Aqilah Shafiyah, 10 bulan |
Pentingnya BCG (suntikan vaksin Bacille Calmette et Guerrin) saya terangkan kepada anak-anak sekolah di sini ialah apabila sebarang kejadian berlaku, polis mampu mengecam sama ada kita ini rakyat Malaysia atau sebaliknya dengan mudah.
Tanda yang ada pada lengan kiri itu menjadi bukti dan pengiktirafan untuk mendapat perlindungan serta pembelaan sebagai rakyat bumi bertuah ini dari pihak berautoriti. Tanpanya, seseorang itu boleh dianggap sebagai warga asing dan tidak layak mendapat kemudahan, manfaat dan pembelaan di negara ini.
Maka selain memiliki kad pengenalan, BCG juga dijadikan bukti kewarganegaraan tempatan.
Jadi, tahanlah sedikit dengan suntikan itu. Hanya rasa digigit semut seketika dan demam kalau tubuh berasa lemah. Kesulitan tersebut adalah untuk kesenangan pada masa hadapan.
Masa mula-mula nama saya dipanggil untuk suntikan BCG (darjah enam tahun 1987) menggeletar juga seluruh tubuh badan. Ada rakan senior menceritakan bahawa suntikan BCG merupakan tanda seeorang itu sudah baligh dan dewasa, selain berkhatan (lelaki) atau bertindik (perempuan).
Selanjutnya, jika kanak-kanak lelaki, petanda kita sudah boleh satu saf dengan jemaah dewasa. Manakala perempuan pula sudah boleh disunting menjadi suri rumah; berhias wajah, memasang badan dan bergincu.
Kata mereka lagi, ketika suntikan dilakukan, daging akan dicucuk dalam-dalam dan dicungkil sedikit sehingga membonjol kulitnya. Sekiranya darah keluar, bermakna kita bakal jadi hero dan murid perempuan pula bakal menjadi puteri atau ratu cantik!
Hari ini saya sekadar melontar senyuman sebaik melihatkan deretan anak-anak sekolah beratur panjang di luar kelas sambil kakinya menggigil-gigil. Kesejukan saya kira.
Nota Retrospektif
Cuba mengelak ambil suntikan BCG. Akhirnya tetap kena ambil. :-)
BalasPadammasa darjah satu abe kie lari dari disuntik sbb senior kata jarum tu direndam dlm air panas sebelum disuntik ke lengan.. tp bila darjah 6 dah berani sgt!
BalasPadamoh bcg..zaman tu takuttt..tapi redah je..hasilnya alhamdulillah sihat till now..
BalasPadamKawan saya waktu Darjah 6, dia punya BCG jadi bernanah, tapi lama-kelamaan ianya beransur pulih.
BalasPadamAda lagi ker? Tapi syok kan zaman dulu bila dia jadi besar mcm busut. Lepas tu menari breakdance dan jatuh, lalu ia pecah dan mengerikan... adehhh
BalasPadamMasa beratur nak suntik BCG ni memang masing-masing kecut perut. Kena pulak dengar kawan yang kena suntik meraung. Rasa macam nak balik rumah je terus. Haha
BalasPadam:) Kenangan tu...
BalasPadam