Halaman

Isnin, 28 Jun 2010

Ketuk dulu dan Perempuan Tua diringankan



Semalam maza dimarahi oleh Nasrun (6 tahun).

"Ayah, masuk bilik Nasrun ketuklah pintu dulu. Cikgu cakap masuk bilik orang kena ketuk dulu. Cikgu cakap tengok Quran surah Nuur ayat 58" petah Nasrun berkata dalam pelatnya.


(Gambar : Nasrun & Aqlan)





Selepas mengalah dengan leteran anak kecil itu, maza pun menjengahlah ke dalam tafsir Quran.

Dan maza dapati: -

"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sholat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang tersebut dahulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (An Nuur : 58-59)

**Jeda**


Cerita lain


Orang sekarang sudah pelik. Keadaan sudah terbalik. Mereka yang muda-mudi mahu tunjukkan segala aset yang mereka ada. Habis segala-galanya diketat, disedat dan disentengkan.

Tapi dalam Quran sebaliknya.

Hanya perempuan yang monopouse dan tidak punyai sebarang harapan berkahwin lagi, diberikan keringanan.

Iaitu mereka dibenarkan membuka pakaian luaran sahaja iaitu seperti purdah dan jubah.

Sungguh pun begitu, mereka masih terbatas agar tidak menayang-nayangkan perhiasan yang mereka ada itu.

(maza: Takut-takut kulit yang sudah kendur, ganyut dan menggerutu itu pun ada yg berminat! hehehehe)



"
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (An Nuur : 60)




psst: patut ler isteri-ister menteri dan VIP yang terdedah, berjambul burung belatuk dan tersendat sana-sini, barangkali sudah diringankan dengan dirujuk ayat di atas.. Sudah monopouse & tak ada harapan berkahwin lagi. hehehehe




(Gambar: Air limau. Pedih! ... moh kita minum dulu!)

20 ulasan:

  1. owh... klu anakku berkata begitu mmgla tergamam......

    BalasPadam
  2. memang fening gak nak melayan kerenahnya.. huhuhu

    tapi elok gak bagi tau kat bapak dia ni yg entah apa-apa entah! aderkkkkk

    BalasPadam
  3. Entri nie umpama God sent pada saya Maza!!! Saya tercari2 surah pasal 3 waktu yang tak boleh ganggu org nie.. Terlupa ayat apa sbb aritu berdebat dgn nenek.. dia tak percaya, kutuk org lagi ada.. Huuu. yeay! Saya bukan je dapat dalil naqli, dalil aqli pun ada sekali.. Yeay! :) Thanks Maza..

    ps. haa abis la nenek lepas nie kena ceramah cucu dia :P haha

    BalasPadam
  4. jawabnya seperti maza jualah.. tertunduk dgn pencerahan yang disampaikan oleh anak-anak dan cucu-cucu..

    hehehehe

    BalasPadam
  5. wakakaka...
    jangan lupa baca niat berhujah masa nak akad hujah itu nanti.. "nawai tu ... sahaja aku bla, bla bla"

    psst; tak der masalah bagi maza.. maza pun faham.. untuk nono, cayo! cayo! cayo cayo!...hehehehhe

    BalasPadam
  6. hehehe...bijak nasrun mengayat ayah sampai ayah bukak tafsir quran lagi!!

    BalasPadam
  7. salam maza...

    anak2 kecil pun dah faham isi kandungan al quran , MasyaAllah .. yg dah monopouse tu lg ler faham koooot

    BalasPadam
  8. bagusnya nasrun..ingat surah n ayat sekali..

    BalasPadam
  9. guru tadika dia pun bagus gak sebenarnya.. huhuhuhu

    harap bapa dia sorg aje mendidi... aderkkk!
    heheheh

    BalasPadam
  10. wakakakaka

    sungguh mendalam maksudnya itew...wakakkaka

    BalasPadam
  11. kanzz?...

    harap2 dia tak ler guna dan belum lagi pandai nak meng'ayat' utk memikat gadis-gadis cilik....
    belum cukup umur baligh lagi tu. huhuhu

    BalasPadam
  12. tak nak cakap pasal isteri2 menteri lah maza... itu jauh sangat dari orang2 sekeliling kita yang kita sayang yang perlu kita tegur dulu.

    nampak remeh saja bab ketuk bilik tu , kan... tapi sebenarnya ada dalam al-quran dan terimakasih kerana berkongsi Maza

    BalasPadam
  13. mengelabah anak2 bila ibu dia masuk bilik tanpa ketuk pintu...ahaaa buat apa tu..

    insyallah..lain kali kenalah ibu dia ketuk pintu...tapi x dpt nak mengedap apa yg anak2 buat kat bilik kann.

    BalasPadam
  14. K.zue, jangan skodeng, nanti matanya ketumbit gitew... hehehehhehe

    BalasPadam
  15. gulp! hehehehe

    nak tegur terang2 takut ada yg kecik hati kat sini...
    jadi cerita ajelah benda umum yg dah memang nampak besaq kedabaq, yg umum tahu utk jadi pengajaran kaedahnya.. hehhehehe

    ampun kak kujie yg manis intan payung itew.. heheheh

    BalasPadam
  16. ketuk pintu? hohoho
    sy xkisah sgt pun org ketuk pintu ke tak..
    tu klo kat rumah la kan bila parents ke adik bradik nak masuk bilik

    lg plak sy jarang tutup pintu bilik hihihihi kecuali time malam je bila nak tido lalala~

    BalasPadam
  17. Bijak Nasrun ni, Maza sobab buleh ingek in detail apo yang dicakap an dek cikgu eh. Anak den yang dah bosar godang tu pon tak ngoti2 laie nak ketuk pintu bilik den bilo nak masuk...haiissshhh... hehehe...

    Woooo...den baru je tau ni ha pasal keringanan yang diberi an kek wanita menopause, Maza. Soalan tu pernah berlegar2 kek dalam kepalo hotak den ni ha bilo nengok arwah uwan den sangkut an selendang eh kek kepalo yo. Timo kasih Maza...hehehe

    BalasPadam
  18. wahhh... kalau ini macam, no need binocular tuk skodeng ler.. sudah already ternganga besar lorr...

    word of stalker will not be applicable kat sini.. kecuali menjeling-menjeling mata memandang...mengintai-mengintai dari hujung anak mata.. hehehehe

    BalasPadam
  19. bagusnye nasrun..anak saper la tu.. :)

    nenek yg dah beruban putih penuh..yg tua sungguh,mmg di beri keringanan..
    selalunya tuk bab bertudung...
    pakaian..masih perlu lagi yg sesuai dgn usia..
    :)

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini