Halaman

Rabu, 25 Ogos 2010

Serban lebai pun boleh londeh dan tertanggal. Semuanya gara-gara godaan di tebing sungai



(Gambar sewaktu-waktu dahulu: Aqlan Sholehin bersama atuknya)

Ogos 21-22, 2010 - Maza sudah terjah pulang ke kampung. Bermulalah perjalanan kembara ke kampung halaman ini disebabkan hasutan dari hasil nukilan Pn. Azma di dalam blog Yang Teristimewa itu. Pn. Azma sudah menulis tentang pulang ke kampung dan meriahnya berbuka puasa bersama ayah dan bonda beliau. huhuhuhu ... jealous you!

Semenjak itu juga jiwa maza tak karuan. Meronta-ronta teringatkan tempat jatuh lagi dikenangkan, ini kan pula tempat bermain di kampung yang itu sewaktu dahulu kala (alahai macam umur dah klasik lah pulak).

Kebetulan pula pada hari Rabu hingga Khamis lepas maza dapat MC. Sungguh dapat MC tapi tidaklah memudaratkan sangat hingga memaksa maza beraya awal (membatalkan puasa). Jadinya, maza pun terambillah kesempatan pada hari Jumaat itu, MC tadi telah disambung menjadi cuti tahunan. Setelah selesai beberapa urusan, petang Jumaat nan indah lagi mendung, maza pun bermusafirlah ke Kahang melempias Kluang, Johor Darul Takzim.

Hati rawan menjadi cerah sebaik dapat merasa air tangan ibu. Bukanlah hidangan yang hebat-hebat ditagihkan, malah hanya sekadar hidangan biasa-biasa sahaja. Hidangan yang sering orang kampung dan ibu maza jamukan. Kalau mahu hidangan yang best-best gitew, di Kuala Lumpur ini pun sudah cukup dan melambak. Tak perlu pun pulang ke kampung halaman nan permai itu.

(Gambar terencat dek terlalu ceria setelah dapat pulang ke kampung halaman nan tercinta)

Tetapi apa yang lebih penting kali ini ialah meraikan Ramadhan bersama ibu tercinta. Berbuka puasa bersama keluarga lebih bermakna dalam kehidupan nan fana ini. Alkisahnya, terkesan jua di lubuk jiwa dengan kemeriahan yang kebabom gitew.

Sungguhpun tidak berlauk mewah, sekadar ikan kering dan bilis pun kami tetap sudi berkongsi malah sedap untuk diratah sama. Yang paling mustajab ialah senyum lebar, rasa bahagia terukir mekar di wajah masing-masing. Alhamdulilah...

Untuk menambahkan perisa ajinomoto kali ini, maza sempat juga terjah pinggiran sungai nan berliku, Sungai Kahang, Batu 25 (kawasan perkampungan Orang Asli). Apa lagi, maka maza pun duduk bersila kononnya hendak memancing ikan jaws.

(Gambar: Dua ekor ikan dikail serentak. Lebai pun boleh berkocak serban bila diuji dengan sentakan rembatan joran oleh ikan yang ganas seperti ini hehehe)

Tetapi akhirnya yang dapat ialah sembilan belas ikan pucuk sahaja. hehehe... jadilah.. boleh juga dijadikan lauk untuk berbuka atau sahur nanti. Dapat makan ikan segar dan duit belanja pun dapat dijimat, kan? hehehe...

Memancing di tepi sungai kali ini betul-betul membawa nostalgia maza tatkala kanak-kanak dahulu purba kala. Dan hari ini maza sudah sampaikan cerita lipatan sejarah tu kepada anak maza sendiri, Nasrun.

Nasrun juga maza sudah peturunkan segala pengalaman dan pendidikan ilmu khas mengail ikan. Harap-harap ilmu itu akan diingati selalu dan dijadikan bekalan hidupnya! huhuhu

(Bergambar kenangan setelah tutorial ilmu mengail ikan disampaikan)

Uniknya kali ini ialah maza telah diperkenalkan kaedah memancing ikan yang baru. Iaitu tidak lagi menggunakan mata kail yang itu. Tetapi sejenis jaring khas yang mampu menjerat sebanyak enam ekor atau lebih ikan sekali gus dalam satu masa.

Bibiq (adik maza) adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah ini. Katanya kaedah ini sebenarnya telah diamalkan oleh masyarakat Siam di Thailand sana. Kiranya kami import teknologi sahajalah.

Baru setengah jam melabuhkan joran, tiba-tiba hujan menghalang kami. Apa lagi bertempiaran lari bersama hasil tangkapan yang lumayan gitew (ahaks! macamlah berpuluh-puluh kilo. Tak sampai pun sekilo setengah ikan yang dikailnya huhuhu). Sampai di rumah jam menunjukkan baru 6.45 petang.

Habis berbuka di maghrib Ahad itu, maza sekeluarga pun terpaksalah meninggalkan kampung halaman.

Insyallah jika ada kederat, duit dan diizinkan Tuhan, raya nanti bolehlah orang-orang kampung berbaris untuk bersalam dengan maza. hehehe (al kisah macam YB Dato Seri Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri, Ahli Parlimen Kahang melawat kawasan dan merasmikan klinik kesihatan lah fulaks.. wakakaka)

25 ulasan:

  1. Hehehe... Dah balik kampung tu tak singgah Gunung Berlumut?

    BalasPadam
  2. memang besar ikan itteww sebesar sungai itteww jugakkk.. ahaks

    BalasPadam
  3. Nasib baik Maza pancing ikan, kalau pancing anak dara orang mau kena pulas telinga..hehehe

    BalasPadam
  4. Salam kanda Maza.....

    Wakakakakakaka......alahaiiiii comel la gambar "terencat" tu. Serious comel gituuuuuu......

    Nanti petang sikit dtg balik sini & baca semula the whole story......dan tak boleh tahan geli hati ni tgk gambar "terencat" ekau tu.

    Hihihihihihihi.........

    :)

    BalasPadam
  5. kita pun ada ilmu memancing ikan gak. lagi senangggg...tak payah guna kail atau joran. guna duit je pancing kat pasar. hehehe!

    BalasPadam
  6. uiks..comel sungguh gambar pertama itu..hehe

    BalasPadam
  7. jauh lah dari rumah... lagi pun takut tergelincir licin nak panjat gunung berlumut itew.. hhehehehhe

    BalasPadam
  8. hehehe...

    sungai itu sedalam dada itik jew en.me weii.. hehehe

    BalasPadam
  9. ahaks! mungkin anak dara itu redha maza memancing dia kot!
    lepas tu mesti terlompat2 keriangan..

    hahahahhaha...*ulat dah naik daunnnnn

    BalasPadam
  10. ahaks.. malu lah pulak den.. hehehhehe

    BalasPadam
  11. UIKS! Kalau mau ikan yg segar2 gitew, perlukan umpan berwarna biru bercekak-cekak di tangan kan.. huhuu

    harga ikan skrg pun boleh tahan mahalnya. ikan kembong dulu tak laku, skrg reganya RM14 sekilo.. aderkkkkkk

    BalasPadam
  12. Ouch! nak nyorok dlm bantal peluklah...hehehhe ... **malu

    BalasPadam
  13. se-cute nono tok kah? hehehhehe
    *entah betul entah tidak gaya meniru bahasa Sarawak tok

    BalasPadam
  14. Eksyenlah tu, boleh balik dan tidor bawah ketiak mak!

    Kita dok jauh, nak balik sendiri naik bas dah serik. Sakit pinggang ooii...

    Tak pe .. nanti kita balik Kota Tinggi nak tepek gambor besor-besor, ekekeke.....

    BalasPadam
  15. Errr kelu nak komen bila tgk gambar terencat tu....

    BalasPadam
  16. hehe..siap mention nama I kat post U tu..hehe.. wah syoknya dia balik kampung. Betul tu..Hidangan yg mak kita buat bukanlah hebat sgt, setakat hdgn org kampung kan. tp dia punya sedap tu hanya tuhan yg tahu.. Gambo terencat tu memang nampak terancat sungguhla maza..hahaha..

    BalasPadam
  17. wakakaka.. jangan lupa singgah Ayer Hitam beli pasu bunga dan bunga telur juga.. heheheh

    psst: kerepek dan keropok pun tengah galak dijual di sana tu..

    BalasPadam
  18. amvoiiiii... kontrol sikit lubang hidungnya, kasik kurangkan kembang kepis perut itu bila nama disebut2 di blog ini ya.. heheheh

    BalasPadam
  19. boleh kata tiap2 minggu zue balik umah mak utk brbuka posa.
    walaupun lauknya tidak seberapa tapi tetap menyelerakan. itulah air tgn mak kann.

    BalasPadam
  20. gambar terencat? WAKAKAKAKAKA!!!!!
    buat lawak la maza ni!

    BalasPadam
  21. err...boleh jadi bintang filemkah?
    heheheeh

    BalasPadam
  22. Maza... salam. Lama tak bertemu di blogsphere ni. Saya dah tukar URL blog. Harap Maza sudi add saya. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  23. Alamak, lupa pulak nak bagi URL baru. Ni dia: http://eleemardiana.blogspot.com

    Ni OD ni... ha ha ha... sabor aje aku.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini