Halaman

Khamis, 8 Oktober 2009

Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2

(Sambungan entry Kes #1 klik di sini)

Semalam Pablo sahur agak lewat. Jam tiga sudah bersila di hadapan makanan. Selalunya dia bersahur jam dua belas atau satu pagi. Entah apa agaknya yang mempengaruhi Pablo untuk bersahur lewat tidak seperti selalu.

Lepas sahur dia pun tidur. Kebetulan hujan pagi tadi telah menghanyutkannya bersama mimpi indah!

Lenanya terbuai bersama-sama angan-angan berbaju melayu baru dan teringatkan rakan taulan yang telah lama ditinggalkannya di kampung itu.

Tiba-tiba tidurnya diganggu pancaran mentari meninggi. Jam menunjukan 9.30 pagi. Subuh pastinya telah menjadi gajah!

Dia bingkas mengelabah tidak tentu arah. Manakan tidak, jarak antara rumah bujangnya di Pantai Dalam ini ke tempat kerja di KLCC memakan masa empat puluh lima minit. Kalau begitu dia akan hanya memasuki pejabat hampir jam sebelas pagi.

Pablo masih teragak-agak. Dia berkira-kira sama ada hendak ambil cuti tahunan berbaki tiga hari untuk bekalan hari raya nanti atau pergi juga kerja tetapi punch card bertukar warna merah.

Hatinya berdebar-debar. Adakalanya dia memarahi dirinya sendiri. Dia resah, gelisah. Dia masih mamai dan buntu.

Pablo mesti memberitahu pejabat sama ada datang atau pun mengambil cuti. Kalau tidak akan memberikan kesan amat buruk ke atas prestasi kerjanya. Lagipun sekarang ini negara sedang mengalami kegawatan ekonomi. Banyak syarikat sudah bungkus, tutup kedai.

Tiba-tiba dia mendapat akal. Dia harus menjalankan satu helah. Bukan apa, untuk menyelamatkan reputasi syarikat juga. Dan menjaga keselamatan dirinya di hari muka.

Pablo mencapai telefon bimbitnya. Lalu bergegas ke tandas. Di bukanya luas-luas shower hingga tercetus seolah-olah bunyi hujan sedang melebat di luar. Walhal pagi yang berbahagia itu dilimpahi sinar mentari yang cukup suci. Embun pagi juga telah kering merasap menjadi wap!

"Boss, saya datang lewat sikit lah. Hujan lebat kat sini. Tak boleh nak jalan. Lagipun kalau sampai ofis nanti saya jadi kuyup!"

"Baiklah. Nanti lepas hujan awak bergeraklah. Jangan lupa belikan saya teh panas satu. Erk! Rahsia antara kita ya?" Encik Razak penyelia yang bertanggungjawab ke atas Pablo di pejabat itu.

"Perkh! Tak pasal-pasal musyibat datang. Terpaksalah aku bersekutu dengan orang tak puasa hari ini. Aduhai." keluh Pablo sendirian yang terus melangkah longlai dan terus menarik gembar yang membulat ditinggalkan sebentar tadi.

"Alang-alang." Pablo membetulkan kembali bantal yang penuh jasa membawa alam mimpi indah tersebut. Setelah jam sebelas barulah Pablo mengenderani motor RGV-nya untuk ke pejabat.

13 ulasan:

  1. Psst: kali ini maza hentikan seketika penggunaan Disqus, susulan complain dari mokcik Tie dari Ulu Terengganu itu.

    huhuhu.. rugi kalau hilang kengkawan, kanzzz?!

    huhhu

    BalasPadam
  2. tak apa sy tetap berkunjung sambil oder tea panas satu...

    BalasPadam
  3. kuina tu lah yg dinamakan kengkawan sejati di alam maya ini kanzzz.. huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Maza, ado sambung laie ko? Adoiii...ekau ni pandai bona buek suspen...

    p/s: ekau buek la cemanapon, den baco gak dongan kusyuk...ekekeke

    BalasPadam
  5. @lela Raso eh takat tu jo.. tapi tak tau lak, kalau2 tersambung lak laie.. hehehhe

    p/s: aduhaiiii.. tu la kanzz, maza sayang kengkawan yg baik2 dan best2 gitew, mcm ekaulah.. huhuhu

    kejap, nak cari sepit baju.. nak kurangkan kembangnya idung dek kena puji. heheheh

    BalasPadam
  6. Maza, kalau guna sepit baju rasanya tak muat! Elok guna sepit rambut yang besor tu... waakakaa...

    Haa... ingat tersilap masuk pintu, entry lama, rupa2nya sambung citer dulu.. Napalah bubuh nama Pablo tu, rasa macam orang dari Panama pulak..

    Eh.. kalau boleh buat chatbox kat sini, lagilah mokcik suka.. boleh ngomel2 kat tingkap, tak payah masuk rumah.. Pokcik boleh hulur milo ais segelas...hmm...

    ~ Biasalah... orang Melayu.. bagi betis nak peha...waakakaaa.....

    BalasPadam
  7. @Tie

    memang namo eh Pablo, nak buek camno lak..

    Namo sabonar eh, Pablo Montaya bin Suparman! huhuh.. Org Jawo dari Kedah gitew..

    hehhehehe

    bab chat box tu, ahaks, takut maza tak terlayan kerja lak.. wakakkaka

    BalasPadam
  8. erkk!!! sape yg xposa tu? hohoho

    BalasPadam
  9. @en_me
    ... layan ajelah kanzz.. hehhehe

    @adila
    hehehe.. si boss dia lah tu tak puasa agaknya! Mungkin uzur?

    BalasPadam
  10. Cehhhh,den ingat citer dari Venezuala....Pablo-Pablo gituuu.
    Ghupernyer ada sambungan citer Ramadhan yg ekau belum siapkan.

    Ekau nak bikin Slot Samarinda ekkkk?? Den jadi pelakon utama tau....

    BalasPadam
  11. @Zyma

    nak jadi pelakon utama dalam cerita arahan den, seorang heroin itu kena uji dulu..

    kato org filem, kena audition. hehehe

    erk! kalau ekau berani terjun bagunan KLCC tanpa payung terjung, den ambik ekau jadi heroin.. apa mcm, mau ka?

    hehehhe

    BalasPadam
  12. Fatt berkata melalui akaun maza..

    Eh..nih dh bc ari tuh..

    Cam ceta diri sendiri jerk…

    Cuma lain nama watak n lokasi..huhuhu

    maza balas

    wooo... tu cerita lain, ni cerita lain.. kisah ala2 benar punya nie... hehhehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini