Sohih seantero dunia sudah tahu. Pepatih Karma telah dijulang tinggi ke angkasa. Hampir-hampir terkena kapal terbang AirAsia yang sedang berlatih untuk mengangkut jamaah haji ke Mekah tak lama lagi.
Habis satu Kampung Hulu terasa bertuah dan bergembira. Kali ini pencaturan Datuk Bendahara Tepuk Tangan menjadi!
Juak-juaklah yang terlebih gembiranya. Apa tidaknya, usaha mereka sampai bersingsing lengan telah membuahkan hasil. Pastilah gembira sedangkan belanja untuk pilihan raya Kampung Hulu ini cukup besar! Terutamanya 'kempen' hendak memberi tahu yang Pepatih Karma sudah taubat nasuhah dan meminta dimaafkan dengan memilih Pepatih Karma kembali menjadi penghulu Kampung Hulu lagi!
"Taubat Pepatih Karma telah diterima! Taubat Pepatih Karma telah diterima!" pekik budak suruhan Pepatih Karma sebaik nama Pepatih Karma diumumkan pemenang pilihan raya.
Melebar senyuman Pepatih Karma yang berdiri di sebelah Hulubalang TookuAdil, Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya di atas pentas itu. Pepatih Karma melambai-lambai tangannya dalam usaha menahan nafsu hendak melonjak tinggi. Melompat tinggi bagaikan merak kayangan kaedahnya!
Kali ini walaupun tidaklah mendapat jawatan yang besar seperti mana tempoh tahun lalu, iaitu jawatan Datuk Mendaliar, tapi satu permulaan ke arah langkah lebih besar. Esok bermulalah Pepatih Karma kembali bergelar Datuk Manjalela Pepatih Karma.
Dewan Seluyut Pinang Nan Sebatang akan menyaksikan kembalinya tokoh pemimpin politik di peringkat negeri!
Habis semua lampu kamera macam panah kilat melimpas wajah Pepatih Karma. Begitu hal yang huru hara, sempat juga beberapa temuramah dirakamkan oleh wartawan antarabangsa.
Kata rakyat satu.
"Ahhhh!!! Bolehlah dia menang! Lagipun Kampung Hulu ini tanah airnya dan ramai pula hulubalang raja yang wajib kena turut perintah, sebagaimana arahan Datuk Bendahara Tepuk Tangan! Kalau ikutkan bertanding di kawasan lain, tentu diganyang habis.." luah penyokong tegar parti satu lagi.
Kata rakyat dua.
"Hmm.. apa yang lebih penting ialah kemajuan di Kampung Hulu yang dasar ekonominya banyak bergantung kepada pelancongan di pantai. Kalau kita pilih parti Datuk Bendahara, sekurang-kurangnya dasar tetap sama. Lagipun kalau pilih parti lawan itu, jawabnya kita pun susah cari makan.
Apa tidaknya, para pelancong susah nak datang dan mungkin tak akan datang langsung. Mungkin kami dan para pelancong tidak boleh berbuat pesta, membuang ancak, menari-nari sakan dan berbikini sesuka hati lagi. Habislah ekonomi kami nanti!
Bahkan kami takut ramai jiwa-jiwa remaja anak kampung ini akan mula memberontak. di sebabkan hiburan bebas disekat Demi masa depan remaja-remaja inilah juga kami tak mahu gadaikan calon dokongan Datuk Bendahara Tepuk Tangan!"
Kata rakyat tiga
"Orang dah taubat. Wajib kita kembalikan jawatan dulu itu pada dia. Bagi peluang betulkan kesilapan. Kita orang Islam, bertolak ansurlah sikit! Bagilah peluang."
Kata rakyat ompek.
"Pedulikan. Pokoklah ekau! Janji den dapek duit ngudi. Pangkahlah yang mano bagi yang bosar sikit duit eh!
"Kalau mcam tu, calon itu telah mengamalkan rahsuahlah?" soalan pemberita yang terpaku.
"Eh, tak lah. Tak lahhh ... Mano ado rasuah eh! Rahsuah tu haram. Harammm tu! Dalam parti tak do soal rahsuah nyer derr.. Duit tu sebonar eh, dipanggil namo politk wang. Bukan rahsuah. BUKAN RAHSUAH!", pakcik innorcent itu bersungguh-sungguh menggelengkan kepala. Penat menggeleng, mengangguk pula.
"Habis duit yang pakcik dapat ni, dikira macam mana pulak?" tanya peberita itu lagi sambil menggaru kepala.
"Ini bukan rahsuah. Politk wang. Jadi eh halal! Tak ado dosanya derr... "
Akhir kalam, selamat berjuang Datuk Manjalela Pepatih Karma! Jangan musnahkan amanah rakyat lagi... Buruk padahnya!

Maza, ini macam kisah di Bagan Pinang aje..hehehe..Kalau betul Datuk Manjela telah bertaubat dari kesalahan rasuahnya, maka bersyukurlah kita tapi takut lepas naik jawatan, rasuahnya menjadi-jadi..baru padan muka orang yang mengundi dia.
BalasPadam@Tirana ...
BalasPadamentahlah... Kebetulan kot. hehehe
Tapi kata menteri tua (dibaca bukan menteri kanan negara hujung tanjung)... memang tak setuju pencalonan Pepatih Karma. Sampai dia boikot lah, tak nak turun kempen sama2 juak2 Datuk Bendahara Tepuk Tangan!
entahnya! harap2 taklah bertambah parah kes rasuah di Kampung Hulu dan negeri itew.. hehehe
Waaakaaa.....
BalasPadamMemang sungguh mokcik tak sangka, cempedak dah jadi nangka!
Mokcik terkejut kucing bila tahu majoriti undi yang banyak tu...err... kira ramai juga la yang terima tobatnya..
Kepada yang kalah tu, tak payahlah nak bantah2 atau bising2. Dah jadi adat pertandinganlah tu. Kalau sendiri menang,dah tentu pukul gendang 7 hari 7 malam... Sama je...ekekeke....
citer politik ke ni..??alahai..kita x follow ler politik negara!!!lawak!
BalasPadamNtah boto ko ntah tidak ko tobat nasuha eh tu. Kito lihat yo lah nanti. Tapi harapan eh, bia la amanah rakyat ni dijunjung dongan jujur dan adil...eheh...
BalasPadamDengar tu Datuk Manjalela Pepatih Karma,
BalasPadamramai memerhati gerak silatmu , betulkan yang kengkang, jangan biar tersadung lagi! ^_@
Bukan ke ada jumlah ahli hulubalang (bukan tempat simpan kueh raya) maharaja sama dengan jumlah majoriti kemenangan Wak Karma, jadi bukan la menang tapi tak kalah je.... (lawak org yang tak menang tapi tak mau ngako kalah)
BalasPadam@Tie
BalasPadamheheheh... kanzzz, boleh pulak cempedak jadi nangka.. heheheh
mudah2an pendudk Kampung Hulu tu selamat hendaknya.. jangan tertimpa bencana tanah gelungsor lepas ni, udah ler.. dan jangan lak memandai salahkan orang lain yea!
wakakakak
@ain
rugi woo tak follow.. heheheh
I follow u, wherever you go!
I follow u.. hehehhe
@lela
BalasPadam.. samo lah harapan den. Jangan pisang jadi nangka, dan langkah sumbang tempoh hari bertukar menjadi langkah tempang pulak! huhuhu
@arnamee
wahh.. best lah susunan kata2 itew.. heheheh
@tangsibiru,
wakakka.. menang salah, kalah lagi salah kanzzz. hehehee
isk2 politik~
BalasPadamcek xmo masuk campur wakakaka
Salam Kanda Maza.....
BalasPadamNi episod yg terakhir atau ada sambungan lagi besok2 nihhh?
Siap main lambung2 sampai ke kapal terbang Air Asia gituuuuu...
Hihihihi....
Salam maza,
BalasPadamTaubat nasuhah..... harap kesalahan lalu tak berulang lagi..... tapi ok ker kalau bertaubat siap ada sumpah..... takout jadi sesumpah...ukhusss
Musim raya, masih lagi musim maaf bermaafan...tak gitu?
BalasPadamuik..dah tukar sistem komen le pula
@zyma
BalasPadamkuikuikui...
Last episode?!
erk! actually its depend on situation and the next column of ideas... hehehehe
@Chekdenoor
Chekde's comment have reminding me a frog which was jumped from one party to another party. & people had called him as a sesumpah kind too! Than forget not, this sesumpah always carry a abundant boxes next to him. These boxes had been claimed containing tones of evidences of mislead, corruption and abuses by party leaders...
huhuhuhu.
@Kujie
Forgiven, merciful,compassion and benevolent is a good virtue and deed...
hopefully the second chances given will utilized to eradicate the wracked name!
huhuhu
New comment system..
hehehe.. its not permanently will be hold in my blog.. and it probably will be replaced by disquss or another system which I think reliable the most and suite the purpose.
hehehhe
yeap!...
BalasPadamThese are the consequences of today education systems on our future generation.
Children these days will immediately run away from discussing any related matter in regard the politic things...
They lift up hand and march away! Dont wanna to involve or knowing what is happening around!
Hence, the education system has gradually set-up a community that does not bother much about their country; i.e the movement of politic which determine the country's policy, & future!
It just created a follower.
Just follow, and continue to follow, whatever have passed to them. And does not dare to ask the question, the right and wrong..
On top of that, it has taught us to not bother the other people business and always mind our own. Think individually, selfishly. Exception only own self. Creating own space. Excluded in own world!
Ignore, just ignored the ties of brotherhood and social life in the neighborhood!
So, when the country has calls for election, to vote a leader, they just sit down back and relax. Take it easy and nothing much happen. In their state of mind its rather not important at all.
Over the years, we will witness the numbers of people who will abandon their country future. They just simply dont bother the importance of 'choosing' the right leader.
And the numbers of this typical community will grow from time to time. In the end, it will perish all democratic systems!
bulan tetap bersinar di angkasa, sinarannya menyinari alam hingga hari akhir.
BalasPadamFatt telah berkata melalui akaun maza
BalasPadamHuhu..
Paper hr2 ceta mng kat b.pinang..
Dah agak dah..akn ada ayat2 yg klise biler mng..
Salam Maza... itulah rezeki namanya!... semuanya boleh berlaku kalau sudah kehendak Allah!...
BalasPadamterima kasih saudara.
BalasPadamlagi indah susunan katamu:)