Kari kepala ikan merah |
Penulisan dan laporan tentang kari kepala ikan Bangsar sudah banyak dibuat dalam internet. Maza sekadar mengukuhkan penemuan dan hasil dapatan laporan tersebut.
Kari kepala ikan Bangsar ini tidak asing lagi di mata maysarakat
setempat. Warung tersebut dipunyai En. Anuar berbangsa India Muslim.
Maza sering terserempat dengan En. Anuar di Masjid Sayidina Abu Bakar,
Bangsar ketika solat Jumaat.
Bagi penggemar kari kepala ikan, inilah tempatnya untuk menikmati kari kepala ikan mamak sebenar. Bukan itu sahaja, warung kari kepala ikan bawah pokok ini turut menyajikan sotong goreng, ayam goreng, ikan goreng dan taugeh bukan goreng (rebus derrr).
Istimewanya sotong dan ayam goreng di gerai kari kepala ikan ini ialah rasanya sangat sedap, mengujakan dan berjus. Lain daripada lain. Jika anda ke sini, tidak lengkap kalau tidak mencubainya.
Anda boleh memilih kari kepala ikan merah, jenahak dan tenggiri.
Warung ini dibuka dari jam 11.30 pagi hingga lewat petang. Kalau terlewat, lain hari datang (hahaha). Warung kari kepala ikan Anuar di Bangsar ini memang selalu penuh. Hendak mempakir kereta juga harus berebut apatah lagi mendapatkan tempat duduk. Sungguhpun begitu jangan risau, anda akan tetap dilayan mesra dan mendapat tempat duduk. Jika keadaan terlalu sesak, bungkus pun boleh.
Sebetulnya sudah agak lama juga maza mengenali En. Anuar. Beliau telah menjalankan perniagaan kari kepala ikan ini selama 30 tahun. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan dan bersendirian hinggalah beliau mampu menggajikan para pekerja. Hasil kejujuran, amanah dan amalan sedekahnya itu telah membuatkan rezeki Anuar begitu murah dan kerap kali juga beliau pulang ke negeri asalnya (India).
Lokasi di bawah pokok itu amat istimewa. Malah, ramai mengenali Warung Anuar sebagai warung kari kepala ikan bawah pokok Bangsar. Lokasi sebenar warung kari kepala ikan Bangsar ini ialah di belakang TMC, Lucky Garden Bangsar.
Tidak puas makan di warung Anuar itu, keesokan hari maza minta pula si isteri membuatkan kari kepala ikan merah. Ammmak satu kali. Hehehe
Tidak puas makan di warung Anuar itu, keesokan hari maza minta pula si isteri membuatkan kari kepala ikan merah. Ammmak satu kali. Hehehe
Selamat menjamu selera ya kengkawan.
Untunglah mengemari makan ikan. Baru-baru ini berlangsung Citrarasa di MaTiC ada dijual masakan lemak tempoyak ikan patin.
BalasPadammarvelous.. slurrpp satu kali.. hahhaa
BalasPadamdah lama x mkn kari kepala ikan. x tahu nak suruh siapa masakkan. susah2 gi kedai mamak je la. huhuhu
BalasPadamwakaka...
BalasPadamboleh cuba masak sendiri abg Juki..
bukak tutorial di youtube.. siapa ada kari kepala ikan karala.. wakakaka
slurrrpp satu kali.
Nampak sedap..Jadi utk mengesahkan kesedapannya..ambe pun kena cuba..hehe
BalasPadamMaza, Raya nanti kawe di KL... Jom pi Bangsar layan kari kepala ikan. Dah lama tak lepak kat sini.. Kira-kira 6 bulan sudah..
BalasPadamvolleh, volleh.
BalasPadamcuma ngeri sikit, takut2 Anuar balik negeri..
wakakaka
oo cam gempak je..mgkin satu hari nti bleh singgah kdai ni..
BalasPadamPergh.. Macam terbaik je kari kepala ikan tu... Ni yang nak serang jugak ni.
BalasPadamUiihh.. lazat nampak kari kepala ikan tu..
BalasPadamSemua kari saya suka. Kalau anak saya pulak, semua suka kalau kari
BalasPadamUpdet
BalasPadamBbrp mgu lps singgah kedai ni..
Nasi 2
Sotong 2
Ayam 2
Kapla ikan 1 (boleh mkn 3 org)
Taugeh sepiring
Air x masuk sbb oder kedai lain
Total : rm47
Masa nk byr tu tokey suh staf dia amik rm40 je.. mashaAllah!!! Patutla murah rezeki dia..