Halaman

Sabtu, 26 Jun 2010

Piala Dunia hancur tanpa lesen judi

Lesen judi yang dimohon oleh Ascot SDN BHD untuk Piala Dunia 2010 tidak diluluskan. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tentangnya malam semalam (25 Jun 2010).

Katanya lagi keputusan dibuat setelah mengambil kira pandangan sebahagian besar pandangan masyarakat selain agama dan politk.

Maklumat lanjut di Berita Harian (klik sini: Berita Harian)


Nampaknya PM telah tunduk di atas desakan majoriti rakyat Malaysia, yang juga lebih separuh daripadanya adalah Muslim. Kalau tak diikutkan kata-kata mereka ini, barangkali berakhir jua seperti bekas PM yang lalu..

Tapi alangkah baiknya jika dibuat kenyataan seperti mufti Brunei, sebagai contoh, "kita tidak meluluskan lesen perjudian Bola Sepak Piala Dunia ini disebabkan pertama-tamanya ialah takutkan laknat Tuhan. Kerana jelas di dalam al-Quran, Injil dan Taurat menyatakan arak, judi dan zina itu haram di sisi orang-orang beriman!"

Selepas ini tiadalah lagi orang mahu bertempik kuat-kuat mahu diberi perhatian pasal isu yang satu ini. Juga tiada lagi orang mahu menarik telinga menteri-menteri lantas memiatnya seraya berkata, "Hey dengar! Atau kali ini sahaja kamu bisa dengar!"

Terima kasih juga kepada usaha-usaha NGO, golongan politik dan mereka yang menyuarakan bantahan perkara yang satu ini. Tak kiralah dalam medium apa sekali pun. Akhirnya usaha anda tidak sia-sia.


Jangan lupa, "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Tahniah! Juga kerana kecintaan anda kepada agama, negara dan nusa lalu berani menyuarakan perkara benar...

Alhamdulilah. Juga mari kita panjatkan doa agar Malaysia sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Terhindar dari laknat-Nya... Ameeennnn

Akhir kalam, takkan hancurnya Piala Dunia itu jika lesen judi ini diharamkan. Pun begitu juga terhadap masyarakat serta ekonomi negara, takkan punah tanpa adanya lesen perjudian bola sepak Piala Dunia.

14 ulasan:

  1. "kita tidak meluluskan lesen perjudian Bola Sepak Piala Dunia ini disebabkan pertama-tamanya ialah takutkan laknat Tuhan. Kerana jelas di dalam al-Quran, Injil dan Taurat menyatakan arak, judi dan zina itu haram di sisi orang-orang beriman!"

    kalau ayat mcm ni keluar - terus tenggelam M'sia kena ribut petir

    Piala Dunia thn ni pun mmg tak best - :p

    p/s- nk komen entri jam tak dpt2....

    BalasPadam
  2. wakakakka.... komen Kujie sungguh d'bomb!

    errr! maza sudah betulkan ruang komen di page pasal jam itew..
    hehehehh

    BalasPadam
  3. kalau lesen judi diluluskan, banyak benda lain yang akan hancur - institusi rumahtangga contohnya... habislah bergolok bergadai nak berjudi.. dah 'halal' lah katakan...

    benda yang haram memang buruk padahnya kalau dibuat kan... ;)

    BalasPadam
  4. YA Betul!

    syukur kepada Ilahi kerana dengan inayat dan limpah kurnianya memberi ilham kpd para pemimpin Msia agar tidak meluluskan lesen tersebut...huhuhuhu

    BalasPadam
  5. salam
    alahamdulillah..akhirnya lesen judi piala dunia tidak diluluskan..

    BalasPadam
  6. Saya nak like entry nie boleh? :)

    Hehe.

    Alhamdulillah. Satu Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan bukan setakat slogan saja2.. Moga2 "Rahmat bahagia Tuhan kurniakan" :)

    BalasPadam
  7. alamatnya meranalah kaki2 judi diluar sana dengan keputusan PM Najib..maka bertambah jugalah aktiviti judi haram tanpa lesen mcm Ah Long (beri pinjaman tanpa lesen)..buat umat islam yg masih suka berjudi, segeralah kembali ke pangkal jalan..

    BalasPadam
  8. Salam Kanda Maza......

    Uiikkssss dah boleh komen ye kat sini. ;-)

    Tgk dan bagi sorakan dah cukup bagus utk m`naikkan semangat pemain2 bola sepak. Judi2 ni tak perlu la.....

    Dah nyata yg JUDI tu mmg haram hukumnya. Jgn cari penyakit.......

    **Aqhlan buat apa tu?? :-)

    BalasPadam
  9. mau like ini entry? Volleyyyy.. hehehhe

    t.q

    BalasPadam
  10. aqlan tgh berlatih angkat besi berat.. mau kuat katanya.. heheheh

    psst: yg haram takkan berubah jadi halal, kanzz..hehehe

    BalasPadam
  11. kalau sudah tahi judi, tak kiralah 'Judi halal' ke atau 'judi haram', tetap mereka terjah..

    kata fisher si pakar ekonomi, selagi ada permintaan di situ ada penawaran.. hehehe

    BalasPadam
  12. semoga kerajaan sekarang kekal pada masa2 akan dtg.

    BalasPadam
  13. yang baik2, yg elok2, harus dikekalkan... kanzz? hehehhe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini