Semalam semasa keluar rumah maza terpandang ke langit. Tiba-tiba langit berubah warna. Keseluruhan langit telah bertukar warna kekuning-kuningan.
Maza masih ingat tatkala di kampung dulu-dulu, suasana lebih kurang serupa telah berlaku selepas hujang lebat berhenti. Dari warna langit berubah hingga hampir kesemua kelihatan di bumi turut kekuning-kuningan.
Dek kerana ketakutan, maza menangis dan berlari mendapatkan emak. Emak memujuk maza dengan berkata, "langit belum runtuh lagi nak! Kiamat belum tiba. Tapi nantinya akan tiba jua ..."
*** jeda ***
Cerita lain:-
Tatkala maza pergi ke Bangsar atas kapasiti peribadi, tiba-tiba maza terlihat sebuah drama. Dari celah cermin padang sisi, maza skodeng senario itu.
Seorang pemandu tergaru-garu kepala disebabkan kunci tertinggal di dalam kereta barunya; MPV Proton Exora.
Dia keluar menonong setelah menutup pintu rapat. Sejurus kembali dari urusan di sebuah kedai berdekatan, fungsi auto lock telah mengunci mati keretanya.
Kelihatan pemilik kedai di situ cuba membantunya.
"Entah ya, entahkan tidak! Takut-takut bukan tertinggal kunci, agaknya berbincang tentang masalah lain. Kot-kot pasal duit atau pasal bini dia ke?" kata isteri maza yang seorang itu. Darling cuba membikin cerita sendiri. Bagi sedap story katanya. Sebenarnya, darling tidak mahu ketinggalan untuk menjadi penglipur lara sama dalam cerita di blog kali ini. Dia mahu menambah perisa ajinomoto, biar gorengannya bertambah sedap gitew! .... hehehehe.
*** jeda ***
Lagi, kelihatan banting 'sale' di kiri Jalan Makruf, Bangsar. Tapi tiadalah pula kelihatan berduyun-duyun manusia rakus menyerbu ke situ.
Barangkali 'sale' yang dimaksudkan di banting itu ialah 'jualan' barangan ada di sini. Dan ia bukanlah bermaksud 'jualan murah!'
Mujur juga darling tidak menyebut, 'bang kita belok ke kiri pergi ke situ. Mahu melihat-lihat dan membawa balik barangan jualan murah. Bukan senang nak dapat jualan murah!"
p/s: Ahaks, jualan murah sebenarnya hari ini boleh didapati di mana-mana. Tinggal rajin atau tidak merayau sana sini.. hehehehe
kelam kabut..... macam2 boleh jadi... aritu kami lagila, kelam kabut punya pasal menonong je jalan tak perasan pintu kete tak tutup pun!!!!! sib baik depan opis je, apek bengkel bawah ni tolong tutupkan...
BalasPadamcubaan one two three.. hehehhe
BalasPadammujur juga ada org yg perihatin.. kalau tidak, sudah lama kesemuanya lesap! hehehhhe
BalasPadamwah berwajah baru blog ini. sukalah gambar kedua iteww....he he he..
BalasPadamProgresif katanya.. hehehehe
BalasPadammasa kecik2 dulu mak kata kalau langit kuning jgn tengok. masuk dlm rumah...
BalasPadamSaya dah baca entry nie malam tadi. Carik2 butang komen hilang pulak, jadi saya pun patah balik..
BalasPadamNaya nya bila lupe kunci dalam kereta. Kesian gak kat mamat tu ye.
Gambar pertama tu lawa~
BalasPadamsemalam blog ni ada masalah system sikit.. kendian terpaksalah maza bertukang sakan..
BalasPadampagi ini aje baru boleh mengomel.. alhamdulilah kanzzz..
oh! gambar yg no. 1 itew, terima kasih nono... hehehhee
jgn mudah terpedaya dgn Jualan Murah yg belum tentu murahnya..
BalasPadamdah bertukar wajah blog nie..yg penting dh psg iklan Nuffnang..hehehe..
hehehe
BalasPadamtak mau ketinggalan menghias rumah,
juga mahu berniaga yg ringan-ringan saja seh..
wakakakaka
nice shot tewww.. ehehe
BalasPadam3 bulan nak raya, tiap minggu ada penghabisan stok
BalasPadamkalau dah habis stok, boleh tutup kedai kot
jarang terpengaruh dgn jualan mega ke murah ke
....ni yg malas nak gi shopping
BalasPadambyk sale tapi xde duit la ekekekek~
yg x best nya bila sale selalu x ada duit. huhuhu.
BalasPadamtoche, toche en.me
BalasPadamheheheh
oh tidak!...
BalasPadamyin na, wallet kassal iyel lek!
(translate dr bhs Tamil: lagipun dompet RM tak da..) hehehehe
Tu ler pasal.. huhuhu
BalasPadamkata worang tamil kalu,
ayo yo, tangga chi, yin na, wallet kassal iyel lek!
(aduhai adek tecik, lagipun dompet RM tak der) hehehehe
ammmak k.zue....
BalasPadamkasal iyel lek (duit tak da), tak boleh beli barang lorr..
Langit kuning dan Bunga yg cantik! Jadi tak sabar2 nak gi beli kamera!
BalasPadamuiks.. jgn tunggu lama2..
BalasPadamnanti rugi weiii... hehehhe