Halaman

Rabu, 23 Jun 2010

Jam ini, bukan sekadar penunjuk waktu!

Dulu-dulu maza tidak berkira sangat perihal jam tangan ini. Janji ada, sudah. Yang pentingnya mampu memberi khidmat dengan memaparkan waktu yang tepat.

Jadinya, maza selalu mendapatkan jam dari pasar malam atau kedai-kedai pinggitan di tepian jalan.

(Gambar: Usia jam ini hampir 6 tahun. Masih lagi tegap berfungsi)

Kalau maza beli yang sedikit berkualiti, tidaklah semahal beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit.

Sepekara lagi, maza suka membeli jam pasar malam disebabkan murah, jika rosak boleh terus dibuang dan digantikan dengan yang baru tanpa ada rasa terkilan. Lantaran itu juga, tidaklah maza hanya punyai satu fesyen jam sahaja dalam satu-satu masa. Arakian dalam setahun pelbagai jenis jam maza dapat gayakan. hehehehe


(Gambar: masa berlalu membawa nostalgia. Semakin dikejar, semakin ia menjauh pula)

Entah dari ribut mana, tahu-tahu hujan rahmat tiba-tiba turun. Pada tahun 2004, isteri maza menghadiahkan jam CASIO yang itu.

"Kita tengok abang tak pernah ada jam yang kekal. Satu lagi, setiap kali rosak, abang terus mengelabah cari jam baru. Lepas tu berhari-hari membelek jam pasar malam, baru nak beli. Lagi pun selalu cakap tengah-tengah ada urusan penting jam pulak buat hal! Susah nak buat kerja dan tergapai-gapai tanpa jam.

(Gambar: Bukti keganasan. Habis jam bercalar-balar. Hehehehe)
Di atas papan paparan jam itu menunjukkan baterinya mampu bertahan sehingga sepuluh tahun. Sekarang hampir enam tahun, sekurang-kurangnya tiga kali maza menggantikan baterinya... alahai, kanzzz?

Jadi, ini hadiah kita sempena birthday abang ya," jelas darling setelah maza mempersoalkan pemberian hadiah yang best itu.

"Alahai, jam ini bukan mahal mana pun, tapi tahan lama kata tokey tu. Lagipun jam ni dah klasik, macam abang juga." Aduhai, si darling sempat lagi perli maza.. huhuhu..



(All pictures are subjects to my experimental test on 'Canon extension tube 12x') hehehe




9 ulasan:

  1. tanpa waktu semuanya bercelaru... dah dekat 10 thn tak pakai jam... dah dekat 10 thn jugak la tengok jam dekat hp je... PEACE...

    BalasPadam
  2. hehehehe..

    maza tak biasa buat macam tu.. tanpa jam tangan mungkin teraba2 mencari waktu..

    BalasPadam
  3. huhh..mmg ternyata ganaz si pemakainya..beli biar mahal janji tahan lama & lasak..pasti jimat..

    BalasPadam
  4. ahaks.. skrg tak der harga lagi daddy..
    mau tukar sama taukey kedai jam pun dia tak mau! huhuhu

    BalasPadam
  5. walaupun calar ke apa, sentimental value yang ada pada jam tuh yang penting.kenangan orang kata.
    tapi kalau nak jual gak bleh je letak kat bazar malam macam kat jb tuh.time kat sana,smua benda pun boleh jual.harituh pergi dapat beli jam yang original tapi dah season pada harga yang murah je :)

    BalasPadam
  6. bila lagi nak try orkid dgn tube tu *wink* :P

    sy guna jam digital
    psl.. analog ni.. isskkk sy slow sket haha
    terbiasa sgt pakai yg digital :P

    sblm ni jam digital mati, terpaksa la guna yg analog
    lps tu kan.. salah baca jam
    hahaha nasib baik terprasan

    BalasPadam
  7. maza dulu2 pun minat juga jam digital...
    tatkala itu sanggup beli dan berebut beli jam G-force...reganya RM10 di pasar malam..

    nanti maza tepekkan gambar bunga, tangkap guna tube yg itew ya.. hehehehe

    BalasPadam
  8. ada harga lagi tu, kalau kat jb bazar karat tuh, jam calar-calar pun jual beratus lagi. ehhe. asalkan masih boleh guna, dah cukup bagus da kan eheh 

    BalasPadam
  9. eh. maza pernah dengar pasal pasar karat tu... tapi kat belah mana ya? kat area sg. seget tu ke? hehehehe

    nampak sangat maza dah berpuluh2 tahun tak turun JB.. heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini