

    BalasPadam
  16. byk kompleks membeli belah dah mainkan lagu raya...hujung minggu nie blhlah bawak Senah beli baju raya utk beraya di kampung halaman rindu..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini